Monday, November 12, 2012
Nurul Izzah... Suci Dalam Debu
Nurul Izzah tidak perlu risau. Beliau kini boleh tidor nyenyak kerana Musyridul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat ' tak kisah' pada kenyataannya tentang kebebasan agama yang menguris hati ramai pihak.
Menteri Besar Kelantan itu mengambil pendekatan yang cukup mudah.Baginya status anak Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pembangkang membuatkan pihak lawan perlu menghalakan senapang kearahnya.
Dalam arina pembangkang siapa saja 'yang nak hidup lama' hanya perlu merasa risau jika Nik Aziz berang.
Nampak gaya segala macam kekusutan boleh jadi suci dan beres dengan sentuhannya.
Jika tidak mana mungkin tidak lama dulu Exco Kerajaan Negeri Selangor Elizabeth Wong yang berserabut dengan kes pendedahan gambar meletopnya sanggup terbang ke Kota Bharu semata-mata untuk mengadap Tok Guru.
Ada orang bertanya apa perlunya Elizabeth Wong ke sana.
Elizabeth Wong bijak dalam politik.Ini kerana beliau tahu mana swis hendak ditekan untuk redakan kesangsian orang PAS padanya.
Dengan mudah saja segala skandalnya bersekedudukan dengan seorang aktivis PKR bangsa Melayu ' disucikan'.Elizabeth Wong kemudiannya dengan lemah gemalai turun memberi ceramah dengan berbaju kurung dan kain kelumbung di Kelantan.
Ibarat dunia ana yang empunya.Status pembangkang seolah memberi lesen besar.
Tokoh-tokoh pembangkang boleh raya sakan menyambut kenyataan terbaru Nik Aziz Jumaat ketika mengulas isu Nurul Izzah.
“Bagi saya dalam isu ini, Izzah tidak bernasib baik kerana dia pembangkang,"itu antara katanya sekalipun rakaman video dan transkrip terpampang Naib Presiden PKR itu sebut apa yang menjadi polimek hangat sekarang.
“Izzah lain surat khabar lain...yang Izzah bercakap mestikah serupa yang akhbar siarkan? Sebab itu kali pertama saya tengok benda ini disiarkan akhbar saya rasa bukan dia,” katanya.
Bab kelabu mata ini sudah menjadi cerita biasa dalam PAS bila ia bersangkut paut dengan kepentingan politik dan kawan.
Siapa yang boleh lupa bagaimana Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang mengeluarkan ' fatwa' video besi tidak boleh dijadikan bukti ketika kehangatan isu video seks Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pakar luar negara kata video itu 99.9 peratus tulin dan segala bukti lain termasuk rakaman CCTV di lokasi ada...namun ayat yang memperbodohkan minda semua orang atas muka bumi ini dijadikan sandaran untuk 'mengsucikan' Anwar dari dakwaan skandal moral yang jijik itu.
Sebaliknya jika orang yang tidak selari dengan selera politik bos besar...yang suci boleh jadi debu.
Datuk Dr Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa mungkin boleh buka cerita bagaimana niat baik mereka untuk melihat perpaduan Melayu dan PAS kembali kepada perjuangan asal telah mencetuskan kemarahan yang amat sangat golongan yang berkuasa dalam parti itu.
Kedua mereka terpelanting.Itu nasib jadi pembangkang dalam parti sendiri.
Dalam kontek ini Nurul Izzah perlu berterima kasih kerana ayat-ayatnya yang berdebu di forum bertajuk 'Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?' di Subang Jaya pada 3 November lalu... suci di kaca mata Tok Guru.-Agendadaily
Labels:
Nurul Izzah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
nurul tahu sebenar nya dia telah tersalah cakap tetapi terlalu lemah atau terlalu besar atau ego untuk mengaku salah.dikelilingi pula dengan rakan2 liberal dan kafir yang menangguk di air keruh.
kalau betul betul dia bermaksud begitu, adakah dia fikir solat 5 waktu sehari semalam itu tidak wajib kerana tiada paksaan dalam agama?
pas perlu ada keyakinan diri dan mengetahui betapa besar dan kuatnya mereka dan tidak perlu bersekutu dengan pkr dan dap.hanya dengan bergerak sendirian menurut alquran dan sunnah,majoriti termasuk dari golongan umno akan menyokong nya kerana ketepatan norma manusia sejagat yang dianjurkan oleh islam.
jika pas betul betul iklas.
Post a Comment