Friday, April 20, 2012

DAP Pulau Pinang Persenda Agong


Tindakan Kerajaan Negeri yang enggan menerima pelantikan Exco Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Kassim sebagai Yang Dipertua Majlis (YDP) Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dianggap membelakangkan dan mempersendakan titah Yang di-Pertuan Agong.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, alasan Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman yang mengakui Kerajaan Negeri telah melakukan kesilapan dalam pelantikan jawatan penting itu juga tidak boleh diterima kerana ia bukan perkara yang boleh dipermainkan.

Zainal berkata, pelantikan Abdul Malik untuk jawatan itu adalah atas permintaan Kerajaan Negeri sendiri, namun apabila ia telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada 10 Februari lalu tetapi titah berkenaan tidak dilaksanakan.

Katanya, tindakan Kerajaan Negeri membuat rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong supaya Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd Salleh Man pula dilantik untuk jawatan berkenaan jelas memperlihatkan mereka cuba mencabar institusi raja.

“Alasan kesilapan Kerajaan Negeri dalam isu pelantikan ini sukar diterima. Bagaimana mereka (Kerajaan Negeri) nak mentadbir hal ehwal agama Islam kalau hal-hal semudah pelantikan YDP ini pun boleh tersilap,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno, Datuk Musa Sheikh Fadzir; Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Azhar Ibrahim dan bekas YDP MAINPP, Datuk Shabudin Yahya.

Kelmarin, pada satu sidang media khas, Mansor mengakui Kerajaan Negeri telah melakukan kesilapan dalam isu pelantikan YDP MAINPP yang baru.

Dalam pada itu, Zainal turut membidas tindakan Kerajaan Negeri yang lewat menghantar nama pengganti YDP sedangkan Kerajaan Negeri tahu tempoh perkhidmatan YDP terdahulu iaitu Elias Zakarian akan tamat pada 31 Disember 2011.

Menurutnya, Kerajaan Negeri hanya menghantar nama pengganti YDP untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan pada 22 Disember 2011.

“Sepatutnya sebagai Kerajaan Negeri perlu menghantar nama itu sebulan atau dua bulan untuk dipersembahkan kepada Agong.

“Ini dah la lambat. Kemudian bila dah diperkenankan titah itu tidak dilaksanakan pula,” katanya.

Zainal berkata, MAINPP mempunyai bidang kuasa amat besar di mana mereka boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam hal ehwal agama Islam kecuali hukum syarak.-SH

Zara Shafruddin, Anak Melayu Berkahwin Di Gereja Dipercayai Berasal Dari Pulau Pinang!


Akhbar Telegraph mendedahkan seorang wanita melayu telah berkahwin di gereja. Nick Rudd, 25, anak bekas perdana menteri Australia, Kevin Rudd dan Zara Shafruddin seorang wanita melayu dikatakan bertukar-tukar ikrar di Gereja St James 'di King St, Sydney. Encik Rudd, Therese Rein isterinya dan anak perempuannya, Jessica mengumumkan berita gembira itu melalui twitter.

Perkahwinan itu telah dihadiri oleh kawan rapat dan keluarga pasangan itu. Gereja St James 'telah dipenuhi dengan bunga ros, lillies dan stephanotis yang dipilih oleh Cik Rein.


Zara Shafruddin merupakan seorang rakyat Malaysia yang berasal dari Pulau Pinang berdasarkan kepada maklumat tempat dan lokasi yang diletakkan dalam profile di Facebooknya.



Sejarah: Dewan Rakyat Bersidang Sehingga Awal Pagi


Dewan Rakyat tadi meluluskan usul untuk menyambung persidangan hingga melepasi 12 tengah malam sehinggalah selesai urusan.

Ia bersidang dari awal jam 10 pagi tadi dan dijangka berlarutan hingga jam 3 pagi.

Sejarah

Ini merupakan rekod baru Dewan Rakyat semenjak tahun 1977, rekod lama paling lewat tamat bersidang pada pukul 2:30 am

Pada tengah malam ini, terdapat 34 Anggota Parlimen BN, 17 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan satu bebas.

Tahniah kepada pemimpin BN yang berjuang untuk rakyat...

Sekian lama AUKU membelenggu mereka yang bernama Mahasiswa, hari ini Ahli Parlimen Rembau YB Khairy Jamaluddin dan rakan-rakan Ahli Parlimen BN lakar sejarah kebebasan Politik!

