Showing posts with label pakatan. Show all posts
Showing posts with label pakatan. Show all posts

Thursday, February 28, 2013

Wan Azizah Tak Bertanding Kerana Merajuk...


Kebelakangan ini nama Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail terus tenggelam.

Walaupun macam-macam isu babitkan parti itu, DAP dan PAS, hanya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang jadi fokus.

Boleh kata beliau kini satu-satunya presiden sebuah parti politik yang hanya tukang pemanas kerusi.

Tengok saja ketika konvensyen PR ke 4 di Shah Alam pada Isnin, Wan Azizah hanya membatu di kerusi atas pentas – tanpa sebarang ucapan.

Guan Eng berucap sebagai Setiausaha Agung DAP,Haji Hadi atas kapisiti Presiden PAS sebaliknya PKR oleh suaminya Anwar.yang berjawatan tidak rasmi sebagai 'ketua umum'.

Kali terakhir Wan Azizah atau Kak Wan jadi tumpuan pada Julai tahun lalu apabila umum mahu bertanding dalam PRU 13.

Bekas ahli parlimen Permatang Pauh selama dua penggal itu tidak boleh bertanding di kerusi parlimen selama lima tahun di bawah undang-undang selepas meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar kembali ke parlimen pada akhir 2008.

Bagaimanapun, tiada halangan untuknya bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) malah dalam sidang media mengumumkan perkara itu, Wan Azizah cukup bersemangat dan membayangkan akan bertanding di kawasan beliau mengundi.

Ada desas desus kononnya beliau akan bertanding di DUN Penanti dalam parlimen Permatang Pauh.

Selain itu, Selangor turut menawarkan beberapa kerusi selamat untuknya bertanding di negeri yang kini dikuasai PR kerana Kak Wan menetap di Selangor.

Apapun, pada November lalu, Kak Wan buat kejutan lagi dengan membatalkan hasratnya untuk bertanding pada PRU 13 dengan alasan untuk bebas berkempen ke mana-mana sahaja.

Keputusan Kak Wan disahkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

Azmin diketahui ‘kurang ngam’ dengan Kak Wan kerana dakwaan hubungan isterinya Shamsidar Taharin dengan Anwar.

Tidak tahulah mengapa bukan Anwar mengesahkan isterinya tidak bertanding dan namanya tidak tersenarai di mana-mana kerusi DUN pada PRU 13.

Namun disebalik semua itu, tentu ramai tertanya-tanya kenapa Wan Azizah semakin ‘mendiamkan’ diri dan jika benar beliau enggan bertanding kerana mahu berkempen, jarang kedengaran Kak Wan naik pentas berceramah.

“Kak Wan merajuk agaknya,” itu komen Anuar Shaari bekas setiausaha sulit Anwar satu ketika dahulu.

Beliau melihat kemungkinan itu setelah Wan Azizah menyedari Tan Sri Khalid Ibrahim yang memihaknya tidak tercalon lagi bertanding kerusi DUN di Selangor sama ada mempertahankan kerusi Ijok atau tempat lain.

Anwar sendiri sudah mengeSahkan Menteri Besar itu akan kekal bertanding di kerusi Parlimen Bandar Tun Razak yang dimenangi pada 2008 tetapi tidak menyebut Khalid kekal di kerusi DUN.

“Kerana ini Kak Wan fikir tidak ada sebab bertanding walaupun sudah umum akan berbuat demikian. Lagipun, Azmin dillihat sudah berjaya untuk mengenepikan Khalid daripada kerusi Menteri Besar selepas PRU nanti,” katanya kepada Agendadaily.

Menurut Anuar, Wan Azizah tidak mungkin mahu bertanding di Pulau Pinang kerana jika menang, mustahil beliau mahu jadi wakil rakyat biasa.

“Mengenali Kak Wan, beliau tak mungkin merendahkan dirinya ke tahap itu walaupun mungkin ditawar jawatan Timbalan Ketua Menteri,” katanya.

Bagi Anuar, sikap menyepi dan enggan bertanding lagi adalah sebagai‘protes’ dan rasa ‘kecewa’ kerana semakin jelas peranannya sebagai Presiden parti dinafikan oleh suaminya.

“Semakin jelaslah cakap-cakap Kak Wan hanya boneka atau patung PKR.

