Thursday, December 29, 2011

Siapa Tipu Siapa? Hasan Ali Atau Nik Aziz?

Siapa tipu siapa sebenarnya ni? Kalau tak kencing pembaca memang bukan Harakah namannya...

Semalam Nik Aziz mengesahkan beliau berjumpa dengan Hasan Ali memohon maaf, serta menarik balik segala kenyataannya terhadap PAS...

Hari ini dalam satu keyataan media Hasan Ali menafikan kenyataan tersebut. Apa kesss....

Jelas Harakahdaily di gunakan oleh pemimpin tertentu dalam PAS untuk mengaibkan pemimpin politik...

Sedangkan pemimpin PAS sendiri pun diselewengkan faktanya inikan pula pemimpin UMNO yang sering difitnah menerusi Harakahdaily... Memang lawak betul Harakah kah kah kah...


Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Datuk Dr Hassan Mohd Ali telah bertemu dengan pimpinan tertinggi PAS semalam dan menarik balik segala kenyataannya terhadap PAS sebelum ini.

Beliau juga berkata, Hassan Ali juga telah meminta maaf dari pimpinan PAS mengenainya.

"Saya melahirkan rasa syukur di atas rasa rendah diri Datuk Hassan Ali yang bersedia memohon maaf serta menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti sebelum ini.

"Bukan mudah bagi orang yang melakukan kesalahan serta mengakuinya dan memohon maaf, jadi tindakan beliau itu begitu mengharukan saya.

"Saya juga berharap, orang lain yang mempunyai masalah seperti ini berlapang dada seperti Datuk Dr Hassan," kata Nik Aziz kepada wartawan di sini. Harakahdaily



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Dr Hasan Mohamed Ali hari ini menafikan laporan media rasmi PAS, Harakahdaily berkenaan laporan dia pergi berjumpa Mursyidul Am untuk meminta maaf di Kelantan kelmarin.

Sebaliknya, menurut bekas Pesuruhjaya PAS berkenaan, tujuan dia ke Kelantan adalah untuk menghadiri majlis mahabbah melibatkan dirinya dan Nasharudin Mat Isa, bersama-sama pemimpin tertinggi PAS.

“Sebenarnya saya dijemput untuk menghadiri satu majlis mahabbah melibatkan saya dan Nasharudin Mat Isa bersama-sama dengan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din di kediaman rasmi Tuan Guru Mursyidul Am di JKR 10 Kota Bharu.

“Soal saya turun ke Kota Bharu untuk memohon maaf kepada pucuk pimpinan seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily dan dipetik oleh kebanyakan saluran media adalah tidak benar sama sekali.

“Saya terkilan dengan laporan Harakahdaily itu walaupun lidah rasmi parti tersebut kerapkali diingatkan supaya tidak memutarbelit fakta yang boleh menimbulkan keraguan dan perpecahan,” jelasnya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.

Laporan Harakahdaily semalam menyebut Hasan Ali (gambar) dan Nasharuddin berjumpa Nik Aziz di kediaman rasmi Menteri Besar tersebut untuk meminta maaf terhadap beberapa isu sebelum ini dan menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti.

Kenyataan itu turut disahkan oleh Nik Aziz sendiri, malah beliau turut bercadang untuk membuat kenduri kecil-kecilan bagi meraikan perkara tersebut.

Tambah Nik Aziz, pertemuan tersebut dianjurkan oleh PAS Pusat dan menurutnya, “sekiranya PAS Pusat tidak mengatur pertemuan itu sekalipun, saya akan panggil dia.”

“Saya berharap PAS Pusat dapat menganjurkan kenduri besar-besaran untuk meraikannya dan ahli PAS boleh memberi sumbangan untuk menjayakan rancangan berkenaan,” katanya.

Malah, beliau yakin, perkara itu tidak lagi akan dijadikan isu oleh Umno ekoran ruang mereka untuk tujuan itu sudah tertutup rapat.

Sementara itu, menurut Hasan, majlis mahabbah tersebut berlangsung dengan penuh kemesraan, keakraban dan keikhlasan dan antara perkara yang disentuh termasuklah halatuju parti, persediaan PRU 13, dan perjalanan Harakah sebagai lidah rasmi parti.

