Monday, March 18, 2013
12 Kereta Perisai Berantai Tiba Di Lahad Datu
Seperti mana yang dijanjikan sebelum ini, Angkatan Tentera Di Raja Malaysia (ATM) hari ini membawa masuk kereta perisai berantai untuk mempertingkatkan kawalan dan kekuatan gempuran di sekitar kawasan Lahad Datu, Sabah.
Menurut Bernama, sebanyak 12 kereta perisai berantai sudah tiba di Felda Sahabat 16 bagi memperkukuhkan lagi Op Daulat di sana.
Sebelum ini, pasukan keselamatan menyatakan akan menambah aset dan anggota untuk menggempur pengganas yang menceroboh negera di Kampung Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu sejak 12 Februari lalu.
Menurut Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, langkah itu diambil untuk menguatkan pertahanan dan kawalan serta bertujuan menutup terus laluan kepada musuh daripada menceroboh ke negara ini sama ada di laut dan di darat.
Selain itu, mereka turut menjanjikan akan membawa beberapa helikopter Pasukan Udara Tentera Darat dan kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia yang akan dibuat secara peringkat-berperingkat.
Helikopter tentera darat telah pun tiba beberapa hari lalu.
“Pertambahan ini untuk meyakinkan rakyat bahawa kami mempunyai keupayaan dan kemampuan untuk menewaskan musuh,” katanya pada sidang akhbar bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar di markas operasi Felda Sahabat 16, baru-baru ini.
Labels:
Lahad Datu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
semua peralatan dibawah masuk dari semenanjubg,,,,selama ini apa yg ada di sbh?,,,parang dan sampan saja kah?,,,bayangkan kalau pengganas sulu ini dlm skala besar pasti haru biru,,,belum sempat peralatan sampai dari semenanjung sbh dah hancur,,,mungkin keselamtana sbh dan sarwwak tak penting sgt jika banding ngn semenanjung kot
Post a Comment