Friday, December 23, 2011

Adam Adli Terima Notis Tatatertib UPSI


Adam Adli, aktivis gerakan pelajar underground yang menurunkan bendera memaparkan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat UMNO di PWTC Sabtu lalu hari ini mengesahkan dia telah menerima notis pendengaran tatatertib dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Adam seperti dilaporkan FMT berkata seorang individu tidak dikenali menyerahkan notis terbabit, yang mengarahkannya hadir ke perbicaraan tatatertib pada 9 Januari depan.

Dia mengesahkan akan hadir menjalani perbicaraan tatatertib tersebut.

“Saya tidak faham kenapa anda takut dengan kami? Kami bukan ahli politik tetapi mahasiswa. Kalau anda musuhi kami, maknanya apa yang mahasiswa lakukan adalah betul,” katanya ketika ditemui membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Adam yang ditemani peguamnya, Fadiah Nadwa Fikri, membuat laporan polis mendakwa menerima ugutan.

Fadiah yang merupakan peguam pilihan PKR dari LFL (lawyers for Liberty) menuduh individu yang mengugut Adam itu, bernama Ruslan Mokhtar adalah seorang anggota polis.

“Ruslan dipercayai seorang anggota polis kerana pegawai polis di luar pondok Bukit Aman seolah-olah mengenalinya”, katanya.

-AIDC

Hasan Ali Dipelawa Sertai PERKASA!


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) secara terbuka mempelawa Anggota Exco Kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali menyertai pertubuhan itu jika beliau benar-benar ingin meneruskan perjuangannya menegakkan agama Islam dan orang Melayu.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata sudah sampai masanya Hasan membuat keputusan menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) jika merasakan perjuangannya dalam Pas tidak mampu memenuhi hasrat dan cita-citanya itu.

"Beliau kini sudah dipinggirkan oleh Pas," kata Ibrahim kepada pemberita ketika ditemui pada mesyuarat agung Majlis Tindakan Rakyat Kelantan di sini hari ini.

Ibrahim, yang juga Anggota Parlimen Pasir Mas, berkata beliau telahpun menyatakan hasratnya itu kepada Hasan sebelum ini tetapi setakat ini belum menerima apa-apa jawapan.

Hasan, yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, dilaporkan berkata parti itu telah menyimpang daripada perjuangan asalnya untuk mewujudkan sebuah negara Islam dengan mengubah pendirian untuk membentuk sebuah "negara berkebajikan".

Kenyataan beliau itu mendapatkan kritikan bebarapa pemimpin atasan Pas.-Bernama

PAS is Dead!

Lagi Gambar Pertemuan Sulit Anwar Bersama Persatuan Pelajar Di Bongkarkan!

Nurul Izzah memainkan peranan utama dalam menarik dan meghasut mahasiswa!



Sessi dialog bersama persatuan pelajar berlangsung di kediaman Anwar Ibrahim semalam, ketiga-tiga anak beranak ini dilihat berucap dan menyampaikan sesuatu kepada gerombolan 'mahasiswa' ini.

Menurut sumber sekumpulan 'mahasiswa' ini akan dikeldaikan pada 9 Januari 2012 dimana latihan gerakan mobilasasi sudah diatur oleh AMK. Malah siri pertama latihan telah pun berjaya dijalankan yang diketuai oleh Shamsul Iskandar Ketua AMK.



Modus operandi mereka adalah berkumpul di hadapan mahkamah untuk mendengar keputusan perbicaraan Liwat II yang mana pada 9 Jan.


Kelihatan Adam Adli yang nyata perjuangannya bukan untuk suara mahasiswa tetapi berkiblatkan Anwar Ibrahim!

Gambar Big Dog Naik Heli Dengan Lim Guan Eng Macam Haram Jadah!


Aku tak tahu macam mana diaorang boleh sumbat Big Dog dalam Helikopter ni? Tak dapat aku bayangkan betapa siksanya Big Dog Dalam heli tersebut! Sampai nak bernafas pun payah.... Hahaha! Macam harajadah bro!

