Friday, July 16, 2010

PEMUDA GARIS TUJUH PERKARA TANGANI ISU PASIR SELANGOR

By: Cetusan Sahabat-Gunung

Shah Alam: Disekat- itulah yang berlaku di Bangunan SUK Selangor bila kumpulan yang mahu menyerahkan memorandum ‘Selamatkan Rakyat Selangor’ yang diketuai Ketua Pemuda Selangor, Dato’ Suhaimi Ghazali disekat di pintu utama Bangunan SUK oleh pasukan keselamatan serta anggota Polis selain penyokong-penyokong parti PKR-Pas.

Namun selepas berbincang dengan pihak keselamatan, hanya tiga wakil Pemuda UMNO dan NGO yang terlibat diketuai Dato’ Suhaimi Ghazali, dibenarkan menyerahkan memorandum tersebut kepada Azman Abidin, SUK Eksekutif kepada Menteri Besar Selangor.

Suhaimi ketika ditemui selepas menyerahkan memorandum tersebut, mengakui tindakan menyerahkan memorandum ini dibuat bagi menunjukkan keprihatinan rakyat Selangor khususnya Pemuda UMNO dan NGO yang memandang serius kegagalan kerajaan negeri melalui Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dalam pengurusan industri pasir di negeri Selangor.

“KSSB telah gagal mencapai matlamat pendapatan RM 150 juta bagi tahun 2009, sedangkan aktiviti pengeluaran pasir berlaku secara besar-besaran samaada halal ataupun haram diseluruh negeri Selangor.

Ini membuktikan kerajaan negeri dan KSSB gagal membanteras aktiviti percurian pasir yang sedang bermaharajalela tanpa kawalan dan penguatkuasaan yang berkesan,”.

Sehubungan dengan itu, Pemuda UMNO dan NGO yang prihatin dengan isu perlombongan pasir ini mendesak dan menuntut kerajaan negeri mengambil tindakan tegas dengan membatal dan memberhentikan dengan serta merta semua permit dan aktiviti perlombongan pasir di atas tanah-tanah kerajaan dan persendirian yang melanggar syarat-syarat kelulusan termasuk permit kepada KSSB jika terbukti berlaku penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

“Kerajaan negeri juga harus memberhentikan dan membatalkan dengan serta merta semua permit pengeluaran pasir di kawasan-kawasan yang didapati tidak sesuai dan boleh membawa kemusnahan alam sekitar dan bencana kepada negeri Selangor di samping menyediakan Kertas Putih mengenai masalah pengurusan dan operasi industry pasir di negeri Selangor termasuklah operasi KSSB.

Dalam masa yang sama, kerajaan negeri harus menarik balik dengan serta merta kuasa monopoli pengurusan industry pasir kepada KSSB dan serahkan semula kuasa pengendalikan galian dan mineral termasuk pasir di negeri Selangor kepada jabatan-jabatan kerajaan yang berkaitan yang selama ini telahg menjalankan tanggungjawab yang baik,” ujarnya.

Pemuda UMNO Selangor juga mendesak agar menamatkan perkhidmatan semua ahli-ahli lembaga pengarah KSSB dan mengambil tindakan disiplin kepada mana-mana pegawai dan kakitangan KSSB yang telah terbukti menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng seterusnya memberhentikan dengan segera pemberian bonus kepada ahli-ahli Lembaga Pengarah dan Pegawai-Pegawai serta kakitangan KSSB.

Pasukan penguatkuasaan harus diperkemas dan dimantapkan, serta dianggotai jabatan-jabatan kerajaan negeri dan persekutuan yang berkaitan bagi membanteras sehingga ke akar umbi aktiviti mencuri pasir dan seterusnya mempastikan permit-permit pasir tidak disalahgunaan dan diselewengkan.

“Kita juga mendesak ditubuhkan dengan segera sebuah Jawatankuasa Bertindak (Task Force) yang bertanggungjawab dalam program pemulihan lombong-lombong pasir di seluruh negeri Selangor,” tambahnya yang memberikan masa seminggu kepada kerajaan negeri.

Sumber: http://www.sahabat-gunung.com

Khairy bongkar Anwar terima dana Amerika secara kotor!

By: Bro Jinggo

Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin mendedahkan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim telah memperdayakan (menyelewengkan) kerajaan Amerika bagi mendapatkan Dana kewangan sebanyak USD213 juta untuk Foundation For the Future (FFF) yang dipengerusikan oleh Ketua Pembangkang berkenaan sebelum ini.

