Friday, April 20, 2012

Raut Muka Anwar Topik Hangat Di Facebook


Raut muka Datuk Seri Anwar Ibrahim mula menjadi topik hangat di facebook apabila facebooker ‘Fariz Aazim‘ meletakkan sekeping foto Ketua Umum PKR itu yang dikongsi bersama dengan facebooker ‘Mulut Mummy’ dan facebooker ‘Minaq Jinggo’.

“Antara gambar terbaru Anwar bin Ibrahim…nilaikan lah sendiri..!” kata Fariz Aazim yang ditanda kepada Minaq Jinggo dan 45 facebooker yang lain.

Foto Anwar yang dimuat turun sejak 17 jam yang lalu, setakat ini dikomen oleh 286 facebooker yang lain.

Menariknya, seperti satu ‘gelombang protes senyap’, topik tentang raut muka Anwar Ibrahim sejak akhir-akhir mula menjadi satu topik hangat yang menarik perhatian facebooker untuk diperkatakan. -AIDC






Rang Undang-undang AUKU (Pindaan) 2012 Diluluskan Dengan Pindaan


Persidangan Dewan Rakyat malam Khamis meluluskan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012, dengan pindaan yang membenarkan pelajar universiti memegang sebarang jawatan dalam mana-mana persatuan atau pertubuhan di dalam dan di luar kampus.

Perenggan 15(2)(c) telah digugurkan yang dicadangkan melarang pelajar daripada bertanding dalam pilihan raya bagi atau memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar di dalam kampus, jika pelajar itu memegang apa-apa jawatan dalam sesuatu parti politik.

Larangan itu bertujuan untuk mengekalkan keberkecualian di dalam kampus.

Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) yang telah mencadangkan untuk menggugurkan subseksyen itu berkata sekatan tersebut akan memberi ruang yang sangat besar kepada pihak tertentu untuk terus mengkritik kerajaan.

Katanya mereka akan memberikan hujah yang mengatakan kerajaan tidak ikhlas dan tidak komited dengan semangat keterbukaan dan pengiktirafan kepada mahasiswa.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika menggulung perbahasan rang undang-undang tersebut berkata kementerian bersetuju supaya subseksyen tersebut digugurkan berikutan hujah yang diberikan adalah menyakinkan.

Mengulas mengenai kebimbangan anggota Parlimen sama ada pindaan tersebut boleh menjejaskan peranan universiti dan pelajar yang sedang mengikuti pengajian, beliau berkata perkara tersebut telah diberi pertimbangan oleh kepimpinan negara apabila bersetuju untuk melakukan pindaan terhadap akta berkenaan.

Katanya pindaan itu adalah bagi mencapai keseimbangan antara soal kebebasan politik dan juga bagi mencapai matlamat pendidikan.

Datuk Dr Mohamed Shahrum Osman (BN-Lipis) melahirkan kebimbangan jika idelogi parti dan agenda politik kepartian yang bersifat memihak atau partisan politik menular di dalam kampus.

Katanya beliau bimbang ia akan menimbulkan masalah jika tidak dapat dikawal.

Bagaimanapun, katanya beliau berharap mahasiswa menggunakan peluang yang telah terbuka dan diberikan oleh kerajaan itu sebaik-baiknya untuk menunjukkan yang mereka sudah cukup matang dan bersedia menggunakan kebebasan yang diberikan tanpa menjejaskan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai pelajar universiti yang berilmu dan berjaya.

"Saya berharap mahasiswa bijaksana dalam membuat sesuatu keputusan dan pilihan bagi memastikan mereka tidak mengabaikan tugas dan tanggungjawab utama.

"Harapan ibu bapa dan komitmen penaja pengajian, keharmonian kampus dan hak pelajar lain yang ingin belajar dengan tenang tanpa terlalu diganggu dengan soal berpolitik yang melampau dalam kampus," katanya.

Katanya beliau berharap pentadbiran universiti dapat menasihati pelajar untuk menggunakan kebebasan dengan sebaik-baiknya dan jangan mudah diperalatkan oleh mana-mana pihak.

-Bernama

DAP Pulau Pinang Persenda Agong


Tindakan Kerajaan Negeri yang enggan menerima pelantikan Exco Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Kassim sebagai Yang Dipertua Majlis (YDP) Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dianggap membelakangkan dan mempersendakan titah Yang di-Pertuan Agong.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, alasan Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman yang mengakui Kerajaan Negeri telah melakukan kesilapan dalam pelantikan jawatan penting itu juga tidak boleh diterima kerana ia bukan perkara yang boleh dipermainkan.

Zainal berkata, pelantikan Abdul Malik untuk jawatan itu adalah atas permintaan Kerajaan Negeri sendiri, namun apabila ia telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada 10 Februari lalu tetapi titah berkenaan tidak dilaksanakan.

