Friday, October 14, 2011

Kerajaan Selangor Salah Tadbir Geran RM55 Juta


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diminta tampil memberikan penjelasan berhubung dakwaan melakukan salah tadbir membabitkan wang geran kerajaan negeri bernilai RM55 juta.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata kerajaan Persekutuan memberikan geran bernilai RM315 juta kepada setiap kerajaan negeri untuk bantuan penyelenggaraan jalan dan kemudahan infrastruktur pada 2009.

Berdasarkan semakan, katanya agihan peruntukan itu hanya membabitkan RM183 juta kepada Jabatan Kerja Raya (JKR), RM76 juta bagi pihak berkuasa tempatan (PBT) dan RM900,000 untuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

“Kalau dihitung semuanya terdapat baki RM55 juta. Jadi, saya ingin bertanya ke mana perginya duit peruntukan yang diberi oleh Kerajaan Pusat ini. Bila rakyat persoalkan mengenai kemudahan infrastruktur di negeri ini mereka tuduh kerajaan pusat tidak beri peruntukan,” katanya pada sidang media di Bangunan Umno Selangor di sini, hari ini.

Mohd Zin mendakwa berdasarkan maklumat yang diperoleh, baki wang berkenaan dimasukkan di bawah wang amanah negeri yang tidak diketahui apa tujuannya sedangkan wang itu sepatutnya digunakan bagi menyediakan kemudahan terbaik kepada rakyat.

Dalam pada itu, beliau berkata Umno Selangor akan membuat laporan polis terhadap pakar perlembagaan Profesor Dr Abdul Aziz Bari berhubung kenyataan mempertikaikan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) seperti yang disiarkan sebuah laman portal berita baru-baru ini.

Beliau menyifatkan tindakan Abdul Aziz itu biadap serta derhaka terhadap titah Sultan Selangor dan merupakan satu bentuk hasutan yang amat serius terhadap Institusi Diraja.

Thursday, October 13, 2011

BN Youth Music 2011 : Pemuda, Awie Dan Artis Berganding Bahu Cari Bakat Baru


Pemuda UMNO dan artis hari ini berkongsi pentas bersama beberapa artis tanah air yang diketuai Ahmad Azhar Othman atau Awie untuk menjayakan BN Youth Music 2011 dalam masa terdekat.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata program tersebut yang berkonsepkan pencarian bakat dalam muzik akan memberi peluang dan ruang kepada seluruh anak muda daripada pelbagai bangsa dan seluruh negara untuk mengambil bahagian.

Menurut beliau pihaknya akan mengambil pendekatan baru iaitu dengan menggunakan kemudahan laman sosial iaitu Youtube untuk memudahkan mereka yang berminat memuat naik bahan yang telah siap untuk diteliti oleh pihak juri.

“Tajuknya bebas dan pertandingan ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu individu, berkumpulan dan pop dance. Selepas mereka memuat naik menerusi laman web khas yang akan kita wujudkan nanti, mereka juga perlu menghantar satu salinan asal bahan tersebut, manakala Awie dan rakan-rakannya akan meneliti bahan tersebut untuk dipilih ke peringkat seterusnya.

“Selepas itu mana-mana yang layak akan memasuki pusingan seterusnya iaitu kita akan tengok dan nilai secara “live”. Jumlah hadiah belum kita tetapkan dan masih diperingkat perbincangan selain tarikh serta perkara-perkara lain.

“Ini adalah antara galakan kita kepada mereka yang ada bakat tetapi tidak berkesempatan untuk menduduki uji bakat dan sebagainya menerusi pelbagai program mencari bakat lain sebelum ini. Jadi kepada yang berminat bolehlah buat persediaan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Awie dan beberapa rakan artis lain seperti Zek Zaidi, Ezzani Yusof serta rakan-rakan artis dan pelakon yang lain. Turut serta Pengerusi Biro Kebudayaan dan Keseniaan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar.

Khairy seterusnya menambah, usaha berkenaan yang digalas menerusi Biro Kebudayaan dan Kesenian Pemuda UMNO itu memberi tumpuan kepada anak-anak muda yang berbakat untuk menonjolkan kebolehan yang ada pada mereka.

“Teknologi telah mendemokrasikan muzik menerusi pelbagai peluang kepada anak-anak muda dan program ini adalah salah satu cara ke arah itu,” katanya. -MediaUMNO

Maaf kami tidak mencari ostaz segera.....


