Thursday, October 10, 2013
#PemilihanUMNO : Pendirian @Khairykj Dalam Kancah Politik
Ikuti temubual eksklusif bersama Wartawan Kanan Sinar Harian Negeri Sembilan, Sarinah Mat Kasim, bersama jurufoto Syamilah Zulkifli, bagi mendapatkan gambaran sejauh mana kesediaan Menteri Belia dan Sukan ini menghadapi Pemilihan Umno.
Ada juga ISU panas yang di ketengahkan oleh blogger KRO sila baca disini....
MUKADIMAH
SEBUT sahaja nama Khairy Jamaluddin atau KJ sudah pasti semua orang tahu dan kenal dengannya. Di sebalik kelantangan bersuara di Parlimen, beliau juga antara Ketua Pemuda Umno yang agresif dalam menyatakan pendirian serta menolak sesuatu yang dirasakan tidak betul tidak kira di dalam parti atau kerajaan.
Bagi mengetahui sejauh mana pendiriannya dalam kancah politik ini, ikuti temubual eksklusif bersama Wartawan Kanan Sinar Harian Negeri Sembilan, Sarinah Mat Kasim, bersama jurufoto Syamilah Zulkifli, bagi mendapatkan gambaran sejauh mana kesediaan Menteri Belia dan Sukan ini menghadapi Pemilihan Umno.
Bagaimana persediaan YB dengan pemilihan yang akan datang tidak lama lagi ini?
Buat masa ini, segala persediaan dari segi mental dan fizikal telah pun saya siap sedia sepenuhnya. Malah sebarang bentuk cabaran dan juga liku-liku sepanjang menjalani proses berkempen juga telah saya lalui dengan baik sekali.
Alhamdulillah, setakat ini perwakilan menerima saya dengan senang hati dan mana-mana jua saya pergi mereka menyatakan sokongan terhadap saya. Insya-ALLAH semua yang dirancang berjalan dengan baik.
Apa komen YB tentang keputusan Lembaga Disiplin dan Ahli Jawatankuasa Pemilihan yang membuat keputusan memberi kelonggaran berkempen kepada semua calon yang bertanding?
Sebaik sahaja menerima perubahan syarat itu, saya berasa lega dan berterima kasih kepada mereka kerana mendengar keluhan setiap orang seperti kami ini (calon bertanding).
Seperti sedia maklum, setiap calon yang bertanding itu sudah pastinya memerlukan ruang yang lebih terbuka dan luas untuk berkempen bagi memperkenalkan diri serta kehebatan masing-masing.
Jika disekat, saya khuatir tidak semua calon akan dapat bergaul mesra dengan perwakilan. Saya juga bimbang, jika berkempen juga ada syarat yang ketat, bagaimana perwakilan mahu kenal dengan calon mereka.
Macam saya ini tak apalah, sebab semua orang kenal atas kapasiti menteri dan penyandang Ketua Pemuda Umno Malaysia, tetapi bagi calon yang lain, tidak semua orang kenal, termasuklah saya sendiri yang tidak kenal siapa mereka semua ini, sebelum mereka menawarkan diri bertanding di kerusi yang sama dengan saya.
Oleh yang demikian, saya menerima baik dengan keputusan tersebut, sekaligus mengharapkan agar pihak pengurusan dapat menilai semula Tatacara Etika Kempen, agar ianya lebih relevan dengan suasana politik semasa.
Ia selaras dengan pindaan perlembagaan pada 2009, yang membolehkan semua ahli Umno bertanding dan jumlah perwakilan juga dilihat meningkat menjadi 146,500 orang berbanding sebelum ini hanya 2,500 orang sahaja.
Apa pandangan YB apabila terdapat ramai calon pemuda yang menawarkan diri bertanding pada pemilihan kali ini, termasuk empat calon baru yang akan bertanding di kerusi Ketua Pemuda?
Saya menganggap apa yang berlaku ini merupakan sesuatu yang positif. Malah jika dibandingkan dengan sayap lain, Pergerakan Pemuda mempunyai calon Ahli Jawatan Kuasa iaitu seramai 77 orang, antara yang paling ramai sekali.
Ini menunjukkan satu isyarat yang baik, apabila ramai yang berminat untuk bertanding merebut jawatan, bermakna mereka berminat dengan Pemuda, dengan itu kita dapat pastikan bahawa Pergerakan Pemuda ini masih relevan dan masih lagi menjadi tumpuan ramai golongan muda.
Bagi empat calon yang bertanding bersama saya itu, saya menganggapnya sebagai sesuatu yang positif.
Walaupun ada di antara calon itu saya sendiri tidak kenal, namun saya melihat proses ini sebagai sesuatu yang baik. Sejak tahun 2000 saya bersama Pemuda dan kini sudah hampir memasuki tahun ke 14 saya bersama Pergerakan Pemuda.
Saya bermula dengan exco Pemuda, kemudian Naib Ketua Pemuda, seterusnya Ketua Pemuda Umno Malaysia, dan pernah juga menjadi Ketua Pemuda Bahagian selama dua penggal. Jadi saya telah melalui setiap tangga dalam pergerakan Pemuda Umno ini.
Saya bertanding berdasarkan ‘track’ rekod dan visi, yang lain saya tidak tahu mengapa mereka bertanding. Apa pun, saya serah kepada perwakilan dan saya yakin telah pun buat yang terbaik pada penggal lepas. InsyALLAH saya dapat yakinkan kepada semua perwakilan untuk memilih semula saya menerajui mereka.
Menerusi pencalonan ramai di peringkat tertinggi Pergerakan Pemuda ini, adakah YB merasakan wujudnya perasaan protes atau tidak berpuas hati dengan cara kerja YB selama ini?
Saya tidak merasakan ada wujudnya protes atau perasaan tidak puas hati ini, memandangkan mereka yang bertanding itu terdiri daripada ahli biasa sahaja. Malah ada di antara mereka yang baru sahaja memegang jawatan dalam peringkat cawangan dan kini mahu mencuba nasib di peringkat yang lebih tinggi.
Kalau tidak puas hati baik pencabar saya terdiri daripada mereka yang dikenali dan mempunyai nama yang besar atau pun gergasi-gergasi politik misalnya dalam MT atau dalam Exco Pemuda Pusat. Saya yakin, kebanyakan yang bertanding hanya mahu mencuba nasib.
Tetapi saya bersyukur kepada pemimpin kanan Umno yang sedia ada ini, tidak bertanding di kerusi saya dan memberi laluan kepada saya untuk bertanding dan mempertahankan jawatan.
Terdapat dakwaan yang mengatakan YB menyokong calon naib presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein secara terang-terangan, Adakah benar YB akan membantu calon naib presiden ini dalam berkempen?
Iya. Itu sememangnya tidak dapat dinafikan kerana kami mempunyai keserasian yang sangat rapat. Sudah pasti saya serasi dengan Datuk Seri Hishammuddin.
Selama empat tahun saya jadi naib dengan beliau, dan empat tahun menjadi ahli exco dengan beliau. Beliau adalah individu yang bawa saya masuk ke dalam politik. Beliaulah juga orang yang bertanggungjawab masukkan saya dalam Pemuda Umno.