Katanya, tindakan Kerajaan Negeri membuat rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong supaya Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd Salleh Man pula dilantik untuk jawatan berkenaan jelas memperlihatkan mereka cuba mencabar institusi raja.

“Alasan kesilapan Kerajaan Negeri dalam isu pelantikan ini sukar diterima. Bagaimana mereka (Kerajaan Negeri) nak mentadbir hal ehwal agama Islam kalau hal-hal semudah pelantikan YDP ini pun boleh tersilap,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno, Datuk Musa Sheikh Fadzir; Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Azhar Ibrahim dan bekas YDP MAINPP, Datuk Shabudin Yahya.

Kelmarin, pada satu sidang media khas, Mansor mengakui Kerajaan Negeri telah melakukan kesilapan dalam isu pelantikan YDP MAINPP yang baru.

Dalam pada itu, Zainal turut membidas tindakan Kerajaan Negeri yang lewat menghantar nama pengganti YDP sedangkan Kerajaan Negeri tahu tempoh perkhidmatan YDP terdahulu iaitu Elias Zakarian akan tamat pada 31 Disember 2011.

Menurutnya, Kerajaan Negeri hanya menghantar nama pengganti YDP untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan pada 22 Disember 2011.

“Sepatutnya sebagai Kerajaan Negeri perlu menghantar nama itu sebulan atau dua bulan untuk dipersembahkan kepada Agong.

“Ini dah la lambat. Kemudian bila dah diperkenankan titah itu tidak dilaksanakan pula,” katanya.

Zainal berkata, MAINPP mempunyai bidang kuasa amat besar di mana mereka boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam hal ehwal agama Islam kecuali hukum syarak.-SH

Zara Shafruddin, Anak Melayu Berkahwin Di Gereja Dipercayai Berasal Dari Pulau Pinang!


Akhbar Telegraph mendedahkan seorang wanita melayu telah berkahwin di gereja. Nick Rudd, 25, anak bekas perdana menteri Australia, Kevin Rudd dan Zara Shafruddin seorang wanita melayu dikatakan bertukar-tukar ikrar di Gereja St James 'di King St, Sydney. Encik Rudd, Therese Rein isterinya dan anak perempuannya, Jessica mengumumkan berita gembira itu melalui twitter.

Perkahwinan itu telah dihadiri oleh kawan rapat dan keluarga pasangan itu. Gereja St James 'telah dipenuhi dengan bunga ros, lillies dan stephanotis yang dipilih oleh Cik Rein.


Zara Shafruddin merupakan seorang rakyat Malaysia yang berasal dari Pulau Pinang berdasarkan kepada maklumat tempat dan lokasi yang diletakkan dalam profile di Facebooknya.



Sejarah: Dewan Rakyat Bersidang Sehingga Awal Pagi


Dewan Rakyat tadi meluluskan usul untuk menyambung persidangan hingga melepasi 12 tengah malam sehinggalah selesai urusan.

Ia bersidang dari awal jam 10 pagi tadi dan dijangka berlarutan hingga jam 3 pagi.

Sejarah

Ini merupakan rekod baru Dewan Rakyat semenjak tahun 1977, rekod lama paling lewat tamat bersidang pada pukul 2:30 am

Pada tengah malam ini, terdapat 34 Anggota Parlimen BN, 17 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan satu bebas.

Tahniah kepada pemimpin BN yang berjuang untuk rakyat...

Sekian lama AUKU membelenggu mereka yang bernama Mahasiswa, hari ini Ahli Parlimen Rembau YB Khairy Jamaluddin dan rakan-rakan Ahli Parlimen BN lakar sejarah kebebasan Politik!

Update: Rekod baru Dewan Rakyat 20 April 2012 tamat bersidang sehingga jam 3:21 am.

Thursday, April 19, 2012

Demo PTPTN: Naib Canselor UM Tunggu Apa Lagi? Ambillah Tindakan Segera! Takkan Tunggu Sampai Lebam?

Bila sebut nama Universiti Malaya (UM) ramai yang akan bersetuju pusat pengajian itu adalah antara pilihan utama ibubapa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tinggi bukan sahaja kerana sejarahnya yang besar dalam dunia pendidikan malah namanya juga tercatat antara 500 universiti terbaik dunia.

Bagaimanapun ranking yang baik tidak akan menjanjikan banyak perbezaan jikalau ada segelintir pelajarnya mudah terpengaruh dengan anasir luar yang hanya bermatlamatkan mempergunakan mereka untuk kepentingan politik kepartian misalnya menyertai demonstrasi jalanan di Dataran Merdeka tempohari.