Stay in touch with Bro Jinggo

Sekitar Penyerahan Borang Keahlian UMNO Awie


Sidang media Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bersama penyanyi rock tanah air Awie mengumumkan pertandingan musik BN Youth Music 2011 bagi mencari bakat baru yang terdiri dari golongan muda.


Penyanyi legenda rock tanah air yang juga merupakan pelakon popular, Ahmad Azhar Othman atau lebih dikenali sebagai Awie bersama beberapa artis terkemuka yang lain menyerahkan borang keahlian sebagai Pemuda UMNO petang tadi.


Perjumpaan KJ bersama Awie sebelum penyerahkan borang keahlian UMNO.

Menantu Nik Aziz Istihar Sertai UMNO!


Kalau tidak berkahwin dengan anak Nik Aziz belum tentu lagi menantu Nik Aziz Mohd Arifahmi Abdul Rahman menyertai parti PAS kerana beliau datang dari keluarga UMNO ,ayah beliau juga adalah ahli UMNO . Arifahmi yang juga merupakan CEO di Perbadanan Menteri Besar Kelantan ialah ahli UMNO Bahagian Macang dengan nombor keahlian 26666057 . Sebelum beliau bernikah dengan anak Nik Aziz , Arifahmi adalah merupakan orang yang kuat menentang PAS di Macang. Arifahmi sememangnya terkenal sebagai oportunist dan beliau mengambil kesempatan untuk jawatan tinggi di Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

KAH! KAH! KAH! Itu cerita lama... sekarang dia dah sebati dengan PAS-PIS-PUS!

Korang jangan marah, aku saja bikin gempak sebab ada artis popular yang bakal sertai Pemuda UMNO petang ni... yang pastinya bukan ostaz segera!

Dah tau? hahaha ok lah kepada yang belum tahu lagi sila baca di sini....


Stay in touch with Bro Jinggo

300 Ahli PAS dan PKR Di Kelantan Sertai UMNO!


Kegagalan kerajaan Pas Kelantan menunaikan janji mereka untuk membantu rakyat dan membangunkan negeri ini menyebabkan semakin ramai penyokong tegar parti itu kini beralih kepada UMNO.

Terbaru, seramai 300 penyokong setia Pas di Ulu Kusial, dekat sini bertekad menyertai UMNO kerana merasa tertipu oleh Pas lebih-lebih lagi pemimpin tempatannya yang dianggap tidak cakna rakyat.

Penyerahan borang keahlian mereka diserahkan sendiri kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed pada Majlis Selamat Tinggal Pas di Taman Perumahan Ulu Kusial, dekat sini malam tadi.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Bekas Ketua Pas Cawangan Kampung Kusial Baharu, Zahari Mamat, 46, berkata, perjuangannya dalam Pas selama ini tidak berguna ekoran pemimpin parti itu yang tidak peka kepada masalah rakyat.

"Saya sudah menjadi ahli Pas ketika berumur 18 tahun dan memegang banyak jawatan dalam cawangan ini dan selama itulah setiap tahun saya akan kecewa dengan Pas.

"Apabila saya fikirkan semula, pemimpin UMNO lebih banyak buat kerja membantu rakyat di kawasan saya. Malah mereka lebih dikenali di sini berbanding pemimpin Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini," tegasnya.

Rakannya, Kamaruddin Abd. Halim, 48, mengingatkan rakan-rakannya yang taksub kepada Pas agar sedar dan meninggalkan parti itu demi kepentingan keluarga masing-masing.

"Sejak boleh mengundi pada umur 21 tahun, saya menjadi penyokong kuat Pas pada bila-bila sahaja pilihan raya dan kami akan lakukan apa sahaja untuk tewaskan UMNO.

"Tetapi untuk pilihan raya akan datang, kami akan berjuang memberi kemenangan kepada UMNO untuk memerintah negeri ini dan membawa kemajuan di Ulu Kusial," katanya.

Sementara itu, Mustapa ketika berucap pada majlis itu menyatakan kesyukuran dengan kesedaran ramai ahli Pas yang kini mula terbuka hati mereka untuk menyertai UMNO.

"Saya sangat gembira dengan keadaan ini, jika dahulu mereka menjauhi UMNO tetapi sekarang tidak lagi, mereka begitu berminat menyertai program yang kita anjurkan.

"Ribuan penyokong Pas pula menyertai UMNO yang membuktikan sokongan kepada UMNO semakin pulih dan kita akan pastikan nasib mereka terbela," katanya.

VIDEO EKSKLUSIF! Anwar Kantoi!

VIDEO EKSKLUSIF! Anwar Kantoi!


