Tuesday, August 2, 2011

Dewan Ulama PAS Tolak Anwar Sokong Ku Li Sebagai Ketua Pembangkang

Jelas pelawaan pihak pembangkang kepada Tengku Razaleigh untuk memegang jawatan Ketua Pembangkang sebagai persediaan jika Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) disabit kesalahan dalam kes liwatnya adalah benar.

Malahan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib tidak menafikan kemungkinan Tengku Razaleigh Hamzah bakal memegang jawatan Ketua Pembangkang, menggantikan Anwar Ibrahim.

Menurut kata Datuk Harun "Kita akan tengok dulu daripada segi prestasi beliau Ku Li, kalau beliau ada pengikut yang ramai atau sokongan majoriti dalam kalangan parti pembangkang, kemungkinan besar beliau akan jadi Ketua Pembangkang.

"Begitu juga dengan Anwar, beliau boleh berunding dan kalau tak dapat majoriti penyokong, mungkin beliau (Anwar) tak akan duduk di situ lagi (menyandang jawatan Ketua Pembangkang),"


Mungkin juga Dewan Ulama PAS sudah hilang kepercayaan terhadap Anwar berhubing kes liwat dan video seks Anwar, justeru itu Dewan Ulama Pas membuat kenyataan secara terbuka dan mahu Anwar berundur dengan segera.

"Setiap pemimpin termasuk Anwar tidak semestinya menyandang sesuatu jawatan itu dalam tempoh yang lama, sebaliknya perlu memberi laluan kepada orang lain".

"Beliau tak akan selama-lamanya jadi Ketua Pembangkang, jika orang lain yang mendapat sokongan majoriti dalam pembangkang, maka dia pula yang akan jadi ketua," kata Datuk Harun.

Adakah ini satu "Lawak Jenaka" yang dikatakan oleh Nik Aziz? Baca disini...

Di bulan Ramadhan yang mulia ini eloklah Dewan Ulama PAS membuat cadagan agar cuti sementara waktu diberikan kepada Nik Aziz, berilah peluang kepada beliau untuk menghabiskan masanya bersama anak cucunya... Berehatlah Tuan Guru Nik Aziz...

4 comments:

Anonymous said...

elo sgt tu... pas membuat keputusan yg bijak.

Anonymous said...

Ramai yang menyatakan bahawa Nik Aziz sudah "nyanyuk" dan "meroyan" yang bukan-bukan.

Anonymous said...

Keputusan dewan ulama juga menunjukkan sebelah kaki Anwar sudah jejak ke dalam Sg Buluh semula, tempat jatuh lagi dikenang kata orang

Anonymous said...

Dah naik meluat tengok muka si nuar dah.... bila tengok muka dia pun dah mcm kayu, mcm tunggul wat deek je... blah laaaa..... g rehat kat sg. buluh.....