Sudah tiada siapa dengar atau pedulikan beliau lagi berbanding semasa Anwar dalam penjara dulu,” katanya.

Agendadaily

Friday, February 22, 2013

Arahan Dari Pemimpin Atasan PAS, Haram Sebut Anwar Ibrahim Sebagai Bakal PM


Pada 10 Februari 2013 lepas, Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa Majlis Syura Ulama yang dipengerusikannya tidak pernah membincangkan isu siapa yang layak dicalonkan sebagai Perdana Menteri selain daripada Anwar Ibrahim.

Menteri Besar Kelantan itu juga menyifatkan spekulasi yang mengatakan Majlis Syura Ulama PAS telah menolak idea untuk menobatkan Ketua Umum PKR sebagai PM sekiranya pakatan pembangkang memenangi PRU 13 hanyalah dakwaan mengarut ciptaan UMNO.

Penegasan oleh Nik Aziz itu tentunya melegakan Anwar dan pemimpin PKR serta DAP yang lain, sedikit sebanyak ia juga dapat mengendurkan perasaan gundah di kalangan penyokong PR yang kembali diselubungi misteri sama ada Anwar masih kekal sebagai calon utama PR sebagai PM atau sebaliknya.

Namun perkembangan akhir-akhir ini kelihatannya seperti mengiakan spekulasi sebelum ini apabila suara-suara penolakan terhadap Anwar semakin hari semakin kuat kedengaran, dan ditimbulkan sendiri oleh beberapa pemimpin utama PAS yang tidak termasuk dalam golongan Anwarinas.

Manakala maklumat terbaru yang diperolehi menyatakan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang telah pun mengeluarkan arahan mengharamkan semua media milik PAS termasuklah akhbar Harakah dan portal onlinenya daripada menyebut atau menulis ayat yang membawa maksud Anwar adalah bakal PM.

Arahan pengharaman tersebut khabarnya sudah sampai ke pengetahuan Anwar menyebabkan Ketua Umum PKR itu menghamburkan kemarahannya semasa mesyuarat parti beberapa hari lepas.

Bukan satu rahsia pun, sebahagian besar penulis dan barisan pentadbiran dalam Harakah diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Anwar, jadi tidaklah pelik bagaimana arahan sulit sedemikian mudah sampai ke pengetahuan Anwar.

Tambah membara kemarahan Anwar lebih-lebih lagi arahan tersebut seperti mengesahkan lagi ura-ura PAS tika ini yang sedang berusaha menjarakkan diri dari PKR, satu tindakan yang dikira oleh Anwar sebagai satu pengkhianatan terhadap dirinya dan PR.

Bagi khalayak yang rapat dengan Hadi, arahan sedemikian bukannya sesuatu yang menghairankan sementelah lagi sejak di zaman ABIM lagi Presiden PAS itu agak kurang berkenan dengan pembawaan Anwar yang mementingkan diri dan tidak serasi sebagai pejuang gerakan Islam.

Malah ketika bekas Presiden PAS, Allahyarham Ustaz Fadhil Noor memulakan usaha menjalinkan hubungan kerjasama dengan Anwar melalui penubuhan GERAK diikuti dengan Barisan Alternatif (BA) dulu pun, Hadi sudah beberapa kali menyuarakan keraguannya terhadap kejujuran Anwar.

Selepas itu Hadi terpaksa memendamkan keraguannya sebagai menghormati teguran Allahyarham, bagaimana pun setelah selesai PRU 12 2008, tanpa menoleh ke belakang segera diaturkan perjumpaan dengan UMNO dalam usahanya untuk menjayakan kerjasama Kerajaan Perpaduan (UG).

Sekalipun usaha itu mendapat mandat penuh dari Majlis Syura Ulama PAS, akan tetapi beberapa ketika kemudiannya menemui jalan buntu berikutan campurtangan PKR dan DAP serta tekanan yang datangnya dari pemimpin-pemimpin pro Anwar dalam PAS.

Kini Hadi mengorak langkah lagi, sama ada ia memberi manfaat kepada PAS atau sebaliknya sukar ditentukan lebih-lebih lagi di saat sebahagian besar kepimpinan PAS tika ini berkiblatkan ideologi Anwarinas.

