Sunday, July 24, 2011

Anwar Sudah Liabiliti, Tapi Masih Diperlukan Bukan Melayu..



“Dari segi apa yang telah berlaku dan sedang berlaku, Anwar adalahliabiliti kepada pembangkang. Tetapi pembangkang dalam dilema. Mereka masih memerlukan Anwar juga. Itu dilema mereka”, kata Profesor Dr. Chandra Muzaffar, Presiden JUST (The International Movement for a Just World).
Dr Chandra, bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Nasional mengakui faktor Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan faktor kemenangan pembangkang menafikan penguasaan 2/3 BN di Parlimen pada Pilihan Raya Umum 2008.  Namun menurut pemerhatiannya, selepas tiga tahun pemerintahan pakatan di negeri-negeri yang dikuasai mereka, persepsi rakyat mula berubah.
“(Sebelum Pilihan Raya Umum 2008), masyarakat menganggap, dia ini (Anwar) berpengalaman, pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri, dia ini ada potensi jadi Perdana Menteri, dulu hampir-hampir jadi Perdana Menteri.
“Tetapi, selepas tiga tahun Pakatan memerintah di negeri-negeri tertentu, faktor Anwar juga yang menyebabkan prestasi pakatan semakin merosot, apa yang berlaku di negeri-negeri itu, peribadi Anwar sendiri. Saya fikir, semakin ramai yang sudah ubah fikiran”, katanya.
Namun menurut pengamatannya, walaupun semakin ramai masyarakat mula mengubah fikiran, perkara itu lebih efektif berlaku dalam masyarakat Melayu, sebaliknya dalam masyarakat bukan Melayu masih setia bersamanya, bukan kerana faktor Anwar, tetapi berasaskan faktor lain.
“Mereka (bukan Melayu) menganggap dia (Anwar) sebagai manusia yang diperlukan. Soal kelemahan-kelemahan peribadinya, mereka tak kisah.
“Yang penting pada mereka, hanya Anwar akan ubah keadaan ini. Tak ada DEB (Dasar Ekonomi Baru), tak ada keistimewaan-keistimewaan, semuanya sama rata.
“Mungkin mereka pun ada agenda mereka sendiri. Bermakna, bukan kerana Anwar, bukan sebab Anwar, tetapi sebab lain”, katanya.
Ikutilah wawancara selengkapnya di antara AIDC dengan Dr Chandra, pada 30 Jun 2011, di Pejabat JUST, Petaling Jaya.
AIDC : Adakah penerimaan masyarakat dalam kes liwat II sudah berubah, jika dibandingkan dengan kes I ?
Dr Chandra : Golongan pertengahan lebih sedar.
Maksudnya ?
Kerana kalau dibandingkan kes Saiful dengan kes tahun 1998, kes sekarang ini, buktinya lebih kukuh. Jauh lebih kukuh. Mungkin itu faktor utama.
Pihak pendakwa juga lebih menyakinkan dalam mengendalikan perbicaraan.
Lagipun, saya nampak selepas ‘Peristiwa 16 September,’ ramai di kalangan kelas menengah sudah mula kurang mempercayai Anwar.
Di kalangan kelas menengah?
Ramai kurang percaya kepada Anwar terutamanya masyarakat Islam..Melayu… Apa sebabnya?
Sebabnya kerana mereka menganggap ini permainan politik kotor Anwar. Dia (Anwar) sudah menang. Dia berjaya menafikan 2/3 BN di Parlimen.
Jadi kenapa lagi dia nak menggulingkan BN dari politik pintu belakang ?
Mereka sudah mula meragui. Mereka sudah mula bertanya soalan, apa dia punya permainan politik.