Update: Rekod baru Dewan Rakyat 20 April 2012 tamat bersidang sehingga jam 3:21 am.

Thursday, April 19, 2012

Demo PTPTN: Naib Canselor UM Tunggu Apa Lagi? Ambillah Tindakan Segera! Takkan Tunggu Sampai Lebam?

Bila sebut nama Universiti Malaya (UM) ramai yang akan bersetuju pusat pengajian itu adalah antara pilihan utama ibubapa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tinggi bukan sahaja kerana sejarahnya yang besar dalam dunia pendidikan malah namanya juga tercatat antara 500 universiti terbaik dunia.

Bagaimanapun ranking yang baik tidak akan menjanjikan banyak perbezaan jikalau ada segelintir pelajarnya mudah terpengaruh dengan anasir luar yang hanya bermatlamatkan mempergunakan mereka untuk kepentingan politik kepartian misalnya menyertai demonstrasi jalanan di Dataran Merdeka tempohari.

Demonstrasi anti PTPTN sabtu lalu oleh sekumpulan mahasiswa pro pembangkang sekalipun gagal sama sekali apabila dari 5,000 orang sasaran penyertaan hanya 200 - 300 orang sahaja yang hadir namun kelibat beberapa pelajar UM dalam demo tersebut tentu sahaja menuntut tindakan bersesuaian daripada pihak pentadbir universiti.

Antara yang telah dikenalpasti merupakan pelajar UM ialah Haziq Abdullah, Syahid Zaini, Safwan Anang dan beberapa yang lain. Ramai yang tertanya-tanya apa langkah selanjutnya yang bakal diambil terhadap pelajar tersebut berikutan penglibatan mereka dalam demonstrasi tersebut.

Haziq misalnya adalah antara individu yang bertanggungjawab membawa gambar Perdana Menteri dengan kalungan bunga kematian, satu tindakan yang agak biadap dan bersifat provokasi sewajarnya disegerakan tindakan tegas terhadapnya.

Mana mungkin seseorang pelajar universiti yang tugas utamanya menelaah pelajaran boleh di biarkan bebas berkeliaran menyertai aktiviti politik sekalipun ada tikanya buah fikiran mereka berguna untuk negara namun ada tempat dan tikanya yang sesuai untuk tujuan tersebut.

Demonstrasi jalanan ditambah lagi dengan perlakuan biadap, kurang ajar dan melampaui tabie asas seorang pelajar universiti tentu saja sukar diterima masyarakat sementelah lagi isu pemansuhan PTPTN yang mereka laungkan juga hasil usul dari golongan partisan yang hanya memperalatkan mereka untuk tujuan kepartian.

Walhal ramai mengakui hakikat dengan adanya dana pinjaman pendidikan dari PTPTN sejak lebih kurang 14 tahun ianya beroperasi telah membantu ratusan ribu rakyat melanjutkan pelajaran ke ipt, tiba-tiba kali ini semata-mata hampir pilihanraya umum ke 13 ianya menjadi puching beg orang politik, apakah logik untuk kita hapuskannya begitu saja?

PTPTN pula bukannya satu skim pinjaman bersandarkan keuntungan, semua dana yang ada dan jumlah bayaran diterima dikitar semula untuk kegunaan generasi pelajar akan datang dan caj perkhidmatan 1% yang dikenakan pula untuk menampung segala kos pentadbiran termasuklah pengurusan, kakitangan, utiliti dan lain-lain yang berkaitan.

Dan pula, PTPTN tidak sama sekali mewajibkan pelajar memohonnya. Semua bergantung pada kemahuan individu tidak mengira miskin atau kaya, jika memerlukan wang pinjaman maka PTPTN adalah tempatnya. Tapi jika berasa cukup mampu menanggung segala kos pengajian dan sara hidup selama 2 hingga 5 tahun di universiti, tiada paksaan untuk menggunakan khidmat PTPTN.

Andaikata masih ada segelintir pelajar begitu kemaruk mahukan pendidikan percuma sebagaimana dilaungkan dalam demo tersebut, ringan-ringankanlah otak untuk berfikir dan rajin belajar supaya mampu mencapai keputusan cemerlang dengan kelulusan ijazah kelas pertama tentu sahaja hutang pinjaman dilupuskan tanpa bayaran satu sen pun.