“Kami telah memberikan penjelasan, pandangan dan input untuk diberikan perhatian oleh pucuk pimpinan parti demi mengukuhkan perjalanan parti dan sokongan rakyat terhadapnya,” kata Hasan lagi.

Sehubungan itu, Hasan turut menzahirkan rasa terharu terhadap penghargaan yang ditunjukkan oleh pucuk pimpinan terhadapnya dalam meneruskan perjuangan untuk memartabatkan Islam di negara ini.

Adam Adli Takut Kena Tumbuk... Batalkan Program Pidato Di Padang Kota


Mamat luncai Adam Adli dan SMM hari ini membatalkan hasrat mereka untuk meneruskan jelajah serahan memorandum dan sudut pidato Kebebasan Akademik di Padang Kota Penang.

Program tersebut ialah anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) bersama Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) yang akan mengadakan jelajah ke semenanjung Malaysia untuk menyampaikan mesej serta tuntutan mereka.

Nah.... baru nak mulakan perjuangan dah terkincit di tengah jalan.... Piraaahhh mabuk...

Jangan main-main dengan otai penang bro... selanjutnya baca disini...

Kor Ming Terkincit Dengan Blogger Sekupangduas... Tidak Muncul Serahkan Surat Saman

Mantop abang brader aku... 

Kisah Sekupangduas menerjah kes salah guna kuasa Nga kor Ming kini hangat di media arus perdana mahupun alternatif... Kor Ming menggunakan beberapa taktik untuk mengertak Sekupangduas... Antaranya ialah mahu menyaman blogger Sekupangduas supaya tutup mulut... dan yang terbaru dengan menggunakan taktik lapok menghantar peluru yang kononnya dihantar untuk mengancam nyawa Kor Ming...

Utusan - Penulis blog Sekupangduas, Ahmad Sofian Yahya hari ini mengotakan kata-katanya dengan hadir di pejabat DAP negeri untuk menerima sendiri surat saman daripada Setiausaha Agung DAP Perak, Nga Kor Ming berhubung dakwaan salah laku pemimpin itu.

Bagaimanapun, hasrat Ahmad Sofian, 47, yang tiba kira-kira pukul 10 pagi untuk bersemuka dengan Kor Ming tidak kesampaian apabila Ahli Parlimen Taiping itu tidak muncul.

Sebaliknya, hanya Naib Setiausaha Eksekutif DAP, Siew Lee Wah yang hadir untuk mendapatkan butiran diri Ahmad Sofian sambil memberitahu, Kor Ming tidak berada di bandar raya itu buat sementara waktu.

Lee Wah bagaimanapun mengesahkan, Kor Ming mengetahui mengenai hasrat Ahmad Sofian untuk datang bersemuka dengannya hari ini selepas membaca entri terbaru penulis blog itu semalam.

Ahmad Sofian yang ditemui pemberita mendakwa, tindakan Kor Ming untuk memfailkan saman hanya bertujuan menakut-nakutkannya daripada mendedahkan dakwaan salah guna kuasa yang dikaitkan dengan pemimpin DAP itu.

''Ini hanya satu taktik untuk menakut-nakutkan saya, tapi saya akan teruskan sehingga rakyat mengetahui kebenarannya," katanya sambil menyatakan kesediaan untuk membantu pihak berkuasa bagi menyiasat dakwaan tersebut.

Ahmad Sofian dalam blognya di http://www.sekupangduas.blogspot.com pada 16 Disember lalu memuat naik beberapa salinan dokumen yang menunjukkan berlaku salah guna kuasa dalam pemberian tender menjahit sut ahli majlis MBI selepas pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan.

Dokumen itu mendedahkan, Ethan dan Elton, syarikat yang isteri Kor Ming, Wong Seow Ching sebagai seorang pengarahnya, memenangi kontrak tersebut walaupun menawarkan harga lebih tinggi berbanding pembida lain.

Blog tersebut juga mendakwa, kontrak untuk 24 sut rasmi yang pada asalnya ditawarkan kepada syarikat Goodman Tailor pada 3 April 2008, kemudiannya diberikan kepada Ethan and Elton selepas 'dicadangkan' kerajaan negeri ketika itu.