Dana berkenaan bukan sahaja tidak di sumbangkan kepada Foundation for the Future yang mana ianya kini sudah terbongkar.

Anwar pernah berkata Amerika Syarikat tidak pernah memberi dana walau satu sen pun tapi bukan sahaja sudah terbongkar terima dari dari Amerika tetapi melalui cara kotor!.



Menurut kata Khairy, Yayasan Masa Hadapan (FFF) yang dipengerusikan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2006 pernah menerima dana AS$21.3 juta daripada Amerika Syarikat.

Khairy berkata laporan Projek Kebertanggungjawaban Kerajaan (GAP) Amerika Syarikat yang dikeluarkan awal tahun ini menyatakan yayasan berkenaan menerima dana AS$21.3 juta (RM68.23 juta) yang disalurkan melalui Kongres Amerika bagi membiayai yayasan itu.

“Kongres Amerika sudah mengeluarkan AS$21.3 juta untuk yayasan itu dan ini jelas bertentangan dengan kenyataan Anwar pada 2007 yang mendakwa tidak ada langsung dana yang diberikan Amerika kepada FFF.

“Tindakan beliau itu seolah-olah mahu menutup peranan Amerika dalam membiayai yayasan yang diterajuinya itu,”.

Yayasan berkenaan merupakan badan bebas yang ditubuhkan pada 2005 untuk membangunkan demokrasi dan kebebasan di Timur Tengah dan Afrika Utara.

Khairy berkata laporan GAP yang ditulis berdasarkan 267 dokumen yang dikeluarkan Jabatan Negara Amerika juga menyatakan Anwar turut memberi akuan tidak tepat kepada Kongres dalam usaha mendapatkan dana berkenaan.

Bagi mendapatkan dana itu, Kongres menetapkan FFF mesti mendapat dana secocok daripada negara lain, sedangkan laporan FFF menunjukkan yayasan itu hanya memperoleh kurang daripada AS$6.4 juta (RM20.49 juta), berbanding AS$22.26 juta (RM71.29 juta) yang ditetapkan, katanya.

“Beliau dituduh memberi akuan tidak tepat kepada Kongres kerana dalam perjanjian dengan kerajaan Amerika, beliau sebagai pengerusi menyatakan yayasan berkenaan mendapat komitmen daripada kerajaan lain termasuk Qatar dan negara Timur Tengah tapi sebenarnya tidak dapat,” katanya.

Khairy desak Penasihat PKR beri penjelasan

Harga petrol, diesel, gula dan gas naik...


By: Bro Jinggo

Harga petrol, diesel, gula dan Petroleum Gas Cecair (LPG) naik berkuatkuasa hari ini.

Kerajaan perlu mengurangkan subsidi bagi menjimatkan perbelanjaan dan mengurangkan defisit fiskal supaya pasaran dunia dan dalaman lebih yakin dengan kekuatan ekonomi negara.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, penjimatan perbelanjaan itu juga akan digunakn untuk pembangunan negara yang akhirnya memberi faedah kepada rakyat.

Beliau turut memberi jaminan pengurangan subsidi akan dibuat secara minimum supaya tidak membebankan rakyat.

Harga bahan api dan gula di Malaysia, tegas Najib, masih antara yang terendah di rantau ini.

Berikut adalah harga baru:

Harga gula naik sebanyak 25 sen sekilogram, harga petrol RON95 dan diesel 5 sen seliter dan gas memasak LPG sebanyak 10 sen sekilogram.

Ini bermakna Harga gula di pasaran akan dijual RM1.75 sekilogram, gas LPG RM1.85 sekilogram, petrol RON95 menjadi RM1.85 seliter dan diesel RM1.75 seliter.

Berikut adalah harga baru gas:

* Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
* Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
* Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

Menurut perdana menteri, penyelarasan semula harga barangan tersebut akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini.

Ia merupakan langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat mulai esok.

Thursday, July 15, 2010

Razali tetap sokong Khairy kekal Sebagai Ketua Pemuda Umno Malaysia

Oleh: ROSLI ISMAIL

Datuk Razali Ibrahim adalah salah seorang ahli politik yang cukup senang ditemui wartawan untuk mendapatkan komen mengenai sesuatu isu.

Namun dari raut wajahnya mulanya nampak agak keberatan untuk mengulas mengenai kenyataan Khairy Jamaluddin sedang ‘ timbang secara serius’ untuk tidak mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti yang akan datang.

