Thursday, January 31, 2013

Nizar Samakan Kematian Adik William Dengan 'Bangkai'


Si Penderhaka Nizar Jamaluddin ADUN PAS Pasir Panjang membuktikan betapa jijiknya dan bodohnya pemimpin pembangkang apabila menggunakan perkataan ‘bangkai’ bagi merujuk kes adik William Yau Zhen Zhong yang mayatnya ditemui baru-baru ini.

Petikan di twitter @mbnizar – The CARCASS GATHERERS: BN politicians rush to cash in on William’s death 

Maksudnya - @mbnizar - PENGUMPUL BANGKAI: Pemimpin BN berlumba-lumba dapatkan nama atas kematian William.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ketika diminta mengulas menyifatkan ianya suatu ayat pelik yang digunakan oleh seorang yang berperangai dan bersifat pelik.

“Ini merupakan satu perkara yang pelik daripada manusia yang amat pelik,” katanya merujuk kepada perkataan ‘CARCASS GATHERERS’ yang digunakan Nizar.

Katanya carcass membawa maksud bangkai dan ia biasanya merujuk kepada binatang mati yang juga merupakan makanan burung hering (vultures).

“Terkejut saya dia boleh gunankan perkataan sebegini. Apakah dia tidak mempunyai sebarang jiwa kemanusian dan rasa simpati terhadap keluarga mangsa.

Mengapa dia boleh hina mayat adik William. Tidakkah dia terfikir apa perasaan ibu bapa adik William,” katanya yang ternyata amat kecewa apabila dimaklumkan mengenai twit Nizar itu.

Sambil menyifatkan perkataan yang digunakan Nizar amat keterlaluan, beliau kecewa dengan perkataan yang dipamerkan Nizar walaupun dia dikatakan sebagai seorang yang berpendidikan agama tinggi.

Berita terdahulu : Lim Kit Siang mengheret kematian William ke dalam politik merupakan langkah yang paling bodoh, Hipokrit!


Peneroka Kesedar Bantah Kerajaan Pas Kelantan


GUA MUSANG: Kira-kira 100 peneroka Rancangan Kemajuan Tanah (RKT ) di kawasan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Lebir hari ini mengadakan bantahan secara aman bagi mendesak Kerajaan PAS Kelantan agar tidak menjadi jaguh dengan tampil menyelesaikan kemelut hak milik tanah di kawasan berkenaan.

Bantahan tersebut diadakan di Jalan Utama menghala ke Kesedar Lebir di sini yang menjadi laluan utama Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ke Majlis Penyampaian Geran Tanah Hak Milik Tapak Rumah kepada 82 peneroka kawasan tersebut.

Bagaimanapun keadaan menjadi kecoh apabila dua buah kereta pacuan empat roda yang mengetuai rombongan Menteri Besar itu telah bertindak menghalang peserta bantahan yang berkumpul di kawasan itu.

Tindakan tersebut dilakukan bagi menghalang hasrat para peserta yang berkumpul itu daripada bertemu Nik Abdul Aziz yang tiba menaiki kenderaan jenis Mercedes Benz dan terus memecut laju tanpa menghiraukan mereka.

Ketua Peneroka Kesedar Lebir, Abdul Aziz Rahman mendakwa, RKT berkenaan telah sekian lama diuruskan oleh Kesedar dengan cukup sempurna dan mengapa tiba-tiba Kerajaan Pas cuba berlagak 'hero' kononnya ingin membela rakyat dengan bertindak demikian.

Dakwanya, sebelum ini seramai 195 peneroka di kawasan berkenaan begitu berterima kasih dengan kesungguhan dan bantuan yang diberikan oleh pihak Kesedar dalam menyediakan segala kemudahan diperlukan sejak kawasan itu dibuka pada tahun 1981.

"Bagaimanapun keharmonian kami selama ini telah diancam apabila kerajaan negeri tiba-tiba tampil dan berlagak seperti hero untuk menyelesaikan masalah hak milik tanah di sini.