Jarang sekali kita tengok Anwar Kantoi! Tapi kali ini Mana Mau lari haaaaa!



Waran Tangkap Bob Lokman


Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan mendapatkan perintah waran tangkap daripada mahkamah terhadap penulis lirik, pelakon dan pengacara terkenal, Bob Lokman seandainya masih berdegil enggan hadir memberi keterangan.

Pengarah Jais, Marzuki Hussin berkata, selebriti yang nama sebenarnya Muhammad Hakim Lokman, 47, itu juga melakukan kesalahan lain jika enggan mematuhi perintah hadir terhadapnya.

“Sepatutnya pagi tadi (semalam), dia hadir ke Ibu Pejabat Jais, tetapi dia gagal berbuat demikian.

“Dia (Bob Lokman) berdegil datang, Jais akan memohon waran tangkap,” katanya ketika dihubungi mengulas kes Bob Lokman mengadakan ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat, Isnin lalu.

Bob Lokman ditahan mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor) 2003 iaitu ceramah tanpa tauliah.

Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 menyebut: “Mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara mengenai agama Islam tanpa tauliah diberikan mengikut Seksyen 118 adalah melakukan kesalahan dan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.” Disebabkan enggan hadir memberi keterangan dengan sengaja pula, selebriti itu melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12B Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

Jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 12B Enakmen Jenayah Syariah Selangor itu, boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Sementara itu, Bob Lokman ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai ketidakhadirannya ke pejabat Jais.

Malah, pengacara itu seterusnya mengeluarkan perkataan kesat kepada wartawan. Laporan muka depan Harian Metro, semalam menyiarkan bahawa Jais mengesahkan membuat tangkapan terhadap selebriti yang juga pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman kerana mengadakan ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat, pada Isnin lalu.

Marzuki dipetik berkata, Bob Lokman tidak memiliki tauliah dan tidak pernah memohon daripada Jais untuk memberikan ceramah. Laporan semalam turut memetik sumber Jais, selebriti itu bersama dua lagi iaitu Pengarah Pilihan Raya Pemuda Pas dan nazir masjid berkenaan ditahan Jais ketika berucap selepas solat Maghrib di hadapan 70 jemaah. Katanya, mereka dibawa ke balai polis berhampiran untuk diambil keterangan sebelum dilepaskan atas jaminan polis. Bagaimanapun, katanya, Bob Lokman dan dua lagi rakannya gagal hadir di Ibu Pejabat Jais di sini, walaupun diminta berbuat demikian.


Stay in touch with Bro Jinggo

Indon Serang Kedutaan Malaysia


JAKARTA: Jika tahun lalu, pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia dilempar najis, hari ini ia sekali lagi menjadi mangsa kebiadaban penunjuk perasaan.

Aksi tunjuk perasaan yang dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan, Forum Betawi Rempug (FBR) mencetuskan ketegangan sehingga menyebabkan lampu pecah serta kerosakan di pagar bangunan tersebut di Jalan Rasuna Said di sini.

Perhimpunan yang berlangsung selama sejam setengah bermula pukul 1 tengah hari itu menyaksikan betapa liarnya sikap sebahagian daripada 650 penunjuk perasaan.

Tindakan tidak bertamadun penunjuk perasaan itu juga turut mencederakan sembilan anggota polis Indonesia selepas terkena balingan objek seperti batu, kayu dan buluh yang berusaha mengawal keadaan genting itu.

Penunjuk perasaan itu berhimpun di depan Kedutaan Besar Malaysia untuk menyatakan bantahan terhadap Malaysia yang kononnya didakwa mengambil tanah seluas lebih 1,000 hektar secara haram di Kalimantan Barat.

Para penunjuk perasaan yang dipimpin oleh Pengarah FBR, Edwan Hamidy itu turut membawa sepanduk bertulis 'FBR siap mengajari Malaysia cara-cara menjadi negara yang baik'.

Tidak ketinggalan, pelbagai kata-kata kurang manis diucapkan oleh beberapa pemimpin tertinggi FBR yang secara jelas mengecam dan menghina negara Malaysia.

Aksi tunjuk perasaan FBR itu sebenarnya tidak memberikan sebarang manfaat kepada organisasi berkenaan kerana hasrat untuk menyampaikan nota bantahan berkenaan tidak dilayan oleh pejabat Kedutaan Besar Malaysia.

