Thursday, July 15, 2010

Mat Sabu dah gila tagihkan isu- Mohamad Hasan

By Mizi

“Mat Sabu dah gila!” tegas Menteri Besar N.Sembilan YAB Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan ketika ditanya wartawan dalam satu sidang media selepas merasmikan Loji Rawatan Air Sawah Raja (SAINS) pagi tadi.

Menteri Besar N.Sembilan itu dengan tegas membidas kenyataan pimpinan tertinggi PAS, Hj Mat Sabu yang mengeluarkan tuduhan tidak berasas terhadap isu bekalan air di negeri ini yang mana Mat Sabu mendakwa kerajaan negeri telah menswastakan perkhidmatan bekalan air di negeri ini.

“SAINS tidak pernah diswastakan malah SAINS bukan syarikat swasta, Inilah susahnya kalau ada orang yang sudah faham tapi masih bodoh buat-buat tidak faham dengan matlamat politik dan kejinya untuk meracuni fikiran rakyat,” ujar beliau.

Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) adalah sebuah agensi yang dibawah pantauan kerajaan negeri dimana penubuhannya untuk menyelaras dan mengurus sistem bekalan air di seluruh negeri ini agar lebik baik pada masa akan datang sekaligus mengatasi masalah kekurangan air di musim kemarau atau masalah yang lainnya,”

Menurut Mohamad lagi, SAINS adalah sebuah badan yang dikorporatkan bagi menjalankan perkhidmatan bekalan air di Negeri Sembilan dimana saham-saham SAINS adalah seratus peratus dipegang oleh kerajaan negeri.

“Ini bermakna SAINS bukan syarikat swasta, mana boleh perkhidmatan air diswastakan? Kerajaan negeri tidak akan mengswastakan perkhidmatan bekalan air, hanya orang yang bodoh, tagihkan isu sahaja yang maish memperkatakan hal ini kerana setegas-tegasnya saya menyatakan SAINS bukan syarikat swasta seperti yang didakwa oleh Mat Sabu,”

“Memang dahulunya ada hasrat dan cadangan untuk mengswastakan perkhidmatan bekalan air ini tetapi setelah dikaji saya sendiri tidak bersetuju ianya diswastakan kerana ini menambahkan lagi beban kepada rakyat!” tegas beliau.

“Jika persetujuan menswastakannya duhulu dilaksana, secara automatic membebankan rakyat negeri ini dimana saya percaya kadar ta’arif akan meningkat bahkan kemungkinan harga air turut naik, jadi setegasnya harga air tidak naik dan tidak akan naik,” tambahnya lagi.
mizi@n9kini.com

Sumber : N9Kini

3 comments:

Ms Pearl said...

apa kisahnya kes mat sabu kena tangkap khalwat dulu ek?

orang PAS kalau orang dia buat jahat semuanya halal. cuba kalau orang UMNO yang kena riuh rendah sampai ke Ghana pun boleh dengar bisingnya

Anonymous said...

Hahaha.. nk harapkan mat sabun kaki khalwat bising.. mmg sama taraf dgn bapak penagih dadah MP pokok sena la...

alahai pas... tolong la cerdik sikit.. kata byk golongan profesional masuk pas.. tapi semua yg jenis mcm ketua umum pkr ker.. lulusan pangkat 3 bahasa tapi nk ckp pasal ekonomi.. tak boleh pakai... baru tukarnama jer dah kata swasta... bangang...

Unknown said...

hahaha I Know What You Did Mat Sabun - Hotel Perdana bilik no 121