Sunday, August 7, 2011

Khabar Angin Rombak Exco Kerajaan Negeri Pahang Tidak Benar


Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob menafikan khabar angin kononnya beliau akan melakukan rombokan kecil exco negeri tidak lama lagi.

Beliau menegaskan, tiada sebab untuk melakukan rombakan tersebut memandangkan semua anggota exco telah menjalankan tugas dengan baik.

“Soal rombakan exco tidak timbul sama sekali. Saya berpuas hati dengan semua anggota exco dan wakil rakyat Barisan Nasional (BN).

“Berita tersebut mungkin sengaja digembar-gemburkan atau hanya cakap-cakap kedai kopi yang tidak boleh dipakai,'' katanya kepada pemberita selepas majlis Titipan Kasih di masjid Sultan Haji Ahmad Shah di Kampung Simpang Pelangai semalam.

Jangan tak tahu politik kedai kopi pun sama hebat dengan politik di Parlimen, boleh gegar satu negara bro...

Tangguh! : Anwar Sentiasa Elak Bela Diri, Sebab Tiada Alibi


AIDCNews – Sejak Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri pada 16 Mei hingga ke hari ini, Ketua Umum PKR itu dilihat berusaha mengelakkan dirinya daripada tampil ke mahkamah untuk memberikan keterangan.

Sudah dua kali mahkamah telah menetapkan tarikh untuk Anwar membela diri namun kedua-duanya dirombak oleh pihak Anwar dengan permohonan-permohonan baru supaya akan wujud bicara dalam bicara sehingga berjaya mengelakkan Anwar tampil beri keterangan bela diri.


Kali pertama, mahkamah tetapkan pada 6 Jun hingga 30 Jun, namun empat hari menjelang tarikh membela diri, pada 2 Jun, Anwar membuat permohonan baru untuk menggugurkan hakim. Klik di sini

Pada 6 Jun, hakim membuat keputusan tidak akan mengundurkan diri kerana tiada merit dan ini merupakan percubaan ketiga Anwar mahu menggugurkan hakim.

Bagaimanapun, Hakim Mohd Zabidin membenarkan permohonan barisan pembelaan untuk menangguhkan perbicaraan kes tersebut selama 37 hari sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Mahkamah menetapkan pada 13 Julai untuk prosiding bermula semula.
Klik di sini dan di sini

Pada 6 Julai, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Anwar terhadap keengganan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah supaya menarik diri daripada mendengar perbicaraan liwatnya.

Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Hasan Lah membuat keputusan tersebut setelah menimbangkan hujah-hujah pihak peguam bela dan pendakwa raya.

“Kami berpendapat tidak ada sebab kami tidak bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada 6 Jun lalu,” katanya.

Susulan keputusan mahkamah menolak rayuan itu, peguam bela Anwar, Karpal Singh memohon mahkamah menangguhkan sebutan pada 13 Julai ini.

Bagaimanapun, Hasan tidak membenarkan permohonan Karpal tersebut. Klik di sini, sini dan di sini
Anwar berjaya menangguhkan diri daripada membela diri dengan permohonan menggugurkan hakim selama 40 hari iaitu dari 2 Jun hingga 13 Julai.

Pada 13 Julai, mahkamah sekali lagi menetapkan tarikh baru untuk Ketua Umum PKR itu membela diri iaitu dari 8 Ogos hingga 26 Ogos.

Namun 14 hari sebelum tarikh Anwar membela diri pada pada 26 Julai dan 1 Ogos Ketua Umum PKR itu membuat dua lagi permohonan baru untuk menemu bual 15 saksi terlebih dahulu, sebelum beliau membela diri. Klik di sini dan sini

Nampaknya Anwar kembali mengulangi taktik lama seperti yang pernah dilakukan pada 6 Jun lalu iaitu membuat permohonan baru untuk mengelakkan dirinya memberi keterangan.

Bermakna pada 8 Ogos, sepertimana yang ditetapkan Anwar membela diri terpaksa ditangguhkan kerana mahkamah terpaksa membicarakan kedua-dua permohonan Anwar untuk mendapatkan 15 saksi tersebut.

