Oleh Kazman Kamal
KUALA LUMPUR, 13 Julai – "UMNO tidak terdesak, hanya orang terdesak sahaja sanggup malukan diri sendiri untuk melutut kepada kumpulan pelobi Yahudi", demikian menurut Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Tegas beliau lagi adalah cukup memalukan jika pimpinan yang berimej Islam menggunakan alasan “engagement” untuk memohon maaf kepada pihak pelobi
"Apa perlunya memohon maaf dan melutut kepada kumpulan pelobi? Apa perlunya menggunakan media antarabangsa untuk membetulkan imej? Tidakkah ini melambangkan hipokrasi?", soalnya.
Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda sebagai mengulas dakwaan kononnya Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO cukup terdesak menyerang tindak tanduk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup ke Amerika Syarikat (US) bagi memohon maaf kepada tokoh-tokoh Yahudi di negara itu atas kelantangannya mengkritik Zionis sebelum ini.
Malah terbaru penulis blog terkenal New York, Elaine Meinel Supkis mendakwa Ketua Pembangkang, itu sebagai ‘alat’ kepada CIA.
Penulis tersebut yang mengaku sering berbalas e-mel dengan Anwar mendakwa, Penasihat PKR itu merupakan alat ciptaan CIA bagi menjaga kepentingan dan perancangan sulit negara kuasa besar itu di Malaysia
Tambah Reezal lagi pembangkang boleh mencipta pelbagai helah dan dalih bagi menutup tindak tanduk Anwar itu tetapi hakikatnya rakyat sudah boleh membuat penilaian sendiri.
"Rakyat sudah mula sangsi dengan sikap talam dua muka Anwar. Sebab itu Anwar membisu.
"Hakikatnya tidak ada logik politik kepada sikap talam dua muka seperti itu", katanya.
Sumber: Laman Web Pemuda Umno
No comments:
Post a Comment