Tuesday, January 22, 2013

Nasrudin Bidas Karpal!


Dewan Pemuda Pas Pusat hari ini membidas tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama parti itu berhubung penggunaan kalimah suci Allah.

Ketika bangkit mempertahankan keputusan majlis itu, ketuanya, Nasrudin Hassan menegaskan Karpal tidak harus mencampuri perkara yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama Pas iaitu kalimah Allah hanya untuk agama Islam.



"Saya bersama Pemuda Pas tetap dengan keputusan Majlis Syura Ulama yang diputuskan sebulat suara. Karpal Singh usah campur," katanya kepada Utusan Malaysia dalam khidmat pesanan ringkas (SMS).

Beliau mengulas kenyataan Karpal yang mahu Abdul Hadi mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama parti itu yang berpendirian kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh umat Islam.

1 comment:

Aemierulrizaki said...

Salam Tuan, Hamba Pena Dari Tanah Melayu mohon jasa baik tuan untuk pautkan blog hamba yg kecil ini pada blog tuan. Blog Tuan telah hamba pautkan ke blog hamba.

link blog hamba: http://penadaritanahmelayu.blogspot.com