Wednesday, January 23, 2013

Anwar Ibrahim - PR Benarkan Bible Guna Kalimah Allah!


Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan, perikatan pembangkang itu tetap dengan pendirian yang diputuskan oleh Majlis Pimpinan Presiden 8 Januari lalu bersabit isu penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu.

Meskipun begitu kata Anwar, pihaknya tidak menolak untuk mengadakan sebarang perbincangan susulan berikutan keputusan Majlis Syura Pas.

"Boleh, kenapa tak boleh bincang. Tapi setakat ini tidak timbul. Setakat ini, ini pendirian Pakatan Rakyat berdasarkan kenyataan yang dibentangkan oleh Hadi Awang dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang lalu (8 Januari)," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

Awal minggu lalu, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa semua pihak termasuk pimpinan PR menerima keputusan Majlis Syura bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.

Nik Aziz berkata, perkara itu tidak perlu ditimbulkan semula setelah Majlis Syura menetapkan larangan penggunaan kalimah yang eksklusif bagi orang Islam itu diterjemahkan mana-mana kitab agama bukan Islam kerana salah dari segi maknanya.

Majlis Syura membuat keputusannya pada mesyuarat 13 Januari.

Menurut Anwar, pihaknya bagaimanapun tetap dengan kenyataan yang dibentangkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini di mana kalimah ALLAH boleh digunakan selagi ia tidak disalahgunakan.

"Soal isu ALLAH ini saya baca dengan teliti keputusan Majlis Syura Pas. Kita juga baca dan bincang kenyataan yang dibentang oleh Hadi Awang di awal dalam Majlis Pakatan Rakyat.

"Kita dalam Pakatan Rakyat apabila membaca kenyataan Hadi Awang, pertama dengan tidak melarang penggunaan tetapi menegur penyalahgunaannya, menyatakan keprihatinan, kalau ia boleh mengelirukan. Kita tidak ada masalah dalam hal demikian," ujarnya.

Nota: Kalau PAS benar-benar jantan dan bermaruah, sudah lama mereka tinggalkan PR dan tidaklah termalu sendiri dengan pendirian flip flop Mursyidul Am dan Presiden PAS sekejap patuh kehendak PR dan kemudiannya bila teruk dikecam khalayak barulah menyerahkan keputusan selanjutnya kepada Majlis Syura pula.

Antara kemahuan politiknya utk kekal dengan PR dan kesucian kalimah Allah s.w.t yang wajib dipertahankan, telah meletakkan PAS dalam keadaan tersepit dan terhimpit. Inilah bahananya apabila satu kerjasama politik yang longgar hanya ditemukan dengan titik persamaan berkongsi musuh yang sama sahaja.

PAS Bakal Keluar Dari Pakatan Haram... PAS Pijak Bendera DAP di Penang!

Sekumpulan anggota akar umbi PAS memijak bendera DAP di Pulau Pinang di hadapan pejabat Pengerusi DAP.

Retak menanti belah, itu sahaja kata-kata yang dapat menggambarkan hubungan antara parti di dalam Pakatan Rakyat. Tiada apa yang perlu dihairankan, sejak dari mula lagi pakatan tiga Parti ini tidak ada kata sepakat dalam banyak perkara. Daripada sekecil-kecil perkara, kepada sebesar-besar isu pasti ada perselisihan faham antara mereka.

Mat Sabu Sahkan Anwar Perdana Menteri Mah....


Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dalam kenyataan medianya mengesahkan partinya menerima Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri (PM) sekiranya pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Pro-Anwarinas Kepanasan... Nasha Iringi DS Najib Di Gaza!

Ustaz Nasha yang juga ahli Majlis Syura Pas menjadi pegawai pengiring kepada YAB PM. 

Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Tun Razak bersama Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh berdoa dihadapan bangkai kereta Almarhum Ahmed Al-Jaabari yang terbunuh akibat dibom oleh Israel.

PM Tawar Bantu Satukan Fatah Dan Hamas


GAZA CITY: Malaysia menawarkan bantuan untuk menyatukan kedua-dua kumpulan Palestin Fatah dan Hamas yang bertelagah.

Perdana Menteri Malaysia yang pertama melawat Palestin, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan sokongan itu mengenai rancangan perdamaian bagi menamatkan perpecahan antara dua pergerakan Palestin.

Tuesday, January 22, 2013

Gambar DS Najib Tiba di Gaza, PM Malaysia Pertama Lawat Palestin @NajibRazak

PERDANA Menteri, Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor diiringi Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh pada Majlis Sambutan Perdana Menteri di Rafah di Gaza, Palestin hari ini. Najib merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama menjejak kaki di bumi Palestin setelah melakukan lawatan kemanusiaan ke Gaza hari ini.