Dua peristiwa inilah yang membawa kepada perubahan. Satu, ‘Peristiwa 16 September.’ Kedua, kes Saiful.
Yang mendorong penilaian semula masyarakat kepada Anwar?
Ya. Sokongan kepada Anwar sudah merosot sekarang. Sebab itu, dia cuba menghidupkan sokongannya semula.
Adakah Anwar berjaya mencipta dirinya sebagai manusia baru seperti Obama, Presiden Amerika Syarikat. Atau sebenarnya dia sudah menjadi liabiliti. Buat apa cara sekalipun, memang sudah tidak menjadi ?.
Pada hemat saya, dia sudah menjadi liabiliti kepada pembangkang. Tetapi pembangkang dalam dilema sekarang ini.
Kenapa pembangkang dilema ? Ini yang saya nak tegaskan.
Dari segi apa yang telah berlaku dan sedang berlaku, Anwar adalah liabiliti kepada pembangkang. Tetapi pembangkang dalam dilema.
Mereka masih memerlukan Anwar juga. Itu dilema mereka.
Mereka tahu, dia (Anwar) ini adalah satu bebanan, tapi mereka memerlukan Anwar kerana dengan hanya Anwar yang boleh menyatukan pakatan dua parti pembangkang, PAS dan DAP.
Hanya dia yang dapat menyatukan dua-dua parti itu. Kerana pada DAP, sekiranya mereka menjalinkan hubungan terus dengan Pas, sudah tentu anggota-anggota daripada mereka, tidak terima.
Begitu juga dengan Pas, kalau mereka buat hubungan secara langsung dengan DAP, juga bermasalah.
Jadi, kedua-dua pihak memerlukan orang tengah. Orang tengah itu adalah Anwar Ibrahim.
Dengan DAP, mungkin mesejnya lain. Dengan Pas pula, mesejnya lain. Sebab itu, kedua-dua pihak perlukannya. Lagipun, kelebihan Anwar kerana pidatonya, dia boleh memikat orang ramai.
Dalam pilihan raya 2008, memang faktor utama adalah Anwar Ibrahim. Masyarakat menganggap, dia ini berpengalaman, pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri, dia ini ada potensi jadi Perdana Menteri, dulu hampir-hampir jadi Perdana Menteri.
Tetapi, selepas tiga tahun Pakatan memerintah di negeri-negeri tertentu, faktor Anwar juga yang menyebabkan prestasi pakatan semakin merosot, apa yang berlaku di negeri-negeri itu, peribadi Anwar sendiri. Saya fikir, semakin ramai yang sudah ubah fikiran.
Namun, pada pendapat saya, Anwar masih merupakan satu problem di negara ini.
Masih menjadi problem?
Masih..masih. Saya tidak berani mengatakan sebahagian besar, saya katakan sebahagian daripada bukan Melayu, mereka perlukan Anwar. Kenapa Anwar diperlukan ?
Kerana mereka perlukan Anwar sebagai orang yang boleh menegakkan kepentingan mereka. Sebab itu mereka sokong.
Nampaknya trend bukan Melayu khususnya orang Cina kuat menyokong Anwar ?
Ya..ya.. terutamanya masyarakat Cina. Itu betul. Mereka menganggap dia (Anwar) sebagai manusia yang diperlukan. Soal kelemahan-kelemahan peribadinya, mereka tak kisah.
Sebahagian daripada masyarakat Tionghua itu, mereka tak kisah. Mungkin pada fikiran mereka, itu rekaan atau itu soal peribadinya.
Yang penting pada mereka, hanya Anwar akan ubah keadaan ini. Tak ada DEB (Dasar Ekonomi Baru), tak ada keistimewaan-keistimewaan, semuanya sama rata. Ini yang menarik perhatian mereka.
