Monday, July 25, 2011

Anwar Ibrahim Dan Mat Sabu Ke Sungai Buloh


PR itu Pakatan Rosak... PKR Itu Pembohong Kepada Rakyat, PAS itu Pasti Anguk Sanasinun.... DAP itu Diaorang Adalah Pirasit! Petang-petang ni kita santai jer... Jom layan video ni...



Video URL: http://youtu.be/wLkzeh-ubcw

Gambar 80 Orang Mati Di Tembak Di Norway, Adakah Bersih 3.0 Akan Jadi Seperti Ini Juga?

Menurut sumber Ambiga, Mat Sabu dan Anwar Ibrahim sedang merancang untuk meneruskan perhimpunan Haram BERSIH 3.0 selepas Hari Raya Aidilfitri ini... Sama ada betul atau tidak kita tunggu sahaja nanti?


Foto yang diambil oleh wartawan meja jenayah, Vergard M.Aas dari Norway ini menunjukkan mayat-mayat bergelimpangan di Pulau Utoya berdekatan Norway, Sabtu. Ia dirakamkan sejam selepas pihak keselamatan melaporkan seorang lelaki berpakaian seragam polis menembak mati pemuda-pemudi yang menghadiri satu kem di situ. Polis turut berkata, sebelum itu, suspek tersebut meledakkan bom di Oslo, Norway. – Foto AP


Seorang lelaki yang cedera diberi rawatan di Oslo, Norway, Sabtu. Letupan bom tersebut merosakkan beberapa bangunan kerajaan termasuk pejabat Perdana Menteri, Jens Stoltenberg. Letupan itu juga menyebabkan lain-lain bangunan terbakar. – Foto REUTERS


Seorang wanita yang terselamat daripada serangan seorang lelaki di sebuah pulau dekat Oslo, Norway dibawa oleh pasukan penyelamat ke hospital. – Foto AFP


Kepulan asap keluar dari bangunan yang terbakar ekoran serangan bom di Oslo, Norway. – Foto REUTERS

TQ AAKJ.com

Berita baca disini: 87 Terbunuh Dalam Tembakan Rambang Dan Serangan Bom Di Norway

Suhardi Mati...


BERSIH 2.0 Suhardi pernah mati 2 kali... 


BERSIH 3.0 Adakah Suhardi akan mati lagi???

Pemuda Terus Membantu Rakyat: BNYJF Di Melaka Tawar 8,500 Peluang Pekerjaan


Pengerusi Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin menyasarkan lebih 20,000 pencari kerja Pameran kerjaya BN Youth Job Fair 2011 (BNYJF) peringkat negeri Melaka yang menawarkan 8,500 peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang.


“Setakat hari ini sudah 12,000 orang mengunjungi program ini,” katanya selepas majlis perasmian pameran itu oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam di MITC, Sabtu 23 July.

BNYJF juga akan diadakan di Sabah selama tiga hari bermula 29 Julai ini diikuti Kuala Lumpur Oktober ini manakala di Perak dan Terengganu tarikh belum ditetapkan.

Chegu Bard Ke Siam



Hari ini aku keluarkan semua gambar-gambar bagi pembaca menilai Ketua Batang Rembau (PKR) Chegu Bard a.k.a "Lord Liar of The Rings" ini tidak mempunyai pengaruh yang kuat sepertimana yang digembar-gemburkan melalui media barunya.. (Blog, Facebook dan Twitter)

Malahan karier politik Chegu Bard sudah lama berkubur di Negeri Sembilan.... Tewas berturut-turut setiap kali dicalonkan untuk bertanding di Pilihan Raya Umum, namun masih menagih simpati dari rakyat untuk bernafas semula...

Bard perlu sedar bahawa rakyat di Parlimen Rembau menolak  Bard mentah-mentah, malah jijik dengan fitnah yang sering dijajanya...  Jangan ingat boleh tipu orang kampung bard, sekarang zaman IT, mak cik kat kat kampung pun dah ada facebook...

Selain dari itu, Chegu bard juga tidak disenanggi oleh Ahli PKR dan pernah digesa untuk meninggalkan Parti tersebut. Baca disini... Sana tolak sini tendang, cara terbaik untuk bard jadi top semula, reka cerita "Lord Liar of The Rings" semua kes tutup, lupa kisah silam brad yang pernah menjadi pengkhianat dalam Parti...

Kini blogger pembangkang gelar bard "Super hero lord of the Ring..." tp masih gagal tawan hati rakyat.. Dam loser...

Boleh kira berapa orang yang hadir...

Pasang lilin nak tuntut apa tu?

Chegu Bard cakap setiap kali dia buat ceramah, ribuan anak muda datang? malam ni apa kes ni?


Kalau macam ini lah kehadiran orang yang datang pada ceramah yang diadakan di Taman Rantau, Negeri Sembilan... memang patut Anwar Ibrahim hantar Chegu Bard ke Siam untuk mencari set jam Omeganya yang hilang itu... 

Dan terbukti dengan jelas disini Chegu Bard seorang penipu dan penakut. Politikus paling tak guna boleh kalah dengan orang macam Sam.


"Dengan aku pun kau kalah Bard... Camno? 
Korang kutuk aku terkencing dalam seluar pun aku ada title, Ketua AMK.. Kau apa ada? kah3"

Bersih 2.0: Ambiga Ingkar Titah Yang Dipertuan Agong

Daulat Tuanku..


Kita dapat maklumat bahawa Baginda menitahkan 3 perkara kepada Ambiga :

1 - Jangan berhimpun.

2- Jika hendak berhimpun hendaklah dilakukan di dalam stadium, dan mestilah mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak Polis.

3 - Jangan gunakan Stadium Merdeka.

Benarkah 3 perkara ini dititahkan oleh DYMM Yang di Pertuan Agong kepada kamu wahai Ambiga?

Patutlah sampai sekarang Ambiga tidak membuat kenyataan mengenai apa yang disampaikan oleh Tuanku Yang di Pertuan Agong kepada beliau. Rupanya ada perkara yang disorok dari pengetahuan rakyat Malaysia.

Kalau perkara ini benar, nampaknya Ambiga telah bertindak ingkar dengan titah Tuanku dalam masa yang sama Ambiga juga telah menipu semua penyokong BERSIH. Baca lagi disini...

Ini pula cadangan aku: ISAkan Ambiga Dengan Kadar Segera!