Wednesday, January 30, 2013
Gambar Terbaru - Hassan Ali Dan Ust Nasha Bergabung
Kelihatan Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa dan Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr Hasan Ali membincangkan sesuatu... Jelas terpancar keakraban di antara mereka...
Berita terbaru yang di terima satu majlis khas berlangsung di Masjid Negara.. Majlis tersebut dianjurkan oleh "Sekretariat Mendaulat Islam sebagai Agama Persekutuan" bagi mempertahankan kesucian nama Allah dari dipolitikkan oleh puak-puak Pakatan Haram.
Program khas sekarang ini di Masjid Negara:
Antara yang hadir Hasan Ali, Nasha, Nakhaie, Hafiz Nordin, Ismail Mina, Yusri Mohd, Noh Gadut, Aidid Ghazali JATI..
Apa yang pasti puak-puak Anwarinas sedang kepanasan dengan pengabungan antara Hasan Ali dan Ust Nasha....`
Sudah Tiba Masanya Nik Aziz Bersara...
Nik Aziz mula menjadi ahli PAS pada tahun 1967, kini beliau adalah Mursyidul Am bagi parti tersebut. Semenjak tahun 1990, beliau telah memegang tampuk kepimpinan sebagai Menteri Besar Kelantan.
Beliau mempunyai masalah kesihatan jantung, darah tinggi dan gastrik. Pada akhir tahun 2004, beliau dimasukkan ke hospital setelah mendapat serangan sakit jantung.
Pada tahun 2007, beliau dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kerana keletihan. Beliau sendiri mengakui bahawa kesihatannya semakin terganggu sejak akhir-akhir ini.
Tempoh lebih 23 tahun sebagai Menteri Besar adalah satu tempoh perkhidmatan yang agak lama disandang oleh TG Nik Aziz...
Walaupun berbeza bendera dan pendapat... namun aku turut simpati dengan Nik Aziz yang sering dijadikan sebagai alat politik untuk kepentingan individu tertentu dalam PAS.
Mungkin tidak ramai yang ambil peduli tentang hal ini namun, inilah rialitinya...
Bagi mereka yang mempunyai agenda kepentingan untuk diri sendiri dalam politik beranggapan tanpa Nik Aziz, PAS akan berkubur dengan cepat...
Justeru itu mereka mahu Nik Aziz terus kekal di dalam PAS, walaupun kini Nik Aziz dilihat seperti orang tua yang sudah nyanyuk...
Bukan maksud aku mahu menghina, tapi inilah keyataan yang perlu disedari oleh akar umbi PAS... dan juga ianya berdasarkan dari segi faktor umur Nik Aziz yang sudah lama bergelumang dalam politik yang penuh dengan warna warni ini...
Pemecatan bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa selaku ahli Majlis Syura Ulama PAS adalah satu kesilapan besar yang telah dilakukan oleh Nik Aziz....
Ini kerana sememangnya sudah lama dinanti-nantikan oleh Puak Anwarinas setelah beberapa percubaan sebelumnya menemui jalan buntu.
Sewaktu ini tidak nampak ada dikalangan pimpinan PAS yang mempunyai kualiti yang sama seperti Ustaz Nasharudin. Beliau merupakan permata kesayangan Al-Marhum Dato Fadhil Nor.
Terus terang dikatakan, sebelum parti PAS hancur dik kerana parasit dalaman yang merosakkan TG Nik Aziz dengan lebih dahsyat lagi... Ada baiknya tempat TG Nik Aziz diambil alih oleh Timbalan Mursyidul AM PAS, Ustaz Haron Din.
Sudah tiba masanya Tuan Guru berehat....
Politik Harian/Bro Jinggo
Mahligai Mewah: Pemuda PAS Larut Desak Singkirkan Dato Fauzi
Pemuda Pas Larut desak Pas Pusat pertimbangkan untuk gugurkan pencalonan Dato Fauzi sebagai Ahli Parlimen Larut.
Ketuanya Mohd Akmal Kamaruddin adalah menantu Presiden Pas Hadi Awang, berkata sudah sampai masa Pas perlu memikirkan kepentingan parti dan imej Parti sendiri.
Kemewahan yang dikecapi oleh Dato Fauzi sebagai penceramah boleh menimbulkan keraguan rakyat serta memburukkan Parti. Dato Fauzi perlu menjawab keseluruhan persoalan bagi membuktikan dirinya seorang pegawai yang bersih dari rasuah sepanjang perkhidmatan di dalam pasukan polis dan bukan penceramah mata duitan.
