Monday, September 26, 2011

Azwan Nok "Pose Maut" Dengan Anwar Ibrahim!

Lihat gambar di bawah, amat memalukan apabila seorang lelaki memakai baju kurung! Inilah dia Azwan Ali @ Azwan Nok adalah personaliti tv merupakan adik kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan juga merupakan abang kepada Ummi Hafilda, saksi penting kes liwat I, bekas Timbalan Perdana Menteri, kira-kira 13 tahun lalu.

“Slm. Isu panas Today? AA pose maut ngan @anwaribrahim ya? Aminnnn”, twitter Azwan Ali kepada Anwar Ibrahim yang mempamerkan gambar mereka.



“Lihat foto:pose mesra ha ha”, balas Anwar dalam twitternya kepada Azwan Nok..

Hai.... lain macam jer bunyi Anwar? baru lepas bemesra dengan Azwan Nok Ke??

Panas! Ram Ponusamy Akan Bongkarkan Penyelewengan PKR Pahang!


Bekas Ahli Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Pahang iaitu Ponusamy a/l Govindasamy semalam mengadakan satu sidang media tergempar tentang isu panas yang melibatkan dirinya. Ponusamy (Ram) dipercayai kecewa dengan pemecatan tersebut biar pun dia masih belum mendapat "hitam putih" daripada pihak parti sendiri.

Sidang media telah diadakan di restoran miliknya dekat Air Putih di sini kira-kiran jam 1.00 petang tadi. Difahamkan, antara kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau ialah dia mempertikaikan kewajaran PKR Pahang itu.

"Sehingga hari ini, banyak persoalan saya tentang parti masih belum terjawab terutamanya isu akaun parti. Saya banyak kali suruh pihak berkenaan mendedahakan status terkini kewangan parti. Namun, mereka memberi berbagai alasan yang tidak munasabah", kata Ram.

Ram juga kecewa dengan perkembangan terkini, jika benar dia akan dipecat oleh parti hanya kerana dia didapati rapat dengan Presiden KITA, Datuk Zaid Ibrahim. "Saya bukan sahaja hadir ke majlis pelancaran KITA di Jerantut, malah saya juga selalu makan dengan dia. Apakah itu salah?", katanya.

"Mereka tiada bukti saya sudah sertai parti KITA. Mereka hanya dengan khabar angin dari pihak tertentu kononnya saya sudah menyertai KITA. Sedangkan saya tidak pernah mengatakan akan keluar dari PKR dan menyertai KITA. Jika tidak, kenapa saya tawarkan diri bertanding sebagai Timbalan Ketua Cabang PKR Pekan", tambah beliau lagi.

"Saya akan lawan habis-habisan dengan pempimpin terbabit, sebab saya ada bukti berupa dokumen penyelewengan yang telah mereka berdua lakukan. Saya akan bongkarkan tidak lama lagi", tambah Ram Ponusamy.


Laporkan kepada SPRM untuk siasatan lanjut jer RAM!

Berita terdahulu: Mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang, Sebulat Suara Setuju Pecat Dua Pemimpin Parti Tersebut

NGO Marah Dengan Kehadiran Mat Sabu Di Seremban! #marxsabu


Kemarahan segelintir pihak terhadap Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu (gambar) sampai ke kemuncaknya apabila beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantah kehadirannya pada sambutan Aidilfitri anjuran parti berkenaan di Ampangan dekat sini malam tadi.

Kumpulan yang dianggotai kira-kira 80 orang itu berhimpun 50 meter dari tempat majlis berlangsung sebagai tanda bantahan terhadap kehadiran pemimpin tersebut ke negeri ini berikutan kenyataannya yang menghina pejuang negara baru-baru ini.

Mereka yang berhimpun seawal pukul 8.40 malam itu turut membawa sepanduk dan melaungkan slogan mengutuk Mat Sabu.

Perhimpunan tersebut yang pada mulanya berlangsung dalam keadaan aman bertukar menjadi panas seketika apabila Mat Sabu mengambil giliran menyampaikan ceramahnya kira-kira pukul 10.15 malam.

Selang beberapa minit Mat Sabu menyampaikan ucapannya, beberapa peserta perhimpunan yang tidak berpuas hati dengan kenyataan pemimpin pembangkang itu yang masih mempertahankan pendiriannya dalam isu komunis, bertindak menyerbu majlis berkenaan.

Tindakan tersebut menyebabkan berlaku tolak-menolak dan pergelutan antara peserta perhimpunan dengan beberapa ahli Pas yang bertugas pada majlis berkenaan.

Dalam kekecohan tersebut, beberapa tetamu turut cedera ringan dipercayai akibat ditumbuk dan terkena botol minuman serta objek yang dibaling oleh kedua-dua pihak.

Namun, kekecohan yang berlaku selama kira-kira 15 minit itu terlerai dengan kehadiran anggota polis yang kemudiannya mengarahkan kedua-dua pihak agar bertenang.

