Wednesday, October 9, 2013

KJ: Keputusan tepat benar Tun Faisal tanding #KJ4KP #TF4MT


Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berterima kasih kepada Jawatankuasa Pengurusan dan Ahli Jawatankuasa Pemilihan Umno kerana membenarkan Exco Pemuda Umno, Tun Faisal Ismail Aziz bertanding semula bagi merebut jawatan Majlis Tertinggi Umno.

Menteri Belia dan Sukan itu berkata, keputusan yang dibuat Jawatankuasa Pengurusan ini, adalah sesuatu yang tepat memandangkan Tun Faisal seorang calon yang dimahukan oleh peringkat akar umbi.

“Alhamdulilah, rayuan dibuat sendiri oleh saya dengan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu diterima dengan baik.

“Bagi saya jawatan sebagai Exco Pemuda Umno adalah jauh lebih tinggi berbanding jawatan dalam bahagian, oleh sebab itulah kita menyambut baik kebenaran bertanding semula itu yang mana ianya sangat diharap-harapkan,” katanya.

Katanya, keputusan mencalonkan semula Tun Faisal ke dalam jawatan Majlis Tertinggi (MT) itu perlu diambil peluang dengan sebaik mungkin demi memartabatkan dan memajukan Pemuda Umno.

Tun Faisal dibenarkan semula bertanding selepas mengambil kira kedudukannya dalam Exco Pemuda Umno dan beliau bertanding MT atas pencalonan daripada pergerakan itu.

5 comments:

Anonymous said...

kj si kitoooooolllll!!!!

Anonymous said...

KJ kebanggan org muda, harapan Pemuda..!!

SuaraPemuda said...

provokasi kotor yg d bayar utk jatuhkan KP..phuiih

sudah kantol si penipu sudahlaaahh

Anonymous said...

ni pasal Azeez Rahim plk nih..pandai berlakon, konon ala2 zuhud..tp dlm sejarah, pertama kali Pengerusi Tabung Haji xnaik haji, sbb sibuk dgn pemilihan MT..perghh, Jamil Khir pun pg jgk la, mana satu KEBAJIKAN & KUASA..? apa cerita beb..jemaah siapa yg jaga sekarang?
http://no2azeezrahim.blogspot.com/

SuaraPemuda said...

kita masih perlukan KJ, jgn kerana tamak kuasa nak jatuhkan org yg diperlukan, dgn lemparan kata2 yg tidak berasas..