Persoalannya kenapa Anwar kelihatan keberatan untuk membela diri ?

Kenapa beliau sentiasa mengelak dan sentiasa mencari helah untuk menangguh-nanguhkan kes ?

Sebab yang paling besar adalah Anwar Ibrahim tidak ada alibi untuk mempertahankan dirinya. Klik di sini dan sini

Kita tunggu apa langkah Anwar seterusnya…

sumber AIDC

Plat No “KDA 1” Bernilai RM112,200


Nombor pendaftaran kenderaan “KDA 1” mencatat sejarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah sebagai nombor yang paling tinggi dibida iaitu dengan harga RM112,200 oleh individu kenamaan di negeri ini.

Pengarah JPJ Kedah, Ahmad Musadad Sulaiman berkata, selain “KDA 1”, antara nombor pendaftaran lain yang dibida dengan harga yang tinggi ialah “KDA 11” dengan nilai RM18,480; “KDA 212” (RM11,100) dan “KDA 118” (RM1,010).

“Sambutan yang diterima daripada orang ramai sangat menggalakkan dan ramai yang beratur di kaunter bermula 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

“Jumlah kutipan yang diperoleh oleh JPJ daripada nombor “KDA 1” hingga “KDA 9999” ialah RM762,601.90," katanya selepas merasmikan kaunter online JPJ di Stadium Darul Aman di sini semalam.

Menurutnya, nombor pendaftaran KDA telah habis ditempah dan kini nombor pendaftaran KDB pula dibuka untuk tempahan mulai Rabu ini hingga 17 Ogos.

Tunggu tunggu..! Aku pun nak tempah KDA 916 Untuk Anwar Ibrahim
"Bodek Sikit Supaya Dapat Jadi MB Kedah Lantikan..."

SimplySiti Tiada DNA Babi


Produk kosmetik SimplySiti menafikan penggunaan berus bulu babi dalam produknya sebagaimana yang didakwa dalam sebuah laman blog baru-baru ini.

Presiden produk tersebut Datuk Siti Nurhaliza Taruddin berkata kesemua produk keluaran syarikat tersebut telah mendapat pengesahan halal daripada Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) sebelum dipasarkan kepada umum.

"Apa yang berlaku di dalam konteks seperti yang tertera di di dalam blog tersebut adalah tidak benar. Bulu yang dilaporkan di dalam lampiran tersebut bukanlah bulu berus yang terdapat di dalam produk SimplySiti.

"Oleh itu, kami dengan ini menjamin bahawa produk-produk SimplySiti yang telahpun mendapat pengesahan Halal JAKIM adalah benar & berus yang terdapat di dalam produk-produk kosmetik yang kini terdapat di pasaran juga adalah mematuhi syarat piawaian Halal daripada JAKIM," ujarnya dalam sebuah kenyataan akhbar yang dikeluarkan, Sabtu.



Siti menjelaskan tuduhan sebuah laman blog pada 3 Ogos lalu telah mendakwa sampel berus produk SimplySiti telah dikesan mengandungi DNA bulu babi

Bagiamanapun, Siti berkata pihaknya akan mendapatkan kenyataan daripada JAKIM berkenaan status halal ini secepat mungkin agar isu ini tidak terus berpanjangan.

"SimplySiti akan turut mendapatkan kenyataan daripada JAKIM supaya hal ini tidak lagi dipanjangkan sehingga meragukan pengguna SimplySiti.

"Kami harap pihak JAKIM akan dapat menerangkan status halal SimplySiti dalam kenyataan akhbar mereka nanti. Dan memandangkan isu ini timbul secara mengejut dan kebetulan jatuh pada hujung minggu, pihak SimplySiti akan turut berjumpa dengan pihak JAKIM secepat mungkin untuk berbincang tentang hal ini.

"Kami mohon agar orang ramai tidak membuat spekulasi awal kerana kami sangat prihatin dan sentiasa menitikberatkan kualiti dan kesucian di dalam produk kami," ujarnya.