Berbalik kepada isu penyertaan beberapa pelajar UM dalam demonstrasi anti PTPTN sebagaimana disebut di awal tulisan ini, sekali lagi ditekankan keperluan pentingnya tindakan segera pihak pentadbir universiti bertegas dengan kebiadapan pelajar-pelajarnya.

Jangan ditunggu hingga ada yang terdetik dalam hati menyangkakan yang Naib Canselor UM hanya makan gaji buta dek kerana lambat bertindak dan kurang responsif terhadap isu tersebut.

Kita tidak mahu suatu hari kelak bakal lulusan universiti tergolong dari sekumpulan manusia yang kurang ajar, biadap dan menjengkelkan sikap perwatakannya sedangkan sifat dan tabie asas seseorang terpelajar mestilah menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat.

Apatah lagi mereka bukan sahaja menggalas harapan ibubapa dan negara supaya menjadi insan yang berguna malah suatu hari nanti khidmat mereka diperlukan untuk menabur jasa bakti bagi pembangunan masyarakat dan negara.

Justeru itu, segeralah bertindak untuk kebaikan bersama agar ia tidak menjadi ikutan kemudian hari kelak yang tentu sahaja jika dibiarkan bukan sahaja memberi kesan terhadap nama baik UM sendiri malah akan menimbulkan keraguan masyarakat terhadap keupayaan UM untuk mendidik generasi masa depan.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Usul YB Khairy Jamaluddin Bagi Meminda Rang Undang-Undang AUKU dan Akta Berkaitan



Di bawah adalah teks ucapan penuh YB Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Rembau semasa mencadangkan pindaan ke atas Rang Undang-Undang bagi memotong sepenuhnya perenggan 15(2)(c) Akta Universiti dan Koleh Universiti 1971.

Beliau juga mencadangkan agar perenggan yang sama iaitu 147(2)(c) Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib), 1976 dan  juga perenggan 10(2)(c) Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta, 1996 dipotong sepenuhnya.
---

Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU)

Terima kasih YB Tan Sri/Dato' Pengerusi,

Saya, Ahli Parlimen Rembau, selaku wakil Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) dengan ini mencadangkan agar Fasal 5, Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012 dipinda dengan memotong sepenuhnya perenggan 15 (2)(c) yang dicadangkan oleh Rang Undang-Undang tersebut.

Ini kerana kami berpendapat, sebarang pindaan yang dilakukan kepada undang-undang usang hendaklah bertepatan dengan hasrat perubahan dan juga norma sosial yang mendasari kehendak kepada pindaan tersebut.

Di dalam hal ini, BNBBC menyambut baik penggantian seksyen 15 AUKU yang sebelum ini menghalang penglibatan politik dengan seksyen yang baru terutama subseksyen 15(1) yang meluaskan hak berpersatuan pelajar, termasuklah menjadi ahli mana-mana parti politik.

Namun bagi kami, susbseksyen 15(2)(c) yang melarang pelajar daripada bertanding dalam pilihan raya bagi memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar di dalam kampus jika pelajar itu memegang apa-apa jawatan dalam sesuatu parti politik sebagai self-contradictory dengan maksud dan kehendak gagasan transformasi dan norma sosial yang menuntut kepada kebebasan pelajar untuk berpolitik.

Hujah/Rasional:

[1] Tujuan larangan yang dicetuskan oleh subseksyen 15(2)(c) adalah bertujuan untuk mengekalkan keberkecualian di dalam kampus atau campus neutrality. Sungguhpun kami mengakui keperluan campus neutrality agar perjalanan akademik tidak diganggu oleh kegiatan politik, tetapi janganlah sampai kehendak ke arah ini melibatkan sekatan regresif kepada kebebasan yang diberi.

Ini kerana, keberkecualian itu boleh diselenggara dengan pemantauan kegiatan pelajar sepertimana kelulusan bagi mengadakan sesuatu aktiviti yang diadakan dalam kampus dan sebagainya. Bagi kami, larangan ini memberi gambaran bahawa transformasi yang dibawa oleh Kerajaan cuma perubahan separuh masak dan akan menimbulkan lebih banyak polemik negatif sedangkan pindaan ini berhasrat untuk memberi kebebasan kepada golongan mahasiswa dan sepatutnya menjadi perkara yang dianggap sebagai pindaan yang popular.