Pendedahan itu mencetuskan kemelut dalam kepimpinan DAP apabila Naib Pengerusi DAP Perak, M. Kulasegaran mahu Kor Ming memberi penjelasan terperinci berhubung dakwaan tersebut kerana ia boleh menjejaskan imej parti.

Ditanya mengenai cakap-cakap bahawa pendedahan itu melibatkan pejabat Menteri Besar Perak, Ahmad Sofian menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.

''Saya sedar banyak spekulasi akan timbul apabila saya mendedahkan apa yang sepatutnya rakyat tahu, tetapi saya ingin tegaskan tiada siapa yang berada di belakang saya," katanya.

Anwar Dikata Imam Mahdi, Melebihi Batasan - Dr Asri


INI kes serius dan sudah melampau ... sebab itu bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin dalam akuan twitternya guna istilah 'pemujaan' bila rujuk video ceramah pemimpin PKR Dr Badrul Amin Bahrom yang isytihar Datuk Seri Anwar Ibrahim 'pemimpin yang ditunggu' untuk membebaskan Masjid Aqsa.

Kisahnya bila video bertajuk lebih empat minit bertajuk ANWAR IBRAHIM IALAH IMAM MAHDI? tersebar di laman youtube.

Yang tukang sebar blog pro pembangkang juga, mungkinbaru sedar karut-marut yang pemimpin PKR sumbat pada ahli-ahlinya.

Dalam ucapannya Badrul Amin tidak pulak sebut Anwar itu Imam Mahdi... Tidak ada sama sekali.

Tapi dia membayangkan bahawa Anwar merupakan pemimpin dari Timur yang ditunggu-tunggu untuk menyatukan umat Islam dan negara-negara Arab.

Bagi yang biasa dengan pengajian Islam, memang ada hadis yang sebut pemimpin yang adil dan menyatukan umat Islam di akihir zaman adalah pemimpin dari Timur.

Pemimpin tersebut juga akan membebaskan Masjid Aqsa yang kini dikuasai oleh Israel.

Ekoran penyebaran video ceramahnya ,Badrul Amin memberitahu demikian dalam laman facebooknya:

"Saya menafikan sekeras-kerasnya kenyataan yang tersebar dalam beberapa laman web kononnya saya menamakan Anwar Ibrahim sbg Imam Mahdi. Saya tidak pernah sekalipun menyebut nama Imam Mahdi dalam ceramah-ceramah saya. Saya hanya menyebut potensi Anwar sebagai pemimpin dari Timur yang mampu menyatukan Dunia Arab sekaligus membebaskan Al-Aqsa."

Menurut Dr Asri, dulu pemimpin Al Arqam, Ashaari Muhamad pun pernah dakwa dia pemimpin yang dijanjikan tuhan menyebabkan fanatik dan merosakkan pengikut.

"Elakkan dakwaan seperti itu, banyak kesannya," kata beliau dalam akuan twitternya @realdrmaza.

Asri sebelum itu mengulas dakwaan Badrul Amin, katanya "Saya rasa pemujaan Dr Badrul Amin terhadap DSAI melebihi batas yang patut. Ia sudah ke peringkat yang bahaya.Harap dibetulkan," tulisnya sambil tweet url video tersebut.

Kita tunggu apa pulak reaksi JAKIM selepas ini. Apapun bagi yang waras, kalau nak bodek pun dan nak puja sakan Anwar menjelang keputusan kes liwat 9 Januari ini...padan patutlah... -Agendadaily

Video tersebut boleh ditonton di sini

Retak Sudah Terbarai... Azmin Ali Dedahkan Skandal Nurul Izzah !


Semakin dekat pada tarikh hukum kes liwat Anwar Ibrahim... di lihat semakin berderai-derai parti puak Keldai ni... Nampaknya masing-masing cuba untuk menguasai parti tersebut sekiranya Anwar Ibrahim check in di Hotel Besi Sungai Buluh nanti... 

Memang pada awal lagi aku sudah menjangkakan perkara seperti ini akan berlaku, berdasarkan pada percaturan yang dilakukan oleh Nurul Izzah untuk pancung kedudukan Azmin Ali.

Azmin Ali menaruh harapan kepada parti agar beliau di beri kepercayaan untuk meneraju parti tersebut, seperti yang telah di janjikan oleh Anwar Ibrahim sebelum ini... Namun ianya tidak di restui oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah di atas sebab-sebab tertentu....

