Thursday, October 13, 2011

300 Ahli PAS dan PKR Di Kelantan Sertai UMNO!


Kegagalan kerajaan Pas Kelantan menunaikan janji mereka untuk membantu rakyat dan membangunkan negeri ini menyebabkan semakin ramai penyokong tegar parti itu kini beralih kepada UMNO.

Terbaru, seramai 300 penyokong setia Pas di Ulu Kusial, dekat sini bertekad menyertai UMNO kerana merasa tertipu oleh Pas lebih-lebih lagi pemimpin tempatannya yang dianggap tidak cakna rakyat.

Penyerahan borang keahlian mereka diserahkan sendiri kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed pada Majlis Selamat Tinggal Pas di Taman Perumahan Ulu Kusial, dekat sini malam tadi.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Bekas Ketua Pas Cawangan Kampung Kusial Baharu, Zahari Mamat, 46, berkata, perjuangannya dalam Pas selama ini tidak berguna ekoran pemimpin parti itu yang tidak peka kepada masalah rakyat.

"Saya sudah menjadi ahli Pas ketika berumur 18 tahun dan memegang banyak jawatan dalam cawangan ini dan selama itulah setiap tahun saya akan kecewa dengan Pas.

"Apabila saya fikirkan semula, pemimpin UMNO lebih banyak buat kerja membantu rakyat di kawasan saya. Malah mereka lebih dikenali di sini berbanding pemimpin Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini," tegasnya.

Rakannya, Kamaruddin Abd. Halim, 48, mengingatkan rakan-rakannya yang taksub kepada Pas agar sedar dan meninggalkan parti itu demi kepentingan keluarga masing-masing.

"Sejak boleh mengundi pada umur 21 tahun, saya menjadi penyokong kuat Pas pada bila-bila sahaja pilihan raya dan kami akan lakukan apa sahaja untuk tewaskan UMNO.

"Tetapi untuk pilihan raya akan datang, kami akan berjuang memberi kemenangan kepada UMNO untuk memerintah negeri ini dan membawa kemajuan di Ulu Kusial," katanya.

Sementara itu, Mustapa ketika berucap pada majlis itu menyatakan kesyukuran dengan kesedaran ramai ahli Pas yang kini mula terbuka hati mereka untuk menyertai UMNO.

"Saya sangat gembira dengan keadaan ini, jika dahulu mereka menjauhi UMNO tetapi sekarang tidak lagi, mereka begitu berminat menyertai program yang kita anjurkan.

"Ribuan penyokong Pas pula menyertai UMNO yang membuktikan sokongan kepada UMNO semakin pulih dan kita akan pastikan nasib mereka terbela," katanya.

VIDEO EKSKLUSIF! Anwar Kantoi!

3 comments:

Anonymous said...

berpuluh tahun Pas memerintah, sekarang wajarlah ditukar pulak,asyik2 lauk sama ,mana sedap.biarkan bn pula tunaikan janji2 yang dibuat jika menang.
jika menang tapi tak ditunai janjinya, maka bn pon sama munafiknya dengan pas..

Anonymous said...

harap rakyat kelantan sedar yang selama PAS memerintah..pembangunan dari fizikal sangatlah minimal..kalau nak dibanggakan dengan pembangunan rohani,KPI kadar jenayah dikelantan bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan pun.Itu belum kira masalah sosial yang ironinya kerajaan negeri cenderung memburukkan negeri lain..Tak hairan ramai anak kelantan terpaksa merantau ke bandar-bandar mencari rezeki.

Anonymous said...

SALAM JINGGO ... APASAL LU SUKA LINK BALIK BLOG LU LEPAS SATU ARTIKEL?

ALMOST EVERY ARTICLE PUBLISHED YOU LINKED BACK TO THE OTHER ARTICLE IN YOUR BLOG ...

ARE YOU TRYING TO CATCHING UP WITH ALEXA RANKING? JUST CURIOUS ....