Sudah pasti saya menyokongnya. Lebih-lebih lagi beliau adalah bekas Ketua Pemuda kita. Kita akan 'promote' sesiapa sahaja yang melalui ‘kilang’ pemuda, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga pernah menjadi Ketua Pemuda, dan Datuk Shafie juga sebagai Ketua Pemuda Sabah.
Walau bagaimanapun, saya percaya setiap calon mempunyai kehebatan masing-masing dan terserah kepada perwakilan untuk menilai mereka, termasuklah saya.
Bagaimana pula dengan Datuk Mukhriz Tun Mahathir, ada dakwaan yang mengatakan bahawa YB berpakat antara satu sama lain bagi membantu memikat hati perwakilan? Komen YB.
Saya dengan Mukhriz? Bagi saya tidak wujudnya pakatan atau berpakat antara semua calon, kerana saya serahkan semuanya kepada perwakilan. Kita bertanding atas kekuatan masing-masing.
Saya hormati setiap calon yang bertanding. Saya serah kepada perwakilan. Tidak ada pakat-pakat, kita serah semuanya kepada perwakilan. Kalau kita pakat-pakat seolah-olah kita menidakkan hak perwakilan.
Ramai pihak pernah buat andaian bahawa YB adalah calon terbaik untuk menjadi Perdana Menteri di masa akan datang, adakah YB bercita-cita sedemikian?
Saya tidak bercita-cita tinggi dalam politik. Saya serahkan kepada Tuhan dan serahkan kepada rakyat dan perwakilan. Saya bertanding di Rembau saya serah kepada rakyat, saya bertanding dalam Umno saya serah kepada ahli Umno.
Seterusnya apa yang akan berlaku selepas ini saya tidak fikir lagi. Yang penting BN dan Umno akan menang dalam PRU14 dan tugas pemuda sendiri haruslah sentiasa membantu parti dalam membentuk kerajaan.
Saya tidak letak target yang terlalu tinggi. Syukurlah sebab saya masih ada dalam kancah politik tanahair ini dan masih diterima di kawasan saya lagi. Selebihnya saya serahkan kepada perwakilan dan rakyat.
Mungkin disebabkan saya muka baru, sebab itulah mudah dapat perhatian ramai. Selain itu, kekerapan penggunaan saya dengan media sosial ini juga, sedikit sebanyak memberi kelebihan dari sudut publisiti, sebab itulah orang melihat saya lebih berbanding yang lain.
Akhir sekali, apa harapan YB kepada perwakilan?
Harapan saya semoga pemilihan kali ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Semoga para perwakilan dapat menilai dan melihat prestasi yang telah saya lakukan pada penggal lalu, yang mana ianya banyak membawa kepada perubahan serta kemajuan di kalangan pemuda itu sendiri.
Penambahbaikan akan dilakukan secara berterusan bagi memantapkan lagi Pergerakan Pemuda Umno, sekaligus melahirkan modal insan yang cemerlang di kalangan pemuda. Pilihlah dengan bijak seseorang pemimpin itu bagi memastikan arah tuju Pemuda akan kekal terus gemilang.
#PemilihanUMNO Video 50 Minit Bersama Khairy Jamaludin #KJ4KP @Khairykj
Video eksklusif bersama Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaludin. Video URL: http://youtu.be/ZEVGjjGoAx8
#PemilihanUMNO Bantulah Annuar Musa Yang Terlepas Kempen MT Sebab Sakit
Ketika calon-calon yang bertanding jawatan Majlis Tertinggi UMNO sibuk berkempen, nasib tidak menyebelahi ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa kerana terpaksa terlantar di unit rawatan kritikal (CCU) Hospital Kuala Lumpur.
Beliau sendiri tidak menduga menerima rawatan kerana dipercayai dijangkiti demam denggi selepas menyerahkan borang mencalonkan diri bertanding jawatan Majlis Tertinggi UMNO.
Annuar bukan sahaja tidak dapat berkempen atau menyertai majlis memperkenalkan calon tetapi out of touch dengan ‘dunia luar’ kerana dirawat dalam CCU.
Hanya selepas tujuh hari di unit berkenaan, Anwar di tempatkan di wad biasa dan sudahpun keluar hospital hujung minggu lalu.
Namun Pengerusi MARA itu berkata, doktor menasihatkan beliau berehat dan melakukan tugas-tugas ringan sahaja sehingga pulih sepenuhnya.
Ketika dihubungi Agendadaily.com, Annuar yang tidak dapat berkempen seperti calon-calon lain berharap perwakilan menilai track rekod beliau selama dalam UMNO dan kerajaan ketima membuat penilaian bagi memilih calon yang seseuai.
“Nombor keahlian saya adalah 124. Saya juga antara penggerakan semula UMNO selepas parti itu diharamkan dulu. Sekaligus seniority saya dalam parti kekal begitu juga jawatan sebagai Ketua Bahagian selama lapan penggal,” katanya.
Annuar berharap terpilih anggota MT UMNO bagi memudahkan beliau membawa agenda Melayu supaya lebih mantap dalam perjuangan parti.
Katanya, sebagai Pengerusi MARA, agensi itu berkaitan rapat dalam agenda memperkasakan Melayu.
Bagaimanapun beliau yang Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menegaskan tidak sanggup bersaing dengan sesiapa apatah lagi dianggap ancaman kepada individu tertertentu dalam parti yang bersaing merebut jawatan sekarang. -Agendadaily
Wednesday, October 9, 2013
KJ: Keputusan tepat benar Tun Faisal tanding #KJ4KP #TF4MT
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berterima kasih kepada Jawatankuasa Pengurusan dan Ahli Jawatankuasa Pemilihan Umno kerana membenarkan Exco Pemuda Umno, Tun Faisal Ismail Aziz bertanding semula bagi merebut jawatan Majlis Tertinggi Umno.
Menteri Belia dan Sukan itu berkata, keputusan yang dibuat Jawatankuasa Pengurusan ini, adalah sesuatu yang tepat memandangkan Tun Faisal seorang calon yang dimahukan oleh peringkat akar umbi.
“Alhamdulilah, rayuan dibuat sendiri oleh saya dengan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu diterima dengan baik.
“Bagi saya jawatan sebagai Exco Pemuda Umno adalah jauh lebih tinggi berbanding jawatan dalam bahagian, oleh sebab itulah kita menyambut baik kebenaran bertanding semula itu yang mana ianya sangat diharap-harapkan,” katanya.
Katanya, keputusan mencalonkan semula Tun Faisal ke dalam jawatan Majlis Tertinggi (MT) itu perlu diambil peluang dengan sebaik mungkin demi memartabatkan dan memajukan Pemuda Umno.
Tun Faisal dibenarkan semula bertanding selepas mengambil kira kedudukannya dalam Exco Pemuda Umno dan beliau bertanding MT atas pencalonan daripada pergerakan itu.
Tuesday, October 8, 2013
Syed Rosli Mahu Khianati UMNO! #PemilihanUMNO Syed Rosli v @Khairykj
Agak pelik dengan kempen yang dibawa oleh Calon Ketua Pemuda Umno Syed Rosli Syed Harman Jamalulail ini... Dimanakah kesetiannya dalam parti keramat! parti UMNO ini?