Demonstrasi anti PTPTN sabtu lalu oleh sekumpulan mahasiswa pro pembangkang sekalipun gagal sama sekali apabila dari 5,000 orang sasaran penyertaan hanya 200 - 300 orang sahaja yang hadir namun kelibat beberapa pelajar UM dalam demo tersebut tentu sahaja menuntut tindakan bersesuaian daripada pihak pentadbir universiti.

Antara yang telah dikenalpasti merupakan pelajar UM ialah Haziq Abdullah, Syahid Zaini, Safwan Anang dan beberapa yang lain. Ramai yang tertanya-tanya apa langkah selanjutnya yang bakal diambil terhadap pelajar tersebut berikutan penglibatan mereka dalam demonstrasi tersebut.

Haziq misalnya adalah antara individu yang bertanggungjawab membawa gambar Perdana Menteri dengan kalungan bunga kematian, satu tindakan yang agak biadap dan bersifat provokasi sewajarnya disegerakan tindakan tegas terhadapnya.

Mana mungkin seseorang pelajar universiti yang tugas utamanya menelaah pelajaran boleh di biarkan bebas berkeliaran menyertai aktiviti politik sekalipun ada tikanya buah fikiran mereka berguna untuk negara namun ada tempat dan tikanya yang sesuai untuk tujuan tersebut.

Demonstrasi jalanan ditambah lagi dengan perlakuan biadap, kurang ajar dan melampaui tabie asas seorang pelajar universiti tentu saja sukar diterima masyarakat sementelah lagi isu pemansuhan PTPTN yang mereka laungkan juga hasil usul dari golongan partisan yang hanya memperalatkan mereka untuk tujuan kepartian.

Walhal ramai mengakui hakikat dengan adanya dana pinjaman pendidikan dari PTPTN sejak lebih kurang 14 tahun ianya beroperasi telah membantu ratusan ribu rakyat melanjutkan pelajaran ke ipt, tiba-tiba kali ini semata-mata hampir pilihanraya umum ke 13 ianya menjadi puching beg orang politik, apakah logik untuk kita hapuskannya begitu saja?

PTPTN pula bukannya satu skim pinjaman bersandarkan keuntungan, semua dana yang ada dan jumlah bayaran diterima dikitar semula untuk kegunaan generasi pelajar akan datang dan caj perkhidmatan 1% yang dikenakan pula untuk menampung segala kos pentadbiran termasuklah pengurusan, kakitangan, utiliti dan lain-lain yang berkaitan.

Dan pula, PTPTN tidak sama sekali mewajibkan pelajar memohonnya. Semua bergantung pada kemahuan individu tidak mengira miskin atau kaya, jika memerlukan wang pinjaman maka PTPTN adalah tempatnya. Tapi jika berasa cukup mampu menanggung segala kos pengajian dan sara hidup selama 2 hingga 5 tahun di universiti, tiada paksaan untuk menggunakan khidmat PTPTN.

Andaikata masih ada segelintir pelajar begitu kemaruk mahukan pendidikan percuma sebagaimana dilaungkan dalam demo tersebut, ringan-ringankanlah otak untuk berfikir dan rajin belajar supaya mampu mencapai keputusan cemerlang dengan kelulusan ijazah kelas pertama tentu sahaja hutang pinjaman dilupuskan tanpa bayaran satu sen pun.

Berbalik kepada isu penyertaan beberapa pelajar UM dalam demonstrasi anti PTPTN sebagaimana disebut di awal tulisan ini, sekali lagi ditekankan keperluan pentingnya tindakan segera pihak pentadbir universiti bertegas dengan kebiadapan pelajar-pelajarnya.

Jangan ditunggu hingga ada yang terdetik dalam hati menyangkakan yang Naib Canselor UM hanya makan gaji buta dek kerana lambat bertindak dan kurang responsif terhadap isu tersebut.

Kita tidak mahu suatu hari kelak bakal lulusan universiti tergolong dari sekumpulan manusia yang kurang ajar, biadap dan menjengkelkan sikap perwatakannya sedangkan sifat dan tabie asas seseorang terpelajar mestilah menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat.

Apatah lagi mereka bukan sahaja menggalas harapan ibubapa dan negara supaya menjadi insan yang berguna malah suatu hari nanti khidmat mereka diperlukan untuk menabur jasa bakti bagi pembangunan masyarakat dan negara.

Justeru itu, segeralah bertindak untuk kebaikan bersama agar ia tidak menjadi ikutan kemudian hari kelak yang tentu sahaja jika dibiarkan bukan sahaja memberi kesan terhadap nama baik UM sendiri malah akan menimbulkan keraguan masyarakat terhadap keupayaan UM untuk mendidik generasi masa depan.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone