Friday, April 17, 2020

JB - Penganggur ditahan disyaki hina polis, Sultan Johor dan TMJ di Face...





JOHOR BAHRU, 17 April  -- Polis menahan seorang lelaki, di Pengerang, dekat Kota Tinggi, awal hari ini, bagi membantu siasatan kerana disyaki memuat naik pernyataan dan status jelek menghina polis, Sultan Johor serta Tunku Mahkota Johor dalam laman Facebook.



Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Ahsmon Bajah berkata lelaki berumur 38 tahun dan merupakan seorang penganggur itu ditahan di sebuah rumah di Kampung Lepau, Pengerang, pada kira-kira 12.30 tengah malam oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi.

“Tangkapan dibuat susulan tindakan lelaki tersebut yang memuat naik beberapa pernyataan dan status jelek menghina polis pada laman Facebook.

“Polis merampas satu telefon bimbit daripadanya dan semakan akaun Facebook tersebut kemudian turut mendapati lelaki itu ada memuat naik pernyataan dan status jelek menghina Sultan Johor  dan Tunku Mahkota Johor,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ahsmon berkata ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu positif terhadap dadah jenis methamphetamine, tetapi didapati tidak mempunyai rekod jenayah.

Beliau berkata lelaki itu kini direman empat hari sehingga Isnin ini siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana menghina dan menggugat ketenteraman awam dan Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 kerana menghantar kandungan yang bersifat lucah dan jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati menerusi Facebook.

Terima kasih kerana bersama Bro Jinggo Channel (BJC), mohon [SUBSCRIBE] Channel YouTube ini untuk mengikuti lebih banyak video menarik di masa akan datang! Jika anda menyukai berita ini mohon [LIKE] dan [SHARE] sebagai tanda sokongan anda. Sokongan anda amat hargai. Terima kasih.  

No comments: