Friday, January 8, 2010
Pemuda Umno mengecam perbuatan bakar gereja
Pemuda Barisan Nasional (BN) mengecam sekeras-kerasnya tindakan membakar Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur tengah malam semalam. Ada berita mengatakan beberapa gereja lain turut 'diserang' tetapi berita tersebut belum dapat disahkan pada waktu ini.
Apapun perasaan mana-mana pihak mengenai isu penggunaan kalimah 'Allah' oleh pihak majalah Herald, perbuatan memusnahkan tempat ibadat seperti yang berlaku semalam langsung tidak boleh dipertahankan. Jika ada orang Islam yang bertanggungjawab terhadap insiden ini, mereka sepatutnya malu dan insaf dengan perbuatan mereka kerana Islam sendiri jelas menuntut umatnya menghormati kebebasan beragama orang bukan Islam.
Malaysia adalah sebuah negara majmuk; sudah pasti dari semasa ke semasa akan berlaku perselisihan faham dalam isu yang mempunyai dimensi perkauman atau keagamaan. Apa yang penting adalah sebuah rakyat yang bersatu mesti matang dalam menyelesaikan sebarang masalah dengan cara berhikmah serta sentiasa menghormati hak dan sensitiviti satu sama lain.
Pemuda BN berharap semua pihak akan berhati-hati dalam kenyataan dan perbuatan selepas ini serta menggesa pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab atas perbuatan jenayah ini, demi keselamatan dan keharmonian negara.
Kereta Penderhaka Terbalik!
Nizar kembali ‘DERHAKA’ dengan membelakangkan Sultannya dengan membubarkan DUN Perak sebelum mendapat perkenan Sultan.
Akhirnya Nizar menyuarakan sembah ‘DERHAKA’nya kepada Sultannya sendiri kerana enggan meletak jawatan sebagai MB.
Thursday, January 7, 2010
Allahu akbar
Bantahan terhadap penggunaan kalimah 'Allah' dalam mingguan Katholik terus marak dengan demonstrasi walaupun kerajaan menyeru semua pihak bertenang dan kes tersebut kini di peringkat rayuan.
Setelah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) merancang mengadakan bantahan di seluruh negara Jumaat ini, sebuah lagi persatuan Islam berpengaruh, Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) juga akan menganjurkan bantahan yang sama.
Bantahan yang dinamakan 'Satu hati mempertahankan kesucian Islam' diadakan selepas solat di Masjid Negara dan akan diketuai presidennya sendiri Jamaluddin Yusof.
Selain itu, dua NGO Islam berpengaruh Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) akan berhimpun di masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur pada waktu yang sama.
Pada malam sebelumnya, Pekida juga merancang mengadakan solat hajat di Masjid Negara, tambah seorang pemimpinnya yang enggan dinamakan.
Pada 31 Disember lalu, keputusan mahkamah membenarkan majalah Herald The Catholic Weekly menggunakan nama Allah dalam penerbitannya, mengundang reaksi negatif banyak kelompok dalam masyarakat Islam.
Bantahan di Selangor akan terus dilaksanakan di Masjid Shah Alam oleh satu kumpulan yang menamakan diri mereka Anak-anak Muda Islam Selangor (AMIS).
Manakala bantahan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan 13 lagi NGO – yang membuat aduan polis bagi membantah tindakan The Herald menggunakan perkataan Allah – masih belum jelas.
Setiausaha Agungnya Datuk Dr Maamor Osman dilaporkan berkata, jika isu terbabit tidak dapat diselesaikan segera, kesemua NGO tersebut akan mengadakan perhimpunan besar-besaran selepas solat Jumaat di masjid-masjid utama di Kuala Lumpur.
Wednesday, January 6, 2010
KJFC Online Membership Registration ...
Facebook: Lebih 75,086 rakyat bantah guna kalimah Allah
Satu kumpulan yang menggelarkan diri mereka 'Menentang Penggunaan Nama Allah Oleh Golongan Bukan Islam' di laman web sosial Facebook berjaya menarik lebih 75,000 orang untuk menjadi rakan kepada kumpulan berkenaan.
Sejak laman tersebut mula dibuka beberapa hari lalu, jumlah mereka yang menyertainya semakin meningkat setiap hari sehingga jumlahnya melebihi angka 75,000 orang malam ini.
