Friday, February 1, 2013
Benarkah YB Dr Dzul Terlibat Dalam Sindiket Maksiat Dan Pelacuran?
Tahniah diucapkan kepada pemimpin-pemimpin kerajaan Negeri Selangor yang telah membangunkan negeri tersebut dengan pesatnya. Pada pandangan aku slogan yang sesuai di berikan kepada negeri Selangor ialah "Selangor Maju Jaya Bersama Rumah Urut"....
Pena dari tanah melayu - Susah untuk aku percaya apa yang aku lihat dalam gambar itu adalah pelacur yang sarangnya terletak dikampung halamanku sendiri di Kuala Selangor. Video ini yang diambil oleh MKL-Crimedesk-D7SGNews pada 24 Oktober 2012 telah membongkar jenayah atau aktiviti pelacuran yang berlaku di sana.
Video URL: http://www.youtube.com/watch?v=3ioUBwXz_-c&feature=player_embedded
Sebenarnya itu hanyalah sebahagian daripada aktiviti tesembunyi yang berlaku di Kuala Selangor tetapi aktiviti sebenar yang berlaku didepan mata masih banyak dan tidak diambil peduli terutamanya oleh pemerintah kawasan itu sendiri yang diberi mandat oleh rakyat Kuala Selangor iaitu YB Dr Dzulkifli Ahmad sebagai Ahli Parlimen Kuala Selangor.
YB Dr Dzul pernah memberitahu aku bahawa ini semua bukan tugas atau kerjanya sebagai Ahli Parlimen tetapi aku tetap bertegas mengatakan dia ada hubung kait dan ada kuasa untuk menghalang aktiviti itu dari terus berlaku dan bertambah. Pada tengah tahun lepas sahaja aku berjaya merakamkan 7 buah rumah urut yang baru dibuka disekeliling pejabat Pusat Khidmat Rakyatnya dan sebagai Wakil Rakyat dan Pakar Strategi Parti Paling Islam Dalam Dunia apakah tindakan beliau untuk menangani masalah tersebut.
Beliau mempunyai kuasa tersebut untuk memberi tekanan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk bertindak menghentikan pembinaan lebih banyak rumah urut dikawasan itu. Tetapi sehingga kini aku lihat semakin banyak rumah urut yang dibuka dan ianya bertambah setiap masa.
Persoalannya, apakah yang sebenarnya berlaku hingga tiada langsung tindakan dan usaha untuk menyelesaikan masalah tersebut? Dan disebabkan itulah timbul banyak persepsi yang mengaitkan YB Dr Dzul sendiri dalam konspirasi rumah urut di Kuala Selangor.
Jangan salahkan orang lain dan jangan asyik nak sama bila orang kata YB Dr Dzul dapat habuan daripada hasil perniagaan tersebut? Jika tidak mengapa tidak YB Dr Dzul sebagai Manusia paling Islam dalam Parti Paling Islam Di Dunia menentangnya. Ini adalah maksiat depan mata yang harus di hapuskan jika tidak mahu bala Allah swt melanda.
Jangan katakan bahawa tiada maksiat berlaku dan tiada aktiviti pelacuran berlaku kerana aktiviti yang dimaksudkan hanya akan berlaku selepas kerja urut-mengurut habis dijalankan dan ada juga maklumat mengatakan yang mereka ini boleh dibayar dan dibawa pulang selepas tugas mereka selesai.
Jika begitu, punca maksiat itu berlaku dari rumah urut itu sendiri dimana mereka berkenalan dan mengatur untuk melakukan zina ditempat lain tetapi puncanya adalah di rumah urut tersebut yangmana mungkin salah satunya berada di lingkungan Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Kuala Selangor sendiri.
YB Dr Dzul jangan asyik nak berdolak dalik hingga sanggup menghalalkan yang haram semata-mata mahu menjaga periuk nasi politik YB Dr Dzul sendiri. Kerana takutkan hilang undi dari kaum Cina dan bukan Islam YB Dr Dzul sanggup menutup mata walaupun maksiat itu berlaku di depan mata dan tahu ianya dosa namun tak mampu berbuat apa apa.
Ayuh YB Dr Dzul buktikan bahawa kamu tidak terlibat dalam sindiket maksiat dan pelacuran ini dan buktikan bahawa kamu tidak menerima sebarang habuan daripada aktiviti tersebut!!!
Mohon pencerahan......
Labels:
PAS,
Rumah Maksiat,
Rumah Urut
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
'setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan ditanya berkenaan kepimpinannya. seorg amir (pemimpin) yg mengurus hal ehwal msykt adalah pemimpin, dan dia akan ditanya berkenaan urusan kepimpinannya.'HR Tarmizi no 1267 hasan sahih.
Post a Comment