Monday, April 16, 2012

Mangsa’ ARE: Dari Mana Dapat Dana Untuk Ruang Iklan?


Sin Chew Daily baru-baru ini menyiarkan iklan di muka surat 8, dan Guong Ming Daily di muka surat 9 dengan memaparkan seorang ibu, Lai Kwan mencium anaknya 30 tahun, Cheah Kok Leong dengan kata-kata ‘Saya belum mahu mati!’.

Kok Leong yang menderita kecacatan fizikal serta perkembangan mental terbantut baru saja meninggal dunia 18 hari yang lalu. Mendiang telah dilahirkan di Perak di mana ibunya pernah bekerja di kilang Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah.

Berikutan dengan itu, Jawatankuasa Selamatkan Malaysia memohon sumbangan RM10 bagi membiayai kos undang-undang bagi menghentikan projek nadir bumi oleh kilang Lynas yang dikatakan menyamai ARE. Semua sumbangan akan dimasukkan ke Pertubuhan Solidariti Hijau Kuantan.

Persoalannya di sini, dari manakah datangnya dana untuk menempah ruang iklan di akhbar utama bahasa Cina seperti Sin Chew dan Guong Ming yang secara kasarnya akan memakan kos berjumlah RM100,000? Persoalan keduanya ialah jika pihak berkenaan mampu menempah ruang untuk tujuan memburukkan Lynas, tentulah mereka juga mampu membiayai kos untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Lynas.

Justeru, kenapa perlu dirayu sumbangan orang ramai?

Jelas di sini bahawa tujuan laporan dan iklan tersebut ialah tidak lain tidak bukan hanyalah untuk bermain politik dan meraih publisiti melalui rayuan sumbangan semata-mata, kerana hakikatnya, wang bukanlah masalah langsung bagi mereka.

Selain iklan di dalam akhbar, pihak yang membantah Lynas juga dilihat mempunyai dana yang cukup banyak untuk menggerakkan demonstrasi, mengedar T.Shirt, risalah, poster, banner dan sebagainya. Ini belum lagi diambil kos logistik untuk siri-siri demonstrasi yang diadakan.

Mengimbas kembali kronologi kes kilang ARE di Bukit Merah, kita akan mendapati bahawa ARE tidak boleh diambil sebagai contoh perbandingan dengan Lynas kerana Lynas hanyalah sebuah kilang pemrosesan kimia biasa. Kilang yang sama seperti Lynas telah lama beroperasi di China yang mendominasi bekalan nadir bumi dunia sebanyak 97%, dan juga Australia, Amerika dan beberapa negara lagi.

Selain itu, siasatan terhadap kilang ARE di Bukit Merah juga memperlihatkan beberapa kecuaian atau lepas pandang dalam menangani sisa buangan toksik. Bagaimanapun, sepanjang perbicaraan mahkamah antara tahun 1985 hingga 1992, Lai Kwan atau pihak pendakwa gagal membuktikan secara saintifik bahawa kecacatan yang menimpa anaknya, Kok Leong berpunca dari kilang ARE.

Lebih meragukan lagi ialah tiada orang lain selain Kok Leong yang didakwa mengalami kecacatan akibat dari ARE.

Namun, itu bukan soalnya kerana kilang Lynas dan kilang ARE adalah berbeza sama sekali. ARE menggunaka monazite sebagai bahan mentah sementara Lynas tidak menggunakan monazite. Radioaktif yang dikeluarkan oleh Lynas adalah 60 kali kurang dari ARE dan 500 kali (0.002mSv setahun) kurang dari had yang dibenarkan oleh AELB (1mSv setahun).

Kesemua bukti-bukti saintifik ini menunjukkan bahawa Lynas adalah selamat dan sebaliknya kesemua tindakan yang diambil oleh pihak penentang Lynas menunjukkan yang mereka mempunyai agenda tersembunyi.

Lynas adalah pemangkin ekonomi negara di masa depan, sekali gus bakal pencabar terbesar negara China dari segi pengeluaran nadir bumi. Justeru, menghalang operasi Lynas samalah dengan mengsabotaj ekonomi negara sendiri.

Kewujudan dana yang besar serta usaha yang berterusan serta bersungguh-sungguh dari pihak penentang, terutamanya kaum Cina dengan disokong dan didokong hebat oleh akhbar-akhbar Cina menambahkan syak wasangka kita terhadap mereka.

Walau apapun agenda mereka, tindakan parti-parti politik pembangkang yang menangguk di air keruh dalam isu ini telah mengukuhkan lagi imej pembangkang sebagai pengkhianat kepada negara sendiri.

Demo PTPTN Berakhir: Bukti Mahasewel Tajaan PR Gebang Saja Besar


GEMPAKNYA dahsyat, gebangnya hebat tapi hasilnya alahai…itulah yang boleh digambarkan mengenai demonstrasi pemansuhan PTPTN oleh sekumpulan budak-budak minggu sudah.

