Tuesday, September 20, 2011

Isu Murtad: Khalid Ibrahim Kalut... Enggan Dedah Laporan Penuh JAIS


Tak payah nak kalut dah Khalid... kalau tak nak dedahkan pun tak pe... blogger BN dah bongkarkan segalanya....

Tunggu je lah.. apa pula yang akan diputarkan oleh Khalid untuk menyelamatkan rakan sekutu DAPnya kali ini... nak menyuruk bawah meja tak boleh lagi, semua orang dah tahu apa aktiviti yang berlaku di gereja DUMC...

Dan segala bukti usaha murtadkan orang islam di DUMC sudah tersebar meluas... cuma yang memeningkan kepala Khalid sekarang ini ialah, macam mana nak cover line supaya tembelang yang pecah itu berbau wangi!

Bak kata Mat Sabu, "bau tu melekat kat muka abang mah......"

MB enggan dedah laporan penuh JAIS

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim enggan mendedahkan isi kandungan laporan lengkap siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung pemeriksaan gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) 3 Ogos lalu.

Katanya, "apa-apa pengumuman" mengenai laporan itu akan dibuat pada minggu hadapan".

Alasan Khalid, "Pagi tadi, saya berkesempatan mengadap dengan Tuanku Sultan. Saya menerima laporan dari JAIS (berhubung pemeriksaan terhadap DUMC).

"Saya juga minta laporan itu diserahkan kepada Tuanku, supaya baginda meneliti laporan tersebut, dan apa-apa pun, saya akan mengadakan perbincangan dengan Tuanku Sultan," katanya.

Boleh percaya ka? bukan sekali dua Khalid petik nama Sultan untuk menyelamatkan dirinya... sendiri mau ingat la...

Kerana Panas Telinga, Husam Saman Kickdefella RM5 Juta


Hai dah nasib badan... tak tahan kena gerudi, telinga Husam menanah dek pendedahan yang dilakukan oleh Kickdefella! Kenapa jadi macam ni Usam? sampai nak saman menyaman pulak! Panasss!

Naib Presiden Pas, Husam Musa memfailkan saman fitnah sebanyak RM5 juta terhadap blogger Kickdefella.

Writ saman ke atas Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz difailkan di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini, hari ini oleh peguam Husam, Hisham Fauzi dari Tetuan Hisham Fauzi & Associates.

Mengikut writ saman yang diemel kepada pihak media hari ini, Husam yang juga Exco kerajaan negeri Kelantan, menuntut Syed Azizi memohon maaf secara bertulis tanpa syarat kepadanya.

Plaintif juga menuntut defendan membuat permohonan maaf secara terbuka dalam blog defendan, di samping memadamkan tiga artikel yang didakwa memfitnah beliau.

Artikel tersebut bertajuk, Husam telah menipu rakyat dan sahabat, Sebelum kita lupa Normala Sudirman dan Husam itu pembohong yang ketiga-tiganya disiarkan melalui blog defendan, kickdefella.wordpress.com antara Januari hingga Julai lalu.

Husam juga menuntut Syed Azidi mengiklankan permohonan maaf tersebut di dalam akhbar nasional harian bahasa Melayu selama satu hari, bayaran ganti rugi sebanyak RM5 juta, ganti rugi teladan, ganti rugi melampau, ganti rugi punitif, lain-lain relif yang dikirkan wajar oleh mahkamah, selain faedah pada kadar 8 peratus setahun sehingga penyelesaian penuh tuntutan.

Selain itu, plaintif turut menuntut satu injunksi bagi menghalang defendan atau ejen-ejennya daripada berkomunikasi, memberi komen, mengulangi atau menyebabkan penerbitan kenyataan-kenyataan atau perkataan yang berunsur fitnah terhadap plaintif.

Pelawok pelawok pelawok!

Monday, September 19, 2011

Demi Maruah PAS, Nik Aziz Harus Laksanakan Hudud Di Negeri Kelantan!


PAS kini dilihat seperti parti pinggiran atau parti kampung yang sering mengikut telunjuk DAP didalam Pakatan Rakyat?

Kemarin Sinar Harian dan akhbar Mingguan Malaysia menyiarkan artikel yang kononnya kerajaan negeri Kelantan berharap agar terus dapat laksanakan Hudud.

Apa kes? sebagai sebuah kerajaan Kelantan Nik Aziz hanya mampu berharap? kenapa PAS Kelantan tidak yakin untuk melaksanakannya?


Kerana takut disergah DAP! PAS hanya mampu berharap? malu lah....

Demi maruah PAS yang sudah tercalar, Nik Aziz perlu melaksanakan Hudud, kerana itulah yang dijanjikan kepada rakyat sejak sekian lama.

PAS perlu berani mengemukakan cadangan untuk melaksanakan hudud seterusnya dibawa kepada kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat, bagi membuktikan yang PAS bukan hanya sekadar duduk dibawah telunjuk DAP dalam Pakatan Rakyat!


PAS jangan hanya berani membohongi rakyat! sebaliknya PAS perlu berani dalam Pakatan Rakyat!

Video Seks Papa Gomo, Anwar Ibrahim Tak Berani Nak Komen!

Ya betul... itu aku!!!

Ini bukan video seks Papa Gomo, tapi Anwar yang punya... Mari kita terjah apa komen Anwar!

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sekali lagi enggan mengulas dakwaan Papa Gomo yang mendakwanya terlibat dengan skandal seks.

Anggota parlimen Permatang Pauh itu kurang senang berkata beliau tidak akan melayan soalan sebegitu.

"Semua isu berkenaan moral, arak, soal judi, maksiat, kezaliman, fitnah atau mengaibkan orang, saya tidak akan layan atau jawab," alasannya.

AWAS!!! Ada lagi Video seks Anwar Ibrahim akan di keluarkan oleh Papa Gomo! Tungguuuu!

Video Seks 99.99% Anwar Ibrahim



Klip video berwarna yang menunjukkan 99.99% Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki lif sebuah pangsapuri tempat ketua pembangkang itu melakukan hubungan seks dengan seorang perempuan warga China.

Rakaman berdurasi selama 1:50 minit ini dimuat naik hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipercayai diperoleh dari pangsapuri berkenaan.

Dalam klip ini turut kelihatan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang sebelum ini mengaku bertanggungjawab terhadap pendedahan video hubungan seks melibatkan Anwar dengan wanita tersebut.


Dalam klip video itu tertera waktu 10.09 malam 21 Februari lalu, menunjukkan dua individu termasuk Anwar memakai baju kemeja lengan pendek dan seluar panjang gelap serta sandal.

Individu yang didakwa Shazryl Eskay pula memakai baju lengan pendek dan seluar gelap memasuki salah satu daripada tiga lif di pangsapuri itu.

Di akhir babak tersebut, kelihatan lelaki yang didakwa Anwar keluar dari lif dipercayai selepas selesai melakukan hubungan seks.