Showing posts with label Agong. Show all posts
Showing posts with label Agong. Show all posts

Wednesday, February 13, 2013

Lelaki Ditahan Tunjuk Isyarat Lucah Kepada Raja Pemaisuri Agong


Bernama- GEORGETOWN, Polis menahan seorang lelaki dipercayai menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Hatta Md Zin berkata, dalam kejadian 12.30 tengah hari semalam, suspek yang berusia 29 tahun dipercayai menunjukkan isyarat lucah ketika kenderaan yang dinaiki Tuanku Hajah Haminah melalui lapangan terbang berkenaan.

"Ketika itu bapanya sedang menghantar suspek ke lapangan terbang. Difahamkan berlaku sedikit perselisihan faham antara suspek dengan bapanya. Mungkin suspek bengang dengan bapanya dan dia menunjukkan isyarat lucah itu.

"Kebetulan pada masa itu, rombongan kenderaan Raja Permaisuri Agong sedang melalui lapangan terbang dan pengawal pengiring baginda nampak tindakan suspek...dia terus menahan suspek," katanya ketika dihubungi hari ini.

Hatta berkata, suspek ditahan reman sehingga 14 Februari ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 294 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tiga bulan.

Sementara itu, Pertubuhan Kerabat Pusaka Merong Wangsa Malaysia cawangan Pulau Pinang hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya dekat sini berhubung perkara itu.

Pengerusinya, Azhar Abdul Majid berkata, tindakan menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong adalah satu tindakan yang biadap.

"Kami tidak berpuas hati dengan tindakan yang langsung tidak menghormati baginda. Kami datang ke balai polis ini untuk meminta polis menyiasat dan kemukakan perkara ini ke muka pengadilan," katanya.

Beliau meminta polis mengambil tindakan tegas terhadap suspek supaya perkara itu tidak berulang.

Berita terdahulu: Maklumat Penuh Penyokong DAP Hina DYMM Permaisuri Agong Dengan Isyarat Lucah


Friday, April 20, 2012

DAP Pulau Pinang Persenda Agong


Tindakan Kerajaan Negeri yang enggan menerima pelantikan Exco Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Kassim sebagai Yang Dipertua Majlis (YDP) Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dianggap membelakangkan dan mempersendakan titah Yang di-Pertuan Agong.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, alasan Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman yang mengakui Kerajaan Negeri telah melakukan kesilapan dalam pelantikan jawatan penting itu juga tidak boleh diterima kerana ia bukan perkara yang boleh dipermainkan.

Zainal berkata, pelantikan Abdul Malik untuk jawatan itu adalah atas permintaan Kerajaan Negeri sendiri, namun apabila ia telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada 10 Februari lalu tetapi titah berkenaan tidak dilaksanakan.

Katanya, tindakan Kerajaan Negeri membuat rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong supaya Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd Salleh Man pula dilantik untuk jawatan berkenaan jelas memperlihatkan mereka cuba mencabar institusi raja.

“Alasan kesilapan Kerajaan Negeri dalam isu pelantikan ini sukar diterima. Bagaimana mereka (Kerajaan Negeri) nak mentadbir hal ehwal agama Islam kalau hal-hal semudah pelantikan YDP ini pun boleh tersilap,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno, Datuk Musa Sheikh Fadzir; Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Azhar Ibrahim dan bekas YDP MAINPP, Datuk Shabudin Yahya.

Kelmarin, pada satu sidang media khas, Mansor mengakui Kerajaan Negeri telah melakukan kesilapan dalam isu pelantikan YDP MAINPP yang baru.

Dalam pada itu, Zainal turut membidas tindakan Kerajaan Negeri yang lewat menghantar nama pengganti YDP sedangkan Kerajaan Negeri tahu tempoh perkhidmatan YDP terdahulu iaitu Elias Zakarian akan tamat pada 31 Disember 2011.

Menurutnya, Kerajaan Negeri hanya menghantar nama pengganti YDP untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan pada 22 Disember 2011.

“Sepatutnya sebagai Kerajaan Negeri perlu menghantar nama itu sebulan atau dua bulan untuk dipersembahkan kepada Agong.

“Ini dah la lambat. Kemudian bila dah diperkenankan titah itu tidak dilaksanakan pula,” katanya.

Zainal berkata, MAINPP mempunyai bidang kuasa amat besar di mana mereka boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam hal ehwal agama Islam kecuali hukum syarak.-SH

Monday, July 25, 2011

Bersih 2.0: Ambiga Ingkar Titah Yang Dipertuan Agong

Daulat Tuanku..


Kita dapat maklumat bahawa Baginda menitahkan 3 perkara kepada Ambiga :

1 - Jangan berhimpun.

2- Jika hendak berhimpun hendaklah dilakukan di dalam stadium, dan mestilah mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak Polis.

3 - Jangan gunakan Stadium Merdeka.

Benarkah 3 perkara ini dititahkan oleh DYMM Yang di Pertuan Agong kepada kamu wahai Ambiga?

Patutlah sampai sekarang Ambiga tidak membuat kenyataan mengenai apa yang disampaikan oleh Tuanku Yang di Pertuan Agong kepada beliau. Rupanya ada perkara yang disorok dari pengetahuan rakyat Malaysia.

Kalau perkara ini benar, nampaknya Ambiga telah bertindak ingkar dengan titah Tuanku dalam masa yang sama Ambiga juga telah menipu semua penyokong BERSIH. Baca lagi disini...

Ini pula cadangan aku: ISAkan Ambiga Dengan Kadar Segera!