Jelas Siti, pihaknya terpaksa mengeluarkan kenyataan akhbar ini bagi mengelakkan salah faham orang ramai memandangkan terlalu banyak pihak telah menyebarkan spekulasi mengenai hal ini.

Ni mesti puak pembangkang punya kerja sebar fitnah!!

Pemuda UMNO Selar Kerajaan Pakatan Pembangkang Robohkan Asrama Yayasan Selangor

Pen. Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid berkata, ini membuktikan kerajaan Selangor tak ambil peduli dan tidak tahu bagaimana nak mengurus tadbir satu Yayasan bagi kemajuan anak-anak Melayu Selangor dari segi pendidikan.

Adakah ini model negeri kebajikan yang sering diwar-warkan pakatan pembangkang? Tindakan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mahu merobohkan Asrama Yayasan Selangor di Kampung Pandan membuktikan mereka kerajaan berkebajikan sebagaimana yang mereka laung-laungkan selama ini.

Menurut Datuk Megat, “Menteri Besar, Tan Sri Khalid memandang remeh kewujudan Yayasan ini malah mengabaikan asrama dan pembelajaran anak-anak murid Yayasan, tiada pembelaan darinya.

“Inilah yang saya katakan, inilah kemungkinan modul negeri kebajikan pakatan pembangkang khususnya pimpinan PKR negeri Selangor.”

Asrama Yayasan Selangor selama ini telah memberi khidmat bakti melahirkan insan “khamil”, kini hendak dirobohkan semata-mata dengan alasan yang tidak boleh diterima akal. Semua ini berlaku pastinya dengan niat rakus membangunkan tapak ini nanti bagi membolehkan ada pihak mengaut keuntungan peribadi.

“Saya percaya, alasan yang diberikan oleh pihak bertanggungjawab sekadar “wayang dan lakonan” bagi kerajaan Tan Sri Khalid terus membodohkan rakyat Selangor.

“Tiada pembelaan oleh kerajaan selangor terhadap satu institusi yang cukup murni, yang selama ini menjadi harapan pendidikan kepada anak-anak Selangor yang pintar tapi kurang kemampuan wang ringgit untuk meneruskan pelajaran ke tahap yang tinggi. Ini membuktikan Tan Sri Khalid dan kerajaannya tidak ada rasa tanggungjawab sosial kepada anak-anak Selangor ini yang bernaung di bawah Yayasan,” tambahnya. -Pemuda UMNO

Ahli Puteri UMNO Kini Cecah 360,000 Orang Mantop!

Dato' Siti Nurhaliza Tak Nak Join PU3 Ke?

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata usaha agresif pergerakan itu dalam mendaftarkan keanggotaan baru nyata berhasil apabila jumlah anggota pergerakanitu kini mencecah 360,000.

Jelas beliau pergerakan itu pernah mencatatkan peningkatan keanggotaan sebanyak 30,000 bagi tempoh tiga bulan dengan Sabah mencatat jumlah keanggotaan tertinggi sebanyak 48,265 orang, diikuti Johor dan Kedah.

“Usaha penambahan ahli di seluruh negara akan diteruskan meskipun dalam keadaan mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadan,” katanya.

Rosnah, yang juga Timbalan Menteri Kesihatan, berkata Puteri UMNO akan menjadi nadi kepada kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi pilihan raya umum Ke-13 akan datang.

Katanya, antara persediaan pergerakan itu ialah dengan menumpukan usaha membaca sikap pengundi di bawah usia 40 tahun, di samping mengendalikan penggunaan sistem teknologi maklumat.

Sumber: UMNO-Online

Isu Gereja DUMC: Hasan Ali Rela Di Pecat Dari Parti "Kluk Klek"


Bukan menjadi satu rahsia lagi Pas hanya bukan sekadar budak suruhan, rupa-rupanya lebih teruk daripada apa yang disangkakan… Ingatkan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali mempunyai taring, namun sekadar “taring palsu” yang boleh dicabut sesuka hati oleh sekutunya.