[2]Keduanya, jika kita melarang pelajar yang memegang jawatan dalam mana-mana parti politik dari menyertai daripada bertanding dalam pilihan raya bagi memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar di dalam kampus, ia seperti tidak mengiktiraf sepenuhnya kebebasan golongan mahasiswa untuk menyertai parti politik kerana pengiktirafan yang diberi oleh subsekyen 15(1) mempunyai sekatan khusus pula kerana ia menghilangkan status kelayakan mereka untuk bertanding bagi sebarang jawatan di dalam kampus.

Ia umpama melabelkan golongan mahasiswa yang mempunyai keahlian dan jawatan dalam parti politik sebagai kelompok atau anasir negatif di dalam kegiatan pelajar di dalam kampus, sedangkan apa yang mereka lakukan hanyalah melaksanakan salah satu daripada hak asasi mereka untuk berpersatuan dan juga suatu hak yang diiktiraf oleh subseksyen 15(1) sendiri. Ia umpama beri tapi tak beri sepenuhnya.

[3] Ketiganya, kegusaran bahawa ramai pelajar Universiti akan menjadi ahli parti parti politik dan bergiat aktif adalah kurang berasas kerana sungguhpun kebanyakan mereka mempunyai pandangan dan juga pendapat berhubung isu yang melibatkan dasar serta politik negara namun semua ini tidak dizahirkan sepenuhnya dengan kecenderungan untuk berpersatuan dan menjadi ahli politik sepertimana hasil kajian golongan muda 2008 oleh Merdeka Centre yang mendapati hanya 3 peratus berminat menganggotai parti politik.

[4] Kelompok mahasiswa adalah mereka yang mudah tertarik kepada idealisme dan semangat perjuangan, namun tarikan itu tidak semestinya bertukar kepada penyertaan di dalam kegiatan politik. Dalam isu ini, apa yang ingin ditegaskan bahawa seseorang itu mungkin lebih tegar dan serius di dalam perjuangan atau idealisme mana-mana parti politik tetapi tidak memegang apa-apa jawatan di dalam parti tersebut dan sekiranya tujuan sebenar sekatan subseksyen 15(2)(c) itu, dan walaupun kami berpendapat tujuan itu tidak sepatutnya wujud, adalah untuk menghindari kelompok ini maka hasrat itu akan gagal kerana keahlian parti tidak menggambarkan sokongan atau tarikan idealisme pelajar secara hakiki.

[5]Pada masa yang sama, kita akan menidakkan proses pencarian bakat pemimpin pelapis dalam politik kerana medan kegiatan pelajar di Kampus merupakan wadah yang bagus untuk pelajar bergiat aktif dan mengharungi latihan kepimpinan. Sekiranya pelajar yang menjadi ahli kepada mana-mana ahli parti politik dilarang sama sekali daripada bergiat aktif sebagai pemimpin pelajar maka ia adalah satu proses yang regresif.

[6] Sekatan ini bersifat terlalu umum. Bahkan rujukan kepada sebarang jawatan di dalam suatu parti politik mencakupi skop yang sangat luas. Sebagai contohnya Pengerusi mana-mana Biro di dalam parti politik tidak boleh langsung mengetuai Persatuan Drama atau Teater Pelajar. Ini suatu yang amat dangkal dan tidak masuk akal.

[7] Subseksyen 15(2)(c) akan hanya memberi ruang yang sangat besar kepada pembangkang untuk menghentam Kerajaan dengan hujah bahawa Kerajaan sebenarnya tidak ikhlas dan tidak komited dengan semangat keterbukaan dan pengiktirafan kepada golongan mahasiswa kerana sungguhpun mereka boleh menceburi kancah politik sebagai ahli tetapi peluang tersebut tersebut bakal mengundang padah kerana mereka tidak lagi boleh menjadi pemimpin pelajar.

