Friday, October 14, 2011

Kerajaan Selangor Salah Tadbir Geran RM55 Juta


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diminta tampil memberikan penjelasan berhubung dakwaan melakukan salah tadbir membabitkan wang geran kerajaan negeri bernilai RM55 juta.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata kerajaan Persekutuan memberikan geran bernilai RM315 juta kepada setiap kerajaan negeri untuk bantuan penyelenggaraan jalan dan kemudahan infrastruktur pada 2009.

Berdasarkan semakan, katanya agihan peruntukan itu hanya membabitkan RM183 juta kepada Jabatan Kerja Raya (JKR), RM76 juta bagi pihak berkuasa tempatan (PBT) dan RM900,000 untuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

“Kalau dihitung semuanya terdapat baki RM55 juta. Jadi, saya ingin bertanya ke mana perginya duit peruntukan yang diberi oleh Kerajaan Pusat ini. Bila rakyat persoalkan mengenai kemudahan infrastruktur di negeri ini mereka tuduh kerajaan pusat tidak beri peruntukan,” katanya pada sidang media di Bangunan Umno Selangor di sini, hari ini.

Mohd Zin mendakwa berdasarkan maklumat yang diperoleh, baki wang berkenaan dimasukkan di bawah wang amanah negeri yang tidak diketahui apa tujuannya sedangkan wang itu sepatutnya digunakan bagi menyediakan kemudahan terbaik kepada rakyat.

Dalam pada itu, beliau berkata Umno Selangor akan membuat laporan polis terhadap pakar perlembagaan Profesor Dr Abdul Aziz Bari berhubung kenyataan mempertikaikan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) seperti yang disiarkan sebuah laman portal berita baru-baru ini.

Beliau menyifatkan tindakan Abdul Aziz itu biadap serta derhaka terhadap titah Sultan Selangor dan merupakan satu bentuk hasutan yang amat serius terhadap Institusi Diraja.

3 comments:

Anonymous said...

isu duit lesap tu kan dah biasa dan sinonim dengan Pakatan Neraka ni. yang aku lawak sgt muke si toya tuh.. hahahaha xde gambar lain ke nak letak weii kesian siot, muke baru bgn tido hahahahha

Anonymous said...

pru13 mau mari.. lu jaga khalid..

Anonymous said...

Alahai duit yang lesap jap lagi Negeri Selangor pon lesap itu kan Khalid Gagap yang suka tu...