Showing posts with label Mahfuz Omar. Show all posts
Showing posts with label Mahfuz Omar. Show all posts

Saturday, September 10, 2011

Azizan Gagal... Phahrolrazi Calon Pilihan MB Kedah Baru


Kerajaan negeri Kedah dibawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak Parti PAS pada dasarnya dilihat gagal melaksanakan janji-janji yang ditaburkan pada pilihanraya umum lalu.

Apabila kerajaan negeri menabur janji, rakyat akan berharap dan ia harus ditunaikan.

Oleh itu isu spekulasi penggantian Menteri Besar Kedah yang mula suam-suam kuku kini dipanaskan kembali dengan desas-desus exco kanan Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi yang dikatakan calon pilihan jika berlaku kekosongan jawatan tersebut.

Walaupun dua lagi exco, Datuk Amiruddin Hamzah dan Datuk Mohammad Taulan Rasul  turut berada dalam senarai itu, Phahrolrazi yang juga ADUN Pengkalan Kundor dikatakan menjadi calon pilihan jika wujud keperluan berbuat demikian.

Bahkan, wujud cakap-cakap yang Azizan dikatakan diberi masa untuk terus menjalankan tugasannya sebagai biasa kecuali jika terdapat halangan yang tidak dapat dielakkan seperti masalah kesihatan.

Selain daripada itu, kelancaran pentadbiran kerajaan Kedah, PAS tentunya tiada pilihan sekiranya Azizan sakit, khususnya dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.


Woooo Tunggu dulu!

Kerusi MB Kedah Aku yang PUNYA!!

Inilah peluang yang dinanti-nantikan oleh Mahfuz Omar apabila Menteri Besar Kedah, Datuk Azizan Razak kini berada dalam“Flip Flop” apabila satu demi satu kepincangan pentabiran mereka makin kian terdedah.

Selain kegagalan membentangkan bukti serta fakta berkenaan melunaskan janji-janji yang terkandung dalam manifesto parti itu pada pilihanraya umum lalu, pentadbiran “flip flop” kerajaan pimpinan Pas juga semakin menjadi bualan umum.

Dikhabarkan Mahfuz sekarang sedang mengintai kerusi MB Kedah sekiranya Azizan terus di tekan oleh pelbagai pihak. Tak mustahil YB yang berkelulusan SRP ini akan menambah racun dan menikam belakang Azizan demi mengejar cita-citanya dari seorang penjual cendol kepada Menteri Besar Kedah. Ianya satu pengiktirafan yang tertinggi buat Mahfuz Omar.

Wednesday, August 10, 2011

Video 3D Khalid Samad vs Mahfuz Omar: PAS Menipu Dan Mengkhianati Islam

Doa laknat sememangnya mainan parti PAS! 
Parti seperti inikah yang dikatakan memperjuangkan islam?


“Kita bincang isu Selangor dan buat keputusan untuk terus ke medan yang mana kalau kita lihat ia sengaja dijadikan isu oleh Barisan Nasional (BN) untuk tutup isu Himpunan Bersih 2.0," kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 07-08-2011 sila rujuk disini...

“Kami berpuas hati dengan penjelasan yang diberi Datuk Hasan. Tindakan Jais juga kami sokong dan wajar memandangkan pendekatan yang diambil adalah untuk mempertahankan Islam dan wajar disokong oleh semua pihak agar tidak timbul sebarang keraguan.


“Jais ambil kesempatan dalam setiap tindakan dan penguatkuasaan iaitu menepati kaedah atau prosedur untuk difahami dan patuhi segala peraturan yang ada,” kenyataan Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan pada 09-08-2011 sila rujuk disini...

PAS kantoi kerana menipu dan mengkhianati Islam. 

Kedua-dua kenyataan diatas jelas menunjukkan PAS menipu dan mengkhianati Islam, tetapi sayangnya kebanyakan ahli-ahli PAS tidak memahaminya, kerana kedangkalan mereka sendiri. Mereka terpengaruh dengan beberapa kerat individu yang bertopengkan Ulama' tetapi anehnya bertindak seperti penyangak.

Islam bukan mengira ulama', Islam lebih mengutamakan mereka yang berjuang untuk menyatu padu umatnya, kerana dengan perpaduan itu islam dapat membangun. 

PAS dilihat berusaha untuk bekerjasama dengan DAP yang terang-terang menentang penubuhan negara islam yang diperjuangkan oleh PAS, tetapi PAS melupakan itu semua kerana kepentingan politik. Fikir-fikirkan lah...

Politik Harian/Bro Jinggo

Monday, August 8, 2011

Mahu Jadi Jutawan Segera: Mahfuz, Salahuddin Saman Kerajaan


Naib presiden PAS Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar hari ini memfailkan saman ke atas kerajaan persekutuan dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar katanya “salah tangkapan” semasa perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

Turut dinamakan sebagai responden adalah Ketua Polis Daerah Brickfields Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid dan pegawai polis yang menangkap mereka Inspektor Mohd Zaid Madzizat.

Mana ada salah tangkap? betul la polis tangkap dua penyagak yang nak buat rusuhan di Kuala lumpur pada 9 julai yang lalu!

Saman itu difailkan menerusi syarikat guaman Tetuan Faiz Fadzil & Co bersama peguam Zulhazmi Sharif.

Kedua-dua naib presiden PAS itu menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan gantirugi teladan, kos serta lain-lain relif atau perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Selain itu, mereka juga menuntut faedah pada kadar 8 peratus setahun ke atas jumlah penghakiman dari tarikh writ saman sehingga penyelesaian penuh.