[9] Pada masa yang sama, selaku Pengerusi Pemuda Barisan Nasional dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dan juga seorang pemimpin di kalangan orang muda, menyambut baik pendekatan transformasi yang diterjemahkan melalui pindaan ke atas AUKU ini. Ini kerana ini meraikan idealisme anak muda, mengangkat peranan mahasiswa, merancakkan proses dan amalan demokrasi serta menyemarakkan public participation in policy making process. Bahkan, pindaan kepada AUKU ini juga adalah salah satu daripada gesaan dari Makmal Generasi Muda Pemuda BN atau BN Youth Lab.

Begitulah hujah saya bagi pindaan yang yang dicadangkan ini

Terima kasih YB Tan Sri/Dato' Pengerusi

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PAS Dan DAP Tolak Batal PTPTN

Berita ini penulis dapati dari sumber dalaman yang kuat dan boleh dipercayai.  Semalam, di dalam mesyuarat Pakatan Rakyat, terjadi perang mulut antara parti-parti sekutu Pakatan Rakyat akibat dari isu pemansuhan PTPTN.  

DAP dan PAS dikatakan berang dengan Anwar Ibrahim dan PKR kerana menjerumuskan mereka ke dalam isu yang akhirnya memakan diri sendiri.    Kini, seluruh parti Pakatan Rakyat terpaksa menepis dan merasionalkan cadangan PKR untuk menghapuskan PTPTN.

Akhbar-akhbar Cina juga kebanyakannya memberi reaksi negatif terhadap cadangan tersebut.   Sin Chew, misalnya mempersoalkan walaupun semua orang menginginkan pendidikan percuma  tetapi apakah cadangan tersebut logik untuk dilaksanakan.  Pendidikan percuma untuk semua bermakna kerajaan memerlukan RM43 bilion setiap tahun dan itu belum lagi diambil kira janji-janji manis yang lain yang ditabur oleh PR yang membawa jumlah lebih RM200 billion.

Akhbar-akhbar Cina diketahui mempunyai pertalian yang rapat dengan DAP dan apa yang ditulis mereka kebanyakannya membayangkan pendirian DAP.  Oleh itu, walaupun secara dasarnya mereka menentang penghapusan PTPTN tetapi mereka memberi sedikit 'muka' kepada Pakatan Rakyat dengan menyebut tentang pengalaman dalam bidang ekonomi yang dimiliki oleh Anwar Ibrahim yang pernah menjadi Menteri Kewangan.
Bagaimanapun, menurut mereka, walaupun Anwar dan Tony Pua punya pengalaman dalam mengurus kewangan tetapi selagi mereka berdua tidak dapat membentangkan secara terperinci tentang bagaimana caranya untuk menampung kos lebih RM200 billion itu, maka mereka tidak ada pilihan selain dari meraguinya.

Dari laporan akhbar tersebut, nampaknya kaum Cina mengakui bahawa PTPTN banyak membantu kerana kebanyakan anak-anak mereka memilih untuk ke pusat pengajian tinggi swasta yang kosnya jauh lebih mahal dari pusat pengajian tinggi awam.   Secara tidak langsung juga mereka telah mengakui bahawa kerajaan tidak pernah mengabaikan kaum mereka, walaupun mereka tidak menyatakannya secara terang-terangan.

Kita percaya, PAS juga banyak terhutang budi kepada kerajaan dalam isu PTPTN ini.   Mana tidaknya, jika kebanyakan anak-anak mereka tidak layak mendapat biasiswa kerana kurang menyerlah dalam pelajaran akibat terlalu asyik berpolitik kerana terpengaruh dengan ibubapa sendiri.   Jika ini senarionya maka hanya pinjaman seperti PTPTNlah sahaja yang dapat membantu anak-anak orang PAS ini mendapatkan pendidikan peringkat tertiari.

Begitu juga dengan PKR, contohnya Adam Adli dan semua rakan-rakannya yang ke hulu ke hilir berdemo menentang apa saja yang dibuat oleh kerajaan, tiada seorang pun di antara mereka yang cemerlang dalam pelajaran.  
Justeru, munasabahlah jika PKR ditempelak oleh sekutunya DAP dan PAS kerana mengemukakan cadangan yang paling bodoh.  Apakan daya, tahap itu sajalah pemikiran Ketua Pembangkang yang hanya berkelulusan Pengajian Melayu kelas 3.  