Malah dalam tempoh sejam sahaja, jumlah mereka yang menyertai sebagai rakan laman yang ditubuhkan untuk menyatakan bantahan kepada penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam telah meningkat lebih 1,000 orang.
Ini menjadikan angka mereka yang menjadi rakan laman itu meningkat seramai 75,086 orang setakat 12 tengah malam ini sahaja.
Antara yang turut menjadi rakan kepada laman itu ialah Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Mahathir, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Shamsul Anuar Nasarah dan Ahli Parlimen Kuala Lipis, Datuk Dr. Shahrom Osman.
Laman tersebut melibatkan tujuh orang pengendali termasuk Tun Faisal Ismail Aziz yang juga Pengerusi Unit Media Baru Pergerakan Pemuda UMNO.
Menurut pengasas laman itu, yang menggelarkan dirinya sebagai Ali Baba Bujang Lapok, mereka menyasarkan seramai satu juta orang rakan.
Malah laman berkenaan kini sedang mengaturkan untuk membuat petisyen bantahan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
Justeru di dalam profil kumpulan itu, mereka menawarkan kepada mana-mana rakan laman itu yang mahir dalam menulis petisyen supaya memaklumkan kepada pihak pengendali.
Isu Kalimah 'Allah' - Kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memandang serius perdebatan kalimah Allah yang menjurus dari keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan majalah The Herald menggunakan 'Allah' sebagai rujukan kepada Tuhan sembahan mereka. Kalimah 'Allah' sepertimana yang difahami oleh orang Islam adalah satu kalimah suci yang membawa erti Tuhan yang Maha Esa.
Pemuda UMNO juga mengambil maklum sentimen di kalangan akar umbi Melayu dan Islam yang begitu risau dengan perkembangan ini, disamping tidak menolak sensitiviti penganut agama Katolik.
Oleh itu, Pemuda UMNO menyarankan agar satu pertemuan diadakan antara wakil Majlis Fatwa Kebangsaan dan pihak Gereja Katolik yang menerbitkan majalah The Herald. Dialog hasil perjumpaan ini bakal menjadi titik pertemuan bagi kedua-dua pihak disamping menjadi medium menyampaikan kekhuatiran umat Islam di Malaysia kepada pihak penerbit, lantas mencari jalan penyelesaian kepada kemelut ini.
Disamping Pemuda UMNO menghormati proses undang-undang yang sedang berjalan, Pemuda UMNO juga percaya bahawa isu sensitif ini perlu kepada satu penyelesaian yang lebih menyeluruh supaya prinsip saling menghormati dapat dipelihara berdasarkan dialog antara pihak yang terlibat. Pemuda UMNO percaya ini adalah sejajar dengan gagasan 1Malaysia yang memerlukan pemahaman merentas batasan kaum dan agama.
Harapan Pemuda UMNO adalah dialog yang dicadangkan ini akan dapat memastikan pandangan kedua-dua belah pihak dapat disampaikan tanpa perlu memanjangkan perdebatan isu ini di dalam akhbar, sekaligus mengurangkan ketegangan hubungan antara kaum dan agama. Keharmonian di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia kekal sebagai satu perkara yang teramat penting untuk kehidupan seluruh rakyat di negara ini.
Wednesday, December 23, 2009
Kembalikan Asas Perjuangan
MELIHAT kepada situasi politik ketika ini, tidak kiralah apa sahaja bentuk spekulasi, manipulasi dan provokasi yang dibuat ke atas parti, perlu diingat bahawa landasan yang paling kukuh adalah kembali kepada asas dan perjuangan UMNO iaitu sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.
Dengan berpegang kepada asas perjungan parti tersebut, tentunya ahli-ahli UMNO tidak akan sanggup mengorbankan masa depan parti yang secara langsung adalah masa hadapan kepada generasi akan datang di samping menjadikan sejarah lampau sebagai tauladan yang tidak mungkin berulang.
Nilailah kembali perjuangan golongan dan individu yang kecewa dengan parti tidak kiralah sama ada kerana gagal mendapat sokongan ahli atau kerana tidak mendapat jawatan yang diimpikan hinggakan sanggup melihat kepada perpecahan daripada membuat beberapa pembaharuan demi masa hadapan.