Aduhh! tak de blogger lain ke nak sumbat kat dalam heli tu? dah tahu Big Dog ni kalau menyuruk di sebalik pokok pun orang boleh tahu itu Big Dog laaaaa... yang pergi hantar dia jadi spy apa kes???


Big Dog tak reti cover line... Gara-gara gila sangat nak masuk TV... dia sanggup interframe, terhegeh-hegeh masa Guan Eng di temuramah oleh wartawan? Kot ya pun agak-agak la... Apa ingat Guan Eng tu pemimpin BN ke? Bingai....

Diatas ke bingaian Big Dog ini... dia dah bagi peluru hidup hingga memaksa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjawab kritikan dari puak pembangkang!  


Nasib baik kapal selam Scorpene tak seperti yang dicanang oleh puak pembangkang! kalau tak jadi bangkai Titanic la Big Dog!

Ok lah Big Dog aka Mohammed Zakhir... kami blogger tak naik heli so... kalau nak cari publisiti murahan tu... agak-agak la bro... ukur dulu saiz badan tu...

Khir Toyo Didapati Bersalah

Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini terhadap tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri hartanah bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta di Seksyen 7 di sini, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki memutuskan demikian selepas berpuas hati bahawa tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap pertuduhan itu.

Mohamad Khir melalui peguamnya diberi peluang untuk mengemukakan rayuan bagi meringankan hukuman.

Ini menunjukkan sistem keadilan di Malaysia telus dan adil dan tidak ada pun orang UMNO membuat Demo. Ini juga menunjukkan UMNO menghormati keputusan mahkamah dalam membuat keputusan.

Mohamad Khir, 46, dituduh mendapatkan untuk diri dan isteri, Zahrah Kechik, 46, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L di sini, daripada Ditamas Sdn. Bhd. melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr. Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Yusry Akan Umum Tarikh Nikah Bersama Puteri UMNO, Lisa Surihani... Pada Sabtu Ini...


Tahniah diucapkan kepada Yusry kerana berjaya menyunting Puteri UMNO yang cantik molek ini... Semoga ianya berkekalan hingga ke akhir hayat...

Selepas sekian lama berteka-teki mengenai tarikh perkahwinan mereka, pasangan artis Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim akan membuat pengumuman istimewa mengenai perkara itu pada Sabtu ini.


Jemputan mengenai pengumuman berkenaan telah dihantar oleh pihak KRU Studios kepada pihak media pada petang Khamis.

Majlis berkenaan akan diadakan pada pukul 10.30 pagi di Hotel Marriott, Putrajaya.

Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan KRU Studios, Norman Abdul Halim yang juga abang kepada Yusry ketika dihubungi bagi mengesahkan perkara itu hanya ketawa dan memberitahu akan menjelaskan perkara sebenar kepada pihak media pada hari berkenaan.

"Ia merupakan satu pengumuman istimewa dan pastinya ia akan diberitahu pada majlis nanti. Kalau saya beritahu sekarang tak ada kejutanlah," katanya berseloroh.

Pada pengumuman itu nanti, ibu bapa Yusry iaitu Abdul Halim dan Zarina Fenner serta ibu Lisa, Siti Amira Ahmad juga akan turut serta.

Difahamkan Yusry dan Lisa akan bernikah pada awal tahun depan yang mana majlis berkenaan akan mendapat liputan secara langsung menerusi saluran Astro.

Pasangan tersebut sudah mula rapat sejak Mac lalu dan sering berhubungan menerusi telefon bimbit masing-masing sejak setahun yang lepas.

Kemudian kedua-dua mereka membuat pengakuan pertama pada bulan Jun bahawa mereka sedang menjalinkan hubungan lebih daripada seorang kawan dan menganggap ia sebuah perhubungan yang matang.

Sumber: Mstar

Apa Motif Anwar Kumpulkan Persatuan Pelajar Di Rumah Anwar?


Apa motif sebenarnya perjumpaan Anwar dengan kumpulan pelajar di rumahnya di Damansara, Khamis malam semalam?