Petikan kenyataan Syed Rosli, “Sekiranya Lembaga Disiplin Umno gagal mengambil tindakan berdasarkan aduan yang saya kemukakan bersama nama saksi dan gambar foto, saya akan heret Umno ke Pendaftar Pertubuhan.
Jangan layan kita seperti orang bodoh.
“Jika Pendaftar pun gagal mengambil tindakan maka saya terpaksa mengheret mereka ke mahkamah.”
Terdahulu hari pertama Syed Rosli hantar borang jadi calon, Syed Rosli telah menyerang KJ dengan panggilan 'bangla' sebab KJ lahir dan dibesarkan di luar negara. Apa ni bang? dimana semangat kemelayuan abang kalau dengan sesama melayu pun abang nak burukkan?
Seharusnya sebagai seorang calon yang mantap! (kononnyala....) Syed Rosli perlu menunjukkan kekuatannya didalam Parti serta menyatakan tentang visi dan misi sebagai calon Ketua Pemuda bukannya menyerang peribadi calon dan mengugut Parti!
Ni belom jadi Ketua Pemuda UMNO lagi? Kalau terpilih (minta dijauhkan) tak tahu la apa akan jadi pada UMNO? buat bahan lawak jenaka puak pembangkang je?
Perlu ke kita memilih pengkhianat seperti ini untuk dijadikan sebagai Ketua Pemuda UMNO? belum apa-apa dah tunjuk kerakusannya dan rela mengkhianati Parti!
Tepok dada tanya selera, pilihlah orang muda untuk orang muda... kepada pemilih jalankan tugas anda dengan sebaiknya... kerana anda adalah penentu masa depan UMNO!
Akhir kata semoga YB Khairy Jamaluddin terus memimpin pemuda UMNO dengan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.
Salam perjuangan
BJ
Jangan Gentar... #TF4MT @TunFaisal #No60
"Tun Faisal... sebab dia ada pengalaman dalam media baru, sekurang-kurangnya dia boleh beri in-put dalam perang kita di dunia siber. Kita ada sebab yang kukuh untuk ketengahkan keempat-empat ke dalam MT. Masing-masing ada kekuatan dan saya harap MT akan beri sokongan kepada calon Pemuda ini atas semangat nak remajakan UMNO.....
Kita bincang dan semua setuju atas sebab dia ada pengalaman dalam dunia media baru ini. Jadi ini adalah endorsement dari seluruh Pemuda". - KJ, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Wartawan @AgendaDaily Terjah Pejabat @Khairykj #PemilihanUMNO @Ayathelme
Suasana di tingkat 17 bangunan Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya agak ceria petang Isnin ketika team wartawan Agendadaily tiba untuk sesi temubual dengan Khairy Jamaluddin.
Kebetulan waktu itu sebilangan pemimpin Pemuda UMNO datang mengunjungi Menteri Belia dan Sukan itu. Ada juga beberapa orang dari kawasan parlimen beliau di Rembau datang nak jumpa pegawai khasnya.
Santai saja.Tidak terasa suasana protokol di situ. Para pegawai di pejabat menteri itu datang bertegur sapa.
Kami menunggu sekitar 40 minit untuk bertemu Khairy. Setelah jumpa pemimpin Pemuda UMNO beliau terpaksa membereskan beberapa urusan penting.
Melangkah ke ruang utama pejabatnya yang agak simple antara yang jelas kelihatan gambar besar beliau dengan memakai baju colerang dan anak lelakinya Jibreil Ali memberikan tabik hormat.
Juga gambar Khairy bersama tokoh pembebasan Myanmar Aung San Syu Kyi. Ada juga dengan bekas Presiden Amerika Bill Clinton dan beberapa pemimpin dunia lain.
Di satu sudut khas, diframe dengan kemas, wajah isterinya, Nori Abdullah, anak bungsu bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Walau dikenal sebagai pemimpin moden dari segi pembawakannya, namun dekorasi pejabatnya kontras, ada campuran antara hiasan tradisional dan perabot moden.
Dua tiga arca kayu di sofa utama selain serangkaian tombok yang menurut Khairy, cukup lama, bersusun cantik di tepi tingkap.
Fokus temubual dengan Agendadaily tentulah mengenai pemilihan UMNO.
Ahli Parlimen Rembau ini yang akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia menjawab satu persatu soalan dengan bersahaja. Ada yang serius dan ada yang diselit dengan gurau senda.
Berbeza dengan pemilihan sengit tahun 2009 dimana beliau terpaksa berentap dengan Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Dr Khir Toyo, kali ini Khairy berdepan dengan empat calon 'lightweight'.
Mereka ialah Syed Rosli Syed Harman, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, Irwan Ambak Khalid Izhar dan Abd Karim Ali.
Ketiadaan nama besar yang mahu mencabar kedudukannya dikatakan sudah cukup untuk memberi gambaran jelas kepimpinannya dalam pergerakan itu diiktiraf.
Apapun atas nama demokrasi dan sistem pemilihan yang terbuka kali ini Khairy juga terpaksa lalui cabaran.
50 minit berlalu begitu sahaja. Dalam jawapan-jawapannya tidak berselindung.Beliau bercakap terus-terang dan tiadapun off record. Semua yang mahu diperkatakannya, diperjelaskan dengan terang, satu persatu. Orang kata straight forward saja.
Ikuti transkrip temubual Agendadaily bersama Khairy Baca disini...
Retorik Tidak Bawa Melayu Kemana, Pilih Hasil Dan Kerja! @Khairykj @YuseriYusoff #KJ4KP
Pertandingan lima penjuru bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia dilihat semakin panas. Calon-calon yang mencabar penyandang kerusi tersebut pula dilihat tidak segan silu mengkritik malah ada yang menghina peribadi KJ.
Saya melihat gelagat penyokong dan calon-calon yang mencabar KJ, kebanyakkan dari mereka sengaja cuba mencari kesilapan taknikal KJ dengan harapan mereka menang mudah (baca free).
KJ dikatakan menggunakan Kementerian Belia dan Sukan bagi kepentingan kempen, KJ dikatakan menyalahi peraturan pemilihan serta pelbagai lagi perkara sengaja dibangkitkan semata-mata mahu memastikan KJ dikenakan tindakan.
Pendek kata semuanya salah KJ, yang betul hanya calon mereka, maka tidak hairan apabila KJ naik motor keliling kampung tanpa memakai helmet juga dijadikan isu oleh mereka.
Ironi di sebalik serangan ke atas KJ, calon-calon ini tidak pula tampil dengan tawaran kepada pemuda iaitu perkara-perkara yang ingin mereka lalukan jika diberi peluang, sebaliknya modal kempen mereka ialah - "saya akan pertahan melayu, melayu akan diutamakan, bla bla bla...."
Modal kempen mereka setiap ayat yang hendak diucapkan diselitkan dengan perkataan melayu, itu melayu, ini melayu, KJ bukan melayu, dia saja melayu.
Lain pula dengan KJ di mana dalam kesibukkan calon lain menyerang dirinya, dua (KPI) untuk dirinya bagi penggal kedua telah ditetapkan. Iaitu peremajaan UMNO dengan memfokuskan pengkaderan pemimpin bagi melahirkan lebih ramai pemimpin muda dalam parti.