Dalam hal ini, tidak kiralah apa yang terjadi sekalipun, perjuangan dan parti janganlah diketepikan lantaran kepentingan diri sendiri ekoran ketidakpuasan hati yang dirasa hinggakan sanggup mengambil tindakan keluar dari parti dan menubuhkan parti lain yang menentang UMNO.
Bersandarkan kepada rentetan sejarah dalam setiap perkembangan yang lalu dan juga perjuangan para pemimpin yang terputus di tengah jalan ekoran masalah-masalah peribadi yang tidak dapat dielakkan; sesungguhnya yang mengenepikan UMNO adalah individu itu sendiri.
Dalam pelbagai hal dan krisis yang telah menimpa UMNO, tidak kiralah sama ada tewas dalam percubaan mendapatkan kuasa dalam satu-satu persaingan misalnya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden atau ditolak ekoran keterlibatan dalam penyalahgunaan kuasa adalah sesuatu yang amat rumit.
Lihat sahaja apa tindakan Haji Ahmad Fuad, Tengku Razaleigh Hamzah dan Anwar Ibrahim sendiri apabila gagal menempatkan diri dari menjawat jawatan nombor satu dalam parti hinggakan sanggup menubuhkan parti lain ekoran rasa tidak puas hati.
Dalam konsep perjuangan, mengapa mesti membuat keputusan yang hanya akan memusnahkan bangsa dan negara sendiri sedangkan sebelum ini, mereka bersama-sama dalam UMNO, merancang, membangun dan mencapai pelbagai kecemerlangan tetapi hanya kerana kecewa ekoran gagal mendapat kuasa lantas mereka cuba pula memusnahkan apa yang telah dicapai.
Umumnya, individu sedemikian memang tidak layak menjadi pemimpin apatah lagi untuk menjadi ketua kepada parti keramat yang menjadi pusaka warisan dari pemimpin terdahulu dan terus sebagai wadah kepada generasi akan datang.
Kerana gagal mendapat kuasa, mereka berasa marah dan kecewa lantas bertindak meninggalkan UMNO dan perjuangannya sedangkan selama ini mereka sendiri sering menyatakan bahawa hanya UMNO yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan.
Lebih teruk lagi, individu sedemikian sanggup pula memburuk-burukkan UMNO dengan pelbagai cerita, bermacam fitnah dan kecaman kepada UMNO hinggakan sanggup ada pula di kalangan rakyat yang terpedaya dengan apa yang dinyatakan.
Sesungguhnya di sinilah punca perpecahan paling besar dalam UMNO malah lihat sahaja bagaimana kesannya apabila Semangat 46 yang tertubuh ekoran rasa kecewa Tengku Razaleigh lantaran tewas bertanding jawatan Presiden kepada Tun Dr. Mahathir.
Natijahnya bukan hanya kepada pemimpin atasan tersebut malah rakyat turut menerima akibat dan tambah malang, buat pertama kalinya UMNO diseret ke mahkamah.
Kesan secara tidak langsung juga, kelemahan UMNO ekoran kekecewaan yang lahir di kalangan sesetengah individu ini telah menyumbang kepada pihak pembangkang termasuklah PAS. Apatah lagi apabila adanya ahli UMNO sendiri berpaling tadah lantas memberikan laluan mudah kepada PAS untuk beroleh kemenangan di Kelantan.
Kemudiannya, parti yang turut lahir ekoran rasa kecewa setelah gagal memegang tampuk pentadbiran dan jawatan nombor satu dalam parti ialah Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila mantan Timbalan Perdana Menteri yang juga mantan Timbalan Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal meraih impiannya pada tahun 1998.
Sehingga kini, Anwar tetap kekal dengan impiannya dan masih terus memasang angan-angan untuk menjadi Perdana Menteri biarpun dengan memperalatkan rakyat, menggadai bangsa dan menjual agama sendiri.
Malahan, kesan daripada perpecahan tersebut tetap di rasa sehingga ke hari ini walaupun pemimpin telah silih berganti, UMNO telah pulih kembali tetapi perpaduan telah tercalar dan masih belum disatukan sepenuhnya.
Sewajarnya, sebelum membuat sebarang keputusan… fikirkanlah bahawa apa sahaja yang mahu dilakukan, sama ada yang baik atau buruk, kalah atau menang, jadikanlah asas perjuangan parti sebagai landasan dalam kehidupan.