Hahaha... diaorang nak jadi Jutawan segera rupanya.... Gila la pemimpin puak pembangkang ni... Sementara nak tunggu buka korang layan dulu lagu ni...

Oh... dalam dunia...
Oh... kita raja...
Oh... jangan lupa...
Oh... Jangan gila

Gila darjat
Gila nama
Gila kuasa
Gila Harta
Semua gila

Buat baik berpada-pada
Kata org tua
Buat jahat jangan sekali

Engkau takkan rugi
Mulia dibalas syurga
Dosa 'kan sensgara
Ini hukum karma




Saturday, August 6, 2011

Mahfuz Omar Cedera Terlibat Dalam Kemalangan?

Mahfuz Omar juga dikenali sebagai Mr Bean 

Mr. Bean cedera ringan terlibat dalam kemalangan hahaha.... Bukan Mahfuz lah yang terlibat dalam kemalangan tersebut... Ini real punya Mr Bean hahaha... Aduih, kurang pahala aku hari ni....

LONDON 6 Ogos - Aktor komedi Britain, Rowan Akitson yang terkenal dengan watak Mr. Bean, telah keluar daripada hospital hari ini selepas menjalani rawatan ekoran terlibat dalam kemalangan apabila kereta yang dipandunya melanggar sebatang pokok, semalam.

Akitson yang mengalami kecederaan bahu selepas kereta F1 McLaren yang dipandunya tergelincir di sebatang jalan dekat Haddon, timur England, sebelum melanggar sebatang pokok dan terbakar.

Pelakon berusia 56 tahun itu sempat keluar dari kawasan kemalangan sebelum pasukan bomba tiba untuk memadamkan kebakaran tersebut. - AFP

Apa-apa pun jom kita view aksi Mahfuz Omar dalam The Making of "Mr Bean or Mr Bengong".

Sinopsis cerita mahu rampas kerusi MB Kedah

Langkah seterusnya cucuk & tikam belakang Azizan
untuk rampas title MB Kedah

Seterusnya hahahaha! no komen... lu pikiiiirr laaa sendiri!

Tuesday, August 2, 2011

Keadaan MB Kedah Azizan Semakin Uzur


Sebelum dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak sejak sebulan lepas kelihatan sangat letih sehingga menyebabkannya menukar rutin tidur.

Setiausaha politiknya Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Azizan yang sebelum ini berjaga sehingga jam 1 hingga 2 pagi, kini terpaksa tidur sejam atau sejam setengah selepas Maghrib.

"Kebelakangan ini dia tidur selepas Maghrib, hingga jam 9.30 atau 10.00 (malam), selepas itu baru dia memanggil saya ke rumah.

"Kalau tak panggil saya, dia akan maklumkan dia nak jumpa si polan si polan di rumah, semuanya berkaitan kerja.

"Keletihannya nampak sangat-sangat. Jam 12 baru selesai," kata Sanusi.

Sehubungan itu, Sanusi yang juga ketua penerangan PAS Kedah berkata setelah bekerja "dari pagi hingga pagi", beliau patut berehat sekejap.

Semalam, kesihatan Azizan yang dimasukkan di IJN di Kuala Lumpur untuk menjalani rawatan serta pemeriksaan jantung, dilaporkan tidak membimbangkan dan berada dalam keadaan stabil.

Azizan yang menghidap penyakit darah tinggi dimasukkan ke IJN Jumaat lalu selepas mengadu sakit jantung.

Memandangkan keadaan kesihatan Azizan tidak mengizikan, sudah tiba masanya beliau berundur dari menjadi Menteri Besar Kedah dan menyerahkan tampuk kepimpinannya kepada pemimpin yang lain.

Dengar cerita Ahli Parlimen PAS Pokok Sena Mahfuz Omar sedang mengintai peluang yang sedia ada? betul ke?

PAS Kedah “Flip Flop” Buka Ruang Mahfuz Omar Jadi MB Kedah

Thursday, July 21, 2011

PAS Kedah “Flip Flop” Buka Ruang Mahfuz Omar Jadi MB Kedah


Inilah peluang yang dinanti-nantikan oleh Mahfuz Omar apabila Menteri Besar Kedah, Datuk Azizan Razak kini berada dalam“Flip Flop” apabila satu demi satu kepincangan pentabiran mereka makin kian terdedah.

Selain kegagalan membentangkan bukti serta fakta berkenaan melunaskan janji-janji yang terkandung dalam manifesto parti itu pada pilihanraya umum lalu, pentadbiran “flip flop” kerajaan pimpinan Pas juga semakin menjadi bualan umum.

Dikhabarkan Mahfuz sekarang sedang mengintai kerusi MB Kedah sekiranya Azizan terus di tekan oleh pelbagai pihak. Tak mustahil YB yang berkelulusan SRP ini akan menambah racun dan menikam belakang Azizan demi mengejar cita-citanya dari seorang penjual cendol kepada Menteri Besar Kedah. Ianya satu pengiktirafan yang tertinggi buat Mahfuz Omar.


Terbaru tindakan kerajaan Pas Kedah berdolak dalih dalam isu larangan operasi pusat hiburan sepanjang bulan Ramadan mengikut Enakmen Hiburan dan tempat-tempat Hiburan 1997. Baca disini...

 Aku pun nak jadi Ketua Menteri jugak......

Kah! Kah! Kah! Sam ketot ada hati nak jadi KM Melaka.....
Sudah lah Sam.. tak perlu kau meninggikan yang rendah.....
Adooooiiii camne nak jd KM?
Kena sergah sikit terkencing dalam seluar.