Saturday, December 3, 2011

Banjir : Buaya Khalid Ibrahim Terlepas Di Pekan Kajang


Hujan lebat beberapa jam petang semalam menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Kajang dilanda banjir.

Paling terjejas teruk pekan Kajang yang dinaiki air sekaligus merosakkan barangan di dalam beberapa buah kedai.

Selain itu beberapa kenderaan juga turut terkandas ekoran air yang naik secara mendadak.

Dan turut menjadi perhatian seekor buaya berenang-renang di pekan Kajang... Buaya tersebut mempunyai saiznya lagi besar dari kereta kancil...

Mungkin buaya tersebut, binatang peliharaan Menteri Besar Selangor yang terlepas sewaktu banjir besar melanda di Kajang semalam.

Kalau dulu masa BN memerentah negeri Selangor ni tak pernah pula dengar kes buaya sesat di pekan Kajang ni... tapi sejak Pakatan pembangkang PKR mentabir Selangor, macam-macam jadinya...

Rumah maksiat dan percambahan rumah-rumah urut di Selangor semakin bertambah dari sehari ke sehari dan bukan sahaja pusat-pusat urut bertambah, malah pusat-pusat judi haram juga menjadi permasalahan utama kepada penduduk dan macam-macam lagi...

Mungkin banjir besar di Kajang semalam bala dari Tuhan agaknya..

Tunggu apa lagi Khalid? Jangan bagi malu kerajaan Selangor!.. pergi la tangkap buaya saka tu... Lepas tu sumbatkan dalam penjara sungai buluh hahaha!

Kegilaan Nizar Semakin Parah!


Apa nak jadi dengan Nizar ni? dah buang tabiat ke? Haha... Tak pernah di buat orang pakai baju gambar sendiri? dah tu perasan orang muda geng dia pulak tu... Aduh saddisnya...

Cuba tangok slogan kat baju Nizar.. "Orang Muda Geng Kita"  Kalau nak ciplak slogan BN pun cari la ayat lain... Orang PAS ni memang ketinggalan sikit, tu pasal puak PAS tiru slogan "BN Pilihan Orang Muda".


Dan inilah padahnya bila manusia kalau hilang kuasa dan harta mahu tak gila dibuatnyer.. di twitter Nizar masih menggelarkan dirinya MB Nizar, pada hal jawatan tersebut sudah lama di rampas oleh Dato' Seri Dr. Zambry.

Inikah teladan yang perlu diikuti oleh ahli puak PAS yang mengagong-agongkan Nizar sebagai Pemimpin PAS di Perak?

Masih belum terlambat lagi... Pintu untuk ahli PAS bertaubat masih lagi terbuka!


PAS is DEAD!

Cer Cerita, Cer Cerita... DS Najib Cabar PAS Tinggalkan DAP! #PAUMNO


Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mencabar PAS meninggalkan DAP, setelah Parti Islam itu diperkudakan oleh DAP.

"Kalau perjuangan berdasarkan Islam, tinggal daripada jadi rakan DAP," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno di PWTC petang tadi.

Menurut lagi, sekiranya ada pertentangan fahaman antara parti dalam Pakatan Rakyat, maka rakyat tidak boleh memberi negara ini ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Dalam ucapannya, Datuk Seri Najib turut menempelak Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim dengan menyifatkan "dia tak kuat sangat, tapi pandai berkokok macam ayam".

"Berkokok sana sini, bohong sana sini, tipu sini, tipu sana, fitnah sini, fitnah sana, main sini dan main sana," kata Datuk Seri Najib.

"(Dia) bohong tak berhenti-henti, parti sendiri (pun) kucar-kacir," katanya sambil menyifatkan pembohongan terbesarnya adalah mengenai 16 September.

Datuk Seri Najib turut membidas Anwar yang mendakwa akan mengangkat sumpah sebagai perdana menteri yang menyebabkan perwakilan bersorak 'boo' untuk Anwar!!.

"Saya dengan Pak Lah masa tu, daripada mana dia dapat dia cakap, saya tanya Yang di-Pertuan Agong, baginda gelengkan kepala.

"Geleng kepala kita...cer cerita, cer cerita," katanya sambil tersenyum dan menyebabkan dewan Merdeka gamat dengan gelak ketawa.

16 Sept kononnya dakwaan 30 ahli parlimen BN melompat kepada Pakatan.

"Nak main selamat, kepung dia, bedooh (melampau), tak ada seorang pun yang seberang," katanya.

Datuk Seri najib juga menyindir PKR sebagai parti anak beranak yang didakwanya mencatatkan rekod sejarah dunia bahawa "paling ramai pemimpin keluar parti".

Muhyiddin Dan Perwakilan UMNO Ikrar Setia Kepada Parti #PAUMNO


Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengajak seramai 5,447 perwakilan daripada 191 bahagian yang hadir pada perhimpunan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra untuk bersama-sama beliau melafazkan ikrar sebagai lambang taat setia kepada parti demi kelangsungan perjuangan memartabatkan agama, mengangkat maruah bangsa dan mempertahankan kedaulatan tanah air tercinta.

Berikut lafas ikrar setia kepada parti..

Marilah kita bersama-sama bangun dengan semangat kesatuan dan kesepakatan, kejujuran dan keikhlasan, keyakinan dan kesungguhan untuk meraih sokongan padu rakyat demi kemenangan parti kita, kata Timbalan Perdana Menteri.

Ikrar itu berbunyi: "Kami orang UMNO, berikrar untuk merapatkan saf perjuangan, mengeratkan ukhuwah, menghapuskan sengketa, menghindari hasad dengki dan iri hati dan meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi.

"Kami orang UMNO berjanji taat setia kepada parti dengan memberikan sepenuh kepercayaan dan sokongan padu kepada Yang Amat Berhormat Presiden untuk memimpin kita mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya nanti.

"Kami orang UMNO bersumpah untuk bekerja dengan gigih, tersusun dan teratur, berjihad dan berinfaq di jalan Allah s.w.t, bagi memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum ke-13.

"Kami orang UMNO berikrar untuk memberikan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi kepada calon-calon yang bakal dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding dalam pilihan raya nanti,” kata Timbalan Perdana Menteri.

Lafaz ikrar tersebut dilakukan pada akhir ucapan penggulungan beliau pada akhir Perhimpunan Agung UMNO 2011.

Ketua Puteri Perli Anwar Dengan Membawa Dua Kisah Dalam Filem P Ramlee... #PAUMNO

Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin hari ini membawa dua kisah dalam filem Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Anakku Sazali dan Madu Tiga, ketika membuat penggulungan di akhir perhimpunan agung Umno petanng ini.

"Namanya Anwar, bukan nama sebenar. Bapa yakin dengan dia. Tapi dia derhaka dengan kita. Dia lawan dengan kita macam kita tak pernah bagi apa-apa.

"Dengan bangga, dia kata dekat kita, Anwar sudah besar bapa, Anwar boleh buat apa sahaja yang Anwar mahu.

Kisah ini dalam filem Anakku Sazali... Watak Anwar, tidak ada kena mengena antara hidup atau yang dah nak mati," ayat Rosnah sambil diiringi gelak ketawa perwakilan.

Selepas itu, Rosnah yang juga timbalan menteri kesihatan turut membawa contoh dalam filem Madu Tiga iaitu watak Jamil.

Beliau menyifatkan individu itu seperti Jamil yang berjumpa dengan ketiga-tiga isterinya tetapi memberi tiga janji yang berbeza.

Kata Rosnah, kepada isteri pertama, dia berkata 'lu tolong gua, wa kasi apa lu mahu'. Isteri pertama dinisbahkan kepada DAP.

Kepada isteri kedua, individu itu dengan berjanji menyokong negara Islam, tapi meminta PAS tunggu dulu menubuhkan negara Islam.

Kepada isteri ketiga yang disifatkan Rosnah sebagai 'rakyat', individu itu berjanji untuk membanteras rasuah dan hidup matinya kerana rakyat.

Kemudiannya, Timbalan Pengerusi Tetap Datuk Mohamad Abdul Aziz (MP Sri Gading) yang mempengerusikan sesi tersebut, mencelah: " Dia ada bini nombor empat, bini dia jantan".

Kata-kata tersebut membuat Rosnah dan perwakilan ketawa, lantas beliau menjawab: "Saya setuju dengan pengerusi tetap".

Rosnah berceloteh lagi, katanya Jamil itu mempunyai seorang penasihat iaitu bapa mertuanya yang mengingatkan menantunya bersikap adil setelah bermadu tiga.

"Jamil... Bapa tak kisah Jamil nak kahwin berapa pun, tapi Jamil mesti adil... Sebab itulah dia panggil nama Keadilan," tambahnya.

"Tengok cara dia, tuan-tuan, kanan dia pusing, kiri dia temberang, depan dia tipu, belakang dia buat apa, biar tuan- tuan sendiri yang akan menjwabnya.

"Inilah pakar putar alam, pakar raja drama," katanya gelak ketawa perwakilan.

Hebat Ketua Puteri mencuitkan perhatian perwakilan!

Menurut Rosnah, PKR dan PAS ditubuhkan "atas dasar kekecewaan dan dendam" sebaliknya Umno tidak demikian dan ditubuhkan untuk membela bangsa dan parti sejati untuk orang Melayu.