Ingatlah juga, jika benar ada kesongsangan atau kesilapan dalam UMNO, sewajarnya perbetulkanlah melalui permuafakatan dan persaudaraan tanpa perlu adanya pecah belah, fitnah memfitnah dan caci maki yang hanya akan memburukkan keadaan.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing; ke bukit sama di daki ke lurah sama dituruni; hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicicah; itulah realitinya.
Jelaslah bahawa bersandarkan kepada apa yang berlaku, hanya UMNO yang benar-benar lahir atas prinsip perjuangan untuk agama, bangsa dan negara!
Hidup UMNO!
Sumber: umno-online.com
Dr Mahathir Ada Hak Saman Wain, Kit Siang Dan Malaysiakini
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau mempunyai hak untuk menyaman dua individu dan sebuah portal berita kerana menuduhnya membazirkan RM100 bilion bagi projek-projek mega sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, ia bergantung kepada keputusan SuruhanjayaDiraja yang dicadangkan pemimpin DAP Lim Kit Siang, bagi menyiasat sama ada beliau telah membelanjakan wang tersebut bagi projek-projek mega dan amalan rasuah sepanjang tempoh itu.
"Bergantung kepada keputusan suruhanjaya (yang dicadangkan), saya berhak untuk saman (penulis) Barry Wain, Lim Kit Siang dam Malaysiakini.com kerana membuat fitnah bagi jumlah yang akan diumumkan kemudian," katanya dalam blognya semalam.
Wain merupakan penulis buku "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times", menganggarkan bahawa Dr Mahathir telah membazirkan sehingga RM100 bilion sepanjang menjadi Perdana Menteri.
Dr Mahathir berkata, Wain mesti menyediakan bukti kukuh berkenaan mana-mana amaun yang didakwa telah "hangus" itu.
Beliau juga mengalu-alukan cadangan Lim semalam, yang menggesa kerajaan untuk mewujudkan suruhanjaya diraja sama ada beliau ada membazirkan sejumlahwang berkenaan.
Sila Baca>>FORM ROYAL PROBE ON DR M'S SQUANDERING
Lets unite
Rozlan Mohamed wrote
Salam, i would like to invite all umno members to unite together for the sake of our country, and i would like to request to stop "war" among umno members because this is not healthier for us. Sometimes i dont understand the need for talking bad about our UMNO leader. Hope we can concentrate on developing Malaysia to be 1 of the greatest Nation in Economics, Education and so on.
Post #2Khairy Jamaluddin wrote
Salam. Saya setuju dengan saranan saudara Rozlan dan mengucapkan syabas atas pegangannya. Sebagai salah seorang yang berada di tengah-tengah pentas persaingan untuk jawatan parti sebelum ini, izinkan saya sebut di sini bahawa pada dasarnya tidak ada "war" atau persengketaan fundamental di peringkat pimpinan parti. Tempoh berkempen dan tempoh pemilihan sudah berlalu. Yang ada sekarang ini adalah barisan kepimpinan yang dipilih dan saya harap ahli-ahli parti kini menghormati institusi kepimpinan parti itu sendiri dengan tidak memudahkan kerja parti lawan dengan menikam sesama sendiri.
Saya sedia maklum, setelah satu waktu kempen yang cukup panjang dan cukup sengit, mungkin masih ada di kalangan penyokong individu-individu atau personaliti yang masih ada "mood" nak bertanding. :) Tapi saya yakin kebanyakannya sudah mula memandang ke hadapan dan melihat gambaran yang lebih luas - yakni kita perlu fokus dalam meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat demi memenangkan UMNO dan BN.
Yang lebih penting, kami bekas calon pun tiada masalah atau pertelingkahan antara satu sama lain, dan sedia komited untuk kepentingan parti di bawah kepimpinan YAB Presiden Dato' Seri Najib Tun Razak. Apa tidaknya, semuanya di bawah payung UMNO, semuanya dari dalam keluarga UMNO, mana mungkin bermusuh seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak.
Jadi kalau tuan punya badan pun tidak bermasalah, tak perlulah sesiapa mereka-reka isu sensasi.
Read More>>
Tuesday, December 22, 2009
Dilema dalam hala tuju PAS
1) PENGHINAAN TERHADAP ISLAM OLEH PEMIMPIN2 DAP.
