Saturday, December 3, 2011
Cer Cerita, Cer Cerita... DS Najib Cabar PAS Tinggalkan DAP! #PAUMNO
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mencabar PAS meninggalkan DAP, setelah Parti Islam itu diperkudakan oleh DAP.
"Kalau perjuangan berdasarkan Islam, tinggal daripada jadi rakan DAP," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno di PWTC petang tadi.
Menurut lagi, sekiranya ada pertentangan fahaman antara parti dalam Pakatan Rakyat, maka rakyat tidak boleh memberi negara ini ditadbir oleh Pakatan Rakyat.
Dalam ucapannya, Datuk Seri Najib turut menempelak Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim dengan menyifatkan "dia tak kuat sangat, tapi pandai berkokok macam ayam".
"Berkokok sana sini, bohong sana sini, tipu sini, tipu sana, fitnah sini, fitnah sana, main sini dan main sana," kata Datuk Seri Najib.
"(Dia) bohong tak berhenti-henti, parti sendiri (pun) kucar-kacir," katanya sambil menyifatkan pembohongan terbesarnya adalah mengenai 16 September.
Datuk Seri Najib turut membidas Anwar yang mendakwa akan mengangkat sumpah sebagai perdana menteri yang menyebabkan perwakilan bersorak 'boo' untuk Anwar!!.
"Saya dengan Pak Lah masa tu, daripada mana dia dapat dia cakap, saya tanya Yang di-Pertuan Agong, baginda gelengkan kepala.
"Geleng kepala kita...cer cerita, cer cerita," katanya sambil tersenyum dan menyebabkan dewan Merdeka gamat dengan gelak ketawa.
16 Sept kononnya dakwaan 30 ahli parlimen BN melompat kepada Pakatan.
"Nak main selamat, kepung dia, bedooh (melampau), tak ada seorang pun yang seberang," katanya.
Datuk Seri najib juga menyindir PKR sebagai parti anak beranak yang didakwanya mencatatkan rekod sejarah dunia bahawa "paling ramai pemimpin keluar parti".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
apelah nak cabar2, umno tu tinggalkan gerakan dan mca tu dulu, jgn buat cabaran bangan ni
Post a Comment