Sunday, December 27, 2020

Mengejutkan Neelofa dan PU Rizz Putus Tunang?!!


Spekulasi mengenai hubungan pasangan terkenal, Neelofa dan PU Rizz kini menjadi perbualan di media sosial.


Netizen mula berkongsi pelbagai pandangan berhubung dakwaan kononnya ikatan pertunangan antara kedua-dua mereka sedang melalui ujian.


Pelbagai versi mengenai status hubungan Neelofa dengan PU Rizz hangat diperkatakan.


Menurut beberapa sumber, dakwaan yang mengatakan pertunangan Neelofa dengan PU Rizz sudah berakhir amat sukar untuk disahkan buat masa sekarang.


Ini kerana, kata sumber itu, belum ada sebarang kenyataan yang keluar dari mulut keluarga Neelofa berhubung isu tersebut.


Namun begitu, sumber memaklumkan, berdasarkan perbualan antara ahli keluarga Neelofa memberi bayangan bahawa hubungan Neelofa dan PU Rizz ‘sudah berakhir’.


“Bayangan yang diberikan sepertinya ‘tiada jodoh’ antara Neelofa dan PU Rizz,” kata sumber.


Seorang lagi sumber yang dekat dengan Neelofa pula berkata, kemelut yang dilalui Neelofa dan PU Rizz ketika ini agak rumit untuk dijelaskan kepada peminat-peminat mereka.


"Ini adalah dugaan mereka dalam melalui alam pertunangan. Doakan yang baik-baik buat mereka," kata sumber itu lagi.


Di akaun Instagram ahli keluarga Neelofa khususnya ibu artis berkenaan, Datin Noor Kartini Noor Mohamed, foto-foto ketika majlis merisik anak kesayangannya pada 1 November lalu juga dipadam.


Bahkan, Ibu Neelofa itu juga sudah tidak lagi mengikuti akaun Instagram PU Rizz.


Apa yang mencetus perdebatan dalam kalangan netizen ialah, perkongsian Instagram Stories (IG Story) adik-beradik Neelofa iaitu Noor Nabila, Athisha Khan dan Ameera Khan juga bagaikan memberi bayangan bahawa ada ‘sesuatu yang tidak kena’.


Bahkan, foto-foto semasa majlis merisik juga sudah tidak lagi kelihatan di laman Instagram mereka.


No comments: