Saturday, November 12, 2011
Sekali Lagi... Bob Lokman Kata Orang Johor Murtad!!
Pelakon, plawok Bob Lokman yang masuk PAS, terdahulu telah menghukum fatwa rakyat Johor yang bekerja di Singapura adalah murtad.
Kali ini ketika Bob Lokman berceramah di Dewan JKKK, Kg Baru, Sg Ara Bayan Lepas. Dihadapan hadirin beliau mengulangi serangan terhadap rakyat Johor bahawa mereka jatuh murtad. Menariknya kalangan puak PAS percaya dengan dakwaan Bob sambil bertakbir.
Hujahnya "Kerja di Jurong Singapura,duduk Ulu Tiram, Jam 5 pagi dah keluar dari rumah, 7 pagi dah sampai tempat kerja. Berapa lama 10 tahun dah mereka tak sembahyang subuh?"
Katanya lagi "10 tahun tak sembahyang subuh shiekh!, pergi kerja 5 hari seminggu kemudian cuti hari Sabtu dan Ahad barulah dia (rakyat Johor) qado sembahyang, dia qado tidor hingga bangun paling awal tu pun sampai 10 pagi!!"
"Dalam tauhid termasuk dalam bab riddah perbuatan murtad adalah perbuatan dia (rakyat Johor) Habis semua jatuh murtad kemudian tak payahlah nak pergi jumpa Mufti Perak Harussani nanti dia kata pulak tak apa sebab tak tau diri dah jatuh murtad", Kata Bob.
Dengan angkuhnya ustaz segera ini mengaku didepan hadirin kononnya beliau baru mendapat hidayah!
Sebenarnya apa yang Bob Lokman maksudkan beliau baru mendapat hidayah untuk mengkafirkan umat Islam Johor! Sambung baca di sini...
Sasaran peluru kapor Bob sebenarnya tidak tepat... Tidak semua orang yang menetap di Johor dan kerja di Singapura adalah rakyat Johor? Malah ramai perantau yang merantau tinggal di Johor untuk bekerja di Singapura adalah dari negeri-negeri lain. Paling ramai dari negeri Kelantan. Negeri Nik Aziz. Apakah mereka itu juga murtad?
Tuduhan Bob mungkin hanya berdasarkan beberapa kes terpencil. Namun menjatuhkan hukuman murtad pada kesemuanya adalah satu keterlaluan. Lebih-lebih lagi, mungkin berapa kerat rakyat Johor yang kerja di Singapura, yang ramainya hanyalah perantau dari negeri lain.
Rakyat Johor kebanyakannya bekerja di Singapura paling lama pun 4 tahun kerana selepas itu mereka terpaksa tunggu untuk dapatkan permit baru selama 3 bulan, Itu pun kalau dapat. Kalau tak dapat, maka kontrak mereka tidak dapat disambung.
Sebab itu kebanyakkannya bekerja di Singapura untuk mengumpul wang, kemudian balik Malaysia buka perniagaan sendiri.
Namun memurtadkan seseorang Islam adalah tuduhan yang amat berat. Apakah rakyat Johor mahu berdiam diri?
Panas!!!! Penarik Beca Bantah Guan Eng Pulak!
Jika sebelum ini kumpulan belia bermotosikal mengadakan demonstrasi membantah pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah Ketua Menteri, Lim Guan Eng, kali ini, penarik beca pula berbuat demikian.
Kira-kira 50 penarik beca berhimpun bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Guan Eng yang didakwa meminggirkan kebajikan golongan itu.
Mereka menuntut supaya nasib mereka dibela oleh kerajaan negeri.
Demonstrasi bermula selepas solat Jumaat di depan Hotel Cititel, Jalan Penang di sini yang menjadi tempat berkumpul golongan tersebut untuk menunggu pelanggan setiap hari.
Diiringi kira-kira 50 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mereka berarak menuju Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) yang menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan negeri sejauh lebih satu kilometer.
Dengan memakai baju T berwarna kuning yang tertera perkataan 'Selamatkan Pulau Pinang, LGE (Lim Guan Eng) Anti Melayu', mereka membawa pelbagai sepanduk bertuliskan perkataan antaranya, 'Kami mahu perhentian beca', 'Mana kebajikan kami' dan 'Nasib penarik beca terpinggir'.
Mereka turut melaungkan kata-kata 'Lim Guan Eng penipu' dan 'Lim Guan Eng penindas'.
Tindakan mereka itu menyebabkan lalu lintas di sepanjang jalan terbabit sesak kira-kira sejam apabila orang ramai memperlahankan kenderaan masing-masing untuk melihat apa yang berlaku.
Bagaimanapun, hasrat kumpulan penarik beca tersebut untuk bertemu Guan Eng bagi menyerahkan memorandum tidak kesampaian apabila Setiausaha Agung DAP itu enggan melayan permintaan mereka.
Antara kandungan memorandum itu ialah menuntut elaun sara hidup RM100 sebulan bagi penarik beca dan disediakan perhentian beca.
Pengajaran! Jangan sekali-kali menyokong perti pembangkang! inilah padahnya!!!
Friday, November 11, 2011
Polis Buat Siasatan Video Seks... Anwar Ibrahim Tuduh BN Punya Kerja!
PKR hari ini menuduh BN dan Umno menggunakan jentera kerajaan untuk membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam dalam satu lagi cubaan untuk menganiaya beliau.
Dakwaan itu timbul ekoran siasatan yang dijalankan polis ke atas Anwar mengikut Seksyen 182 Kanun Jenayah berhubung kesalahan membuat laporan palsu.
Ahli parlimen Subang PKR, R Sivarasa berkata Anwar telah diminta untuk memberi kenyataan kepada polis pada minggu ini.
Kenapa Anwar perlu berasa takut jika belau tidak bersalah... Polis hanya mahu menjalankan siasatan bagi, mencari kebenaran dan kesahihan siapa pelaku videio seks tersebut?.
Bukankah Anwar yang telah membuat laporan polis menafikan bahawa beliau terlibat dengan video tersebut.
Jestru bukankah dengan siasatan oleh polis nanti ia akan dapat membersihkan nama Anwar? Atau Anwar sedang menyembunyikan sesuatu?
Biarlah pihak polis membuat siasatan selanjutnya... Tak perlulah pihak pembangkang nak membuat tuduhan liar keatas pihak lain pula...
Laporan yang dibuat Anwar pada Mac lalu adalah berhubung tindakan trio "Datuk T" yang membongkarkan satu rakaman video seks kepada petugas media dan individu berkepentingan di satu hotel mewah.
Tiga individu berkenaan, bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim, didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur tiga bulan kemudian atas kesalahan menayangkan video seks lelaki mirip Anwar itu.
Khairy Jamaluddin (KJ) Bidas PKR Dalam Isu Apartment Dan Projek NFC!
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan tuduhan liar pembangkang berhubung Isu Apartment dan Projek NFC tidak berasas dan hanya mahu memesongkan rakyat semata-mata.
Dipetik dari Rembau.net Khairy berkata PKR sekali lagi telah membuat tuduhan tidak berasas untuk memesong rakyat berhubung isu National Feedlot Corporation (NFC). Semalam mereka cuba memesongkan rakyat dengan tuduhan penyelewangan dana bagi membeli apartment One Menerung, Bangsar yang dikatakan hak milik keluarga Menteri Keluarga, Wanita dan Masyarakat. Perkara ini mudah disensasikan kerana jika dilihat sepintas lalu pasti ramai akan tanya apa kaitan projek NFC dengan pelaburan hartanah?
PKR mungkin rasa teruja dengan hujah mereka tapi saya ingin tegaskan bahawa tuduhan tersebut jauh terpesong, bak jauh panggang dari api.
Mengikut kajian saya, memang benar National Livestock & Meat Corporation (NLMC) telah membeli apartment One Menerung di Bangsar. Pelaburan ini dibuat dengan dana yang telah disalurkan kepada NFC dari akaun pinjaman khas (SLA) yang dikawal selia oleh Kementerian Kewangan dan juga Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Daripada sumber ini, NFC telah memindah sebanyak RM81.2 juta kepada NLMC.