Sebelum ini hampir semua pemimpin Pas daerah Larut sudah bersepakat untuk memilih Mohd Akmal Kamaruddin sebagai ahli Parlimen Larut tetapi ditentang oleh Pas negeri kerana hormat kepada bekas Pengarah Siasatan jenayah Bukit Aman Dato Fauzi yang boleh dipergunakan oleh Pas untuk tujuan promosi.
Berita mahligai mewah milik Dato Fauzi menjadi panas setelah beliau mengakui bahawa banglo tersebut memang milik beliau....
Terdahulu beberapa blog telah mendedahkan bahawa Dato Fauzi yang hanya berjawatan sebagai Pengarah di Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mampu membina sebuah rumah di kawasan segitiga emas Shah Alam yang berharga lebih RM5 Juta.
Kalau PAS boleh singkir Dr Hasan Ali dan Ustaz Nasharuddin dengan sewenang-wenangnya, takkan lah si penumpang yang mencari kekayaan dalam PAS ni mereka tak mampu nak singkirkan! Malu lah......
Pemecatan Ustaz Nasha Untuk Alih Isu Kalimah Allah
Pemecatan YB Ustaz Nasharudin Mat Isa oleh Majlis Syura Ulama PAS dibuat pada 13 Januari yang lalu. Berita mengenai pemecatan hanya diumumkan oleh Setiausaha Majlis Syura, Ustaz Nik Zawawi beberapa hari yang lalu. Terdapat jarak masa yang agak panjang di antara keputusan yang dibuat dengan tarikh pengisytiharan yang dibuat. Jarak masa yang agak panjang ini menyebabkan berbagai-bagai spekulasi boleh dibuat.
Bagi saya pengumuman tentang pemecatan itu bertepatan dengan tarikh Lawatan Kemanusiaan YAB Perdana Menteri dengan Ustaz Nasharudin yang menjadi salah seorang ahli rombongan mempunyai muslihat tersendiri.
Antaranya ialah untuk mengalihkan pandangan umum dan persepsi masyarakat mengenai isu Kalimah Allah yang masih terawang-awang dan belum ada jalan keluarnya di pihak Pakatan.
Di satu pihak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP Karpal Singh cuba mengekalkan keputusan Majlis Presiden Pakatan pada 8 Januari yang membenarkan penggunaan Kalimah Allah oleh bukan Islam, sementara di pihak Majlis Syura Ulama PAS dengan sokongan padu oleh kumpulan ulama PAS tidak berganjak menolak penggunaan Kalimah Allah oleh bukan Islam seperti yang diputuskan dalam mesyuarat 13 Januari. Pertembungan yang nyata di antara keputusan Pakatan Rakyat dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS itu begitu merisaukan pimpinan tertinggi Pakatan.
Sementara itu ahli dan penyokong PAS di peringkat akar umbi kini mendesak supaya keputusan muktamad dibuat oleh Pakatan Rakyat. Kegagalan mengemukakan satu jawapan yang decisive akan mengakibatkan bencana terhadap Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13 nanti.
Sebagai langkah “damage control” pemecatan Ustaz Nasharudin terpaksa digunakan sebagai isu yang akan mengalihkan perhatian rakyat dan ahli parti diperingkat akar umbi yang kini berkobar-kobar untuk melihat isu aqidah yang boleh membawa kepada syirik dan kekufuran ini diberikan penegasan dan keputusan.
YB Dato Dr Hasan Mohamed Ali
29 Januari 2013
Polis Siar Gambar 14 Individu Bawa Kanak-Kanak #KL112
Polis sedang mencari 14 orang yang dipercayai membawa kanak-kanak ke Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112) pada 12 Januari lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, gambar mereka yang terlibat telah dimuat naik di laman Facebook PDRM KL.
Empat belas individu berkenaan dipercayai melanggar syarat-syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda RM20,000 atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
"Kami menggesa mereka untuk tampil ke hadapan secepat mungkin untuk memudahkan siasatan," kata DCP Mohmad.
Menurut beliau polis yang tidak menetapkan tarikh akhir berhubung perkara itu namun menggesa kerjasama daripada mereka yang terlibat.
Sape suruh langgar syarat2 yg ditetapkan... sendiri buat sendiri tanggung!! jangan nak salahkan PDRM pulak!
Subscribe to:
Posts (Atom)