Friday, December 23, 2011

Khir Toyo Didapati Bersalah

Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini terhadap tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri hartanah bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta di Seksyen 7 di sini, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki memutuskan demikian selepas berpuas hati bahawa tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap pertuduhan itu.

Mohamad Khir melalui peguamnya diberi peluang untuk mengemukakan rayuan bagi meringankan hukuman.

Ini menunjukkan sistem keadilan di Malaysia telus dan adil dan tidak ada pun orang UMNO membuat Demo. Ini juga menunjukkan UMNO menghormati keputusan mahkamah dalam membuat keputusan.

Mohamad Khir, 46, dituduh mendapatkan untuk diri dan isteri, Zahrah Kechik, 46, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L di sini, daripada Ditamas Sdn. Bhd. melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr. Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

3 comments:

Anonymous said...

Salah tetap salah,x kire mana punye parti politik,so hormati la perlembagaan undang2 ye!!! Kpada ANUAR aljubohri..trima je la apa2 kputusan pda 9 januari nnti dgn hati yg terbuka..peace yawwwwwwwww

Anonymous said...

MAT SABU YANG MENGGELARKAN ANWAR IBRAHIM "ANWAR ALJUBURI" BUKAN UMNO DAN SEKARANG PKR BOLEH TIDUR SEKELAMBU DENGAN PAS DAN DAP BETUL PUNYA HIPOKRIT.
Senarai Pemimpin PKR keluar parti
Bekas Timbalan Presiden, Dr. Chandra Muzaffar
Bekas Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd. Noor
Ketua Penerangan, Ruslan Kassim
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Zainur Zakaria
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Datuk S. Nallakarupan
Pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan seperti:
Bekas Naib Presiden, Marina Yusuff
Bekas Setiausaha Agung, Mohd. Annuar Tahir
Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari
Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan, Lokman Noor Adam
Bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Muhammad Zahid Md Arip
Bekas Timbalan Pengarah Pilihan Raya Keadilan, Hamdan Taha
Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim
Setiausaha Pergerakan Pemuda PKR Sabah, Faizal Julaili
Setiausaha PKR Bahagian Papar, Awang Mumin Awang Marali
Bekas Bendahari Agung, Abdul Rahman Osman
Bekas Naib Presiden PKR, Saidatul Badru Tun Said Keruak
Naib Presiden, Jeffrey Kitingan
Datuk Zaid Ibrahim
Ketua Angkatan Muda (AMK) Kuala Selangor , Nazaruddin Darmawan
Ketua Wanita Kuala Selangor, Fauziah Sulaiman
Bekas calon PKR Teluk Kemang / antara pengasas PKR, Abdul Manap Shahardin
Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor, Datuk Dr Halili Rahmat
Ketua PKR Tanjung Malim / Ketua Penerangan PKR Perak, Soraya Sulaiman
Timbalan Ketua PKR Bagan Serai, Roshanita Mohd Basir
Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah AbdullahKerusi Parlimen
Ahli Parlimen Bayan Baru - Datuk Seri Zahrain Mohamed
Ahli Parlimen Nibong Tebal - Tan Tee Beng
Ahli Parlimen Bagan Serai - Mohsin Shamsuri
Ahli Parlimen Kulim Baru - Zulkifli Nordin
Ahli Parlimen Wangsa Maju - Wee Choo Keong
Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)
Adun Behrang - Jamaluddin Mohd Radzi
Adun Changkat Jering - Kapten (B) Mohd Osman Jailu
Adun Ngemah - Gabriel Adit Demong
Adun Lunas - Md Radzi Salleh
Adun Pelabuhan Klang - Badrul Hisham Abdullah
Adun Bukit Selambau - V. Arumugam
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang - Fairus Khairuddin

Anonymous said...

apa la bangang puji org x buat demo utk org bersalah =..=" kalau dah terang terangan salah and orang lain buat demo tu kira sama la pemimpin ngan org dipimpin otak letak kat kepala lutut, itu pun nak bangga? rasuah berjuta penjara setahun, lepasni didapati tidak bersalah terus takde hukuman. familiar?