Di sebalik bantahan dan suasana tegang itu, Mat Sabu masih meneruskan ceramahnya hampir satu jam sebelum majlis berkenaan berakhir kira-kira pukul 12 malam.

Dalam pada itu, jurucakap NGO terbabit, Mejar (B) Razali Zakaria berkata, pihaknya mengadakan perhimpunan tersebut bagi mendesak Mat Sabu menarik balik kenyataannya dan memohon maaf kerana menghina pejuang kemerdekaan.

‘‘Ramai yang hadir pada perhimpunan ini adalah bekas tentera yang terguris dan rasa terhina dengan kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini.

‘‘Kami mahu Mat Sabu menarik balik kenyataannya dan memohon maaf kepada anggota keselamatan serta keluarga mereka yang berjuang demi kemerdekaan negara ini,” katanya di sini semalam.

PERKASA Rentap PAS di Ceramah Mat Sabu

DAP Ugut PAS: Pemimpin DAP Letak Jawatan Jika Hudud Dilaksanakan



Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan pemimpin-pemimpin kanan parti itu akan meletak jawatan beramai-ramai sekiranya terdapat usaha meletakkan matlamat menjadi negara Islam atau melaksanakan hukum hudud di negara ini.

Beliau mengulangi kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh sebelum ini bahawa parti itu tidak akan menerima hudud atau idea membentuk sebuah negara Islam sekiranya mereka memperoleh kuasa ke Putrajaya.

“Jika anda berkata sebarang perkataan dalam prinsip bersama dalam Buku Jingga itu menyebut tentang hudud atau negara Islam, saya fikir bukan sahaja saya tetapi semua anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) akan meletakkan jawatan.

“Kami adalah parti yang berprinsip dan pemimpin berpegang pada prinsip, jadi tidak ada jalan bagi pemimpin yang berkata selepas memegang tampuk kuasa di Putrajaya akan melaksanakan hudud dan menubuhkan kerajaan Islam. Tidak mungkin kerana ia bukanlah dalam rangka dasar bersama.

“Pendirian kami jelas, kami tidak menerima hudud ataupun sebuah negara Islam,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu semasa merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Guan Eng berkata, mengadakan hukum hudud atau sebuah negara Islam tidak pernah disebut dalam Buku Jingga pakatan dan ketiga-tiga parti hanya bersetuju menyatukan rakyat Malaysia di bawah prinsip bersama yang antara lain bagi tujuan kebebasan, keadilan dan demokrasi.

Sementara itu, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution berkata, pemimpin tertinggi pakatan pembangkang akan bermesyuarat Rabu ini untuk membincangkan rancangan Pas melaksanakan hukum hudud.

Beliau berkata, isu berkenaan akan dibincangkan di kalangan pemimpin pembangkang itu pada mesyuarat bulanan mereka di Ibu Pejabat Pas di sini yang dijadualkan bermula pukul 8 malam.

“Mesyuarat itu pada mulanya untuk membincangkan Bajet Pakatan 2012, tetapi oleh kerana ada isu lain yang perlu diberi tumpuan, adalah wajar bagi pemimpin-pemimpin berkenaan membincangkannya pada mesyuarat tersebut,” katanya.

Hudud : Guan Eng Ancam Kepimpinan Pusat DAP Akan Letak Jawatan!

Hari Rabu nanti PAS akan kata Hudud bukan keutamaan dalam pelembagaan Pakatan Rakyat
jeng.. jeng.. jeng...

Ustaz Ismail Mina : Saya Tidak Sangka Anwar Terpengaruh Pluralisme Agama


Seorang sahabat lama yang mengenali Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak sama-sama menuntut di Universiti Malaya menarik balik sokongannya kepada Ketua Umum PKR itu selepas Mac tahun lepas apabila terbukti bekas Presiden ABIM itu menganut fahaman liberalisme agama diistilahkan sebagai Pluralisme Agama.

Pluralime Agama dalam bahasa mudahnya adalah satu fahaman yang menyamaratakan semua agama. Tidak ada agama yang lebih benar daripada agama lain. Semua agama adalah benar.

“Ya, betul. Saya langsung tidak menyangka hal itu kerana semasa kita di universiti, kita sudah mengenali Nurcholish Madjid.

“Dan semua orang tahu Nurcholish Madjid, Datuk Seri Anwar pun tahu pemikirannya. Di mana Nurcholish Madjid pada awal tahun 1970-an sudah menolak Islam sebagai satu sistem politik.

“Datuk Seri Anwar, setakat yang saya tahu, dia faham benda itu. Jadi, saya tidak sangka sampai satu peringkat, fahaman beliau juga sudah selari dengan Nurcholish Madjid”, kata Ustaz Ismail Mina ketika ditemui di Hulu Klang pada 16 September lalu.