Adakah Anwar sedang memberi tugasan khas kepada Adam Adli dan rakan Mahasiswanya dalam usaha untuk membebaskan Anwar dari tuduhan liwatnya?

Adakah budak-budak mentah ini akan di gunakan oleh Azmin Ali untuk merobohkan tembok penjara?

Adakah budak-budak ini juga akan di kerahkan untuk membuat reformasi besar-besaran jika Anwar di penjarakan nanti?

9 Jan tak lama lagi... Mungkin Anwar kini merancang sesuatu untuk menyelamatkan dirinya...

Menurut sumber rapat, pertemuan Anwar bersama pelajar-pelajar tersebut ialah untuk mencetuskan rusuhan menjelang hari keputusan perbicaraan liwat pada 9 Jan nanti...

Pelajar-pelajar tersebut di hasut bagi mengadakan satu demontrasi besar-besaran sekiranya Anwar Ibrahim di dapati bersalah.

Wahai Mahasiswa... jangan lah kamu menjadi alat untuk kepentingan Anwar! Jangan rosakan masa depan anda kerana terpedaya dengan janji-janji manis oleh Anwar Ibrahim!

Thursday, December 22, 2011

Afdlin Shauki Azankan Adam Adli Bendera !



Afdlin Shauki azankan Mahasiswa biadap, Adam Adli tentang isu beliau turunkan bendera PM di Pejabat Umno.

Video URL: http://youtu.be/mjRFdsMgVi0

Malaysiakini Buat Filem Untuk PAS "We Know What You Did Last Ramadan"


Pergolakan dalaman politik PAS sekarang sudah masuk ke dunia hiburan pula.. Hari ini Malaysiakini menerbitkan satu artikel seakan-akan hampir sama dengan tajuk cerita "I Know What You Did Last Raya" cuma beza tajuk dari Malaysiakini "We know what you did last Ramadan, PAS tells Hasan".

Mungkin lepas ni mungkin ada pengarah yang akan menerbitkan filem ini... hahaha lawak siut!


Perang dingin antara Datuk Dr Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa VS PAS boleh bikin parti tersebut jadi bertambah cacamarba,' damage control '.

Yang tidak seronok didengar pula... Adakah patut diaorang duk sibuk perang mulut lepas tu nak salahkan UMNO pulak! apa punya umatlah puak PAS ni! PRASANGKA betul! inikah ajaran Islam PAS?

Berikut adalah ugutan dari Mustapha kepada Hasan Ali...


We know what you did last Ramadan, PAS tells Hasan


Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali berkata dakwaannya bahawa Datuk Dr Hasan Ali telah terjatuh ke dalam perangkap Umno, disokong oleh "satu mesyuarat" pada bulan puasa Ogos.

Katanya, beliau ingin bertanya kepada Hasan, apa yang beliau buat selepas solat terawih di Hotel Le Meridien di Kuala Lumpur, yang turut dihadiri bekas timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dan tiga orang lagi.

"Saya mahu tahu apa yang telah dibincangkan? Projek ekonomi atau projek politik," soal Mustafa.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai mesyuarat tersebut walaupun berulang kali ditanya oleh pemberita.

Sebaliknya Mustafa secara berseloroh berkata beliau bersedia tarik ballik soalan mengenai perkara itu jika "ia akan menyebabkan lebih banyak masalah".

Ini, katanya, adalah untuk menjawab tuntutan Hasan supaya Mustafa membuktikan bahawa yang mereka kedua (Hasan dan Nasharuddin) telah jatuh ke dalam perangkap Umno kerana terus menerus menyerang parti Islam itu.

Komen Mahasiswa Terhadap Tindakan Biadap Adam Adli

Krew KritisOnline cuba mendapatkan maklum-balas dari mahasiswa/siswi berkaitan isu ‘hangat’, Adam Adli, seorang penuntut di Universiti Perguruan Sultan Idris, Perak yang dikatakan bertindak luar batasan ‘menceroboh’ dan ‘mengacau-ganggu’ harta awam dengan cara menurunkan bendera Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia ke-enam, YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan seterusnya menggantikan dengan bendera gerakan ‘Bebas’, suatu gimik yang dilakukan berbentuk provokasi dalam menuntut 6 perkara mengenai ‘AUKU’ dan ‘kebebasan akademik’ baru-baru ini di PWTC.