Inilah nasib pemimpin PAS... DAP gertak sikit PAS dah goyang.... Hasan Ali keluar sahaja lah dari PAS, berjuang dengan bebas untuk agama bukan untuk Parti yang "kluk-klek".

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali, yang tidak disenangi oleh anggota Exco yang lain atas ketegasannya mengenai soal Islam, menegaskan beliau sanggup dipecat demi kepentingan akidah ummah.

Beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas sebelum ini turut membidas Dr.Hasan yang mempertahankan tindakan JAIS itu.

Malahan seorang pemimpin Pas menganggap kenyataan Dr.Hasan dalam isu berkenaan tidak mewakili parti itu.

Mengulas lanjut, Dr. Hasan menegaskan, beliau telah memperjuangkan isu mengenai umat Islam di Selangor sejak dulu lagi, terutamanya berhubung isu penjualan arak di Shah Alam.

"Saya tidak mahu menyentuh isu gereja itu kerana mematuhi arahan tutup mulut (gag order) oleh Menteri Besar. Tapi saya hanya menjawab mengenai soalan saudara berhubung persoalan yang ditimbulkan oleh YB Zul mengenai nasib saya itu.

Mengikut rekod terdahulu, Dr. Hasan pernah diberi amaran oleh Jawatankuasa Disiplin Pas kerana membangkitkan mengenai soal penjualan arak di Shah Alam.

Tindakan itu diambil kerana Pas tidak mahu hubungannya dengan parti-parti dalam pakatan pembangkang, terutamanya DAP, terjejas ekoran pendedahan Dr. Hasan itu.

Dalam Muktamar Pas baru-baru ini Dr. Hasan gagal mempertahankan jawatannya sebagai Naib Presiden kerana tidak mendapat sokongan daripada puak-puak Erdogan yang didokong oleh Anwar Ibrahim.

Ekoran kekalahan itu, Dr. Hasan turut digugurkan sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor.

Difahamkan Pas Pusat dijangka bermesyuarat hari ini dan soal mengenai tindakan terbaru Dr. Hasan dalam soal gereja itu dijangka turut dibincangkan.

Menurut sumber, Dr. Hasan sering menerima tekanan daripada anggota-anggota Exco bukan Islam DAP dan PKR, jika soal-soal mengenai Islam disentuh.

Sebagai rekod selain Dr.Hasan terdapat sembilan lagi yang menduduki jawatan Exco Kerajaan Selangor iaitu Teresa Kok (DAP), Yaakob Sapari (PKR), Rodziah Ismail (PKR), Dr. Xavier Jayakumar (PKR), Dr. Halimah Ali (Pas), Iskandar Abdul Samad (Pas), Ronnie Liu (DAP), Elizabeth Wong (PKR) dan Ean Yong Hian Wah (DAP).

Dalam semua Exco itu, dikatakan Teresa Kok, Dr. Xavier, Ronnie Liu dan Elizabeth Wong adalah antara mereka yang sering menentang Dr. Hasan.

Blogger Pembangkang Dah Start Balun Khalid Ibrahim, Anwar Ibrahim, Azmin Ali Dan Hasan Ali

Tak boleh pakai punya blogger...
habis duit berjuta.. last2 balun aku balik!

Nampaknya isu serbu Gereja DUMC menjadi backfire pula kepada pemimpin pembangkang apabila blogger pro-pembangkang sendiri mengutuk pemimpin mereka secara terbuka. Aduss panas telinga beb....

Berikut adalah diantara luahan dari blogger Penarik Beca (http://penarikbeca.blogspot.com) dan BlogList Malaysia (http://bloglistpolitik.blogspot.com) :



Balik kepada cerita Ustaz bodoh. Saya rasa dalam Jais bersepah-sepah jenis Ustaz bodoh. Sebab tu depa selalu buat keja bodoh. Jais tak pernah saya nampak naik darjah dari dahulu hingga sekarang. Dok bodoh situlah.

Alangkah malangnya jika hal ehwal agama Islam ditadbir oleh jenis-jenis Ustaz bodoh.