Hal ini dapat difahami kerana sebagai Naib Ketua Pemuda,kata orang silap cakap nanti lain yang disangka.

Ketika ditemui Agendadaily di lobi Parlimen petang Rabu,Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu mengakui sebelum ini soal Khairy hendak mempertahankan atau tidak jawatan nombor satu dalam pergerakan itu tidak pernah dibincang dalam mesyuarat Exco atau diperbualkan sesama mereka.

“Pada pemilihan akan datang akan ada pertandingan (perlembagaan parti tidak menyekat sesiapa nak bertanding mana-mana jawatan).Yang penting Khairy bukan kata beliau nak lepaskan jawatan sekarang,”katanya.

Menurut Razali beliau sebagai orang nombor dua tetap menyokong kepimpinan Khairy.

Katanya soal pemilihan jawatan parti adalah soal akan datang tetapi yang penting sekarang semua ahli pergerakan itu bersatu dengan kepimpinan untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13.

Ditanya tidakkah kenyataan Khairy itu menandakan ada sesuatu masalah dalam pergerakan itu,Razali menolak andaian itu.

“Mungkin (kenyataan) itu atas rasa tanggongjawab….dia nak bagi peluang kepada muka baru atau nak meremajakan lagi Pemuda UMNO.Ada banyak alasan…kenyataannya sangat ringkas,”ujarnya.

Kata Razali jika benar Khairy tidak mahu mempertahankan jawatan dalam pemilihan akan datang itu adalah haknya.

“Itu termaktub dalam perlembagaan…hak ahli menawarkan diri bertanding atau jadi perwakilan ..memegang jawatan..atau nak lepaskan jawatan…itu tak jadi soal.

“Bagi saya apa jua pandangan Khairy…tumpuan pada pilihanraya lebih diutamakan…kita bukan kata pilihanraya datang dulu…cuma pilihanraya adalah tumpuan.

Ditanya lagi sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO soalan wajib yang pasti semua orang akan tanya apakah beliau akan menawarkan diri jika ada kekosongan kelak,Razali segera menjawab,…’eh…tak fikir lagi…janganlah…

‘Sebenarnya kita dalam satu pasukan..soal saya nak bertanding ke tidak...tidak timbul…sebab…jika kita dalam pasukan ini gagal mentabir Pemuda dalam pilihanraya akan datang…maka tak patut timbul orang yang gagal akan bertanding.

“Jadi saya pun kena buat kerja juga sekarang…kalau kita gagal jalakan tugas…ini bukan soal kita nak atau tidak..ini soal ahli UMNO yang akan tentukan siapa yang layak.

‘Untuk menentukan siapa yang layak…siapapun Pemuda hari ini buat kerja betul-betul supaya mereka kelihatan layak menduduki jawatan itu.

‘For all you know..walaupun Khairy kata nak lepaskan jawatan tapi orang masih kata nak dia…dia kekal juga…

“Cuma dalam pemilihan akan datang kita ada format baru…dimana yang nak bertanding daftarkan diri…mungkin saya tak tahu…saya pun belum terfikir nak tawar diri…iu tanggongjawab bukan jawatan…itu saya tak pernah fikir lagi..kalau fikir takut..

Kepada soalan lain,Razali tidak melihat kenyataan Khairy itu akan melemahkan semagat Pemuda UMNO.

“Tidak…sekarang ini kena buat kerja kan…kalau buat kerja tak kan (kenyataan Khairy itu) nak lemahkan semangat.

“Nombor dua…kalau dia buat kerja bagus…kita tak akan lepaskan dia.

“Kita pernah tengok Tun Dr Mahathir dulu nak letak jawatan…orang tak bagi..maknanya perkara itu boleh berlaku bila tiba masannya nanti.“Masa ini Khairy tak kata dia nak letak jawatan sekarang…dia tak kata dia nak lari dari tanggongjawab…Cuma dia menyatakan hasrat untuk tidak mempertahankan jawatan pada masa datang.

“Jadi kalau ada orang fikir nak bertanding nanti…buat kerja betul-betul..jangan fikir nak bertanding saja,”katanya.

Sumber: Agendadaily

Khairy:Menjawab persepsi sebagai Ketua Pemuda UMNO yang 'tak settle'


Khairy sedia memberi laluan kepada bakat baru!