Adakah mereka menganggap Anwar adalah Al Masih, sebagai penyelamat ?
Sebahagiannya. Tetapi saya tengok, mungkin mereka pun ada agenda mereka sendiri. Bermakna, bukan kerana Anwar, bukan sebab Anwar, tetapi sebab lain.
Mereka menganggap Anwar itu adalah sebagai satu peluang untuk mempertingkatkan desakan-desakan mereka.
Tuntutan-tuntutan mereka untuk mencapai sesuatu. Mereka gunakan Anwar untuk againstBN. Itu yang mereka mahu.
Termasuk persatuan Kristian yang Anwar berunding secara gelap untuk mencapai matlamat yang sama?
Itu saya kurang pasti, tapi pada keseluruhannya, saya fikir sebahagian daripada masyarakat bukan Melayu, menganggap Anwar sebagai satu perkakas atau peluang yang boleh digunakan untuk mencapai matlamat politik mereka.
Matlamat politik mereka itu mungkin tentang kuasa politik, kedudukan ekonomi mereka, soal pendidikan, biasiswa dan sebagainya.
Kalau mereka mahu kepada perubahan dasar-dasar tertentu, inilah caranya, gunakan Anwar, kerana Anwar boleh mencabar kedudukan BN, dan BN akan memberi konsensi yang lebih kepada mereka.
Selain daripada itu, ada juga di kalangan mereka menganggap dia sebagai ‘mujarab’ untuk segala penyakit-penyakit masyarakat dan sebagainya, mungkin. Tetapi lebih daripada itu, mereka menganggap dia sebagai perkakas.
Dan dia pula menggunakan mereka sebagai perkakas juga.
Saling menggunakan?
Ya..ya. dia mahu mencapai matlamatnya. Matlamatnya jelas.
Anwar pernah menjadi Presiden ABIM, dan Prof pernah menulis buku ‘Kebangkitan Semula Islam di Malaysia’ pada tahun 1987 yang menggambarkan sejarah penglibatan Anwar pada tahun 70-an. Adakah ini bertentangan dengan apa yang berlaku sekarang ini ?
Dalam buku saya, peranan Anwar hanya sebahagian kecil. Saya kaji environment yang lebih luas lagi.
Dalam mengkaji kebangkitan semula Islam di Malaysia ini, kita tidak boleh menafikan peranan Anwar  sebagai Presiden ABIM dan dari segi retoriknya.
Memang betul apa yang saudara katakan, Anwar semasa dasawarsa 70-an, dasawarsa 80-an, termasuk selepas menyertai BN, Anwar dahulu berbeza dengan Anwar sekarang.
Berbeza..memang berbeza.
Dari segi politik perjuangannya berbeza. Tahun 1970-an dia sebagai pejuang Islam melalui ABIM sebagai wadahnya dan beberapa pertubuhan Islam antarabangsa, WAMY dan sebagainya.
Pendiriannya dalam soal-soal tertentu, dahulu dan sekarang jauh berbeza.
Tetapi sekarang, pendiriannya itu lebih mirip apa yang disifatkan sebagai politik liberal.
Politik liberal?
Ya. Politik liberal. Sekarang dia menampilkan dirinya sebagai pejuang kepada hak asasi manusia.
Kalau kita tengok karier kerjaya politiknya, pada peringkat awal, hujung tahun 1960-an dan dasarwasa 1970-an, dia lebih mirip kepada kemelayuan. Persatuan bahasa Melayu, menentang penggunaan bahasa Inggeris…
Lepas itu, Islam. Sekarang pula sebagai liberal.
Ini yang dimaksudkan sebagai chameleon, berubah-ubah. Dan sekiranya pada masa akan datang, dia rasa perlu ubah, mungkin dia akan ubah lagi.
