Wednesday, November 9, 2011
Homoseksual Akan Ditakrif Sebagai Ajaran Sesat
Melaka bersedia mengubal dan mewartakan enakmen khusus bagi menakrifkan kegiatan homoseksual dan lesbian sebagai satu ajaran sesat.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, selain satu usaha menangani gejala ini dari menular dan berleluasa di negeri berkenaan, enakmen itu juga akan membolehkan pihak berkuasa agama mengambil tindakan tegas, sebagaimana tindakan terhadap mana-mana pengikut ajaran sesat.
Menurutnya, tindakan sedemikian termasuklah ini membicarakan mereka di mahkamah syariah serta dimasukkan ke pusat pemulihan akidah bagi dibimbing kembali ke pangkal jalan.
"Kita bersedia untuk mengubal dan mewartakan enakmen khusus bagi menangani gejala homoseksual dan lesbian ini, sebagaimana kita tangani ajaran sesat sebelum ini.
"Sebagaimana tindakan diambil terhadap ajaran sesat lain seperti al-Arqam dan sebagainya, tindakan serupa akan turut diambil terhadap mereka yang menyokong, mengikut atau terlibat dalam aktiviti homoseksual dan lesbian ini," katanya ketika diminta mengulas mengenai program Seksualiti Merdeka 2011 yang diharamkan polis.
Difahamkan, setakat ini, pihak Majlis Agama Islam Melaka (Maim) sudah mewartakan hampir 16 ajaran sesat.
Bagaimanapun, menurut Mohd Ali, yang juga Pengerusi Maim, perkara berkenaan perlu dirujuk terlebih dahulu ke badan itu bagi mengenal pasti sama ada perundangan sedia ada memadai untuk menangani gejala berkenaan.
Menurutnya, sekiranya tiada perundangan khusus yang kuat membabitkan homoseksual dan lesbian, maka tindakan mengubal enakmen berkenaan akan dilakukan.
"Kalau di Melaka ada yang mengaku mengamalkan gaya hidup homoseksual atau lesbian, saya akan rujuk mereka untuk tindakan. Ini sudah boleh dikira sebagai ajaran sesat. Dan sebagaimana ajaran sesat, tindakan tegas perlu diambil.
"Kita tidak akan membenarkan gejala sebegini bertapak di negeri ini kerana ia bukan sahaja ditegah dalam Islam, bahkan kesemua agama lain turut menegahnya," katanya.
Sementara itu, seorang jurucakap Maim berkata, Maim akan mengambil langkah sewajarnya untuk mengubal dan mewartakan enakmen berkenaan sekiranya diarah berbuat demikian.
Bagaimanapun, menurutnya, nasihat serta pandangan pakar perundangan perlu diperolehi, selain merujuk kembali enakmen sedia ada, sebelum sebarang tindakan selanjutnya boleh dijalankan.
Nurul Izzah Semakin Meroyan... Mahu Sabotaj Kedai 1Malaysia Pula....
Orang kalau dah dengki busuk hati... macam ni lah jadinya... Puak Pakatan Haram hari ini mendakwa bahawa kononnya produk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) tidak lah semurah jika berbanding harga pasaran.
Anak kelahiran negara Ching peng, Tony Pua berkata, "Perbezaan harga jauh lebih rendah daripada dakwaan antara 30 hingga 50 peratus bagi kebanyakan produk,".
Menurut mereka, beberapa produk yang dibeli di kedai-kedai KR1M, memang murah tetapi harganya bukanlah semurah seperti yang didakwa.
Aduh.. macam-macam hal lah puak pembangkang ni... ada saja benda yang diaorang tak puas hati... Cakap banyak tapi tak buat pun... Sekurang-kurangnya kerajaan berusaha untuk membantu rakyat... Pakatan Haram buat apa? menyusahkan rakyat lagi adalah.
Jangan lah rasis sangat Tony... sampai kedai 1Malaysia pun lu orang nak sabotaj.... Oklah macam... kita minta Nurul Izah, Tony Pua Hayati bersama rakaman video ini... Puak PR ni tak habis-habis nak menipu!
Video URL: http://youtu.be/LZ3g2m_M5Tk
Hudud Tiada Dalam Dasar Pakatan - Kata Anwar Ibrahim
Demi meraih undi kaum cina sekali lagi ketua pembangkang Anwar Ibrahim meludah PAS yang berkeras untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan, Anwar Ibrahim PKR memberi jaminan masyarakat Cina bahawa undang-undang kontroversi tidak mempunyai tempat dalam dasar Pakatan Rakyat.
Anwar berkata demikian ketika menjamu selera bersama beberapa persatuan dan persatuan Cina malam tadi di Subang Jaya. Anwar hadir bersama ahli-ahli Parlimen PKR menjamu makan malam di hotel mewah tersebut ketika itu ahli Parlimen yang lain sedang membahaskan bajet di Parlimen. Padahal rakyat mengundi mereka untuk bekerja di Parlimen bukan bersenang-senang untuk menjamu selera.
