Wednesday, August 3, 2011

Kenapa Ku Li bukan Azmin Ali ganti Anwar?

Agendadaily: Ding Dong pasal ada usaha memujuk veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah menerajui pembangkang tidak tamat walaupun Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan perkara itu.

Ramai tahu pendirian politik Menteri Besar Kelantan itu yang ada masanya jadi lalang dan cakap tidak serupa bikin selain kerap keluarkan ‘fatwa’ sendiri yang memihak PAS dan pembangkang.

Bagi bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari , penafian Nik Aziz itu adalah penafian politik kerana beliau sendiri percaya ada pertemuan dikalangan pemimpin PAS berhubung usaha membawa Tengku Razaleigh atau Ku Li ke dalam pakatan pembangkang.

Anuar melihat usaha pemimpin-pemimpin PAS itu sebagai langkah awal parti itu menolak Anwar yang bakal menamatkan karier politiknya jika disabitkan kesalahan dalam kes liwatnya dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ketika ditanya Agendadaily, kenapa bukan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dipilih menggantikan Anwar sebagai Ketua Pembangkang, Anuar mendakwa Azmin yang juga ahli parlimen Gombak bukan ‘orang besar’ di mata DAP dan PAS.

Katanya, Azmin mengamalkan politik taksub dan hanya akur kepada Anwar sahaja.

“Pemimpin DAP dan PAS tidak melihat Azmin boleh menggantikan Anwar kerana tanpa Anwar kelak, Azmin bukan sesiapa dalam pakatan pembangkang, malah pemimpin PKR sendiri akan menyingkirkannya,” ujar Anuar.

Menurutnya, memanglah kemenangan Azmin sebagai timbalan presiden adalah langkah dan usaha Anwar mahu memastikan Azmin menggantikannya menerajui PKR dan pakatan pembangkang.

Namun, realitinya Azmin hanya bayang-bayang di belakang Anwar dan jika benar Ku Li berjaya dipujuk menerajui pembangkang, orang yang paling panas punggung adalah Azmin.

Menjawab soalan, Anuar bersetuju bahawa pengganti Anwar mestilah daripada kalangan pemimpin pembangkang.

Kalau ambil kira matlamat ketua pembangkang mahu jadi Perdana Menteri, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah pilihan tepat walaupun DAP mungkin tidak senang hati dengan pilihan tersebut.

Mengenai Ku Li pula, Anuar percaya Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu tidak akan mengulangi kesalahan lalu apabila menubuhkan Semangat 46 dan menentang presiden UMNO dalam pemilihan parti.

Beliau tidak nampak bekas Menteri Kewangan itu akan melakukan kesilapan lagi yang boleh menjejaskan reputasi politiknya.

Bagaimanapun, ada pula pihak berpendapat, UMNO tidak perlu takut atau bimbang jika Ku Li menerima pelawaan menerajui pembangkang.

“Kenapa perlu takut dengan beliau sedangkan ada kalangan pemimpin UMNO anggap Ku Li sudah tidak relevan dalam parti,” kata seorang pemimpin yang rapat dengan Ku Li.

Tambahnya lagi, “Jika ada orang lain pelawa, kenapa nak bising. Mungkin mereka fikir Ku Li penting, sebab itu mereka perlukan beliau,”.

Namun pada pendapatnya, bukan sesutu yang mudah bagi Ku Li menerima tawaran itu kerana beliau masih pemimpin UMNO dan ahli parlimen BN.

Mengambil kira semua itu, pemimpin terbabit menyifatkan pendedahan ahli parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim sebagai cakap-cakap politik sahaja.

“Beliau wakil rakyat Bebas maka dia bebas nak cakap apa,” katanya.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin percaya Ku Li tidak akan menerima pelawaan itu terburu-buru.

“Sebab itu beliau tubuhkan NGO Amanah baru-baru ini dengan bawa masuk ramai pemimpin lama BN..Ku Li nak test market,” katanya kepada Agendadaily.

Menurut Zulkifli, kalau Ku Li terimapun pelawaan itu, mungkin kerana merasakan beliau lebih dihargai oleh pembangkang terutama DAP dan PAS yang mahu mengenepikan Anwar.

3 comments:

Anonymous said...

byk yg dh tergadai..... kesian azmin

Anonymous said...

kiranya ku li terima pelawaan agar beliau menjadi ketua pembangkang, yang untung adalah DAP bukannya PAS atau PKR. DAP memang mahukan seorang pemimpin Melayu yang boleh di kudakan untuk memecahbelahkan Melayu dan menguntungkan DAP. kalau betullah nik aziz yang memulakan usaha ini, nik azizlah orang pertama yang menjadi pengkhianat bangsa melayu

Radin74 said...

PATI AZMIN(PENDATANG TANPA IZIN).boleh jadi ketua pembangkang ker?