Apakah pemuda nak kepada seorang Ketua Pemuda yang hanya tahu bawa retorik sahaja tetapi tak tahu macam mana nak mendekati dan 'engage' dengan orang muda?
Apakah kita mahu seorang Ketua Pemuda yang tidak berani berdebat bersama pembangkang sebaliknya hanya tahu berkokok di media sahaja?
Baca lagi...
Monday, October 7, 2013
Senarai Calon Pemuda Pemilihan Umno 2013 #PemilihanUMNO
Berikut senarai muktamad calon Pergerakan Pemuda Umno pusat bagi pemilihan Umno Sabtu ini untuk penggal 2013-2016, yang dikeluarkan Umno, hari ini.
Pengerusi Tetap
---------------
1. Datuk Zubir Zabidi
2. Datuk Abdul Fattah Abdullah (Penyandang)
3. Syed Azmi Ahmad Syed Nazir Ahmad
Timbalan Pengerusi Tetap
------------------------
1. Muhammad Yadzan Mohammad (Penyandang)
2. Ahmad Mushawir Abdullah
3. Bahrul Razha Chuprat
4. Hisham Ahmad Sabri
5. Mohd Shoubli Jamal
Ketua Pemuda
------------
1. Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Penyandang)
2. Syed Rosli Syed Harman
3. Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi
4. Irwan Ambak Khalid Izhar
5. Abd Karim Ali
Naib Ketua Pemuda
-----------------
1. Jamawi Jaafar
2. Lokman Noor Adam
3. Mohamad Iruan Zulkefli
4. Khairul Azwan Harun
Ahli Jawatankuasa Pemuda (Exco) (20 Jawatan)
--------------------------------------------
1. Ibdillah Ishak
2. Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi
3. Rohsawal Nizam Abd Ghafar
4. Arman Azha Abu Hanifah
5. Mohd Aizli Shahar Abdul Malek Shahar
6. Mohd Rafe Sidek
7. Nazir Hussin Akhtar Hussin (Penyandang/Dipilih)
8. Mohamad Fazly Zainudin
9. Mohd Zamri Mohd Idrus
10. Armizan Mohd Ali
11. Datuk Ahmad Mukhriz Ahmad Fuad
12. Ahmad Faisal Abdul Karim
13. Rozaidi Abdul Jamil
14. Suhasni Hayani
15. Mohd Najib Mohd Isa
16. Fathulbari Mat Jahya
17. Dazma Shah Daut @ Daud
18. Muhammad Yusmizan Md Yunus
19. Faez Ainstein Nordin
20. Dr Mazlan Ismail
21. Muhamad Muqharrabbin Mokhtaruddin
22. Onn Hafiz Ghazi
23. Awang Saleh Makmud
24. Mohamad Suji Bilang Mohd Nordin
25. Khairul Firdaus Akbar Khan
26. Rahimi Abd Karim
27. Mohd Rafiq Naizamohideen
28. Ahmad Lutfi Ibrahim
29. Maisham Ma'arof
30. Tengku Zuhri Tengku Abdul Aziz
31. Azlan Abdullah
32. Mohamad Faiz Yaacob
33. Sheikh Ahmad Nafiq Sheikh A Rahman
34. Abdul Aziz Ismail
35. Ariffin Kassim
36. Shahrizal Man Harun
37. Kamarol Salleh
38. Jeffri Salim
39. Mohammad Nawar Ariffin
40. Zaidel Baharuddin
41. Mohamed Hazali Abu Hassan
42. Mohd Safiee Salam
43. Sallehudin Satar
44. Erwin Mukhriz Zahari
45. Mohd Amir Izwan @ Felix Abdullah
46. Mohd Faizal Daud
47. Muhamad Saman @ Azizul Kamar Abdul Rahman
48. Mua'amar Ghadafi Jamal Jamaludin
49. Norhilman Mohd Noor
50. Mohd Khairul Amri Amihamzah
51. Mohd Shazril Mohd Khalid
52. Syahrin Md Jamaludin
53. Mohamed Noor Mohamed Amin
54. Nurul Izham Nurul Anuar
55. Mohd Fairuz Mohd Sakirin
56. Mohd Idham Yasser Suleiman
57. Azrinizam Ibrahim
58. Hasniyusfee Abu Hassan
59. Mohd Ikhmal Abu Bakar
60. Zukhairi Md Osman
61. Muhammad Faiz Hashim
62. Ariff Hakimi Zulkifli
63. Jefrizal Mohd Jaafar
64. Mohamed Noor Affendy Ameerudeen
65. Mohd Iskandar Jaafar
66. Mohd Husaimi Hussin
67. Anuar Abd Manap
68. Azmi Md Yatim
69. Manndzri Nasib
70. Mohmad Asian Ahmad
71. Khairul Azlan Shah Abd Aziz
72. Mohd Saiful Mohd Sahak
73. Shahriman Akma Md Shabudin
74. Mohamad Najuib Mohamad Shahaimi
75. Mohamad Nazari Ahmad
76. Ahmad Baidzawi Saleh Hamdi
77. Muhammad Faiz Mahayudin
@TunFaisal Layak Tanding MT Umno #TF4MT
Calon ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Tun Faizal Ismail Aziz pada Isnin diumumkan layak bertanding dalam pemilihan parti kali ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali berkata, keputusan itu dibuat setelah jawatankuasa membuat beberapa pertimbangan terhadap calon berkenaan yang sebelum ini disingkirkan namanya.
"Nama beliau dicadangkan oleh Pergerakan Pemuda Umno dan sebagai calon mewakili mereka (Pemuda Umno).
"Atas alasan itu Jawatankuasa Pemilihan parti berpendapat beliau boleh dipertimbangkan untuk bertanding," katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Sementara itu Seramai 260 calon bagi Majlis Tertinggi Umno dan sayap-sayap parti di peringkat pusat layak bertanding pada pemilihan parti kali ini.
Tahniah kepada semua calon yang layak bertanding!
Doa Dan Harapan Untuk @TunFaisal Dibenarkan Bertanding MT!!! #TF4MT
Hanya doa dan harapan yang mampu saya sampaikan kepada Pengerusi UMB Tun Faisal... Sebagai seorang sahabat adalah perlu saya memberi sokongan dan semangat untuk Tun Faisal terus berjuang dalam merempuh onak duri perjalanan politik beliau! All the best Tun!
Berikut adalah artikel dari MTK yang saya rasa harus di kongsikan bersama!
Hari ini adalah hari yang ditunggu tunggu oleh saudara Tun Faisal Ismail Aziz merangkap Pengerusi Unit Media Baru tempat aku dan rakan rakan TMK bernaung menanti keputusan rayuan beliau sama ada layak bertanding MT atau pun tidak..
Nama beliau digugurkan kerana pada awalnya gagal memenuhi syarat asas iaitu setiap calon MT wajib menjadi AJK bahagian dahulu sebelum layak bertanding MT..TETAPI pada hakikatnya beliau telahpun menjadi EXCO Pemuda Umno Pusat selama sepenggal..
Bab syarat dan tata etika yang digariskan oleh Umno aku malas nak komen banyak sangat.. Tapi aku berharap keputusan pada hari ini memihak kepada beliau memandangkan hasil kerja beliau dalam Pemuda Umno Bahagian Putrajaya dan Pemuda Umno Pusat tidak dapat dinafikan..