Apa nak dikata, bukan UMNO yang pilih Anwar jadi Ketua Pembangkang, tetapi PR sendiri yang melantiknya.   Tak dapat dibayangkan jika Anwar menjadi Perdana Menteri.  Entah apa lagi agaknya idea-idea bodoh yang akan dikemukakannya.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PR Selangor Bakal Tumbang! Azmin Ali Gagal Gerak Jentera PRU13!

PKR Selangor di bawah pimpinan Azmin Ali kini dikatakan sedang mengalami kemelut yang amat teruk dan boleh dikatakan dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.

Faktor utama ialah kegagalan beliau mengurus dan menggerakkan jentera parti di peringkat akar umbi.

Keadaan lebih parah lagi bagi Azmin selaku bos PKR di Selangor apabila beliau dilihat gagal membuktikan kemampuannya untuk mempertahan serta mengekalkan kuasa politik Pakatan Rakyat di negeri itu.

Melihat kepada situasi yang hambar di hampir kesemua cabang dan ranting PKR di Selangor, boleh dikatakan agak sukar parti itu bersama-sama PAS dan DAP untuk mendapat peluang bagi kali kedua memerintah negeri terkaya di Malaysia itu.

Rasa hampa yang amat mendalam ini tercermin daripada luahan dan keluhan Ketua Wanita Pusat sendiri, Zuraida Kamarudin di dalam laman facebooknya apabila merungut ramai ahli-ahli PKR sudah meninggalkan parti itu.

Ini berikutan kelemahan kepimpinan Azmin dan kegagalan beliau merapatkan dan memperbaiki hubungan dengan seteru politiknya yang juga Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim.

Persengketaan di antara kedua-dua pemimpin PKR itu bukan rahsia lagi di kalangan ahli-ahli parti.

Abdul Khalid merasa kuasa beliau telah dipinggirkan apabila Ketua Umum, Anwar Ibrahim menyingkir beliau untuk digantikkan dengan kroni dan orang kuatnya, Azmin sejak dua tahun lalu.

Akibat daripada tindakan Anwar tersebut Abdul Khalid dan Azmin tidak lagi sebulu dan sering bertelagah.

Sebagai membalas dendam terhadap dasar politik kotor Anwar yang mengamalkan dasar pecah dan perintah, Abdul Khalid mensabotaj kebanyakan daripada program PKR di Selangor dengan menyekat dana dan bantuan kewangan melalui saluran kerajaan negeri.

Azmin pula bersikap pilih bulu dengan hanya mengutamakan cabang-cabang yang dipimpin oleh kroni-kroninya sahaja.

Aktiviti dan program PKR hanya ditumpukan di beberapa kawasan seperti Batu Caves, Gombak dan Seri Muda sahaja manakala kawasan-kawasan lain diabaikan.

Faktor inilah yang menyebabkan ramai ahli-ahli PKR Selangor sudah tawar hati dan membuat keputusan untuk meninggalkan parti itu.

Bagi mereka PKR telah menipu mereka dengan propaganda imej sebagai 'parti harapan baru' tetapi hakikatnya hanya pemimpin atasan sahaja ang mengaut segala keuntungan dan menikmati hidup yang mewah atas pengorbanan ahli-ahli peringkat bawahan.

Program-program PKR tidak lagi mendapat sambutan hangat seperti dua atau tiga tahun lalu.

Jika dahulu ceramah-ceramah anjuran PKR di Selangor yang dihadiri Anwar mampu menarik lebih 5,000 hadirin tetapi sekarang hendak mencapai jumlah 1,000 ke 2,000 pun amat sukar.

Itu pun disebabkan kehadiran beberapa tokoh popular PAS, bolehlah PKR 'tumpang sekaki' untuk mendapat jumlah pendengar yang lebih besar.

Jika di tolak faktor penceramah dari PAS, PKR berjaya menarik hati sekitar beberapa orang sahaja.

Kemelut yang melanda PKR Selangor dijangka akan bertambah teruk menjelang pilihan raya umum kerana Azmin hanya menumpukan perhatian kepada kawasan Parlimen dan DUNnya sahaja termasuk beberapa kawasan kroninya.

Kawasan lain termasuk Ijok, kawasan DUN Menteri Besar dibiarkan untuk mencari dana sendiri menggerakkan jentera pilihan raya.

