POLITIK HARIAN: Hudud : Guan Eng Ancam Kepimpinan Pusat DAP Akan Letak Jawatan!

Sunday, September 25, 2011

Hudud : Guan Eng Ancam Kepimpinan Pusat DAP Akan Letak Jawatan!


Isu Hudud semakin panas nampaknya apabila, DAP Lim Guan Eng mengancam keseluruhan kepimpinan parti itu akan meletakkan jawatan jika pelaksanaan hukum hudud dipaksa dimasukkan ke dalam rangka kerja Pakatan Rakyat.

Kenyataan itu dibuat ketika kepimpinan dijadual mengadakan mesyuarat Rabu ini untuk membincangkan isu yang sudah lama berlarutan.

Menurut laporan Star Online hari ini, Lim menekankan bahawa Pakatan Rakyat yang dianggotai DAP, PAS dan PKR dibentuk berdasarkan dasar bersama dan persefahaman, khususnya dalam isu-isu berkaitan dengan usaha melawan rasuah dan mempertahankan keadilan.

Hukum hudud, kata beliau, tidak pernah dimasukkan ke dalam rangka kerja bersama Pakatan Rakyat atau Buku Jingga, dan oleh itu tidak seharusnya menjadi sebahagian daripada agenda perikatan itu.

“Oleh itu jika pelaksanaan hukum hudud digariskan dalam rangka kerja dasar bersama dan Buku Jingga, keseluruhan jawatankuasa pusat parti akan meletakkan jawatan,” kata beliau.



Dalam hal ini PAS kena tegas jangan sampai di baculkan sekali lagi oleh DAP kafir ni!! 

3 comments:

Mawar Berduri said...

Org Islam mesti bersatu..baru lah Hudud boleh dilaksanakan!! Kalau TGNA sendiri ego tak mahu bersatu dgn UMNO mcmana Isle nak kuat..sapa pon tak respek Isle..kalau benar TGNA ikhlas nak laksanakan hukum Allah, islam mesti BERSATU & KUAT..baru lah org lain takut, barulah HUDUD boleh dilaksanakan..TGNA buang la ego tu..Ulama' tak ikhlas nihh..

Anonymous said...

tapi saya rasa tak wajar orang bukan Islam digambarkan sebegitu, kalupun dibincangkan dari sudut politik..bukan Islam tetap bukan islam..jangan sampai kita merendahkan agama sendiri...

Anonymous said...

Salam. Saya berpendapat DAP dan PAS berlakon aje, nak publisiti.