"Apa yang saya tahu Kesedar sudah membayar premium tanah seluas lebih 4,000 hektar ini dan sudah tentu segala masalah yang berlaku di sini perlu diselesaikan oleh Kesedar tanpa perlu campur tangan pihak lain," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Wednesday, January 30, 2013

Gambar Terbaru - Hassan Ali Dan Ust Nasha Bergabung


Kelihatan Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa dan Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr Hasan Ali membincangkan sesuatu... Jelas terpancar keakraban di antara mereka...

Berita terbaru yang di terima satu majlis khas berlangsung di Masjid Negara.. Majlis tersebut dianjurkan oleh "Sekretariat Mendaulat Islam sebagai Agama Persekutuan" bagi mempertahankan kesucian nama Allah dari dipolitikkan oleh puak-puak Pakatan Haram.

Program khas sekarang ini di Masjid Negara:

Antara yang hadir Hasan Ali, Nasha, Nakhaie, Hafiz Nordin, Ismail Mina, Yusri Mohd, Noh Gadut, Aidid Ghazali JATI..


Apa yang pasti puak-puak Anwarinas sedang kepanasan dengan pengabungan antara Hasan Ali dan Ust Nasha....`

Sudah Tiba Masanya Nik Aziz Bersara...


Nik Aziz mula menjadi ahli PAS pada tahun 1967, kini beliau adalah Mursyidul Am bagi parti tersebut. Semenjak tahun 1990, beliau telah memegang tampuk kepimpinan sebagai Menteri Besar Kelantan.

Beliau mempunyai masalah kesihatan jantung, darah tinggi dan gastrik. Pada akhir tahun 2004, beliau dimasukkan ke hospital setelah mendapat serangan sakit jantung.

Pada tahun 2007, beliau dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kerana keletihan. Beliau sendiri mengakui bahawa kesihatannya semakin terganggu sejak akhir-akhir ini.

Tempoh lebih 23 tahun sebagai Menteri Besar adalah satu tempoh perkhidmatan yang agak lama disandang oleh TG Nik Aziz...

Walaupun berbeza bendera dan pendapat... namun aku turut simpati dengan Nik Aziz yang sering dijadikan sebagai alat politik untuk kepentingan individu tertentu dalam PAS.

Mungkin tidak ramai yang ambil peduli tentang hal ini namun, inilah rialitinya...

Bagi mereka yang mempunyai agenda kepentingan untuk diri sendiri dalam politik beranggapan tanpa Nik Aziz, PAS akan berkubur dengan cepat...

Justeru itu mereka mahu Nik Aziz terus kekal di dalam PAS, walaupun kini Nik Aziz dilihat seperti orang tua yang sudah nyanyuk...

Bukan maksud aku mahu menghina, tapi inilah keyataan yang perlu disedari oleh akar umbi PAS... dan  juga ianya berdasarkan dari segi faktor umur Nik Aziz yang sudah lama bergelumang dalam politik yang penuh dengan warna warni ini...

Pemecatan bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa selaku ahli Majlis Syura Ulama PAS adalah satu kesilapan besar yang telah dilakukan oleh Nik Aziz....

Ini kerana sememangnya sudah lama dinanti-nantikan oleh Puak Anwarinas setelah beberapa percubaan sebelumnya menemui jalan buntu.

Sewaktu ini tidak nampak ada dikalangan pimpinan PAS yang mempunyai kualiti yang sama seperti Ustaz Nasharudin. Beliau merupakan permata kesayangan Al-Marhum Dato Fadhil Nor.

Terus terang dikatakan, sebelum parti PAS hancur dik kerana parasit dalaman yang merosakkan TG Nik Aziz  dengan lebih dahsyat lagi... Ada baiknya tempat TG Nik Aziz diambil alih oleh Timbalan Mursyidul AM PAS, Ustaz Haron Din.

Sudah tiba masanya Tuan Guru berehat....

Politik Harian/Bro Jinggo

Mahligai Mewah: Pemuda PAS Larut Desak Singkirkan Dato Fauzi


Pemuda Pas Larut desak Pas Pusat pertimbangkan untuk gugurkan pencalonan Dato Fauzi sebagai Ahli Parlimen Larut.