Sebab itulah kita sering tanya, apa pendirian sebenar Anwar ? Apa pegangannya ? Apa politiknya ?
Kalau kita banding dengan Dr. Mahathir, kita tahu, dari dulu dalam soal-soal antarabangsa tertentu, Dr. Mahathir tak ubah.
Konsisten…
Konsisten. Semasa dia doktor, sebelum masuk politik, semasa dia masih belajar di universiti, pendiriannya sama.
Ada juga yang mengkritik saya tentang pendirian dan peranan saya. Saya kata, dalam semua isu yang saya terlibat dari dulu hingga sekarang, saya tak ubah.
Politik antarabangsa, politik tempatan, dulu pun saya pegang pada prinsip-prinsip tertentu tentang hak asasi manusia, ekonomi dan sebagainya, saya tak ubah.
Hanya dalam satu perkara yang saya ubah iaitu Anwar Ibrahim.
Dalam kes Anwar Ibrahim, dulu saya sokong, sekarang saya menentang. Dan saya takapologized. Kerana ubah prinsip itu saya tak apologized kepada mana –mana pihak dan saya berpendapat pendirian ini berteraskan pada prinsip.
Kenapa saya ubah? Kerana saya telah sedar. Masa saya masuk parti dan dapat lihat dia dari dekat, politiknya, maka saya buat kesimpulan, bahawa dia ini adalah manusia yang saya tidak boleh sokong.
Bukan soal peribadi, moralnya semata-mata, tetapi banyak lagi faktor-faktor lain.
Itupun dalam soal moral, kalau kita fikirkan, kenapa dia ini jadi begitu…Kalau orang lain, walau ada sedikit bukti pun, mesti akan letak jawatan.
Letak jawatan…
Saya fikir, Anwar ini seperti satu kes yang istimewa. Adakah manusia lain seperti Anwar. Tak ada. Tak ada.
Maksudnya…
Kita lihat sejarah seluruh dunia pun tak ada. Kalau di Korea, China, India, Amerika Latin, pemimpin-pemimpin mereka yang terlibat dalam kes moral ini, akan meletak jawatan terus.
Walaupun mereka mempertahankan diri di mahkamah, tetapi mereka meletak jawatan.
Tapi, dia ini (Anwar)… terus menafikan dan bertahan. Jadi, dia bukan seperti pemimpin lain. Dia ini luar biasa…luar biasa..
Yang sedihnya, isterinya sama. Terus mempertahankan suaminya. Itu pun saya tak faham. Jadi, dia pun isteri istimewa. Itu yang YB Zulkifli Noordin cadangkan dia (Azizah) sebagai ‘Presiden Kelab Isteri-isteri Taat’.
Adakah Prof melihat Anwar tidak mahu meletak jawatan atau berundur dari politik kerana tidak mahu dilihat hilang fungsi seperti yang Prof katakan bahawa Anwar hanya ada dua kepakaran ?
Ya betul, dia mungkin akan hilang fungsi. Fungsinya dua aspek sahaja, demonstrasi dan pidato. Jadi kalau dia berundur, apa fungsinya lagi ?
Sebagai seorang pemikir, dia tak ada fungsi. Sebagai perancang dasar atau mencanangkan idea-idea, dia juga tak ada fungsi.
Sebab itu, dia bertegas, selagi mana dia boleh tepis dia tepis tentang kes-kes moral dan sebagainya kerana dia tak boleh lari dari berpolitik dalam hidupnya?
Dan mungkin juga kalau kita tengok pada politiknya, cita-citanya nak menjadi Perdana Menteri ni…
Besar…
Besar. Besar.