Setelah perhimpunan yang menyasarkan 5,000 orang pada Sabtu, gagal mencapai matlamat apabila 250 orang sahaja yang datang, sekumpulan 30 orang mahasewel hardcore perhimpunan tersebut cuba memanjangkan bantahan dengan berkhemah di Dataran Merdeka.

Tapi penulis dimaklumkan sebentar tadi, kesemua khemah tersebut telah selamat dilipat dengan sempurna, menandakan berakhirnya demonstrasi pemansuhan PTPTN ini secara rasmi. Menariknya, pihak penguatkuasa yang terlibat bukannya Polis Diraja Malaysia seperti biasa tapi penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Tak pasal-pasal DBKL yang hanya setaraf pihak berkuasa tempatan (PBT) ini pun dianggap zalim seperti Nazi oleh media belaan Pakatan Rakyat. Penulis serahkan kepada pembaca sama ada nak nangis atau ketawa.

Tapi jangan dilupa, dalam masa yang sama, Safwan Anang (ketua bersama mahasewel) mengugut mahu mengadakan mogok lapar sehingga PTPTN ini dihapuskan. Apa cerita dengan ugutan yang itu dan siapa pula yang memantau sama ada Safwan Anang benar-benar berlapar atau cakap saja yang degar-degar?

Setakat yang penulis dimaklumkan, semasa DBKL datang ‘membantu’ membersihkan khemah-khemah itu semua pagi tadi, tidak ada pula yang kelihatan tidak bermaya kerana tidak makan sejak Sabtu lepas. Semua pun bertenaga cuba menghalang pihak DBKL dari menjalankan tugas.

Bercakap tentang mogok lapar ini dari sudut penceritaan berbeza, ia sekadar mendedahkan bagaimana banyaknya unsur-unsur agama hindu dibawa ke dalam demonstrasi yang disertai majoriti orang Islam ini. Unsur hindu satu lagi yang penulis maksudkan ialah tindakan segelintir budak tak cukup akal ini mengalungkan bunga ke gambar Perdana Menteri dan Menteri Pengajian Tinggi – menyamai adat istiadat penganut agama hindu bagi orang yang sudah meninggal dunia.


Provokasi jenis apakah ini dan apa yang cuba disampaikan budak-budak ini dengan tindakan sedemikian? Adakah itu ugutan halus yang membawa maksud untuk membunuh Perdana Menteri? Jika itu benar, maka eloklah tindakan yang lebih keras dikenakan ke atas budak-budak yang jelas sudah tidak ada masa depan ini. Penulis serahkan kepada polis untuk menyiasat kerana ancaman serupa ini bukan kali pertama, sebelum ini pun sudah ada dari kalangan mahasewel ini juga yang mengugut untuk meletupkan helikopter yang dinaiki Perdana Menteri.

Apa pun yang lebih penting, demo yang gagal itu sebenarnya sangat memalukan Pakatan Rakyat dan persatuan mahasiswa yang menjadi dalang disebaliknya. Pelik, bagaimana Pakatan Rakyat boleh meletakkan kepercayaan kepada beberapa orang budak tak cukup akal ini untuk melaksanakan agenda politik besar seperti ini? Malah disebut-sebut pula bahawa demonstrasi ini adalah warming up kepada demonstrasi Bersih 3.0 yang lebih besar pada 28 April nanti!!

Yang maha sewel itu sudah tentulah sewelnya, yang kononnya bijak pandai dalam Pakatan harami ini sebenarnya lebih sewel lagi kerana menyerahkan tugas dalam skala sebegini besar kepada budak-budak, hanya untuk melihat ianya gagal dan akhirnya memalukan mereka semula. Maklum, nak demo besar tapi kos rendah, dapatlah hasilnya macam yang kita lihat pada Sabtu.

Penulis mendengar, ada sesuatu yang buruk sedang menanti untuk didedahkan mengenai Adam Adli ini. Apa yang diambilnya untuk mengisi ‘masa lapang’ sehinggakan mata kuyu dan badannya kurus kering macam jerangkung. Tapi sebagai seorang yang professional dan punya intergriti, tunggulah sehingga bukti saintifik yang sahih diperolehi, sebelum pendedahan boleh dibuat ya.

Tujuh Lindung Jamin Susulan Akta Baru Ganti ISA


Kerajaan telah mengambil keputusan mengadakan tujuh lindung jamin berikutan penggubalan Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

Tujuh lindung jamin yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan rang undang-undang baru itu di Dewan Rakyat hari ini ialah:

1) Tiada seseorang boleh ditangkap atau ditahan atas kepercayaan atau aktiviti politiknya.

2) Kuasa Menteri Dalam Negeri untuk menahan tanpa perbicaraan mana-mana individu dimansuhkan. Polis diperuntukkan kuasa khas menangkap dan menahan mereka yang dipercayai terlibat dengan kesalahan keselamatan.

3) Mereka yang ditangkap bebas membuat permohonan habeas corpus di mahkamah dan boleh mencabar alasan tahanan dan tatacara tahanan di mana kuasa semakan kehakiman dikembalikan sepenuhnya kepada mahkamah.