Antara tugas dan skop kerja NLMC ialah proses operasi penyembelihan, boning atau proses pengasingan daging dan tulang, pembungkusan serta penghantaran disamping berperanan membeli hasil daripada ladang-ladang satelit apabila ladang-ladang ini beroperasi. Dalam tuduhan asal, PKR sebut NLMC ini cuma membuat kerja pemasaran bagi NFC. Jelas disini tuduhan itu tidak berasas memandangkan skop menyeluruh yang diberi kepada NLMC yang memerlukan perbelanjaan operasi yang besar. Sebab itu, NLMC diperuntukkan RM81.2 juta untuk menampung kos operasi.
Malangnya, projek NFC telah mengalami kelewatan operasi. Kelewatan operasi ini tidak disebabkan oleh pengurusan NFC. Antara sebab kelewatan ini sepertimana dijelaskan oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di Parlimen pada 8 November ialah Kerajaan tidak ada peruntukan yang mencukupi untuk membangunkan ladang-ladang satelit. Apabila ladang-ladang ini tidak dibangunkan sebahagian dari duit yang ada pada NLMC tidak dibelanjakan. Kerajaan juga masih tidak dapat membina pusat penyembelihan yang menepati piawai antarabangsa atau Export Quality Abattoir (EQA) sepertimana perjanjiannya dengan NFC.
Apabila kelewatan ini berlaku, pihak pengurusan NFC berdepan dengan keputusan penting. Apakah mereka hanya biar duit yang diberi kepada NLMC itu dalam akaun semasa yang tidak memberi pulangan yang besar sambil menunggu ladang-ladang satelit dan EQA dibangunkan atau mereka melabur duit itu dan mendapat pulangan sambil menunggu masalah kelewatan operasi tersebut diatasi? Kalau dibiar sahaja duit itu dalam akaun semasa, bukan sekadar ia tidak membawa pulangan tetapi dengan iklim ekonomi dunia yang melihat fenomena inflasi atau kenaikkan harga barang, nilai sebenar duit ini mungkin terhakis. Sebagai contoh mudah, kalau NLMC membeli lembu dari ladang-ladang satelit hari ini, kosnya mungkin lebih murah dari pembelian yang dibuat tahun depan disebabkan kenaikkan harga barang dan komoditi. Jadi apabila semua ini tidak dapat dibeli dan ditangguhkan, sudah menjadi tugas pengurusan untuk memikirkan apa mereka nak buat dengan duit tunai yang ada dalam akaun semasa itu.
Pihak pengurusan telah membuat keputusan bahawa pelaburan yang paling selamat, yang memberi pulangan yang besar, yang boleh dijual apabila duit diperlukan untuk operasi adalah aset hartanah. Sudah pasti mereka telah mencari projek perumahan yang berkualiti tinggi dan popular agar pulangan NLMC dalam bentuk sewa dan juga kenaikkan harga apartment itu lebih besar dari pelaburan lain seperti akaun simpanan tetap. Difahamkan, apartmen berkenaan telahpun disewa dan mula memberi pulangan kepada NLMC. Nilai apartmen tersebut juga telah naik sejak dibeli NLMC.
Mungkin ada yang bertanya, kenapa duit dari SLA yang dikawal selia oleh kerajaan disalurkan kepada NFC sekiranya ada kelewatan operasi? Harus diingat, projek ini dimulakan dalam iklim ekonomi dunia yang tidak menentu. Krisis kewangan dunia telah memberi kesan kepada perbelajaan kerajaan yang disusun semula mengikut keutamaan rakyat. Saya yakin kerajaan telah meluluskan pengunaan pinjaman dari SLA kepada NFC mengikut perancangan awal tanpa apa-apa kelewatan kepada operasi NFC. Tetapi apabila keadaan ekonomi dunia dan negara menjadi lebih mencabar, adalah menjadi wajar untuk kerajaan menyusun semula keutamaan perbelanjaannya dan inilah yang menyebabkan kelewatan operasi NFC seperti dijelaskan di atas.