Faten Afeeqa bt. Othman, 20 tahun, jurusan Perniagaan Antrabangsa, Universiti Perlis Malaysia:

“Kecewa! Kerana tindakannya itu terlalu diperbesarkan dan seolah-olah menjadi ‘ikon’ mahasiswa walhal saya sebagai student tidak setuju pun dengan tindakan itu. Apatah lagi jurusan yang dia ambil adalah sebagai pendidik. Kalau inilah contoh atau ‘ikon’ kepada bakal anak-anak muridnya nanti setelah bergelar pendidik, sukar untuk saya bayangkan. Mahasiswa secara umum dilihat sebagai golongan istimewa kerana pandangan bersifat akademik dan profesional namun tindakan beliau melambangkan sebaliknya”.

Muhamad Aizat b. Saad, 22 tahun, jurusan Pentadbiran Muamalah, Universiti Utara Malaysia

“Bila dia (Adli Adam) buat begitu maknanya dia tak menghormati pemimpin. Walaupun marah tetapi tak sepatutnya buat begitu. Pemimpin walau apa juga tindakannya mestilah dihormati kerana pemimpin bertungkus-lumus siang dan malam mengurus dan mentadbir Negara untuk rakyatnya. Ada 2 efek yang saya lihat pertama, mahasiswa yang menyokong tindakan beliau dan kedua mahasiswa yang tidak menyokong beliau. Apa pun, kedua-dua kumpulan (yang menyokong dan menolak) akan terbuka untuk melakukan perkara yang lebih teruk lagi dari menurunkan bendera pada masa akan datang kerana pengaruh negative itu telah pun dibuka”.

Hafsah bt. Mohammad Noor, 24 tahun, jurusan Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

“Sikap dia (Adli Adam) yang tidak menghormati pemimpin ada berbagai persepsi. Pertama, beliau adalah ‘orang Melayu’. Bangsa lain akan melihat inikah sikap orang Melayu kerana tidak ada laporan penuntut berbangsa lain yang terlibat waktu hari kejadian (menurunkan bendera). Mahasiswa lain kini terpalit dengan perbuatan negatif beliau walaupun sebenarnya kami tidak pun terlibat sama dan tidak bersetuju. Kedua, mahasiswa kini sudah terasa dengan kehadiran politik dalam kampus walaupun AUKU belum dipinda dan baru dicadangkan untuk dipinda. Saya secara peribadi cukup tidak berkenan dengan perasaaan ini (kehadiran politik dalam kampus) kerana ia mengganggu pembelajaran saya sendiri”.

Intan Syafinas bt Othman, 20 tahun, jurusan Perniagaan Antarabangsa, Universiti Perlis Malaysia:

“Not polite at all! Kalau pun dia merasa marah, apabila memorandum telahdiserahkan, cukuplah! Maknanya hajat beliau dan gerakannya telah tercapai. Tapi aksi menurunkan bendera itu amat tidak patut. Lagi satu, apabila mahu meminta maaf sebagaimana yang saya lihat dalam youtube, kena bersyarat. Apa ni? Kita bangsa Melayu penuh adab kalau mahu mohon maaf, ikhlas. Bukannya bersyarat berbagai. Nampak sangat tak ikhlas. Dan lagi satu, tindakan dia menurunkan bendera setelah lama kejadian memorandum diserahkan adalah tindakan pengecut. Kenapa tak maklumkan dulu nak turunkan bendera? Kenapa buat curi-curi?


