Tuesday, April 14, 2020

Video Tular SAMSENG JALANAN - Tak Pasal - Pasal Masuk Lokap!





Leaki berusia 45 tahun yang bertindak di luar kawalan memukul pemandu Perodua Kancil ditahan ketika menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, 11 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, suspek yang berasal dari Pasir Mas, ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 17 April.



Katanya, suspek menyerah diri selepas menyedari video berdurasi 20 saat mengenai tindakannya memukul mangsa tular di laman sosial selain turut mendapat liputan media.

“Suspek mengakui bertindak sedemikian selepas terkejut dengan tindakan pemandu kereta Perodua Kancil yang memotongnya secara tiba-tiba.

“Bagaimanapun, suspek tetap bersalah, malah tindakan itu dianggap sebagai samseng jalanan kerana secara melulu menghimpit kenderaan mangsa sehingga terbabas selain turut memukul menggunakan besi.

“Pihak polis turut menahan kenderaan Toyota Harrier serta merampas baju dipakai suspek ketika kejadian termasuk besi boleh laras dipercayai digunakan untuk memukul mangsa,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di IPD Pasir Mas, hari ini.

[Terima kasih kerana bersama Bro Jinggo Channel, mohon subscribe channel YouTube ini untuk mengikuti lebih banyak video menarik pada masa akan datang! Jika anda menyukai berita ini mohon like dan share sebagai tanda sokongan anda. Sokongan anda amat hargai. Terima kasih.  


#SamasengJalanan

No comments: