Monday, August 8, 2011

Kes Rumah Banglo: Khir Toyo Diarah Bela Diri


Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo pada Isnin, diarahkan untuk membela diri atas tuduhan menyalah guna kuasa untuk mendapatkan sebuah rumah banglo dan sebidang tanah di Seksyen 7 di sini, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap tuduhan yang perlu dijawab oleh Mohamad Khir.

Beliau kemudian menetapkan perbicaraan pada 26 hingga 30 September ini.
Dr Mohamad Khir didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8&10, Jalan Suasa 7/1L di Shah Alam daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni.

Hartanah yang terletak di Seksyen 7 di Shah Alam itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 pada harga RM6.5 juta.

Ini semua kerja jahat puak pembangkang yang mahu mencalarkan imej Dr Khir Toyo! Kita perlu ucapkan syabas kepada Khir Toyo kerana tidak seperti Anwar Ibrahim yang sentiasa mahu menangguh-nangguhkan kesnya dimakamah.

Identiti Penuh, Gambar Hajjah Sitt Al-Wuzara Hina Islam Di Dedahkan

News Update: August 13, 2011: Kenyataan Tergempar! GaySec Pohon MAAF Kepada Nor Arlene Tan Dan Pihak Umum

News Update: August 10, 2011: Laporan Polis Nor Erlene Tan Nafi Dia Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara


Terdahulu alam cyber digemparkan dengan kewujudan satu blog, facebook dan twitter yang terang-terang menyerang peribadi dan merendah-rendahkan ciptaan ALLAH… Blog tersebut dikenali dengan nama Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara yang diwujudkan oleh individu yang boleh dikatakan sangat desperate dalam kehidupannya mengutuk Nabi kita Muhammad S.A.W.


Bagi sesiapa yang belum tahu Hajjah Sitt Al-Wuzara ini pemilik blog https://makcikhajjahsittalwuzara.wordpress.com/ yang menghina Islam, dan ramai ingin tahu siapa sebenarnya beliau.

Hari ini kita kasi bongkar siapa dia manusia yang kurang hajar tersebut....



Akhirnyah pihak Hackers GaySec dengan operasi yang diberi nama #OPSRamadan telah membongkar siapa sebenarnyan disebalik Hajjah Sitt Al-Wuzara ini

Dikatakan orang ini aktif di :
Malaysian Apostate FB Group
Malaysian Athiest, Freethinker, Agnostic
Friendlyatheist.com

Menurut sumber, apabila Nor Arlene (Makcik Sitt Al-Wuzara) beroperasi di online beliau akan guna proxy agar tidak mendedahkan ip address yang sebenar, dan terdapat satu gambar Nor Arlene bersama-sama dengan Marina Mahathir.


Namun sebelum Gaysec mendedahkan bukti ini dikatakan Makcik Sitt Al-Wuzara sudah mula kalut, ini yang dikatakan di fb Gaysec

[UPDATE] #OPS RAMADAN: Makcik Hajjah Al Wuzara sudah kalut.. kelihatannya dia sudah mula memadamkan semua jejaknya (traces)..tapi tindakan bodoh sebegitu hanya memerangkap dia sahaja.kerana kami awal2 lagi sudah menyimpan screenshot dan semua bukti2 amoi atheist ni.

link : laman web gaysec
link : facebook fanpage gaysec

Saya berharap, janganlah dikeji, di maki dan dicemuh Arlene Tan tersebut... Kita perlu tunggu sehingga pihak Polis mengesahkan akan kesahihan dakwaan yang dibuat oleh Gaysec ...

Dengar khabar hari ini Arlene Tan akan pergi buat laporan polis. Harap polis dapat selesaikan perkara ini semoga tiada benda yang buruk berlaku sekiranya beliau tidak bersalah... Rakan-rakan Islam dinasihatkan supaya bersabar di bulan yang mulia ini...

Sejauh mana kebenarnya kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan dengan lebih lanjut....

Penyokong City Dan Chelsea Di Twitterjaya Terpaksa Tidur Awal Semalam.... Glory MU!





We are the Champions!

Manchester United "tutup mulut" penyokong Manchester City selepas menang 3-2 dalam perlawanan penuh dramatik yang menyaksikan Red Devils bangkit daripada ketinggalan dua gol sebelum berjaya mempertahankan kejuaraan Perisai Komuniti di Stadium Wembley, malam tadi.

MU vs City apa kena mengena dengan Chelsea? hahaha... macam biasa... setiap kali MU beraksi, penyokong Chelsea akan cuba bakar-bakar kita orang dalam twitterjaya... penyokong Chelsea akan menyokong mana-mana sahaja pasukan yang menentang MU... (macam lalang...) Sebenarnya bukannya ada pun penyokong City dalam twitterjaya... dia orang saje nak bikin Fan MU panas je....

Mendung tak bererti hujan, akhirnya mereka yang kesedihan berpanjangan kah kah kah! 

Tanah Runtuh Cameron Highlands: 7 Maut, 2 Cedera


Operasi menyelamat mangsa kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Cameron Highlands ditamatkan pada jam 1.30 pagi tadi apabila tiga mayat terakhir berjaya dikeluarkan menjadikan jumlah mangsa terkorban dalam tragedi itu seramai tujuh orang semuanya dan dua mangsa yang cedera.

Dalam kejadian pada pukul 5.45 petang semalam itu, tiga buah rumah dilaporkan tertimbus sepenuhnya manakala dua lagi rumah berdekatan mengalami kerosakan kecil.

Berita terdahulu : [photo inside] Tanah Runtuh Di Kampung Orang Asli Sungai Ruil Di Tanah Rata, Cameron Highlands

[photo inside] Tanah Runtuh Di Kampung Orang Asli Sungai Ruil Di Tanah Rata, Cameron Highlands






Update : 1:23am -  Mangsa cedera maut

Salah seorang mangsa kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands yang sebelum ini cedera parah meninggal dunia di hospital sebentar tadi menjadikan jumlah korban meningkat kepada empat orang.

Dua lagi mangsa yang cedera masih dirawat, manakala tiga mangsa dikhuatiri masih tertimbus.

3 maut, 3 cedera

Sehingga jam 12.25 pagi tadi, dua lagi mangsa tanah runtuh di Cameron Highlands berjaya ditemui menjadikan mangsa yang terkorban setakat ini ialah tiga orang, semuanya wanita.

Manakala jumlah yang cedera ialah tiga orang, dan yang dikhuatiri masih tertimbus adalah seramai empat orang.

3 Rumah tertimbus sepenuhnya

Tiga buah rumah dilaporkan tertimbus sepenuhnya dalam kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Cameron Highlands, Pahang, 5.45 petang tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Brinchang ketika dihubungi Bernama malam ini berkata dua buah rumah lagi yang terletak berhampiran turut mengalami kerosakan, tetapi hanya kerosakan kecil.

Ditanya sama ada tanah runtuh itu disebabkan oleh hujan, beliau berkata pihaknya masih belum dapat mengenal pasti punca kejadian berkenaan.

"Mangsa yang cedera telah dikenal pasti sebagai penduduk Orang Asli. Namun, mangsa yang dipercayai terkorban masih belum dikenal pasti identitinya,” kata beliau.

Setakat ini seorang wanita terkorban manakala seorang lelaki dan seorang wanita cedera parah dalam kejadian itu.

Mangsa yang cedera parah dan mayat wanita berkenaan dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa lain yang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian itu sedang giat dijalankan oleh anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

[photos inside] Riot Hits London : Adakah Bersih 2.0 Mahukan Rusuhan Seperti Di London?

Sunday, August 7, 2011

[photos inside] Riot Hits London : Adakah Bersih 2.0 Mahukan Rusuhan Seperti Di London?


London-Tottenham: Bermula dengan perhimpunan aman kemudian bertukar menjadi satu rusuhan yang ganas, berlaku dalam keadaan marah pada malam Sabtu lalu berpunca selepas seorang pemuda telah ditembak mati oleh polis.

Dua buah kereta peronda, bangunan dan bas dua tingkat dibakar sebagai protes bertempur dengan pegawai-pegawai di hadapan Balai Polis Tottenham, di mana orang telah berkumpul untuk menuntut "keadilan" untuk kematian 29 tahun dibunuh secara berbalas tembakan.

"Ia benar-benar buruk," kata David pemastautin tempatan Akinsanya, 46. "Terdapat dua buah kereta polis dibakar. Saya berasa tidak selamat."



Siren kedengaran di seluruh bandar kerana pihak berkuasa telah bergegas bantuan ke tempat kejadian. Di Tottenham tingkap kedai dipecahkan, penduduk mengambil kesempatan untuk merompak kedai-kedai, menolak kereta sorong membeli-belah yang penuh dengan barang-barang yang dicuri di jalan.


Penunjuk perasaan di antara 400 dan 500. Polis berkata, terdapat kira-kira 300 orang berkumpul.


Sekiranya pihak polis PDRM gagal mengawal keadaan ketika Perhimpunan  BERSIH 2.0 pada 9 julai yang lalu, Bandaraya Kuala Lumpur pasti akan mengalami nasib yang sama seperti rusuhan di London.