Mohd Rizuan b. Mohd Haran, 24 tahun, jurusan Sastera Pendidikan, Universiti Sains Malaysia

“Sebagai seorang mahasiswa tahun akhir, saya faham tindakan Adli dalam menuntut hak mahasiswa, namun, menurunkan bendera itu bukan tindakan matang dan saya rasa secara peribadi ianya telah dirancang awal oleh pihak tertentu yang mempergunakan mahasiswa yang terbabit dalam kejadian untuk menyemai kebencian terhadap UMNO dan Barisan Nasional. Buktinya, kalau betul nak serah memorandum, kenapa PWTC yang menjadi pilihan mereka? Kerana ianya ibu pejabat parti (UMNO). Sepatutnya ia diserahkan di Kementerian Pengajian Tinggi atau Jabatan Perdana Menteri sendiri di Putrajaya, bukan di PWTC.


Nurul Nadirah Fazmin bt. Narawi, 21 tahun, jurusan Keusahawanan & Perdagangan, Universiti Pendidikan Sultan Idris Malaysia

“Sukar saya ucapkan. Apatah lagi saya sendiri dari UPSI. Beliau (Adli) mencipta sejarah tersendiri, sayangnya sejarah yang tidak dapat dibanggakan oleh mahasiswa lain di UPSI. Sesungguhnya tindakannya mencalar imej kami secara khusus sebagai mahasiswa dan imej universiti kami secara am. Saya sendiri menolak perbuatannya walau dengan apa juga alasan yang diberikan, tidak kiralah alasan kerana menuntut hak mahasiswa atau alasan politik yang sesungguhnya tidak mewakili saya pun sebagai mahasiswa. Saya tak pasti kalau ‘silence’ mahasiswa seperti saya pun tak setuju. Apa yang pasti, saya kesal dengan perbuatannya!"

Sumber:  KritisOnline

Khairy (KJ) Hiasi Muka Depan Majalah MASKULIN Januari 2012


Buat pertama kalinya, ahli politik terhangat di pasaran, Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai KJ di pilih untuk menjadi penghias muka depan majalah MASKULIN bagi isu Januari 2012.

Apakah kisah-kisah menarik beliau yang dikongsi bersama pembaca setia MASKULIN? Untuk mengetahui lebih lanjut tentang KJ, jangan lupa dapatkan MASKULIN di pasaran.

Gaya seorang Ketua Pemuda UMNO Malaysia

Sudah pasti majalah MASKULIN keluaran Jan 2012 laris di borong oleh penyokong dan peminat KJ


P/S: Aku pernah nak jadi model MASKULIN tapi tak kesampaian... tak pa bagi chan kat chief dulu huhu... 

Blogger Sekupang Dua Buat Laporan SPRM Keatas Nga Koh Meng


Blogger dari Perak Sekupang Dua semalam membuat laporan SPRM keatas Nga Kor Meng, mengikut dari laporan yang didedahkan berhubung dengan Penyelewengan dan salahgunakuasa yang dilakukan Nga.

Menulis di laman blognya, Sekupang Dua berkata, "bila Nga Kor Meng mencabar teman untuk lapor kat SPRM Pasal tender Long suit, Teman Lapor ler adaker kata teman ni buat-buat bukti, Jam 3 petang tadi teman terus ke SPRM dan buat laporan tentang kes Tender Long Suit semasa pemerintahan Pakatan Rakyat sebagai kerajaan Negeri".

Seterusnya baca di sini...

[video] Hasan Ali Tak Mampu Mengaku Bersama PAS - Soal Jawab TV3


Exco kerajaan negeri Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata beliau tidak kisah jika digugurkan daripada jawatan tersebut serta tidak dipilih semula untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang kerana berpegang teguh kepada prinsip perjuangannya.


Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu, Infrastuktur dan Kemudahan Awam Selangor berkata: "Yang jelas adalah perjuangan saya mempertahankan Islam, bangsa Melayu dan institusi Raja-Raja."

"Bagi saya ketiga-tiga ini merupakan landasan yang sangat penting dari dulu sampai sekarang," katanya dalam program Soal Jawab TV3 yang dikendalikan oleh Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Datuk Ahmad A Talib yang disiarkan malam tadi.