Penghalalan Nik Aziz tehadap perbuatan menghina Islam oleh para pemimpin DAP tentunya akan menguburkan Pas malah tak mustahil juga di PRU13 kerana Pas dianggap tidak lagi mampu memperjuangkan Islam.
2) PENOLAKAN PAS TERHADAP KERAJAAN PERPADUAN UMNO.
Pas dilihat gilakan kuasa dan kedudukan apabila sanggup berkerjasama dengan DAP daripada menjalinkan persefahaman dengan sesama muslim.
3) KEMELUT POLITIK TAK BERTAMADUN Pakatan Rasuah (PR) DI PERAK
Isu menghina Raja dan usaha menghuru harakan keamanan di Perak oleh Nizar penderhaka akan memberi kesan yang besar dikalangan orang melayu. Ditambah pula Nizar jelas berada dibawah telunjuk DAP didalam setiap isu yang berlaku di Perak.
4) PENGHINAAN PAS DAN Pakatan Rasuah (PR) KEPADA ANGGOTA BADAN BERUNIFORM.
Selama ini Pas dan Pakatan Haram pembangkang sering melabelkan anggota beruniform di Malaysia seperti Polis, FRU, Rela dan juga Askar sebagai talibarut kerajaan. Malah ada juga di gelar anjing kerajaan kerana melaksanakan tugas dan tanggung jawab mereka. Kini di Bagan Pinang, Pas dan Pakatan Haram pembangkang secara tak tahu malu kembali menagih undi dari anggota beruniform ini.
5) KES LIWAT ANWAR
Ramai telah menyedari usaha Anwar melengah lengahkan perbicaraan kes liwatnya di mahkamah. Pelbagai cara dilakukan oleh Anwar untuk mengelakkan kesnya dibicarakan dan Pas tetap menyokong penuh Anwar yang penuh dengan salahlaku moral ini.
6) KRISIS PENYELEWENGAN WANG RAKYAT DI SELANGOR
Pakatan Haram pembangkang berdepan dengan tuduhan penyelewengan wang rakyat oleh adun DAP di Selangor. Dan juga penglibatan kongsi gelap didalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor. Ini menunjukkan bahawa Pakatan Haram pembangkang tidak layak diberikan kuasa mentadbir kerana jika dibiarkan..., negara pun akan mereka jual.
7) ISU KUIL DI SELANGOR
Adun Pas dan PKR bersekongkol menggalakkan pembinaan kuil di penempatan orang Islam di Selangor. Tindakan mereka tidak mengendahkan sensitiviti masyarakat Islam ini menyebabkan penolakan total kepada mereka dari orang2 melayu/Islam di Selangor.
8 ) KELEMAHAN MENANGANI ISU ARAK
Hasan Ali yang pada mulanya amat bertegas mengenai larangan penjualan ARAK terpaksa "menyerahkan kepala" untuk dipijak oleh DAP setelah campurtangan Anwar. Ini menyerlahkan bahawa Pas Selangor hanya menjadi pencacai kepada Pakatan Haram pembangkang.
9) KETIDAK MAMPUAN PAS MENJANA PEMBANGUNAN
Ini terbukti di Manek Urai apabila Pas hampir tewas kerana penolakan oleh rakyat setempat yang diabaikan serta dibiarkan mundur dari segi pembangunan. Pemimpin pemimpin Pas terpaksa menggunakan isu SYURGA dan menjanjikan PAHALA bagi menarik undi kepada mereka.
10) PAS MENJADI TALIBARUT KEPADA KAFIR DAP
Imej Pas sebagai parti Islam telah terhapus terutamanya setelah menggantikan slogan mereka dari MEMBANGUN BERSAMA ISLAM kepada PAS FOR ALL. Pas dilihat menjadi BARUA kepada KAFIR DAP apabila bersekongkol mengHALALkan ayat QURAN dipermainkan oleh KAFIR di Perak. Pas juga dilihat menjadi pembela kepada SALAHLAKU MORAL pemimpin2 DAPig apabila Nik Aziz dan muslimat Pas "mengampunkan" MODEL BOGEL DAP.
Nyata sekali Pas hanya dijadikan alat untuk memanipulasi Islam kepada DAP.