Saya rasa walaupun penjelasan diatas amat logik dan munasabah khususnya dari sudut perniagaan di mana pelaburan dibuat sambil menunggu kelewatan projek yang disebabkan faktor di luar kawalan NFC dan NLMC, PKR akan tetap mempolitikkan isu ini dan tidak akan menerima penerangan yang diberi. Tetapi walau apa pun tohmahan palsu yang diberi oleh PKR, kebenaran alam kes ini sudah terang lagi bersuluh bagi mereka yang tidak prejudis. Dalam kes apartmen One Menerung, pengurusan NFC dan NLMC telah membuat keputusan untuk melabur duit yang masih tidak dapat diguna disebabkan kelewatan operasi supaya mendapat pulangan. Hujahnya mudah dan jelas. Baca lagi...
Gaji GM PKNS Lebih Besar Dari MB?
Pelantikan Othman Omar sebagai Pengurus Besar PKNS adalah meragukan dan tidak beretika dengan gaji serta elaun yang tidak munasabah, dakwa Satim Diman.
Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman mempertikaikan pembayaran gaji dan bonus Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang berjumlah RM1.4 juta dalam tempoh dua tahun yang disifatkan melampau dan tidak masuk akal.
Pembayaran bonus tersebut dilihat tidak wajar kerana ia seolah-olah menunjukkan pengurusan kewangan yang tidak terkawal berbanding dengan prestasi PKNS yang dikatakan tidak begitu memberangsangkan sebelum ini.
“Berdasarkan perangkaan yang diperolehi pada tahun 2009, Pengurus Besar PKNS menerima gaji dan bonus yang keseluruhannya berjumlah RM640,000 manakala pada tahun 2010 menerima gaji dan bonus sebanyak RM760,000. Jadi yang angka gaji dan bonus yang tercatat diterima oleh Pengurus Besar PKNS ini ialah sebanyak RM1.4 juta.
“Apakah ini menunjukkan satu pengurusan kewangan yang berhemah yang sebenarnya ditunjukan oleh kerajaan negeri. Maka sebab itulah barangkali jawatan Pengurus Besar ini amat istimewa. Jumlah ini juga adalah jauh lebih besar daripada gaji yang diterima oleh Perdana Menteri mahupun Menteri Besar sendiri,” katanya selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini.
Video URL: http://youtu.be/oE73OPcNnnY
Tambahnya, selain bayaran gaji dan bonus yang tidak masuk akal, kerajaan negeri melalui PKNS juga gagal melaksanakan agenda sosial rakyat dengan mengadakan lebih banyak projek perumahan kos rendah dan sederhana di negeri ini meskipun dilihat sering kali mengaitkan dasar pentadbiran mereka dengan konsep kebajikan.
Sebaliknya, PKNS lebih banyak menumpukan kepada projek-projek mewah dan untuk mencapai keuntungan seperti projek Datum Jelatek di Pusat Bandar Keramat yang didakwa mungkin untuk membolehkan bayaran bonus yang tinggi kepada kakitangan dan Pengurus Besar PKNS.
“Kalau dahulu ketika pentadbiran BN, kita ada juga jalankan projek kos rendah dan sederhana untuk rakyat yang selaras dengan objektif PKNS untuk mewujudkan keseimbangan sosial. Tetapi kerajaan negeri sekarang ini tidak ada perkara itu buat,” ujarnya.
Terdahulu, Mohamad Satim ketika memberikan ucapan membahaskan Bajet Selangor 2012 turut mempertikaikan kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam Bajet Selangor 2009 menyatakan kerajaan negeri tidak lagi memberikan memberikan projek-projek hartanah secara usahasama dan pengswastaan.
Malah katanya, kerajaan negeri turut mengarahkan PKNS supaya menghentikan projek-projek pengswastaan serta merta. -MediaUMNO
Subscribe to:
Comments (Atom)