Persoalannya sekarang, selama mana media-media PAS seperti Harakah dan HarakahDaily serta lain-lain medium maya yang pro PAS mampu mengikuti arahan pengharaman tersebut? Adakah Anwar dan lain-lain pemimpin PR termasuklah golongan Anwarinas dalam PAS akan berdiam diri?

Jawapan kepada persoalan itu bergantung kepada tindakbalas Anwar dan pengikutnya terutama sekali selepas Parlimen dibubarkan diikuti dengan proses pencalonan nama bagi PRU 13 selesai dilaksanakan.

Tunggu dan lihat, gerakan siapa yang lebih ke depan tika itu. Tapi tak mustahil, belum pun Parlimen dibubarkan, gabungan PR yang membabitkan kerjasama longgar antara PKR, DAP dan PAS pula yang dibubarkan terlebih dahulu.

BN Diramal Memenangi PRU 13 - EIU


Sebuah badan pemikir antarabangsa meramalkan Barisan Nasional, BN akan menang pada Pilihan Raya Umum ke 13 ( PRU-13).

Keyakinan itu bedasarkan kepada rekod kejayaan agenda pembaharuan dan kepimpinan ekonomi yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bedasarkan faktor tersebut, The Economist Intelligence Unit, (EIU) melihat prestasi pembangkang yang diterajui Pakatan Rakyat jauh ketinggalan.


EIU merupakan sebahagian dari majalah berpengaruh “The Economist” yang berpengkalan di London yang mengeluarkan laporan negara industri dan analisis risiko.

Dalam satu laporan EIU mendedahkan bahawa pakatan pembangkang telah membuat pelbagai janji manis melibatkan perbelanjaan besar dan ini semua merupakan batu penghalang.

Disamping itu, EIU turut menyifatkan janji kempen pembangkang itu tidak munasabah.

Laporan itu juga menambah janji pembangkang untuk memberikan pendidikan secara percuma akan membabitkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM43.3 bilion.

Sementara itu, usaha untuk memansuhkan duti kenderaan akan mengakibatkan kerajaan kehilangan perolehan cukai sebanyak RM4.6 bilion setahun.

Pertumbuhan luar jangkaan sebanyak 5.2 peratus di bawah kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib, ditambah dengan peningkatan pelaburan dalam dan luar negara menyumbang kepada keyakinan yang kian memuncak di kalangan rakyat.

Bye... Bye.. Pakatan Haram!

Sunday, February 17, 2013

Hadi Kepanasan PAS Sedia Keluar Pakatan Haram Jika Kerjasama Rugi


Nampaknya Hadi sudah tak tahan dengan desakan yang diberikan oleh rakan sekutunya DAP dan PKR....

Dalam ucapan yang mengejutkan ramai, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, parti itu akan keluar dari Pakatan Rakyat (PR) sekiranya kerjasama antara PKR dan DAP merugikan Islam.

Penegasan tersebut dibuat di hadapan hampir 10,000 hadirin yang hadir dalam Program Pas Ganti Umno ketujuh (PGU 7.0) di Kampung Banggol Peradong, Kuala Nerus, petang semalam.

“PAS beri jaminan kerjasama PAS dengan DAP dan PKR selagi dapat pertahankan Islam, tetapi sekiranya kerjasama tersebut merugikan Islam, PAS akan keluar dari pakatan rakyat! Tidak ragu-ragu lagi,” katanya dalam ucapan hampir sejam itu.

Kampung Banggol Peradong adalah lokasi dimana beliau pernah mengeluarkan kenyataan yang kemudiannya di kenali sebagai 'Amanat Haji Hadi' pada tahun 1981.

Bagaimanapun Hadi tidak pulak mengulas mengenai isu Kalimah Allah yang disifatkan berbagai pihak merugikan umat Islam di negara ini.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis tersebut, beliau menjelaskan, sehingga kini perkara terbabit tidak berbangkit dan beliau yakin kerjasama dalam PR tidak memberi apa-apa kesan kepada kaum Melayu dan agama Islam.

Mengulas lanjut katanya, kerjasama politik atau diistilahkan Pas sebagai tahalluf siyasi yang dibuat dengan PKR dan DAP masih lagi memperkasa Melayu dan Islam.