Mat Sabu dah gila tagihkan isu- Mohamad Hasan

By Mizi

“Mat Sabu dah gila!” tegas Menteri Besar N.Sembilan YAB Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan ketika ditanya wartawan dalam satu sidang media selepas merasmikan Loji Rawatan Air Sawah Raja (SAINS) pagi tadi.

Menteri Besar N.Sembilan itu dengan tegas membidas kenyataan pimpinan tertinggi PAS, Hj Mat Sabu yang mengeluarkan tuduhan tidak berasas terhadap isu bekalan air di negeri ini yang mana Mat Sabu mendakwa kerajaan negeri telah menswastakan perkhidmatan bekalan air di negeri ini.

“SAINS tidak pernah diswastakan malah SAINS bukan syarikat swasta, Inilah susahnya kalau ada orang yang sudah faham tapi masih bodoh buat-buat tidak faham dengan matlamat politik dan kejinya untuk meracuni fikiran rakyat,” ujar beliau.

Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) adalah sebuah agensi yang dibawah pantauan kerajaan negeri dimana penubuhannya untuk menyelaras dan mengurus sistem bekalan air di seluruh negeri ini agar lebik baik pada masa akan datang sekaligus mengatasi masalah kekurangan air di musim kemarau atau masalah yang lainnya,”

Menurut Mohamad lagi, SAINS adalah sebuah badan yang dikorporatkan bagi menjalankan perkhidmatan bekalan air di Negeri Sembilan dimana saham-saham SAINS adalah seratus peratus dipegang oleh kerajaan negeri.

“Ini bermakna SAINS bukan syarikat swasta, mana boleh perkhidmatan air diswastakan? Kerajaan negeri tidak akan mengswastakan perkhidmatan bekalan air, hanya orang yang bodoh, tagihkan isu sahaja yang maish memperkatakan hal ini kerana setegas-tegasnya saya menyatakan SAINS bukan syarikat swasta seperti yang didakwa oleh Mat Sabu,”

“Memang dahulunya ada hasrat dan cadangan untuk mengswastakan perkhidmatan bekalan air ini tetapi setelah dikaji saya sendiri tidak bersetuju ianya diswastakan kerana ini menambahkan lagi beban kepada rakyat!” tegas beliau.

“Jika persetujuan menswastakannya duhulu dilaksana, secara automatic membebankan rakyat negeri ini dimana saya percaya kadar ta’arif akan meningkat bahkan kemungkinan harga air turut naik, jadi setegasnya harga air tidak naik dan tidak akan naik,” tambahnya lagi.
mizi@n9kini.com

Sumber : N9Kini

UMNO Tidak Terdesak, Hanya Orang Terdesak Saja Sanggup Melutut Kepada Yahudi

Oleh Kazman Kamal

KUALA LUMPUR, 13 Julai – "UMNO tidak terdesak, hanya orang terdesak sahaja sanggup malukan diri sendiri untuk melutut kepada kumpulan pelobi Yahudi", demikian menurut Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Tegas beliau lagi adalah cukup memalukan jika pimpinan yang berimej Islam menggunakan alasan “engagement” untuk memohon maaf kepada pihak pelobi

"Apa perlunya memohon maaf dan melutut kepada kumpulan pelobi? Apa perlunya menggunakan media antarabangsa untuk membetulkan imej? Tidakkah ini melambangkan hipokrasi?", soalnya.

Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda sebagai mengulas dakwaan kononnya Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO cukup terdesak menyerang tindak tanduk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup ke Amerika Syarikat (US) bagi memohon maaf kepada tokoh-tokoh Yahudi di negara itu atas kelantangannya mengkritik Zionis sebelum ini.

Malah terbaru penulis blog terkenal New York, Elaine Meinel Supkis mendakwa Ketua Pembangkang, itu sebagai ‘alat’ kepada CIA.

Penulis tersebut yang mengaku sering berbalas e-mel dengan Anwar mendakwa, Penasihat PKR itu merupakan alat ciptaan CIA bagi menjaga kepentingan dan perancangan sulit negara kuasa besar itu di Malaysia

Tambah Reezal lagi pembangkang boleh mencipta pelbagai helah dan dalih bagi menutup tindak tanduk Anwar itu tetapi hakikatnya rakyat sudah boleh membuat penilaian sendiri.

"Rakyat sudah mula sangsi dengan sikap talam dua muka Anwar. Sebab itu Anwar membisu.

"Hakikatnya tidak ada logik politik kepada sikap talam dua muka seperti itu", katanya.

Sumber: Laman Web Pemuda Umno