Disebalik kerancakkan sesi pengenalan calon dibeberapa negeri semalam, aku terbaca artikel didalam blog beliau Tun Faisal dot com tentang rasa terkilan dengan sikap badan perhubungan negeri(tak pasti) tidak memperkenalkan dirinya sebagai seorang calon Majlis Tertinggi walhal kes beliau masih diperingkat rayuan..
Masa inilah calon calon yang akan bertanding berpeluang mengunakan platform yang disediakan untuk mempromosikan diri sempena pemilihan akan datang..
Menurut Tun Faisal "Saya tidak menyalahkan Badan Perhubungan Umno Negeri kerana mereka hanya membaca senarai yang diberikan.
"Cuma saya agak terkilan kerana selepas memandu selama barjam-jam untuk hadir ke Majlis Pengenalan Calon, saya tidak diperkenalkan oleh Badan Perhubungan Umno Negeri walaupun sebagai calon di bawah kes rayuan yang mana keputusannya hanya akan diketahui pada esok (hari ini) "
Katanya lagi, membaca senarai calon yang berada di dalam kes rayuan tidak akan menjadi kesalahan malahan menonjolkan keadilan Umno.
"Bukanlah sesuatu yang menyalahi sebarang peraturan malah Umno akan dilihat lebih adil apabila membacakan senarai tersebut secara penuh tanpa menggugurkan nama mana-mana calon sebelum pengumuman muktamad dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno," jelasnya.
Selain itu, beliau juga berkata akan terbuka menerima keputusan yang akan diumumkan hari ini dan akan terus bersama Umno.
"Jika keputusan rayuan tidak memihak kepada saya, ia akan saya terima dengan baik dan akan dihormati sebagai keputusan Jawatankuasa Pemilihan Umno.
"Saya tetap orang Umno dan akan tetap istiqamah dalam perjuangan agama, bangsa dan tanah air..
Sunday, October 6, 2013
10 Years Supporting Khairy Jamaluddin #KJ4KP @Khairykj @sameerkhanlgk
The most frequently asked question I receive either by social network or in person is, “Bro, u ni pegawai KJ ke?”. The truth is, as a one on one to chat, I have only met Khairy Jamaluddin once, for 10 minutes. The rest was only during programs.
Maybe that question is often raised for the reason that I often talk about him or post articles or photos that feature him. Innocently, as paranoia as it sounds, I can say that I am still his no. 1 fan.
I first met Khairy Jamaluddin in early 2000, at that point when I met him, he was the most talked about person in the country, and I was just someone who used to observe his qualities form afar, and also at times sneaked my way into halls where he will deliver his speeches. Just to witness at first hand, a young talented UMNO leader delivering a speech filled with technical fact to fact.
Khairy Jamauddin as being featured as headlines on national news is the sort of thing most people would lose sleep over. But the past few years, many observers as us Malaysians love to be, including me, have been anxiously worrying about the risk of losing such a figure in the arena from within, meaning – UMNO.
If it actually happens, that would absolutely be big news.
In fact, we the grassroots cherish a clean election, free from bickering (which is the hardest part) and there can never be a right time in Malaysia to bring an end to such activity. It is also time for the UMNO members to face the hard truth where no matter what or how we campaign, the only way by moving forward is to actually be brave in taking that first step.
Many years ago, I posted this poem:
The Brave.
To learn to walk, we must risk falling over.
To make a dollar, we must risk losing it.
In loving and caring, we risk breaking our hearts.
Getting a job is a risk.
Crossing the road is a risk.
Eating in the restaurant is a risk.
Starting a family is a risk.
Life is a risk.
Winners take more risk than losers.
That is why winners win so much.
- Michael Ng
Khairy Jamaluddin has taken that step, like being vocal. Speaking and rising up for the youth when we (myself speaking as a youth) had absolutely no one to go to before Khairy’s appointment as UMNO Youth Chief.
A debate will soon erupt, about the relevance of Khairy Jamaluddin’s existence as leader of UMNO Youth, or maybe ‘they’ have already started spinning it.
Always remember that the worst error politicians can make is to spin themselves to rise up above another in a race to being head of that post.
To that, I remember while Khairy Jamaluddin was campaigning for UMNO Youth Chief just after the 12th General elections as I was following his moves avidly and none of his speeches mentioned that they must vote for him unless for a “Youth for Youth” acceptance.
Teaching basic ‘math’ to a political party is no simple matter. On normal circumstances, it usually involves the ‘heavy hammer of multiple crushing’ followed by teary election results, may it be winning or losing.
But in the precincts of moving forward, the opposite will always cry soundly. I recently read an article posted by the contender’s supporter, saying that UMNO will reach the gates of dooming itself if its members stop fighting the Malay cause. At first, I typed out a long explanation about how untrue can that be, but it is a waste of time, as ‘they’ will never absorb simple arithmetic’s.
Ever since Khairy Jamaluddin was elected UMNO Youth Chief whose tireless work to recruit fresh ideas never failed to complement the Prime Minister’s mission to gain back the support from the youth.
As an example; the number of volunteer recruitment through BN Youth Volunteers Programme displayed a great support towards Khairy’s vision in making UMNO Youth a platform for every volunteer of UMNO’s grassroot to display his or her support towards the party through a particular talent, individually.
I just hope Khairy Jamaluddin wins his second term as UMNO Youth Chief. So that the balance of his vision to form a new UMNO Youth, being filled with grassroot members who sincerely want to contribute to UMNO, either by nation building or in any other form would be a reality.
We all Malaysians, deep down, exclusively, want Khairy Jamaluddin to continue leading UMNO Youth with his flawless charisma of designing the most suitable ‘software’ to fit UMNO Youth’s dignity, simply of being UMNO’s right wing while the Prime Minister is working tirelessly in transforming UMNO to be accepted by every single Malay individual.
Wether Khairy Jamaluddin wins or not, it will be up to a number of individuals who will vote for the future of the youth and UMNO.
Choosing the right leader is never easy because we never know what the future will bring, but when you draw it down, all we need is someone who can continue forming UMNO Youth to be much stronger as it is already becoming.
The first term as UMNO Youth Chief was not easy for Khairy Jamaluddin, this coming term, if he wins, will be the years UMNO Youth has been waiting for in achieving that goal in becoming that movement where one day we will all realize that it was the right choice in electing
Khairy Jamaluddin to head UMNO Youth.
You’ll see.
Sameer Khan.
Utamakan Hasil Bukan Retorik - #KJ4KP
MINGGUAN: Imbas kembali 2004, YB menjadi Ketua Pemuda dengan ejekan tetapi selepas itu YB berjaya memimpin pergerakan tersebut, apakah ini menjadi asas YB mahu mempertahankan jawatan?
KHAIRY: Sejak awal lagi saya memang berhasrat mahu duduk dalam Pemuda bukan sepenggal tetapi kalau boleh lebih daripada itu memandangkan saya masih lagi dalam lingkungan umur Pemuda. Walaupun jawatan Ketua Pemuda tiada had umur tetapi saya dalam usia 37 tahun, saya masih boleh serasi dengan orang muda. Yang kedua, perancangan fasa pertama atau penggal pertama lebih kepada menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Macam mana kita boleh appeal UMNO, Pemuda UMNO, Pemuda BN kepada pengundi muda yang ada di dalam dan paling penting di luar parti. Sebab itu banyak pendekatan yang kita buat sebelum PRU-13 menjurus ke arah luar parti.
Berikutan itu kita melaksanakan pelbagai program yang bertujuan menarik sokongan orang muda seperti program jelajah Pemuda dan karnival kerjaya, semua itu tidak pernah kita buat dahulu. Zaman dahulu kita lebih kepada kumpulan pendesak, cakap soal parti, soal agenda bangsa tapi yang ini kita meliputi semua aspek sebab kita hendak tarik sokongan daripada orang muda dan hasil seperti mana kajian Merdeka Center yang menunjukkan 54 peratus pengundi muda Melayu berumur 21 hingga 30 tahun mengundi BN, yang tidak beri ialah bukan Melayu. Perancangan penggal kedua saya ialah untuk melahirkan pemimpin muda yang boleh mengambil alih tempat pemimpin-pemimpin lama atau dewasa sedia ada. Maknanya, perancangan fasa kedua ini adalah peremajaan UMNO itu sendiri, ia bukan sekadar program tetapi menampakkan UMNO ini dianggotai oleh pemimpin-pemimpin muda.
Dalam penggal kedua ini, kita fokus kepada pengkaderan pemimpin Pemuda dan Puteri. Insya-Allah kita akan laksanakan selepas pemilihan nanti adalah akademi kepimpinan muda dalam UMNO seperti mana dipersetujui oleh Presiden parti. Kita cari yang betul-betul ada bakat. Sama ada dalam kalangan pelajar universiti, profesional dan ahli kita sendiri yang kita rasa dia ni boleh menjadi calon sama ada dalam pemilihan parti mahupun pilihan raya. Bagi saya, KPI satu, sokongan orang muda. Yang kedua untuk KPI adalah pemimpin muda dalam parti. Kita tengok pembangkang. Berapa ramai ahli-ahli Yang Berhormat dalam kalangan muda. Saya mahu bawa lebih ramai lagi ke depan supaya kita ada nampak peremajaan parti itu dan anggota itu sendiri.
Dalam istilah peremajaan UMNO ini, ada dua tafsiran. Satu tafsiran mengatakan di segi usia dan di satu lagi pula merujuk kepada pemikiran?
KHAIRY: Kedua-duanya. Dalam ucapan dasar tahun lepas saya ada kata tak guna kita muda dari segi usia tetapi pemikiran kita kolot. Jadi, saya cuba bawa kedua-dua. Ada yang faham, ada yang tak berapa faham. Ada yang kata Pemuda kena kembali ke zaman dahulu sebagai kumpulan pendesak. Saya kata kumpulan pendesak OK tetapi tak cukup dengan itu. Ia kena lebih daripada itu. Kita kena tengok masalah orang muda. Kenapa kita buat job fair? Kenapa kita bawa isu perumahan? Kenapa kita bawa isu muflis contohnya. Sebab ini isu yang melibatkan orang muda.
Ya, kita boleh melaungkan perjuangan parti, agama, bangsa dan negara, itu tetap kita buat tetapi orang muda hari ini mahu tengok lebih daripada retorik. Kalau hanya retorik, mereka akan kata kamu muda tetapi perjuangan sama dengan orang lama, tak bawa benda baharu. Dari segi peremajaan ia juga ada kaitan dengan usia. Saya mengakui ada orang lama atau pemimpin lama yang menampakkan ciri-ciri sebagai orang muda. Seperti Perdana Menteri, beliau ada Twitter dan Facebook. Beliau tahu bagaimana hendak mendampingi dan mesra orang muda.
YB antara Ketua Pemuda yang satu ketika tidak berada dalam Kabinet tetapi YB tabah melaksanakan tanggungjawab, namun dalam tempoh tersebut banyak isu melibatkan orang Melayu dan Islam, Pemuda UMNO dilihat ketinggalan sehingga tempat itu diambil oleh NGO-NGO?
KHAIRY: Saya lebih melihat kepada isu-isu pengisian sebenar agenda bangsa. Bila kita buat program yang memperkasakan orang muda contohnya menjuarai isu pengangguran melalui karnival kerjaya siapa yang dapat faedah? Orang Melayu juga. Kita tidaklah menjerit perkara itu, tetapi kita lebih kepada hasilnya.
Sebanyak 140,000 orang muda dapat pekerjaan melalui karnival kerjaya Pemuda, 90 peratus orang Melayu. Bila kita bercakap Hidup Melayu!' biarlah hidup Melayu yang bermartabat. Kita bagi penyelesaian kepada mereka. Ini cara baharu. Sebab itu saya diterima oleh orang UMNO dan bukan UMNO, hasilnya dalam pilihan raya apabila orang muda sudah bersama kita, majoriti saya sendiri di Parlimen Rembau naik tiga kali ganda. Saya bukannya masuk bakul angkat sendiri tetapi bercakap dari segi hasil .
Ya, saya faham ada orang kata ada NGO yang ambil alih tetapi NGO yang ambil alih dari segi retorik sahaja. Tetapi dari segi kerja sebenar, kita telah melaksanakannya. Kita deliver dan ini juga fakta, saya tengok sebab saya dalam jawatankuasa pengurusan, tidak ada satu bulan pun sejak saya jadi Ketua Pemuda di mana sayap Pemuda UMNO paling corot dari segi penambahan ahli baharu. Setiap bulan sejak saya jadi Ketua Pemuda, kita nombor satu. Kita lebih daripada Wanita, kita lebih daripada Puteri, kita lebih daripada parti induk. Kita nombor satu dari segi penambahan ahli baharu UMNO sejak saya jadi Ketua Pemuda.
Tetapi dalam politik ada berkaitan dengan persepsi. Sejauh mana YB dapat bertahan dengan dakwaan mengatakan YB liberal dalam isu berkaitan orang Melayu dan Islam?
KHAIRY: Apakah hak Melayu dan kedudukan agama tergadai sewaktu kita memimpin Pemuda UMNO? Tidak. Kita bawa cara yang baharu dan saya sanggup berdepan dengan persepsi tersebut sebab kita bawa benda yang baharu. Bila kita bawa perubahan dan transformasi, bukan semua orang akan setuju.
Apabila Perdana Menteri lantik saya menjadi Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional (PUNB) untuk menjaga ekonomi bumiputera. Saya bawa program himpunan usahawan bumiputera sebelum pilihan raya, dapat tambahan peruntukan untuk TEKUN, MARA dan PUNB. Ini mungkin orang nampak tak sama dengan cara-cara yang dibuat oleh NGO tetapi saya rasa hasilnya lebih berkesan daripada apa yang mereka buat. Saya lebih menitikberatkan hasil. Dari segi liberal progresif itu hanya pendekatan saya.
Pendekatan saya berbeza, saya buat sosial media, saya buat Facebook, saya buat Twitter, supaya orang muda boleh identify dengan saya. Apakah parti kita nak kepada seorang Ketua Pemuda yang hanya tahu bawa retorik sahaja tetapi tak tahu macam mana nak mendekati dan engage dengan orang muda. Bukan saya nak kata saya dah buat yang terbaik tetapi saya rasa setidak-tidaknya adalah sedikit sebanyak sokongan dan pengaruh saya dan juga Pemuda UMNO atas orang muda pada hari ini. Dan itu sebenarnya yang jadi keutamaan kita. Kita kena tengok dari segi perubahan pemikiran dah lain dah. Pemuda ini kena ada di depan.