Menyentuh mengenai PAS, ADUN Gombak Setia itu berkata jawatankuasa pusat parti itu kini lebih ramai dianggotai oleh profesional iaitu sebanyak 65 peratus berbanding golongan ulama yang kini hanya 35 peratus.

Untuk itu beliau berharap anggota parti dapat meletakkan kembali kedudukan ulama sebagai barisan kepimpinan parti.

Ini adalah kerana golongan ulama dilihatnya mampu membawa PAS kembali ke landasan perjuangan berdasarkan prinsip Islam, katanya.

Ditanya sama ada beliau akan meninggalkan PAS berikutan perubahan ini, Hasan berkata:

"Saya akan bersama apa jua gerakan berunsur politik atau tidak yang dapat mempertahankan Islam, orang Melayu dan institusi Raja.

Video URL: http://youtu.be/tl0gw77gbWU

Ariff Alfian Perjuangkan Hak Lelaki Gay Sebagai Orang Islam!


Tak terkata dibuatnya berita kehilangan Ariff Alfian Rosli sebelum ini , ibubapanya mencarinya lebih 3 tahun. 8 kali turun naik kapal terbang tak jumpa-jumpa anaknya. Tup-tup, keluar berita yang asalnya datang daripada sebuah laman web dari luar negara yang memaparkan edisi perkahwinan melibatkan Ariff Alfian Rosli dengan pasangan juga seorang lelaki.

"Saya tidak menganut agama lain seperti yang dilaporkan. Saya dilahirkan sebagai Islam, saya masih seorang Islam dan akan kekal Islam sehingga saya meninggal dunia.

Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya walaupun saya gay dan berkahwin dengan pasangan sejenis".. Kata Ariff Alfian..


Na'udzubillahi min dzalik....

Kaum Nabi Lot sudah bertambah ramai di zaman jahiliyya akhir zaman. Kaum songsang ini yang sekarang dikenali sebagai LGBTI ini termasuk golongan gay yang tidak diterima Nabi sebagai umat.

Binatang pun tahu membezakan yang mana jantan dan betina...

Bekas pelajar perubatan University College Dublin (UCD) Ariff Alfian Rosli (Gay melayu yang berkahwin sesama jantina) yang dilaporkan hilang baru-baru ini, memberitahu, dia selamat dan kini menetap di Dublin.

Menurut Ariff Alfian, dia juga masih beragama Islam dan tidak hilang sebagaimana dilaporkan.

‘‘Saya tidak menganut agama lain seperti yang dilaporkan. Saya dilahirkan sebagai Islam, saya masih seorang Islam dan akan kekal Islam sehingga saya meninggal dunia.

‘‘Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya,” katanya yang dipetik dalam portal berita http://www.irishtimes.com semalam.

Pada 12 Disember lalu, bapanya, Rosli Haron telah melaporkan kehilangan Ariff Alfian kepada Utusan Malaysia selepas gagal menghubungi anaknya itu sejak tiga tahun lalu.

Bekas pelajar UCD itu memberitahu, dia telah bermastautin di Ireland ketika mula menyambung pengajian dalam bidang perubatan sejak lapan tahun lalu.

“Saya tak hilang. Pihak berkuasa Ireland tahu saya tinggal di negara ini secara sah.

‘‘Kedutaan Malaysia juga tahu dan sedar yang saya tinggal secara sah di sini sejak beberapa tahun lalu,” ujarnya.

Ariff Alfian mengakui dia sudah beberapa tahun tidak bercakap atau menghubungi bapanya di Malaysia, ekoran satu perselisihan faham antara mereka.

‘‘Saya ada sedikit salah faham dengan ayah pada tahun 2009 dan sehinggalah saya dilaporkan hilang.

‘‘Saya masih tidak berhubung dengannya, tetapi sering berhubung dengan ahli keluarga yang lain,” katanya lagi.

Ariff Alfian menjelaskan, tindakannya itu secara tidak langsung telah menarik perhatian masyarakat.

Menurutnya, dia tidak berniat mencetus kontroversi, apatah lagi perkara tersebut melibatkan keluarganya.