4) Klausa “sunset” bagi tempoh tahanan 28 hari disemak lima tahun sekali dan hendaklah terhenti berkuat kuasa melainkan, jika, apabila semakan dibuat, suatu ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa peruntukan itu.

5) Polis yang menjalankan siasatan terhadap seseorang hendaklah memaklumkan kepada waris atau keluarga terdekat secepat mungkin mengenai penangkapan dan penahanan individu berkenaan dengan tempoh tahanan tidak boleh melebihi daripada 48 jam.

6) Kerajaan akan menubuhkan sebuah jawatankuasa secara pentadbiran untuk menyemak keseluruhan akta itu dari semasa ke semasa di mana jawatankuasa tersebut juga bertanggungjawab untuk meneliti pelaksanaannya serta mengemukakan syor untuk penambahbaikan.

7) Mahkamah khas diwujudkan secara pentadbiran untuk mendengar kes-kes keselamatan di bawah rang undang-undang tersebut dan hakim yang berpengalaman diberi pendedahan kepada semua bentuk kesalahan keselamatan dan peruntukan undang-undang yang akan digunakan.

Video Aspirasi Mahasiswa VS Pro-Mahasiswa


Saksikan perbezaan ASPIRASI MAHASISWA dengan pelajar PRO-MILITAN!
fikir-fikirkan lah...

Demo Mansuh PTPTN: Gempak Je Lebih


Adam Adli & geng nampaknya gigit jari bila himpunan mansuh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mereka anjurkan petang Sabtu lalu tidak mendapat sambutan.

Cuma sekitar 300 orang saja yang menyertai perarakan mereka bermula 2.30 petang dari Masjid Jamek ke Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan ke kemudianhnya ke Dataran Merdeka.

Juga sekalipun mereka dakwa himpunan itu tidak ada kaitan dengan pembangkang, namun dua ahli parlimen PKR Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua terpacak berucap semasa di Sogo.

Ramai orang yang membeli belah sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman hanya memerhati gelagat peserta perhimpunan itu yang memekak perkataan-perkataan berbau pembangkang.

Memandangkan perhimpunan itu tidak dapat sambutan, ada kalangan peserta yang cuba buat gimik untuk tarik perhatian.

Mereka memasang enam buah khemah di Dataran Merdeka dan dakwa akan berkhemah di situ sampai perhimpunan Bersih 3.0 yang dirancang pembangkang pada 28 April ini.

Polis hanya memerhati perarakan itu dan menjalankan tugas biasa mengawal lalulintas.-Agendadaily

Apa Celop toq!


DBKL Rempuh Kumpulan Budak Degil Di Dataran.. Khemah Adam Adli Roboh!

Video Nurul Izzah Dalang DEMO PTPTN

Video Demo PTPTN - Perbuatan Melampau dan Kurang Ajar

Mahasiswa Biadap Kalungkan Bunga Kematian Keatas Potret DS Najib

Sekitar Demonstrasi Adam Adli & The Geng Minta "Mansuh PTPTN"....

Khairy: Sikap Biadab Peserta Demonstrasi Adalah Hasil Pengaruh Pembangkang!


Tindakan peserta demonstrasi membantah pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan meletakkan kalungan bunga pada gambar pemimpin negara dan objek berbentuk batu nisan dianggap biadab dan tidak matang.

Sehubungan itu, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, perbuatan berkenaan adalah hasil pengaruh pembangkang.

Katanya, walaupun beliau turut memperjuangkan kebebasan kepada mahasiswa, namun setiap usaha itu haruslah beradab dan ada batasannya.

“Janganlah membuat sesuatu perkara yang biadab dan tidak matang yang mana, ia melanggar adab serta budaya masyarakat kita.

“Adakah ini hasil daripada usaha pihak pembangkang yang mengatakan kononnya mereka melahirkan pemimpin pelapis yang berwibawa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan peserta demonstrasi anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) tersebut yang berarak membawa gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dengan kalungan bunga di Dataran Merdeka kemarin.

Demonstrasi itu tidak mendapat sambutan apabila kurang 200 mahasiswa terlibat.

Tambah Khairy, pengaruh yang ditunjukkan oleh pembangkang bukannya agar generasi muda membuat sesuatu dengan rasional, beradab dan berhujah dengan baik tetapi sebaliknya.

“Kita tidak menghalang mereka berdemonstrasi, tidak ada masalah. Cuma mereka perlulah membuat sesuatu dengan berhemah, bukannya mengikut sesuka hati yang dipengaruhi oleh kepentingan politik pembangkang.

“Saya yakin, mahasiswa kita majoritinya tidak terpengaruh dengan pembangkang dan hanya kumpulan ini yang menjejaskan imej mahasiswa,” ujarnya.

Khairy berkata, rakyat perlu menilai dan melihat apa yang telah berlaku serta memastikan generasi muda yang dihasilkan nanti tidak berperangai sebegitu.