Sila rujuk di sini :


Jadi tidak hairan lah kenapa Azmin Ali membuat serangan kepada Nurul Izzah.....

SURAT TERBUKA KEPADA PARA REFORMIS DAN ANGGOTA PARTI KEADILAN RAKYAT

Tuan-tuan dan puan-puan anggota PKR yang dihormati,

JANGAN BENARKAN NURUL IZZAH BAWA ZAID IBRAHIM SERTAI PKR SEMULA!

Telah menjadi rahsia umum bahawa Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mempunyai hubungan akrab dengan Presiden Parti KITA Zaid Ibrahim. Dalam sesi pemilihan PKR 2010 yang lalu, Nurul Izzah dan Zaid dilihat telah mengatur beberapa gerak kerja dalam PKR khususnya untuk kempen politik mereka. Namun, hanya Izzah yang berjaya menduduki kerusi Naib Presiden sementara Zaid kalah kepada musuh ketat politik beliau, Azmin Ali.

Hubungan rapat Nurul Izzah dan Zaid tetap berlanjutan hingga ke hari ini biarpun selesai pemilihan 2010 dan Zaid dengan penuh dendam telah bertindak mengkhianati PKR dan menubuhkan parti KITA. Penubuhan KITA tidak dilihat sebagai masalah kepada Nurul Izzah yang masih terus dan kerap mengadakan pertemuan dengan Zaid. Hubungan politik mereka diaturkan oleh Setiausaha Politik Nurul Izzah, Fahmi Fadzil yang merupakan bekas hos rancangan Fairly Current Show di bawah produksi Ezra Zaid iaitu anak Zaid Ibrahim. Fahmi dan Ezra adalah kawan baik yang menjadi agen dalam mencatur agenda politik Nurul Izzah dan Zaid.

Maka tidak mengejutkan menjelang pilihanraya umum akan datang, Zaid yang sebelum ini galak menyerang PKR, kini dilihat kembali berlembut dengan PKR sehingga tanpa segan silu berani menawarkan diri untuk bertanding di kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan yang kini dipegang oleh YB Hee Loy San. Menurut beberapa sumber dalaman dari Parti KITA, Nurul Izzah dan beberapa orang pimpinan PKR yang lain telah bersetuju melobi Zaid untuk bertanding menggunakan tiket PKR atau PAS. Hal ini menyebabkan Zaid telah mengeluarkan kenyataan bahawa KITA tidak akan bertanding di mana-mana kawasan sekiranya menjejaskan peluang Pakatan Rakyat.

Pastinya Zaid yakin dengan kemampuan Nurul Izzah untuk mengaturkan peluang bagi dirinya bertanding menggunakan tiket PKR dan platform Pakatan Rakyat. Sebagai Naib Presiden paling kanan dalam PKR dan anak kepada Anwar Ibrahim, Nurul Izzah pastinya mampu memanipulasi ayahnya dan setidak-tidaknya dapat membuka ruang buat Zaid menyertai PKR dan Pakatan Rakyat semula.

Saya menyeru tuan-tuan dan puan-puan anggota dan pendukung PKR seluruhnya supaya mengambil perhatian serius berhubung perkembangan ini. Ingatlah siapa Zaid Ibrahim, yang dahulunya pernah mencaci dan menghina kepimpinan PKR termasuk mengaibkan Anwar Ibrahim sebagai “pemimpin yang bermasalah dan tidak layak menjadi Perdana Menteri” dan juga pernah melabel mantan Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali sebagai “si tua nyanyuk”.

Perlu diingatkan bahawa ketika mana parti sedang berdepan dengan kemungkinan akan kehilangan Anwar Ibrahim, pastinya ada anasir jahat dari luar yang tidak akan berhenti dari memecahbelahkan parti. Jangan kita benarkan seorang lagi ‘Hasan Ali’ muncul di dalam PKR. Nurul Izzah perlu sedar bahawa status beliau sebagai anak kepada Anwar Ibrahim tidak semestinya akan merestui semua tindakan politiknya. Keutuhan parti perlu dipertahankan. Jangan benarkan Nurul Izzah membawa Zaid Ibrahim kembali ke dalam PKR!

REFORMASI!!!