Dalam perang pun tak boleh kita langgar dan serang rumah ibadat orang bukan Islam. Kalau pun konon ada bukti ada berlaku pengembangan agama, bukti tu kena disiarkhabarkan dahulu semua semua umat Islam boleh sedar - sentiasa alert. Bukan main serbu rumah ibadat agama macam segerombolan lebai bangang. Cuba tunjuk dalam sejarah Islam kalau Nabi s.'a.w.w. pernah mengkasari rumah ibadat agama lain? Mengaji agama, tapi tak reti agama. Lepas tu berlagak pulak macam pandai sangat.

Kalau ada bukti depa nak kembangkan agama Kristian kepada orang Islam, nak simpan buat apa? Bagi tau kepada seluruh dunia. Pastikan bukti itu tak boleh orang dispute. Beyond reasonable doubt. Kalau betul ada bukti, hampa ingat orang Islam nak duduk diam?!!

Lagi pun, kalau ada bukti, perbuatan itu bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia. Kalau ada bukti, awat dok bodoh sangat dan tak dakwa dalam mahkamah?!

Tak pa la Jais tu. Dah bodoh, nak buat lagu mana. Dr Hasan pun sama - saya tidak pernah nampak dia cerdik. Jenis kalau Umno pun puji dia, jenis tu dah tak boleh ambil kira dah.

Tapi yang saya nak kata padan muka ialah kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Hari tu, bila PAS dah tak lantik Dr Hasan sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor, dia dah ada sebab untuk gantikan Mamat tu dengan orang lain. Tapi dia nak tunjuk baik, tunjuk gentleman konon, walaupun dah macam-macam Dr Hasan kata kat dia (saya dengar sendiri rakaman pertemuan Dr Hasan dengan Pemuda PAS di Selangor).

Kalau setakat Dr Hasan Ali pun Khalid lembik dan tak boleh buat, Azmin Ali tak payah cakap la. Sekali Datuk Seri Anwar Ibrahim panggil mengadap bagi tounge lashing cukup-cukup untuk pastikan Azmin tak digugat macam sebelum pemilihan PKR dulu, habislah Khalid!

Dilihat cerdik dan tak ada rekod rasuah sahaja tak cukup, Khalid. Rakyat juga perlukan Menteri Besar yang tegas dan berani walaupun terhadap jenis macam Azmin dan Anwar sekalipun. Ni dengan Dr Hasan Ali pun tak berani! - Penarik Beca

Emmr hentam dah ok, tapi sayang bahasa yang di gunakan oleh blogger pembangkang ini begitu teruk dan kasar sekali... Inilah sebenarnya ajaran yang di bawa oleh Puak Pakatan Pembangkang.

Info-MIM

[video inside] Pengumuman Harga Barang Naik Tengah Malam Ini




BERSIH. Dari Hati yang bersih... Utamakan rakyat.  Menolak pakatan rakyat dan rakyat dahulukan. Beli barangan dengan harga murah Di Kedai 1 Malaysia.

Saturday, August 6, 2011

Anwar Ibrahim Memburukkan Nama Malaysia Di Luar Negara

Anwar telah berjumpa dengan Estrada pada 5 Ogos 2011

Pihak berkuasa perlu merampas pasport antarabangsa Anwar Ibrahim bagi menghalang Ketua Pembangkang itu daripada terus memburuk-burukkan nama Malaysia di luar negara.

Ini juga bagi mengelakkan Anwar daripada terus menjaja kes liwat yang sedang dihadapinya itu di luar negara serta memburuk-burukan nama Malaysia




Baca kenyataan Anwar di bawah, dan disini juga..

“Media Malaysia dan kerajaan mungkin telah melabel saya sebagai satu ancaman kepada negara dan menuduh saya menjadi satu gadaian untuk Zionis dan Amerika Syarikat, tetapi saya percaya orang ramai tidak boleh dipermainkan,” kata Anwar.

Anwar berkata, demokrasi di Malaysia semakin merosot berikutan sistem pilihan raya yang semakin kotor.