Melihat kepada kelemahan ketara dan faktor penerimaan rakyat Selangor yang semakin melonjak terhadap barisan Nasional, secara keseluruhannya PRU-13 nanti bakal menjadi badai yang akan menenggelamkan kapal Pakatan Rakyat.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Kelab Baru EX-PKR : TIBAI


Tahukah anda dari 32 orang pemimpin pengasas PKR yang asalnya Parti Keadilan pada tahun 1999 seramai 28 orang sudah meninggalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kini yang ada keliling beliau sekarang majoritinya muka-muka baru yang tidak tahu langsung atau tidak pedulikan 'al kisahnya'.

Kalau OK mengapa 28 dari 32 cabut tinggal 4 sahaja orang lama.Itu sendiri-sendiri mahu fikir.

Rabu 28 orang ini secara rasmi bergabung tenaga dibawah sebuah kelab yang dinamakan TIBAI.Ia ringkasan kepada Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim.

Kelab ini diketuai oleh bekas Naib Ketua Pemuda Angkatan Muda Keadilan yang vokal ,Zahid Md Arip.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur mengumumkan penubuhan TIBAI,Zahid berkata ia akan jadi force baru padu dan kuat yang akan bergerak secara bersama untuk menentang dan menyedarkan rakyat siapa Anwar sebenar.

TIBAI akan dilancarkan secara rasmi oleh Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali  di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, KualaLumpur pada 22 April ini, jam 8 malam.

Majlis pelancaran itu akan diserikan dengan ceramah oleh Ustaz Ismail Mina Ahmad, Datuk Seri Zaharin Yasin,Wee Chee Keong, Senator Datuk Nallakaruppan, Anuar Shaari, Ummi Hafilda, Ruslan Kassim dan Ng Lum Lum.

Zahid yang menyebut jawatannya ketua kelab itu sebagai 'Musyridul Am TIBAI' menggangap penubuhan kelab itu belum terlambat.

Katanya mereka semua sebagai bekas pengasas PKR merasa ia perlu dalam usaha memintas tindak Anwar dari terus memperdayakan rakyat negara ini

"Sudah sampai masanya rakyat disedarkan siapa Anwar sebenarnya dan betapa terdesaknya dia sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-citanya.

“Barisan inilah (bekas pemimpin PKR) yang beri kuasa dan kekuatan kepada Anwar pada peringkat awal penubuhan PKR dulu dan barisan yang sama inilah yang akan menggegar dan serang Anwar.

“Kita ada 28 orang pengasas Keadilan yang dulu berusaha sendiri mencari duit. Walaupun duit Anwar dan Datin Seri Wan Azizah berjuta-juta Ringgit, kami telah berkorban pakai duit sendiri.

“Kali ini pun kami guna duit sendiri. Tak ada sokongan sesiapa. Modal kami ialah pengalaman yang sarat dengan Anwar. Sesetengah daripada kami amat rapat dengannya. Kita tahu perangai Anwar.

“Waktu dulu kami jumpa rakyat siang malam ajak mereka tinggalkan UMNO dan BN untuk menyokong PKR. Tetapi hari ini kita rapatkan barisan untuk turun padang seperti dahulu perjelaskan kepada rakyat AnwarI brahim orang yang tidak boleh diberi kepercayaan memimpin negara,” kata Zahid lagi.

Beliau berkata  Anwar begitu terdesak sehingga sanggup memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

“Semasa difitnah Anwar, Najib telah bersumpah di masjid di Permatang Pauh. Anwar sendiri tak pernah mengambil langkah untuk bersihkan dirinya di mana-mana masjid.

“Apa pasal Anwar tak berani buat yang sama, bersumpah di Pekan? Kalau tak mahu bersumpah di masjid, dia boleh buat di surau, balairaya atau hentian bas.  Saya yakin penubuhan TIBAI kena pada masa dan tempatnya ketika kita di ambang pilihanraya,” tegasnya.

Ditanya mengapa beliau menamakan jawatan beliau ketua sebagai "Musyridul Am",Zahid menjelaskan apa hebatnya nama jawatan berkenaan dalam PAS kerana parti itu menutup mata terhadap perilaku Anwar seperti dakwaan terlibat dalam skandal video seks dan nawaitu politiknya.

Menurut Zahid beliau menamakan barisan ahli jawatankuasanya sebagai 'ahli Majlis Syura' seperti juga yang digunakan oleh PAS.