Pejabat Kedutaan Besar Malaysia mempunyai sebab untuk tidak menerima sebarang nota bantahan itu memandangkan dakwaan FBR kononnya Malaysia menceroboh kedaulatan wilayah mereka tidak pernah berlaku.

Kemuncak kemarahan penunjuk rasa itu terjadi apabila penunjuk perasaan berkeras untuk memacakkan bendera FBR di pagar bangunan pejabat Kedutaan Besar Malaysia.

Polis yang cuba menghalang tindakan berkenaan dirempuh oleh sekumpulan penunjuk perasaan itu sehingga mencetuskan kacau-bilau.

Berikutan itu, polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata ke arah peserta yang terlibat dalam demonstrasi itu kerana tindakan melampau mereka.

Isu ini tercetus berikutan kenyataan Naib Ketua Komisi 1, Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), T.B. Hasanuddin yang mendakwa, Indonesia kehilangan 1,400 hektar di Camar Bulan serta 800 meter garis pantai di Tanjung Datu.

Susulan itu, empat menteri Indonesia menafikan dakwaan berkenaan yang disifatkan tidak memiliki sebarang asas yang kukuh.

Menteri Koordinasi Politik, Undang-Undang dan Hubungan Keselamatan, Djoko Suyanto bersama-sama dengan Menteri Luar, Marty Natalegawa, Menteri Dalam Negeri, Gamawan Fauzi dan Menteri Pertahanan, Purnomo Yusgiantoro tampil mempertahankan Malaysia

"Tidak timbul sebarang pertikaian sempadan antara Indonesia dan Malaysia kerana kedua-dua negara merujuk pada perjanjian persefahaman yang dibuat semasa era pemerintahan Belanda dan British pada tahun 1891, 1915 dan 1928," kata Marty Natalegawa pada sidang media itu.

Berdasarkan rekod sejarah, perjanjian yang ditandatangani antara Belanda dan Inggeris yang masing-masing menjajah Indonesia dan Malaysia, kata sepakat dicapai berhubung batas garis sempadan kedua-dua negara itu.

Sejak sekian lama kedua-dua Indonesia dan Malaysia sentiasa mematuhi perjanjian berkenaan dan tidak pernah ada sebarang pertikaian yang dibuat. - Utusan

Wednesday, October 12, 2011

Awie Sertai UMNO Petang Esok Di Pejabat Pemuda PWTC


Penyanyi legenda rock tanah air yang juga merupakan pelakon popular, Ahmad Azhar Othman atau lebih dikenali sebagai Awie bersama beberapa artis terkemuka yang lain dijadual akan menyerahkan borang keahlian sebagai Pemuda UMNO petang esok.

Majlis penyerahan borang keahlian tersebut akan disempurnakan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin esok, khamis pada jam 4.30 petang.

Majlis tersebut akan diadakan di Pejabat Pemuda, Menara Datuk Onn.

Media sebelum ini pernah melaporkan Datuk AC Mizal dan isterinya Datin Emylia Rosnaida menyertai UMNO Perak.

Juga di fahamkan pengarah filem, Mamat Khalid turut dilaporkan media akan menyertai UMNO Bahagian Gopeng.

Syabas Pemuda Umno!


Stay in touch with Bro Jinggo

Hot News: Rakyat Johor Halau Guan Eng di Segamat!


Beratus penduduk Segamat yang berkumpul sejak petang tadi melakukan demo aman dihadapan Restoran Siang Kee Kg Abdullah , Segamat bagi membantah kedatangan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng yang dijangka akan mengadakan ceramah malam ini.

Pada lewat petang tadi dilaporkan juga kekecohan tercetus antara para penduduk Segamat dan juga unit Amal PAS yang turut dibantu AMK dan juga ahli DAP Segamat dan Muar dalam menghalang pendemo dari memasuki perkarangan lokasi ceramah.





Pihak Polis turut menghantar FRU bagi mengawal keadaan dan sehingga ke jam ini keadaan masih lagi terkawal walaupun terdapat beberapa insiden membaling batu diantara kedua dua pihak.

Setakat ini Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng dilaporkan masih lagi belum sampai ke lokasi ceramah yang dijadualkan bermula pada jam 8.30 malam.



Menurut pendemo yang berada dilokasi demo aman yang diadakan ini adalah bagi membantah kunjungan Lim Guang Eng dari menjejakkan kaki ke negeri Johor ekoran penghinaan yang dilakukan Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang tersebar baru baru ini dalam memburuk burukkan negeri Johor dihadapan diplomat asing di Singapura.

Sumber : KL POS


Stay in touch with Bro Jinggo