Ia termasuk kontroversi terbaru membabitkan isu Penduduk Tetap (PR) yang mendapat kewarganegaraan untuk mengundi dalam pilihan raya.

“Demokrasi kami semakin merosot. Pilihanraya tidak bebas dan media dikongkong,” kata Anwar.

Sementara itu, Anwar turut menjangkakan beliau akan dihukum dalam kes fitnah yang dihadapinya sebelum Pilihan Raya Umum ke 13, sebagai usaha untuk menafikan haknya bertanding.

“Mereka (Umno-BN) akan menghukum saya sebelum pilihanraya untuk menafikan hak saya untuk bertanding,” ujar Anwar.

Anwar keluar negara, mencanang cerita bohong dan fitnah supaya orang percayakannya. Di Arab dan Eropah, Anwar sudah tidak boleh lagi cari makan. Sebab tu dia ke negara Asean, minta pertolongan dan bantuan dari dana-dana tertentu. Thailand dia tak pergi, sebab ke Thailand kalau dia pergi pun untuk 'membuang air' saja.

Tujuan Anwar kesana-sini sebenarnya semakin terdesak dan cuba untuk meraih simpati ketika PRU-Ke13 hampir tiba.

Info-KedahkeKL-Online:

Baca juga Artikel di bawah:

Sekali Lagi, Azmin Kena Penampar Jepun Wan Azizah
Nurul Izzah Terdesak, Heret Najib & Rosmah Ke Makamah

Mahfuz Omar Cedera Terlibat Dalam Kemalangan?

Mahfuz Omar juga dikenali sebagai Mr Bean 

Mr. Bean cedera ringan terlibat dalam kemalangan hahaha.... Bukan Mahfuz lah yang terlibat dalam kemalangan tersebut... Ini real punya Mr Bean hahaha... Aduih, kurang pahala aku hari ni....

LONDON 6 Ogos - Aktor komedi Britain, Rowan Akitson yang terkenal dengan watak Mr. Bean, telah keluar daripada hospital hari ini selepas menjalani rawatan ekoran terlibat dalam kemalangan apabila kereta yang dipandunya melanggar sebatang pokok, semalam.

Akitson yang mengalami kecederaan bahu selepas kereta F1 McLaren yang dipandunya tergelincir di sebatang jalan dekat Haddon, timur England, sebelum melanggar sebatang pokok dan terbakar.

Pelakon berusia 56 tahun itu sempat keluar dari kawasan kemalangan sebelum pasukan bomba tiba untuk memadamkan kebakaran tersebut. - AFP

Apa-apa pun jom kita view aksi Mahfuz Omar dalam The Making of "Mr Bean or Mr Bengong".

Sinopsis cerita mahu rampas kerusi MB Kedah

Langkah seterusnya cucuk & tikam belakang Azizan
untuk rampas title MB Kedah

Seterusnya hahahaha! no komen... lu pikiiiirr laaa sendiri!

Sekali Lagi, Azmin Kena Penampar Jepun Wan Azizah


Kau tak layak jadi pemimpin tertinggi PKR Min! Kau masih mentah, belum matang lagi! Kau hanya layak menjadi balaci kelas bawahan dalam PKR. So.... jangan nak berlagak jadi orang no 1 dalam PKR! 

Azmin sebenarnya tidak sebijak seperti Ezam Mohd Nor yang terlebih dahulu membuat keputusan tinggalkan PKR kerana sudah tahu apa sebenarnya matlamat perjuangan PKR! 

Terdahulu Wan Azizah menghina Azmin sebagai 'tidak matang', maka ia satu penghinaan yang amat sangat sehingga boleh menjatuhkan maruah diri Azmin. Terbaru Wan Azizah berkata beliau sendiri yang akan mengantikan Anwar jika perlu! Panas telinga Azmin! 

Apa peranan sebenarnya Azmin selaku orang no 2 dalam PKR? Setakat jadi pak pacak baik masuk parti Zahid parti KITA, hahahaha....