Kalau nak dikatakan sebagai cita-cita tu, saya kira tak begitu tepat, lebih tepat bernafsu. Nafsunya mesti menjadi Perdana Menteri.
Kalau kita bandingkan dengan orang lain, bandingkan dengan Dr. Mahathir, Pak Lah, Datuk Seri Najib, Tun Razak, Tun Hussein Onn dan Tunku Abdul Rahman.
Saya ada buat sedikit kajian tentang perkara ini walaupun saya belum lagi menulis secara mendalam tentangnya.
Dari zaman Tunku, saya nampak mereka ini tidak bernafsu untuk memegang jawatan Perdana Menteri.
Seperti Tunku, dia menjadi Presiden UMNO bukan kerana dia mengejar jawatan itu. Kerana Datuk Onn Jaafar undur, dia dipujuk oleh Tun Razak untuk menjadi Presiden.
Kita tahu sikap Tunku, Tunku tidak mahu menjadi Presiden tetapi Tun Razak berpendapat, inilah manusia yang paling sesuai kerana dia anak raja, ada kedudukan dalam masyarakat sebagai pendakwaraya dalam bidang undang-undang.
Tun Razak pun begitu. Dia sabar, sungguh sabar sebelum dapat menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Dia bantu Tunku. Dia tidak gulingkan Tunku.
Begitu juga Tun Hussein Onn. Dia pun bukan manusia yang mengejar jawatan. Dia menjadi Perdana Menteri sebab kedudukannya sebagai orang nombor dua. Bila ada (pergolakan) dalam parti, dia pun berundur secara terhormat.
Dr. Mahathir, dari penglibatannya di bangku sekolah lagi, dia sudah aktif. Dia juga tak rancang untuk menjadi Perdana Menteri, tetapi akhirnya dia jadi Perdana Menteri kerana dipilih oleh Tun Hussein Onn.
Tak ada perancangan secara tersusun untuk jadi PM ?
Tak ada. Tak ada. Memang baginya, soal ekonomi Melayu itu penting. Kalau kita tengok Dr. Mahathir, dia selalu tulis dan bincang isu-isu ini.
Pak Lah pun jadi PM, dia tak rancang.
Dan Datuk Seri Najib pun dah berapa lama dalam parti. Dari umurnya, 23 tahun lagi. Dia jadi PM, ketika umurnya sudah 57 tahun.
Tetapi, yang seorang ni.. maksud saya, Anwar Ibrahim…dia cepat-cepat nak jadi PM. Masuk sahaja UMNO, dia buat macam-macam perancangan. Dia mengenepikan Tengku Razaleigh, Musa Hitam, Tun Ghafar..
Macam-macam yang dia buat, kalau kita kaji sejarah secara mendalam.
Krisis-krisis yang berlaku dalam UMNO itu, yang Anwar masuk itu, dalam beberapa aspek itu, memang dia terlibat. Memang dia terlibat.
Saya fikir, dia mahu mencapai matlamatnya. Jadi, saya nampak, dia ini, memang seorang manusia yang benar-benar bernafsu untuk menjadi PM.
Seolah-olah mengenepikan kekuasaan dan ketentuan Allah swt?
Ya..ya. Kerana ada kuasa yang lebih besar menentukan segala-galanya. Semacam dia mengenepikan faktor itu.
Kita selalu solat hajat, dari dulu semasa Anwar ditahan (1998) … Jadi, kalau kita lihat dari sudut itu, soal kuasa besar itu yang menentukan segala-galanya.
Setiap kali solat hajat, harapannya supaya Anwar jadi PM. Lepas itu Anwar dipenjarakan…Solat hajat lagi..keluar pula kes Saiful, solat hajat lagi..keluar pula video seks. Jadi, apa keputusannya ?
Keputusannya, semua itu memang kuasa Tuhan.
Setiap kali solat hajat, inilah hasilnya. Jadi, itu adalah keputusannya.
Sumber-AIDC