Nurcholish Madjid adalah seorang tokoh pelopor Islam Liberal yang ditolak pemikirannya di negaranya kerana berusaha mengembangkan pemikiran sonsang Islam, Pluralisme Agama.

“Ya, saya tidak menyangka pada awalnya. Sehingga lah terbukti dalam ucapannya di LSE itu”, katanya yang merujuk kepada ucapan Anwar di di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010.

Menurutnya, ucapan Anwar di LSE bertajuk “Religion and Pluralisme in a Divided World” sebagai bukti sah, bekas Presiden ABIM menganut fahaman tersebut.

“Memang sah. Kita ambil ucapan itu daripada blog beliau. Ini bukan kita ambil atau copy daripada mana-mana blog orang lain, tidak. Memang kita ambil daripada blog beliau sendiri.

“Jadi, sah lah bahawa beliau yang bercakap, berucap”, katanya.

Katanya, pengesahan Anwar menganut fahaman tersebut bukan disahkan berdasarkan kaca mata dirinya sendiri sahaja, malah turut dibahaskan dengan serius di kalangan sahabat-sahabatnya.

Sebagai pengesahan selanjutnya, mereka turut meminta pandangan Ustaz Uthman el-Muhammady untuk meneliti satu persatu ucapan Anwar di LSE itu.

“Ya, beliau meneliti. Saya ingat perkataan demi perkataan. Bukan sahaja baris demi baris tapi perkataan demi perkataan”, katanya.

Ustaz Uthman, Felo Amat Utama, International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) dalam penelitian mendapati sekurang-kurang 12 hujah Anwar dalam ucapan itu yang bercanggah dengan Islam.

Menyedari pemikiran Anwar telah terpesong, Ustaz Ismail Mina melalui pertubuhan MUAFAKAT telah menganjurkan wacana sehari bertemakan ‘Membanteras Gerakan Pluralisme Agama dan Permurtadan Ummah’ di UIA (Universiti Islam Antarabangsa), Masjid Wilayah Persekutuan dan UMT (Universiti Malaysia Terengganu) sebagai satu teguran kepada Anwar.

“Maudu’ penting di ketiga-tiga program itu berdasarkan kepada pendirian iaitu ucapan Datuk Seri Anwar.

“Memang khusus kita bincang.

“Dan di UIA, Dr Uthman el-Muhammady pun sudah ulas. Dan kita panjangkan lagi di Masjid Wilayah”, katanya.

Teguran sahabat-sahabat itu telah sampai ke telinga Anwar menyebabkan satu pertemuan diaturkan di rumah Profesor Osman Bakar pada 2 Januari 2011 untuk bermuhasabah secara bersemuka.

“Saya difahamkan, perjumpaan itu adalah di antara Datuk Seri Anwar dengan aktivis MUAFAKAT sahaja.

“Ya, saya difahamkan begitu.

“Saya terkejut, apabila yang datang pada malam itu memang ramai sekitar 120 orang.

“Pada fahaman saya, kedatangan itu dikerah khusus untuk membantu Datuk Seri Anwar”, katanya.

Menurutnya kedatangannya bersama lima rakannya yang lain adalah untuk bersemuka dan bertanya sendiri dengan Anwar.

“Memang saya difahamkan Datuk Seri Anwar hendak menerangkan ucapannya dan juga nak mendengar pandangan kami yang menentang liberalisme dan pluralisme.

“Memang betul agenda awalnya, beliau mahu beri penjelasan dan kami nak bertanya.

“Seperti yang saya kata di awal tadi, saya memang ada buat homework. Tapi tidak jadi sebegitu”, katanya.

Tetapi, pertemuan bersemuka dengan Anwar pada malam itu disifatkan sebagai gagal, kerana Anwar tidak bersedia menjawab secara ilmiah tentang ucapannya di LSE, sebaliknya berusaha untuk mengalih kepada topik lain.

“Sebab itu, apabila Datuk Seri Anwar panjang lebar memberi responnya kepada soalan tentang isu moralnya, saya kata jangan. Saya tak bersetuju sebab kita fokus pada pluralisme agama.
“Tapi Datuk Seri kata, ‘tak..tak..(perkara itu) relevan’.

“Jadi, fahaman saya, semua itu dilakukan untuk alih topik daripada isu pluralisme agama kepada isu lain. Supaya kawan-kawan yang ramai hadir pada malam itu akan lebih lebih simpati kepadanya.

“Pada fahaman saya, perjumpaan pada malam itu gagal. Gagal dalam erti kata beliau tidak dapat menerangkan pendiriannya berdasarkan tulisannya dan kami juga tidak dapat bertanya khusus secara lebih detail berkenaan ucapannya di LSE”, katanya.

Ikutilah wawancara lengkap bersama Ustaz Ismail Mina, sila klik di sini

Sumber AIDC