Dulu zaman Datuk Harun Idris adalah untuk menjadi agresif dari segi isu bangsa dan sebagainya. Sekarang ini untuk orang muda capture the mood dia kena nampak profesional, ialah sejagat sikit tapi akhirnya kita nak tolong orang Melayu melalui hasil. Dari segi hasilnya tiada siapa yang boleh meragui hasil yang kita bawa.
Keempat-empat pencabar YB adalah sekadar ketua cawangan dan dilihat bukan tandingan YB. Apakah cabaran ini benar-benar untuk perjuangan atau sekadar kacau daun?
KHAIRY: Saya tidak mahu mempertikaikan tujuan mereka bertanding sebab saya rasa tidak adil. Saya pun tak nak mengamalkan kempen yang tak sihat, komen pasal orang lain tapi bagi saya dalam Pemuda ini, cuma saya katakan menjadi Ketua Pemuda ni bukan perkara kecil dan remeh. Keahliannya lebih 650,000 orang. Ini bukan tugas ketua Pemuda cawangan. Ini bukan pemimpin NGO. Ini sesuatu yang serius. Jawatan Ketua Pemuda sama taraf dengan Naib Presiden parti dan kena jaga 191 bahagian. Lumrah manusia pun, bila sebelum kita boleh berlari, kita kena merangkak dulu, bertatih lepas tu jalan dan kemudiannya berlari. Kita tak tiba-tiba merangkak nak lari. Tak boleh. Kena ada proses dalam parti dan saya yakin perwakilan Pemuda UMNO memahami perkara tersebut.
Walaupun saya langsung tidak memperkecilkan pengalaman dan kredibiliti lawan saya, walaupun Ketua Pemuda cawangan sahaja, tetapi nak jadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia ini perkara yang serius dan perlu kepada orang yang berpengalaman dan diterima oleh rakyat.
Saya nak kata apa pun, saya wakil rakyat dah dua kali dah. Satu penggal sebagai Ketua Pemuda, orang kenal saya. Jadi tak perlu saya kenalkan diri kepada rakyat. Maksud yang saya kata di sini, siapa yang kita pilih dalam UMNO mestilah diterima oleh rakyat. Jangan kita pilih orang yang rakyat tak kenal.
Bagaimana dengan orang melihat kemungkinan ini adalah protes terhadap kepimpinan YB?
KHAIRY: Kalau protes yang serius sudah pasti ada Exco atau Ketua Pemuda Bahagian yang lawan saya atau dari Majlis Tertinggi. Tetapi saya tengok pemimpin yang ada kedudukan, tiada siapa yang lawan. Yang lawan pun dari Ketua Pemuda cawangan. Saya melihat ini sebab keterbukaan parti. Kalau protes sudah pasti ada Exco atau Ketua Pemuda negeri atau Ahli Majlis Tertinggi.
Pencabar-pencabar YB membawa tagline Hidup Melayu, soal perjuangan Islam, soal rasuah, angkat sumpah laknat dan sebagainya. Pada pandangan YB, mengapa mereka memilih tagline dan tindakan seperti itu?
KHAIRY: Itu kena tanya mereka. Mungkin mereka rasa itu penting bagi mereka. Tetapi bagi saya, kalau nak cakap soal Hidup Melayu memang saya setuju, Melayu memang hidup pun tetapi apakah kualiti hidup Melayu itu lebih penting daripada kita sekadar melaungkan slogan. Saya dalam Pemuda dah lama sejak 1999, kalau mereka hendak bawa apa-apa slogan bawalah. Saya tetap dengan perjuangan saya. Tidak ada masalah. Saya tidak ada jawatan selama empat tahun dalam kerajaan tetapi saya dapat bertahan juga sebagai Ketua Pemuda UMNO. Ia bukan perkara yang senang. Tiada siapa yang pernah bawa selama empat tahun tanpa jawatan dalam kerajaan. Terutama dalam keadaan macam ni. Tetapi saya berjaya juga menyatukan Pemuda UMNO.
Sekarang ini dah dapat jawatan. Menteri Belia dan Sukan ini bukan saya punya tetapi Pemuda UMNO punya. Dan saya di sini sebagai Ketua Pemuda UMNO. Jadi saya minta perwakilan kalau saya dah bawa Pemuda empat tahun dalam keadaan yang susah, sudah pasti empat tahun akan datang kita boleh melakukan lebih hebat berikutan kedudukan dalam Kementerian Belia dan Sukan.
Ada tafsiran yang menyatakan YB tidak selesa apabila Datuk Mukhriz Tun Mahathir bertanding Naib Presiden? Benarkah?
KHAIRY: Biarlah, kita kalau nak bercakap soal tanggapan, persepsi politik ini saya lagi tak selesa kalau dia nak bertanding Ketua Pemuda. (Ketawa) Bukan kerana saya takut tetapi bertembung dengan rival lama. Dulu pun pertandingan antara kami bagi jawatan Ketua Pemuda sengit. Kali ini kalau saya lawan beliau pun sengit juga. Jadi lebih baik beliau bertanding jawatan lain daripada Ketua Pemuda, tetapi saya tak fikir benda tu.
Mungkin orang percaya atau tidak tetapi jujurnya inilah pandangan dan perasaan saya iaitu kita memerlukan semua orang di dalam UMNO untuk berjaya dalam PRU-14. Semua orang ada tempat. Kalau kita seteru dalam UMNO dan persaingan ini menyebabkan kita rugi dari segi tokoh-tokoh tidak dapat tempat dalam parti yang akan rasa kesannya adalah UMNO. Jadi kita memerlukan semua orang. Daripada Naib-Naib Presiden yang sedia ada kepada pemimpin-pemimpin yang baru nak muncul. Kita memerlukan semua orang sebab kekuatan UMNO datangnya daripada ahli-ahli dan dari semua pemimpin yang ada.
Secara jujur, YB bercakap panjang lebar berhubung peremajaan UMNO. Adakah YB bersetuju bahawa Mukhriz adalah antara orang yang boleh diberi peluang untuk memberi isyarat kepada rakyat bahawa itulah peremajaan UMNO?
KHAIRY: Soal peremajaan ini kita kena lihat dalam konteks lebih menyeluruh. Berhubung Datuk Mukhriz ni, kita tengok kepada corak kempen. Ada masa lagi. Saya rasa untuk adil kepada semua kita tengok apakah penerimaan perwakilan dan rakyat. Semua ada kelebihan masing-masing. Kalau nak cakap soal kelebihan Naib-Naib Presiden sedia ada di segi orang muda pun ada juga. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Hisham pun pernah jadi Ketua Pemuda. Datuk Zahid pun pernah jadi Ketua Pemuda dan diterima baik oleh orang muda. Jadi, kita tak boleh kata usia adalah faktor penentu. Tapi kita tengok macam mana. Lama lagi ada dua minggu lagi.
Berbanding dengan Pas, orang melihat UMNO tidak ke depan dalam isu berkaitan agama. Bila nak bercakap soal Melayu, kita takut dituduh rasis?
