Thursday, January 24, 2013

Apabila Nurul Izzah Tersasul... Apa Pun Tak Boleh!


Lepas menang PRU ke-12 dulu, Nurul Izzah dilihat jarang jejak kaki kat Lembah Pantai ni. Dia lebih suka goyang kaki, makan angin ke luar negara sambil memburukkan nama Malaysia di mata dunia.

Kononnya Malaysia ni banyak rasuah, banyak kacau-bilau, tak selamat – sampai pelabur dan pelancong asing pun takut nak ke mari. Lepas tu bila pelabur dan pelancong tak datang, yang merana ialah rakyat Malaysia sendiri kerana ekonomi negara terjejas. Bila ekonomi terjejas, Nurul Izzah tuding jari menyalahkan Kerajaan, padahal punca ekonomi merudum sebenarnya ialah dia sendiri!

Contoh terbaik ialah isu kapal selam. Dia pergi ke Indonesia, buat sidang media besar-besaran jaja cerita kononnya kapal selam Malaysia tak boleh menyelam! Jadi Malaysia pun jadi bahan momokan masyarakat antarabangsa, kononnya langsung tak efisien. Tapi bila diadakan majlis perasmian dengan DYMM Yang diPertuan Agong sendiri berada di atas kapal selam tersebut semasa ia menyelam, terdiam Nurul Izzah. Tapi pada masa itu nama Malaysia dah pun diburukkan di mata orang asing.

Dek kerana jarang turun padang, maka bila sekali-sekala buat majlis, Nurul Izzah boleh sesat-larat! Lembah Pantai tak besar mana pun boleh sesat?

Tak percaya? Boleh baca sendiri tweet si Nurul ni.

Nurul Izzah Anwar
Alhamdulillah ramai turut serta dalam pertandingan mewarna yg kami anjurkan :) -medan angkasa

Aduhai Nurul… Mana ada tempat nama Medan Angkasa kat Lembah Pantai. Tempat program kau tu ialah Dataran Angkasa Jaya…

Apa ni Nurul? Nama tempat program sendiri pun tak tahu ke?

Lepas tu, sebab dia jarang turun padang, maka nak tahu pasal kejadian pun tumpang tweet Dato’ Raja Nong Chik.

Bila ada kebakaran kecil di Lembah Pantai, Dato’ Raja Nong Chik segera minta wakilnya datang melawat mangsa untuk hulurkan bantuan. Dato’ Raja Nong Chik juga minta DBKL untuk segerakan pembaikian.

Raja Nong Chik ‏ @RajaNongChik
Dpt makluman kebakaran kecil dapur @Blok B,PPR Kerinci.Peg saya hadir utk dpt butiran mangsa.Terima kasih anggota Bomba atas kecekapan anda!

Bila Nurul Izzah baca Twitter Dato’ Raja Nong Chik dan tahu pasal kebakaran ni, dia pun jadi tak tentu arah. Bayangkan kawan-kawan, nak tahu pasal kebakaran di Lembah Pantai pun kena baca Twitter Dato’ Raja Nong Chik. Apa jenis wakil rakyat macam ni?

Bila dapat tahu Dato’ Raja Nong Chik dah hantar wakil, dia pun tak nak kalah, hantar juga wakil dia…

Nurul Izzah Anwar
‎"Kebakaran kecil Blok D PPR Kerinchi (bhg dapur).Wakil Nurul Izzah (@n_izzah) hadir melihat kerosakan

Malangnya hantar wakil pun tempat salah… Kebakaran di Blok B PPR Kerinchi, wakil dia pergi Blok D PPR Kerinchi. Lepas tu Nurul Izzah dengan bangganya dabik dada konon dah hantar wakil, padahal dia tak sedar, wakil pergi tempat salah!!!

Itulah Nurul, orang lantik jadi wakil rakyat, tak nak buat kerja betul-betul. Dato’ Raja Nong Chik hantar wakil aku tak hairan, sebab dia Menteri, jadi banyak perkara yang perlu diuruskan, bukan setakat Lembah Pantai semata-mata.

Tapi kau tu Ahli Parlimen Lembah Pantai sepenuh masa. Sepatutnya 24 jam kau ada di Lembah Pantai. Sepatutnya bila ada sebarang isu, kau yang dapat tahu dulu, bukan dapat tahu dari Twitter Dato’ Raja Nong Chik. Sepatutnya bila ada sebarang isu, kaulah yang dulu sampai, bukannya sekadar hantar wakil.

Itulah kau, lebih suka makan angin dari berkhidmat untuk penduduk Lembah Pantai. Tahun ni je berapa negara kau dah pergi untuk makan angin sambil burukkan nama Malaysia di mata dunia? Aku rasa si Nurul ni lebih arif tentang tempat-tempat di London, Australia, Turki, Singapura dan Indonesia berbanding dengan tempat-tempat di Lembah Pantai!

Sebab tak biasa turun padang tu lah, bila sekarang dia cuba memancing undi dengan turun majlis pengkebumian orang boleh tanya, “Eh, awak ni siapa ye? Sedara arwah ke?”

Orang Lembah Pantai pun tak kenal siapa Nurul Izzah!! Aku harap jangan ada yang terpedaya dengan kemunculan tiba-tiba Nurul Izzah di Lembah Pantai!

Apa kecoh-kecoh

5 comments:

Anonymous said...

Mari kita ucapkan selamat tinggal kpd nurul slps PRU ke 13

Anwar Pembohong said...

nurul izzah memalukan papa dia!!! x layak jd MP... baik duduk rumah jg laki dia...

Anonymous said...

UMNOngok Makin Terdesak, guna politik kotor utk menjatuhkan pemimpin rakyat!

Anonymous said...

nurul memalukan bapak dia, bapak dia memalukan malaysia!

Anonymous said...

blogger penipu..bila masa tah izzah selalu keluar negara..macai macai macai...pembohong!!!!sama dengan parti kau tu yg kuat membohong...hahaha..macai!!