Beliau memberitahu selepas pelancaran rasmi itu, TIBAI akan turun padang bertemu rakyat dengan memberi tumpuan kepada negeri-negeri yang dirampas oleh  PKR pada PRU yang lalu, seperti Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak dan Pulau Pinang.

Sementara itu,seorang lagi bekas pengasas PKR Ng Lum Yong menggangap mainan politik Anwar begitu dahsyat dan boleh mengancam negara.

"Bayangkan daripada 32 pemimpin yang membantumengasaskan parti Keadilan, 28 daripada mereka telah meninggalkan parti itu. Mesti ada sesuatu yang tak kena,” kata Ng Lum Yong, bekas pengasas PKR.

“Ketika mula ditubuhkan, ada 32 orang pemimpin diperingkat pusat. Pada hari ini 28 sudah tinggalkan PKR. Saya gembira TIBAId itubuhkan kerana menjelang Pilihanraya Umum (PRU) ke-13, kita berasa bertanggungjawab mengumpul semua bekas ketua dari peringkat cawangan di seluruh negara untuk membuat sesuatu terhadap individu bernama Anwar Ibrahim.

“Tak kira Melayu, Cina, India, Kadazan dan masyarakat kaum apapun, Anwar memang merbahaya. Kita yang bina PKR sampai dia (Anwar) berkuasa di beberapa negeri. Kini kita bertanggungjawab beritahu rakyat perangai Anwar,” kata Ng lagi.

-Agendadaily

BERSIH 3.0: Chegubard Di Perlekehkan Oleh Puaknya Sendiri?


Chegubard sekali lagi seperti di perlekehkan oleh blog pro-PR sendiri iaitu suarapakatanrakyat.com. Apabila dikatakan dia gagal menggerakkan anak muda dan mahasiswa sepertimana yang ditugaskan kepadanya pada program Rapat Rakyat Ceramah Umum “10 hari menjelang Bersih 3.0” di Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Apa yang dimaklumkan oleh laman Suara PR, sepatutnya kehadiran yang disasarkan pada malam program tersebut dalam 10,000 orang tetapi yang hadir jangankan 50%, malangnya lebih kurang 5% sahaja. 

Keesokannya, laman-laman web pro-PR pulak seperti biasa la. Kebanyakannya menyebarkan cerita dengan gambaran bahawa program pada malam itu mendapat sambutan ramai. Padahal, menipu saja ceritanya. Laman Suara PR sendiri pun mengaku bahawa yang datang hanyalah lebih kurang 500 orang.

Untuk pengetahuan Chegubard, ada benarnya laman Suara PR menyatakan bahawa itulah petanda bahawa ramai anak muda sudah memalingkan muka daripada memandang kamu dan juga PR. Sedar-sedar la.

Tak perlulah nak beralasankan diri tu sudah letih ke apa... Apa yang sebenarnya, pengaruh kamu tu dah abis dah Chegubard oiii!!!

Jadi, bagaimana BERSIH 3.0 boleh yakin kononnya dapat mensasarkan sehingga 500,000 atau lebih dalam perhimpunan yang sebenar nanti sedangkan untuk mengumpul 5,000 pun kita tidak mampu ni?

Cuba nasihatkan penganjur BERSIH 3.0 , sekiranya program Rapat Rakyat Ceramah Umum “10 hari menjelang Bersih 3.0” di Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru, Kuala Lumpur, baru-baru ini tu lah nak dijadikan kayu-ukur bagi perhimpunan Bersih 3.0 yang bakal diadakan. Hentikan saja lah hajat di hati. Bikin malu saja tu nanti, Chegubard oiii!!!

-Cili Api Bloggers

Video Adam Adli & The Geng Diserang! Khemah Di Robohkan!


Padan muka, seorang siswa cedera apabila kumpulan yang berkhemah di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur diserang sekumpulan yang tidak dikenali dalam satu kejadian awal pagi ini.

Inilah namanya tak de kerja cari kerja! Yang kelakarnya tu... budak-budak mahasewel terjerit-jerit minta tolong kat POLIS! apa celop!

Di percayai sekumpulan lelaki yang bertindak merobohkan khemah tersebut mewakili rakyat yang meluat melihat kerenah budak-budak hingusan yang menjadi pencacai Pakatan haram.





Malam ni serang lagi !!! Kasi ajar sikit!