POLITIK HARIAN: Awie Sertai UMNO Petang Esok Di Pejabat Pemuda PWTC

Wednesday, October 12, 2011

Awie Sertai UMNO Petang Esok Di Pejabat Pemuda PWTC


Penyanyi legenda rock tanah air yang juga merupakan pelakon popular, Ahmad Azhar Othman atau lebih dikenali sebagai Awie bersama beberapa artis terkemuka yang lain dijadual akan menyerahkan borang keahlian sebagai Pemuda UMNO petang esok.

Majlis penyerahan borang keahlian tersebut akan disempurnakan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin esok, khamis pada jam 4.30 petang.

Majlis tersebut akan diadakan di Pejabat Pemuda, Menara Datuk Onn.

Media sebelum ini pernah melaporkan Datuk AC Mizal dan isterinya Datin Emylia Rosnaida menyertai UMNO Perak.

Juga di fahamkan pengarah filem, Mamat Khalid turut dilaporkan media akan menyertai UMNO Bahagian Gopeng.

Syabas Pemuda Umno!


Stay in touch with Bro Jinggo

6 comments:

Anonymous said...

Semoga Awie akan dapat menarik semangat anak muda atas pagar sertai pemuda umno! kudos 2 KJ yg berjaya membawa masuk awie sbgai pemuda umno!

Pemuda Umno said...

Bob Lokman mesti berbulu ni wooooo! sukanya hati aku!! Hidup UMNO! Hidup Umno! Hidup Umno!

Anonymous said...

Bagus Awie masuk UMNo.Biar nampak jenis org yg sokong UMNO ni macam mana.Jenis haprak.Org yg berdakwah dikutuk,org yg terkinja2 disanjung.Hidup UMNO

Anonymous said...

cayalah bro awie..pas ni kita leh sama2 hentam bob otak udang...

..ampang boy ssa..lu mesti kenal gua bro.

Anonymous said...

SALAM JINGGO ... APASAL LU SUKA LINK BALIK BLOG LU LEPAS SATU ARTIKEL?

ALMOST EVERY ARTICLE PUBLISHED YOU LINKED BACK TO THE OTHER ARTICLE IN YOUR BLOG ...

ARE YOU TRYING TO CATCHING UP WITH ALEXA RANKING? JUST CURIOUS ....

Anonymous said...

nk tarik golongan muda yang sama haprak bleh la no,,artis yang berdakwah kena bahan kaw2,,artis yang sama2 tarik ke jalan maksiat disanjung..bagusla duniaku..mu kena leboom smua~