Ketuanya Mohd Akmal Kamaruddin adalah menantu Presiden Pas Hadi Awang, berkata sudah sampai masa Pas perlu memikirkan kepentingan parti dan imej Parti sendiri.

Kemewahan yang dikecapi oleh Dato Fauzi sebagai penceramah boleh menimbulkan keraguan rakyat serta memburukkan Parti. Dato Fauzi perlu menjawab keseluruhan persoalan bagi membuktikan dirinya seorang pegawai yang bersih dari rasuah sepanjang perkhidmatan di dalam pasukan polis dan bukan penceramah mata duitan.

Sebelum ini hampir semua pemimpin Pas daerah Larut sudah bersepakat untuk memilih Mohd Akmal Kamaruddin sebagai ahli Parlimen Larut tetapi ditentang oleh Pas negeri kerana hormat kepada bekas Pengarah Siasatan jenayah Bukit Aman Dato Fauzi yang boleh dipergunakan oleh Pas untuk tujuan promosi.

Berita mahligai mewah milik Dato Fauzi menjadi panas setelah beliau mengakui bahawa banglo tersebut memang milik beliau....


Terdahulu beberapa blog telah mendedahkan bahawa Dato Fauzi yang hanya berjawatan sebagai Pengarah di Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mampu membina sebuah rumah di kawasan segitiga emas Shah Alam yang berharga lebih RM5 Juta.

Kalau PAS boleh singkir Dr Hasan Ali dan Ustaz Nasharuddin dengan sewenang-wenangnya, takkan lah si penumpang yang mencari kekayaan dalam PAS ni mereka tak mampu nak singkirkan! Malu lah......

Pemecatan Ustaz Nasha Untuk Alih Isu Kalimah Allah


Pemecatan YB Ustaz Nasharudin Mat Isa oleh Majlis Syura Ulama PAS dibuat pada 13 Januari yang lalu. Berita mengenai pemecatan hanya diumumkan oleh Setiausaha Majlis Syura, Ustaz Nik Zawawi beberapa hari yang lalu. Terdapat jarak masa yang agak panjang di antara keputusan yang dibuat dengan tarikh pengisytiharan yang dibuat. Jarak masa yang agak panjang ini menyebabkan berbagai-bagai spekulasi boleh dibuat.

Bagi saya pengumuman tentang pemecatan itu bertepatan dengan tarikh Lawatan Kemanusiaan YAB Perdana Menteri dengan Ustaz Nasharudin yang menjadi salah seorang ahli rombongan mempunyai muslihat tersendiri.

Antaranya ialah untuk mengalihkan pandangan umum dan persepsi masyarakat mengenai isu Kalimah Allah yang masih terawang-awang dan belum ada jalan keluarnya di pihak Pakatan.

Di satu pihak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP Karpal Singh cuba mengekalkan keputusan Majlis Presiden Pakatan pada 8 Januari yang membenarkan penggunaan Kalimah Allah oleh bukan Islam, sementara di pihak Majlis Syura Ulama PAS dengan sokongan padu oleh kumpulan ulama PAS tidak berganjak menolak penggunaan Kalimah Allah oleh bukan Islam seperti yang diputuskan dalam mesyuarat 13 Januari. Pertembungan yang nyata di antara keputusan Pakatan Rakyat dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS itu begitu merisaukan pimpinan tertinggi Pakatan.

Sementara itu ahli dan penyokong PAS di peringkat akar umbi kini mendesak supaya keputusan muktamad dibuat oleh Pakatan Rakyat. Kegagalan mengemukakan satu jawapan yang decisive akan mengakibatkan bencana terhadap Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13 nanti.

Sebagai langkah “damage control” pemecatan Ustaz Nasharudin terpaksa digunakan sebagai isu yang akan mengalihkan perhatian rakyat dan ahli parti diperingkat akar umbi yang kini berkobar-kobar untuk melihat isu aqidah yang boleh membawa kepada syirik dan kekufuran ini diberikan penegasan dan keputusan.

YB Dato Dr Hasan Mohamed Ali
29 Januari 2013