Dari awal lagi aku dah katakan bahawa ada konspirasi untuk menjatuhkan Azmin baca disini...  Nasib kau lah Azmin sanggup menjadi hamba abdi dalam PKR akhirnya... malu lah... jasa Azmin dalam PKR tidak pernah dihargai oleh presiden partinya sendiri!


Memang benar Azmin selalu akan mempertahankan bosnya sepenuh hati namun dalam dia mempertahan Anwar Ibrahim, dia jelas menunjukkan wajahnya yang sebenar, seorang pemimpin yang tidak professional.

Sikap Azmin yang mudah melenting, panas baran dan tidak tenang seperti timbalan presiden lain (parti-parti lain) tidak disenanggi oleh Kak Wan dan inilah salah satu faktor mengapa Azmin tidak layak sama sekali menjadi pemimpin tertinggi parti PKR.

Perjuangan PKR sebenarnya bukan lah mencari keadilan untuk rakyat, perjuangan PKR hanyalah semata-mata untuk Anwar Ibrahim! fikir-fikirkanlah....

Nurul Izzah Terdesak, Heret Najib & Rosmah Ke Makamah


Kenyataan Naib Presiden KEADILAN (PKR), Nurul Izzah Anwar dilihat semakin tertekan dan terdesak apabila mahu mengheret, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor ke mahkamah dalam kes liwat II Anwar Ibrahim.

“Seharusnya tidak ada masalah untuk datang ke mahkamah, kemukakan dan bagi bukti. Pada saya, kalau boleh jumpa si pengadu sebelum kes berlangsung, takkan tidak (boleh jadi saksi) , lebih-lebih lagi tampil di mahkamah untuk kemukakan keterangan,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai.

“Dolak-dalik adalah perkara yang konsisten di bawah kerajaan Barisan Nasional, saya tidak begitu optimis, tapi saya mengharapkan respon positif daripada Perdana Menteri,” katanya.


Sebenarnya alasan PM berdolak dalih untuk mengelakkan mereka hadir ke Mahkamah seperti yang ditimbulkan oleh Nurul izzah itu tidak benar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor serta dua individu lain, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof bersedia memberi keterangan di mahkamah untuk kes liwat Anwar Ibrahim, jika sekiranya pihak pembela memsepinakan nama mereka sebagai saksi.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Nurul Izzah sengaja menyerang dan membuat persepsi buruk terhadap PM dan Isteri semata-mata untuk menimbulkan persepsi negatif orang ramai terhadap kerajaan Barisan Nasional kononnya Anwar terjebak dalam satu lagi konspirasi politik yang bakal menghancurkan karier politik bapanya.

KJ & Remy Ishak : Sama Popular, Sama Bergaya... Mantop!


Khairy Jamaluddin dan Remy Ishak, dua nama yang cukup popular di negara ini walaupun berada dalam lapangan yang cukup berbeza, Khairy atau lebih popular dengan panggilan KJ dalam bidang politik manakala Remy dalam industri hiburan.

Sebelum ini pun, KJ pernah berlakon dalam satu klip video yang memaparkan dirinya beraksi sebagai pemandu teksi.

Dalam klip video selama 41 saat itu yang boleh ditonton laman web Youtube, Ahli Parlimen Rembau itu memakai baju seragam putih dan mempunyai kad pemandu teksi tertera nama dengan nombor 0076197.


Antara dialog yang menarik perhatian dalam lakonannya itu ialah apabila dia memarahi seorang penumpang didakwanya tidak patriotik sehingga menyebabkan penumpang itu keluar dari teksinya.

“Aku tak nak dengar lagi. Kau ni rakyat Malaysia kan. Kau tak patriotik.” kata KJ.

Merungkai gambar di atas dengan melihat keserasian antara dua personaliti dalam gambar berkenaan.

Sesuai la sudah ni. Kalau dilihatkan gambar dibawah ni macam adik beradik juga antara pelakon terkenal, Remy Ishak dengan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin.


Mungkin satu hari nanti, KJ akan berganding bersama Remy dalam sebuah filem sebagai adik-beradik. Mantop!

KJ Menang bertanding bukan menang free beb! 
Respect la sikit!