Friday, July 15, 2011

Bersih 2.0 : Serang Polis, Tian Chua Bakal Ke Penjara



Polis menyiasat tindakan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang didakwa bertindak kasar terhadap pasukan polis semasa menyertai perhimpunan haram pada Sabtu lalu.

Menurut PDRM, laporan mengenai kejadian itu telah dibuat pihaknya dan polis membuat siasatan dari semua aspek.

Beberapa individu bersama Tian Chua turut melakukan tindakan sama terhadap pihak polis. Tindakan undang-undang bersesuaian akan diambil mengikut kesalahan yang dilakukan.

Eloklah jika Tian Chua disumbatkan kedalam lokap, baru dia sedar sikit  Malaysia mempunyai undang undang! Mana boleh main serang je..... Bengong punya apek!

Penghargaan harus diberikan kepada blogger RBF ( http://ruangbicarafaisal.blogspot.com ) yang membongkarkan kejahatan pemimpin Pakatan Pembangkan ini...

Video Tian Chua Serang Polis: http://youtu.be/uFWduXFANAI


Video Seks Bongkarkan Pembohongan Hadi Atau Anwar?

Lakonan,  pembohongan Anwar berjaya menutup 
Kes Video Seksnya yang tersebar diseluruh dunia... 
tepok tepok tangan!


Kenyataan Ketua Pembongak, Anwar Ibrahim kononnya Presiden Pas Pis Pus,  Hadi Awang telah diberi layanan buruk oleh polis selepas ditahan kerana menyertai perhimpunan haram Bersih pada Sabtu lalu, merupakan satu usaha terakhir untuk meraih simpati rakyat terhadap masa depan politiknya.

Abdul Hadi sendiri di Kuala Terengganu bahawa beliau diberi layanan yang baik oleh polis sepanjang ditahan bercanggah  dengan dakwaan Anwar ketika berceramah di Pulau Pinang bahawa Abdul Hadi telah diseret dan dihumban ke dalam lokap. 

Thursday, July 14, 2011

Demo Bersih 2.0 Dapat Saguhati RM100


O.M.G! Murahnya nilai sebuah perjuangan puak BersHIT ni! Sertai demo dapat saguhati RM100 Kah Kah Kah! Bersusah payah datang dari jauh, makan tak menentu, tidur pun merempat tah mana? Berbaloi ke dengan RM100 ni? Bagi aku buang karen je deeer!!


Ambiga, Puak Pakatan Haram tidak payahlah berbangga dengan kehadiran penyokongnya mereka yang telah mengotori bandaraya Kuala Lumpur pada Sabtu yang lalu kerana ramai yang hadir pada hari demo diberi rasuah, di bayar oleh pihak tertentu.

Jika kita teliti betul betul pada foto Bersih 2 yang lau... Wajah yang hadir pada Perhimpunan Haram Bersih kebanyakanya daripada luar yang dibawa ke ibu negara.

Ada yang datang dari kampung dan tidak mengetahui apa tujuan sebenarnya mereka ke ibu negara. Kesian orang Kampung kena tipu...

Demo Bersih ini tidak lain tidak bukan hanya untuk menggambarkan kerakusan Puak Pembangkang untuk berkuasa di Malaysia.

BN Youth Job Fair 2011 Di Pahang Tawar 6,000 Peluang Pekerjaan


Karnival Kerja Pemuda BN 2011 yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 15 Julai ini di Pusat Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Hotel Zenith, di sini bakal menawarkan 6,000 peluang pekerjaan.

Difahamkan karnival berkenaan akan melibatkan penyertaan 150 pelbagai syarikat dan agensi swasta dan kerajaan.

BN Youth Job Fair (Karnival Kerja Pemuda BN) tersebut akan dirasmikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, karnival berkenaan bermula 10 pagi hingga 8 malam.

Syabas kepada Pemuda BN yang prihatin dengan sentiasa mendekati rakyat dan memberi bantuan kepada mereka yang memerlukanya...

Dr. Lo' Lo' Sedang Tenat Di ICU


DR Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali Ahli Parlimen PAS Titiwangsa kini dikhabarkan berada di Hospital Selayang sedang  tenat diatas penyakit kanser yang dialaminya.

Marilah sama kita bacakan sejenak Al-Fatihah.... Semoga beliau tenang disaat penderitaan yang dialaminya..

Baca Artikel ini juga: Khalid Samad lebih Sayangkan Anwar Daripada Hadi