KHAIRY: Tidak juga, kita tengok baru-baru ini PM umum program pemerkasaan bumiputera itu adalah hasil daripada perbincangan kita dalam MT, dalam UMNO tetapi macam saya sebutkan tadi, apa yang PM umumkan itu result-based, dia ada hasilnya serta perancangan. Tak guna kita jerit, kita memekik soal Hidup Melayu kalau tak ada perancangan. Yang lebih penting adalah perancangan. Satu perkara yang saya belajar, bila saya observe contohnya kaum Cina, kejayaan mereka, sebab apa, sebab ada perancangan. Dia orang tak laungkan apa-apa. Adalah kadang-kadang Dong Zong buat tapi lebih kepada perancangan tersusun. Itu yang kita nak buat sekarang. Itu yang tersurat dan tersirat.
Perancangan YB di peringkat nasional memang mantap tetapi pelaksanaan di peringkat akar umbi iaitu bahagian dan cawangan bagaimana?
KHAIRY: Itu berbalik kepada pemantapan organisasi. Sebab itu saya minta perwakilan cari pemimpin yang betul-betul boleh carry jawatan Ketua Pemuda bahagian dan ini penting. Sebab jawatan itu adalah ejen utama saya di peringkat akar umbi yang boleh melaksanakan tugas. Kita ada perancangan yang baik di peringkat nasional tetapi bila nak sampai ke bawah itu, saya mesti bergantung kepada Ketua Pemuda bahagian. Dia mesti melaksanakan tugas, menjalankan program. Ada yang berjaya ada yang tak berjaya. Saya minta kali ini kita pilih pemimpin yang kita rasa betul-betul boleh carry visi saya di peringkat akar umbi. Kalau tidak tak sampai. Saya nak buat sendiri susah. 15,000 cawangan, mesti juga dapat push daripada Ketua Pemuda bahagian.
Pesanan YB kepada Pemuda dan ahli UMNO?
KHAIRY: Kita buktikan kepada rakyat bahawa keterbukaan dan demokrasi yang kita bagi pada parti kita ini, kita pikul dengan penuh bertanggungjawab. Maksudnya walaupun lebih ramai lagi diberi hak untuk mengundi, walaupun sesiapa yang nak bertanding boleh bertanding tetapi kita kena fikir soal masa depan parti kita dengan serius. Dan bagi saya kepada perwakilan Pemuda saya menghormati pencabar saya. Semua pencabar saya walaupun datang dari peringkat cawangan tetapi sebagai orang yang berani tampil ke depan kita menghormati mereka. Tetapi kita kena fikirkan dari segi perancangan dari segi hasil, track record, kestabilan parti, saya rasa saya dah buat yang terbaik sepanjang empat tahun tanpa apa-apa jawatan pun. Saya harap mereka dapat memberi sokongan padu kepada saya untuk penggal akan datang.
Sumber: http://www.utusan.com.my
Wajah ANU Yang Mencuri Perhatian...
Agendadaily - Pagi Khamis ramai wartawan dan jurugambar standby di luar pintu utama Dewan Rakyat.Ini setelah tersebar khabar mengenai kemunculan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Masa sidang Dewan Rakyat selama lapan hari kali ini bermula pada 23 September kelibat Ketua Pembangkang itu tidak kelihatan sejak hari pertama lagi.
Beliau terbang ke luar negara termasuk berada di New York.
Khamis ialah hari akhir sidang Dewan Rakyat.
Apa yang menjadi 'berita' bukan sangat komenter Anwar pasal isu-isu semasa termasuk pindaan Akta Pencegahan Jenayah yang hangat dibahaskan dan diluluskan Rabu malam.
Fokus mereka tentulah pada wajahnya yang 'lain macam' sejak muncul di Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada 18 September.
Waktu itu mukanya kelihatan bengkak jauh berbeza dari biasa.
Kelainan itu mengundang pelbagai cakap-cakap termasuk kata Anwar sudah buat 'makeover' pada wajahnya agar kelihatan lebih muda.
Wajah Anwar semasa di Mahkamah Rayuan Putrajaya 18 September
Setelah dua minggu tentu ramai yang hendak tengok kalau-kalau wajah itu sudah kembali normal.
Namun jelas kesan pada perubahan wajahnya masih ada.
Ini yang menjadi bahan gosip hangat dikalangan mereka yang berada di Parlimen Khamis.
Apa yang sudah jadi pada wajahnya?
" Siapa tahu...mungkin dia nak nampak lebih bertenaga siap hadapi PRU14," bisik seorang wartawan secara berjenaka pada rakannya selepas sidang akhbar Anwar di lobi Parlimen.
#PemilihanUMNO Pencabar Nak Menang Free! Fitnah @Khairykj!
Menyedari kekalah pasti akan berlaku, pihak pencabar KJ kini sedang berusaha untuk mendapat kemenangan free dengan mengharapkan KJ tidak dapat bertanding diatas kesilapan taknikal!
Ahhh malulah kalau nak menang sekali pun, menanglah dengan cara yang bermaruah! Tapi kalau rasa diri tu tak layak untuk menerajui kepimpinan Pemuda tarik diri sajalah! jangan hanya nak mengharap nasib! Kerusi Ketua Pemuda UMNO bukan tempat untuk mencuba nasib bang!
Tolonglah jangan kerana nafsu sanggup hancurkan Parti Keramat ini!
Pissst... nak tanya sikit Syed Rosli boleh main futsal ke? Kalau tak boleh, duk diam-diam je lah....!
KJ nafi guna jentera kementerian
KUALA TERENGGANU - Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini menyangkal tuduhan pencabarnya Syed Rosli Syed Harman Jamallulail yang mendakwa beliau menyalahgunakan jentera Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk berkempen bagi pemilihan Umno.
Beliau berkata tuduhan itu menunjukkan Syed Rosli tidak faham bahawa Pemuda Umno dan belia tidak boleh berpisah kerana ramai di kalangan anggota-anggota persatuan belia juga adalah anggota Pemuda Umno.
"Sebagai Menteri Belia dan Sukan, saya adakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin belia. Mereka ini juga kebanyakannya anggota Pemuda Umno yang menjadi perwakilan.
"Tuduhan ini tidak betul kerana saya berjumpa dengan pemimpin belia yang kebetulannya anggota Pemuda Umno (perwakilan) dan berjumpa untuk berbincang isu semasa yang kebetulannya sekarang adalah mengenai perwakilan....jadi ada juga saya terangkan mengenai beberapa perkara mengenai pemilihan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tuduhan Syed Rosli yang mengadakan sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Khairy berkata Syed Rosli sepatutnya menggunakan bahan lain untuk berkempen seperti kebaikan dan rekod kepimpinan yang pernah beliau lakukan tanpa perlu memburukkan calon lain.
Mengulas mengenai 75 calon yang menawar diri sebagai Exco Pemuda Umno, Khairy berkata ia bukti parti itu masih relevan dalam membawa aspirasi kerajaan kepada rakyat.
"Apa pun, saya mahu perwakilan memilih calon yang terbaik, yang sedia berkhidmat sepanjang masa, bukan hanya ketika kempen pemilihan parti sahaja," katanya. - Bernama
Subscribe to:
Posts (Atom)