Tuesday, October 8, 2013

Wartawan @AgendaDaily Terjah Pejabat @Khairykj #PemilihanUMNO @Ayathelme


Suasana di tingkat 17 bangunan Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya agak ceria petang Isnin ketika team wartawan Agendadaily tiba untuk sesi temubual dengan Khairy Jamaluddin.

Kebetulan waktu itu sebilangan pemimpin Pemuda UMNO datang mengunjungi Menteri Belia dan Sukan itu. Ada juga beberapa orang dari kawasan parlimen beliau di Rembau datang nak jumpa pegawai khasnya.

Santai saja.Tidak terasa suasana protokol di situ. Para pegawai di pejabat menteri itu datang bertegur sapa.

Kami menunggu sekitar 40 minit untuk bertemu Khairy. Setelah jumpa pemimpin Pemuda UMNO beliau terpaksa membereskan beberapa urusan penting.

Melangkah ke ruang utama pejabatnya yang agak simple antara yang jelas kelihatan gambar besar beliau dengan memakai baju colerang dan anak lelakinya Jibreil Ali memberikan tabik hormat.

Juga gambar Khairy bersama tokoh pembebasan Myanmar Aung San Syu Kyi. Ada juga dengan bekas Presiden Amerika Bill Clinton dan beberapa pemimpin dunia lain.

Di satu sudut khas, diframe dengan kemas, wajah isterinya, Nori Abdullah, anak bungsu bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Walau dikenal sebagai pemimpin moden dari segi pembawakannya, namun dekorasi pejabatnya kontras, ada campuran antara hiasan tradisional dan perabot moden.

Dua tiga arca kayu di sofa utama selain serangkaian tombok yang menurut Khairy, cukup lama, bersusun cantik di tepi tingkap.

Fokus temubual dengan Agendadaily tentulah mengenai pemilihan UMNO.

Ahli Parlimen Rembau ini yang akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia menjawab satu persatu soalan dengan bersahaja. Ada yang serius dan ada yang diselit dengan gurau senda.

Berbeza dengan pemilihan sengit tahun 2009 dimana beliau terpaksa berentap dengan Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Dr Khir Toyo, kali ini Khairy berdepan dengan empat calon 'lightweight'.

Mereka ialah Syed Rosli Syed Harman, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, Irwan Ambak Khalid Izhar dan Abd Karim Ali.

Ketiadaan nama besar yang mahu mencabar kedudukannya dikatakan sudah cukup untuk memberi gambaran jelas kepimpinannya dalam pergerakan itu diiktiraf.

Apapun atas nama demokrasi dan sistem pemilihan yang terbuka kali ini Khairy juga terpaksa lalui cabaran.

50 minit berlalu begitu sahaja. Dalam jawapan-jawapannya tidak berselindung.Beliau bercakap terus-terang dan tiadapun off record. Semua yang mahu diperkatakannya, diperjelaskan dengan terang, satu persatu. Orang kata straight forward saja.

Ikuti transkrip temubual Agendadaily bersama Khairy Baca disini...

2 comments:

Anonymous said...

''AZEEZ RAHIM'' dalam sejarah pertama kali pengerusi tabung haji tak pergi haji. dia hanya fokus pada pemilihan MT dan bahagian. Apa gila pengerusi tabung haji tak pi haji?????

Anonymous said...

kita masih perlukan KJ, jgn kerana tamak kuasa nak jatuhkan org yg diperlukan, dgn lemparan kata2 yg tidak berasas..