"Apabila orang bertanya tentang pendirian saya pada undang-undang hudud, saya memberitahu mereka bahawa pendirian PKR dan Pakatan Rakyat adalah untuk menyokong perlembagaan.
"Tetapi apabila orang bertanya pendirian peribadi saya sebagai seorang Muslim, ini adalah satu soalan rumit. Jika anda menjawab 'tidak', maka anda adalah mati. Tetapi jika anda menjawab 'ya', maka New Straits Times esok 'tajuk berita akan menjadi' Anwar menyokong hudud undang-undang ', "katanya.
Menjawab komen dari akar umbi, Anwar meminta pemimpin-pemimpin PAS perlu memahami bahawa undang-undang hudud masih merupakan masalah masyarakat, menurut Anwar lagi beliau akan memujuk pemimpin PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam mesyuarat Pakatan dijadualkan pada hari ini.
Sampai bila Nik Aziz harus tunjuk di bawah telunjuk Anwar dan DAP???
PAS is Dead!
Amy Tidak Tahu Menahu Dakwaan Aksi Foto Cumbu & Bikini Nabila Huda
“Saya tidak tahu menahu hal tersebut, betul saya tidak tahu. Gambar apa? Bila?”begitulah ungkapan pertama lagenda Rock tanahair, Amy Search ketika diajukan pertanyaan juga kesahihan aksi foto melibatkan anak perempuannya, Nabila Huda yang berbikini dan dikatakan bercumbu mesra dengan seorang lelaki ketika bercuti di salah sebuah pulau di Semenanjung Malaysia.
Amy, 53, yang ditemui ketika majlis pra tonton klip video single terbarunya duet bersama juara AF9, Hazama, menerusi lagu ‘Simetri’ di Redbox, Pavilion petang semalam, nyata terkejut dan tergamam seketika saat mendengar perkhabaran mengenai anaknya itu daripada pihak wartawan yang hadir di majlis tersebut
Meski terpamer kekecewaan di raut wajah seorang bapa, Amy walaubagaimanapun tidak mahu memberikan sebarang komen lanjut mengenai isu tersebut sebalikya hanya mampu memberi peringatan kepada Nabila agar berjaga-jaga dengan setiap gerak geri demi masa depan karier, kepentingan anak serta banyak lagi perkara.
Gambar Nabila yang dipetik daripada blog Ohbulan.
Ketika ditanya sama ada dia sebagai seorang bapa ada menasihati segala tindak tanduk mahupun keputusan Nabila, Amy menyatakan dia seringkali mengingatkan Nabila agar fokus pada kariernya dan elakkan dari melakukan perkara yang boleh memakan diri.
“Ini adalah jalan yang dipilihnya (dunia seni). Bila dia sudah melakukan yang terbaik, saya seringkali menasihatkannya agar senantiasa fokus dengan karier seninya dan menghargai segala peluang juga rezeki yang dimilikinya. Selain daripada itu, saya hanya memintanya agar pandai-pandai menjaga diri apatah lagi sebagai seorang perempuan,” ujar Amy lagi yang turut mengakui kali terakhir bertemu anak perempuannya itu pada sambutan Aidiladha baru-baru ini.
Tambah Amy lagi, apabila berdepan dengan sesuatu isu-isu kontroversi yang berpunca dari tindak tanduk tuan empunya badan sendiri, Amy dengan nada tegas berharap agar Nabila lebih bertanggungjawab menangani isu ini dan jangan sesekali lepas tangan dari sebarang kesalahan yang dilakukan.
Apabila ditanya tentang perasaannya adakah dia marah apabila mendapat tahu perkara tersebut, Amy jelas bijak menyembunyikan perasaan.
“Belum lagi, sekejap lagi sampailah marah ini,” ujar Amy dengan nada berseloroh dan sempat melemparkan senyuman penuh makna kepada para wartawan.-Oh Bulan
Nabila Huda Berbikini di Pulau Tioman
X Files Rafizi Ramli Akan Dibuka - I Know What You Did Last Summer
Kisah silam yang di simpan selama 16 tahun akan terbongkar tidak lama lagi, sekiranya pembongkaran ini berlaku, maka hancorlah pakaran haram!
Mungkin tak ramai yang tahu cerita ini, tapi ia masih lagi jadi tanda tanya bagi sesetengah ahli PKR yang mengetahui cerita tersebut... Apa yang berlaku diantara Anwar dengan Rafizi di london sekitar tahun 95-96, sewaktu itu Anwar bergegas ke london bila mendapat panggilan telefon dari Rafizi.
Di ketahui ramai, perkenalan Anwar dan Rafizi berputik sejak Rafizi masih lagi bersekolah di MCKK, pada waktu itu lah saat perkenalan Anwar dengan Rafizi, ceritanya lebih kurang sama dan tak lari jauh macam mana Anwar mula mengenali Mat Jambu, Azmin Ali.
Jangan main-main Rafizi.... I Know What You Did Last Summer
Info-papagomo
Subscribe to:
Comments (Atom)