Muhyiddin : Paparan Video PDRM Tulen

Rakaman video pada perhimpunan haram 9 Julai lalu, yang dipaparkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah rakaman sahih dan sah bertujuan mendedahkan situa­si sebenar dan bukannya bermotifkan politik.



Berikutan itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat supaya tidak tertipu dengan dakyah pembangkang berhubung rakaman video PDRM itu.

“Kita harus terima dengan yakin kredibiliti video polis itu, jangan kita yakin dengan video dipaparkan media alternatif, dalam YouTube misalnya, yang jelas banyak mengubah kandungan,” katanya pada Bulan Pencegahan Jenayah Peringkat Kebangsaan 2011 di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, di sini, semalam.

Muhyiddin meminta polis menyiarkan video itu supaya rakyat boleh lihat dan nilai sendiri.
Menurutnya, polis me-nyiarkan video yang sah dan tidak diambil atau dicedok dari mana-mana pihak, berbeza dengan pembangkang.

“Video itu menjawab beberapa isu dibangkitkan pembangkang, termasuk Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang berceramah atas kerusi roda, kononnya dilanggar kenderaan polis semasa perhimpunan haram itu.

“Jadi, kalau ketua parti Pas berbohong, bagi Pas pembohongan itu halal kah,” tanya Muhyiddin.

Muhyiddin berkata, pe-mimpin Pas itu mungkin terjatuh atau sebagainya, tetapi ia sama sekali bukan kerana tindakan polis.

Mengenai laporan Moha-mad Sabu akan failkan saman di mahkamah berhubung dakwaan kekasaran polis terhadapnya, Muhyiddin berkata: “itu hak dia”.

Menurutnya, video itu menjawab mengenai tindakan polis menyembur gas pemedih mata di lorong berdekatan Hospital Tung Shin yang dijadikan isu sesetengah pihak serta insiden kematian Allahyarham Baharuddin Ahmad.


Saturday, July 23, 2011

8 Orang sahaja Yang Hadir Ceramah Bersih 2.0 Chegu Bard

Hanya 8 orang sahaja yang hadir di Majlis ceramah Chegu Bard di Taman Rantau, Negeri Sembilan, selebihnya kelihatan budak-budak SAMM diarahkan untuk duduk memenuhi ruang kerusi yang kosong.

Rakyat sebenarnya sudah bosan dengan perangai Chegu Bard yang suka memutar belitkankan fakta dan sering menabur fitnah disetiap ceramahnya.

Orang kampung pun dah meluat nak dengar ceramah Chegu Bard... Ok besok aku akan update full story dan gambar lagi...

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Khalid Selangor Ku Atau Selangor Gagap Ku... Ku...


Slogan baru yang diperkenalkan oleh Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim "SelangorKu" sebenarnya adalah Selangor Aku Yang Punya.

Di bawah kenyataan Khalid Ibrahim pada April 13hb 2008:

Mari kita bongkar pemberian secara terus projek-projek Kerajaan Selangor yang diberikan oleh Si Khalid Gagap Ku.. Ku...










Kehebatan "Selangor Ku" juga ialah beri projek kepada Cina ku... ku...

Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri sedang berunding dengan syarikat, ‘China State Construction’ bagi membaik pulih Sungai Klang dalam usaha menjadikannya sebagai kawasan hijau dan tempat membeli belah di sekitar bandar raya Shah Alam.

Mengulas lanjut mengenainya, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hassan Ali berkata syarikat tersebut, mempunyai keupayaan teknikal dan berpengalaman luas serta layak untuk membangunkan Sungai Klang.

Melalui pertemuan dua hari dengan syarikat itu di Shanghai baru-baru ini, Hassan berkata beberapa perwakilan daripada China akan tiba di negeri ini untuk membuat tinjauan awal.

“Pandangan awal mereka berminat untuk bangunkan Sungai Klang. Syarikat ini merupakan syarikat GLC (syarikat berkaitan kerajaan) di China. Mereka ada keupayaan teknikal dalam bersama-sama membangunkan Sungai Klang.

Kenapa? orang Melayu tak mampu ke nak buat kerja ini ? Kontraktor Melayu tak mampu ke nak buat kerja ini. Kenapa kena bagi dengan kontraktor Cina ?

Baca artikel ini juga: Skandal Khalid Ibrahim, Eli Wong ?


87 Terbunuh Dalam Tembakan Rambang Dan Serangan Bom Di Norway


OSLO 23 Julai - Seorang lelaki berpakaian seragam polis melepaskan tembakan ke arah sekumpulan remaja, mengakibatkan sekurang-kurangnya 80 terbunuh, selepas sejam serangan bom ke atas bangunan pejabat kerajaan Oslo yang mengorbankan tujuh orang.

Lelaki berkenaan berkenaan dikenal pasti berusia 32 tahun, rakyat Norway masuk ke pulau peranginan Utoeya yang menjadi tempat perkhemahan remaja berkenaan dan melepaskan tembakan secara rambang.

Sebelum itu serangan bom telah menyebabkan tingkap pejabat perdana menteri dan kementerian minyak dan kewangan berkecai. Perdana Menteri Jens Stoltenberg tidak berada di dalam bangunan berkenaan ketika serangan.

