Monday, September 26, 2011

DAP Ugut PAS: Pemimpin DAP Letak Jawatan Jika Hudud Dilaksanakan



Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan pemimpin-pemimpin kanan parti itu akan meletak jawatan beramai-ramai sekiranya terdapat usaha meletakkan matlamat menjadi negara Islam atau melaksanakan hukum hudud di negara ini.

Beliau mengulangi kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh sebelum ini bahawa parti itu tidak akan menerima hudud atau idea membentuk sebuah negara Islam sekiranya mereka memperoleh kuasa ke Putrajaya.

“Jika anda berkata sebarang perkataan dalam prinsip bersama dalam Buku Jingga itu menyebut tentang hudud atau negara Islam, saya fikir bukan sahaja saya tetapi semua anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) akan meletakkan jawatan.

“Kami adalah parti yang berprinsip dan pemimpin berpegang pada prinsip, jadi tidak ada jalan bagi pemimpin yang berkata selepas memegang tampuk kuasa di Putrajaya akan melaksanakan hudud dan menubuhkan kerajaan Islam. Tidak mungkin kerana ia bukanlah dalam rangka dasar bersama.

“Pendirian kami jelas, kami tidak menerima hudud ataupun sebuah negara Islam,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu semasa merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Guan Eng berkata, mengadakan hukum hudud atau sebuah negara Islam tidak pernah disebut dalam Buku Jingga pakatan dan ketiga-tiga parti hanya bersetuju menyatukan rakyat Malaysia di bawah prinsip bersama yang antara lain bagi tujuan kebebasan, keadilan dan demokrasi.

Sementara itu, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution berkata, pemimpin tertinggi pakatan pembangkang akan bermesyuarat Rabu ini untuk membincangkan rancangan Pas melaksanakan hukum hudud.

Beliau berkata, isu berkenaan akan dibincangkan di kalangan pemimpin pembangkang itu pada mesyuarat bulanan mereka di Ibu Pejabat Pas di sini yang dijadualkan bermula pukul 8 malam.

“Mesyuarat itu pada mulanya untuk membincangkan Bajet Pakatan 2012, tetapi oleh kerana ada isu lain yang perlu diberi tumpuan, adalah wajar bagi pemimpin-pemimpin berkenaan membincangkannya pada mesyuarat tersebut,” katanya.

Hudud : Guan Eng Ancam Kepimpinan Pusat DAP Akan Letak Jawatan!

Hari Rabu nanti PAS akan kata Hudud bukan keutamaan dalam pelembagaan Pakatan Rakyat
jeng.. jeng.. jeng...

5 comments:

nok said...

DAP & PAP memang di ketahui parti yg tidak mementing keperluan agama dan org melayu...Pas terutama pemimpin nik aziz hanya bersekongkol dgn DAP di atas dasar hendak menjatuhkan UMNO..prisip pejuangan jauh berbeza..isu yg tak releven di bangkitkan...hudud,bukan semua rakyat K'tan bersedia untuk dilaksanakan ,di tambah DAP terang2 menentang sejak dari dulu lagi..tapi diatas kebodohan Nik Aziz...berpeluk arab jugak dgn LIM KIT SIANG...nah sekarang macam mana? nak jadikan UMNO kambing hitam lagi...takut tuhan ke takut Lim Kit Siang atau Kepala pusing...????atau nak salahkan Najib pulak.....kita tunggu mesyuarat Pakatan Haprak ni pada hari rabu 28/09...tungguuuuu.

Anonymous said...

Drama bersiri berterusan. Orang gila kuasa letak jawatan? Tak mungkin.

Teruskan berdrama depan rakyat wahai pembangkang.

Jom kita tonton!

Anonymous said...

Kita tengok laa slepas ni.. PAS takut DAP ker atau takutkan ALLAH...!

Bcakap memang senang. Tipu bukan susah.

ntah pape said...

ak xheran lau DAP nak halang PAS nak buat hudud kat kelantan or mane2 sbb DAP tu non-muslim, yang ak xfaham nye asal UMNO yg islam xnak menjalankan hudud. bukan setakat xnak tolong hukum ALLAH tertegak, siap lawan dan melaga-laga kan pulak PAS dgn DAP. DAP lwn hudud, UMNO pun lwn hudud. pe beza 2 parti ni nye.. aishh

Anonymous said...

Salam. Ingat tadi kedua-dua PAS dan DAP mahu negara kebajikan macam fahaman Sosialis (S). Ini lakonan sahaja, macam drama kat TV.