Pemangku ketua polis Sveinung Sponheim berkata, polis sedang menyiasat kemungkinan pembabitan beberapa orang lain dalam serangan itu.

Polis telah menahan penembak berkenaan yang dikenali sebagai Anders Behring Breivik dan polis turut menemui bom yang gagal diledakkan dipasang di pulau terbabit. - Reuters

3000 Serbu Karnival Kerjaya Pemuda BN Di Melaka


Lebih 3,000 graduan institusi pengajian tinggi (IPT), lepasan sekolah dan orang ramai menyerbu Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) 2011 yang diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh Jumaat, semalam.

Ketua Penyelarasnya, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, catatan hari pertama itu berdasarkan stiker yang dikeluarkan.

Katanya, jumlah itu dijangka meningkat sehingga hari Ahad.

Rata-rata pengunjung tidak melepaskan peluang mencari pekerjaan yang ditawarkan oleh syarikat yang mengambil bahagian.

Difahamkan Ketua Menteri YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam serta Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin akan turut berada di MITC pada jam 2petang ini...

Rebutlah peluang pekerjaan di BNYJF yang berlangsung pada hari ini dan esok...

Mat Sabu Wilcha Tampil Dengan Videonya, Saman Polis RM300,000


Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menggesa pihak polis menarik semula kenyataan bahawa beliau membuat tuduhan palsu dilanggar kenderaaan polis pada 9 Julai lalu, atau berdepan tindakan saman. Dibawah adalah video yang membuktikan beliau tidak bersalah...

Betul ke Mat Sabu Wilcha nak Saman PDRM... Kita tengok video dibawah Mat Sabu Di Rempuh Polis...


Mat Sabu Guna Talian Hayat Kedua, Tukar "Statement"...


Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu bagaikan cacing kepanasan setelah pihak polis menyiarkan rakaman CCTV menunjukkan beliau terjatuh dari kenderaannya selepas terlanggar pembahagi jalan. Langkah seterusnya Mat Sabu menggunakan talian hayat yang kedua, ubah "statement" untuk menyelamatkan diri beliau.


Rakaman cctv bukti Pajero Polis tidak rempuh motosikal Mat Sabu


Statement pertama pada 15, July yang lalu : Laporan Malaysiakini - Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu memberitahu beliau selamat menjalani pembedahan membetulkan ligamen lututnya yang terkoyak akibat dirempuh kenderaan Land Rover polis dalam perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu.



Statement terbaru yang merupakan talian hayat kedua: Laporan Keadilandaily - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menggesa pihak polis menarik semula kenyataan bahawa beliau membuat tuduhan palsu dilanggar kenderaaan polis pada 9 Julai lalu, atau berdepan tindakan saman.

Ketika dihubungi Keadilandaily, Mohamad berkata beliau dirempuh kereta Proton Waja polis, dan bukan kenderaan Pajero seperti yang didakwa pasukan keselamatan itu.

Tidak mustahil juga selepas ini Mat Sabu akan mengunakan talian hayat ketiga yang terakhir dengan meminta batuan dari Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat seperti mana beliau bebas dari hukum khalwat dengan isteri orang ketika itu yang bernama Norma pada 31 Januari 1995. Ianya berlaku di bilik 121 Hotel Perdana, Jalan Mahmood.


Nampaknya lakonan Mat Sabu bertambah hebat semenjak berkawan dengan orang yang pernah digelarnya Al Sheikh Al Juburi... Ini fakta bukan auta sila baca disini...

Kejujuran Mat Sabu mengaku bahawa dia pernah melabel Anwar Ibrahim sebagai Al Sheikh Al Juburi patutlah dipuji. Sekurang-kurang dia ikhlas dalam membuat tuduhan, walaupun kini dia sendiri telah angkat bendera putih.

Fikir fikirkanlah... Janganlah kita terus tertipu dengan mainan politik yang berteraskan kepada pembohongan, putarbelit hanya kerana mahukan kekuasaan dan pemerintahan...