Sunday, February 10, 2013

Majlis Syura PAS Tolak Anwar?


Muka depan akhbar MIngguan Malaysia hari ini melaporkan Majlis Syura Ulama PAS menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menjadi calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat mentadbir kerajaan.

Menurut sumber akhbar itu, ia didakwa dibincangkan secara tertutup melibatkan beberapa ahli majlis berkenaan namun kesahihannya belum dapat dipastikan.

"Kalaupun benar pendirian Majlis Syura Ulama tersebut, ia bukanlah satu kejutan kerana sentimen dalam kalangan sebahagian besar pemimpin dan ahli parti itu, mereka sememangnya tidak mahu Anwar yang juga Ketua pembangkang menjadi Perdana Menteri.

"Ia dapat dilihat dalam muktamar lalu, apabila ada ahli PAS secara terbuka menyatakan sokongan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menduduki jawatan nombor satu negara tersebut," kata sumber itu.

Pada Khamis lalu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa, rakan-rakannya di dalam PAS memberitahu, penolakan Majlis Syura Ulama Pas terhadap Anwar semakin kuat.

Beliau berkata, keadaan itu berlaku ekoran percanggahan pendirian kepimpinan pembangkang dengan majlis itu dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Sebelum ini, ketika Muktamar Tahunan PAS Ke-58 di Kota Bharu, wakil Dewan Ulama, Hairul Nizam mahu Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri dan bukannya pemimpin pembangkang yang lain. Kenyataan beliau itu kemudiannya disokong oleh beberapa lagi pemimpin PAS yang turut berada dalam majlis syura.

Malahan ketika masih di dalam PAS, bekas Naib Presiden parti itu, Datuk Dr. Hasan Ali pernah menyatakan secara terbuka bahawa Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri.

Ketika ditanya, apakah benar dakwaan pihak-pihak tertentu yang menyatakan ada pertemuan antara Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din dengan Anwar baru-baru ini bagi membincangkan perkara tersebut, sumber itu menjelaskan, ia tidak dapat disahkan kerana Haron setakat ini tidak membuat sebarang kenyataan.

"Namun apa yang pasti, dalam kalangan ahli Majlis Syura Ulama PAS memang mereka mahukan Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri.

"Dalam masa sama ada khabar yang menyatakan kalau pembangkang menang mungkin orang di luar pakatan akan dilantik ke jawatan tersebut," kata sumber itu.

Ditanya siapakah pemimpin itu, sumber tersebut berkata, hanya pemimpin-pemimpin tertentu di dalam PAS sahaja yang mengetahuinya.

"Tetapi saya percaya, kalaupun majlis syura atau mana-mana juga pemimpin PAS menolak Anwar ia pasti ada kaitan dengan pelbagai isu yang melibatkan ketua pembangkang itu," kata sumber itu lagi.

Bagaimanapun sumber itu berkata, 'kekuatan' PAS untuk menentukan siapakah bakal menjadi Perdana Menteri pembangkang akan menghadapi kesukaran kerana parti itu bukanlah dominan dalam kerjasama dengan PKR dan DAP.

"Malahan, biarpun PAS tidak bersetuju namun mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana DAP dikatakan tetap menyokong penuh Anwar menjadi Perdana Menteri," kata sumber itu lagi.

-Anratapos

PRU-13 Khalid Ibrahim Tersingkir Dari PKR...


Tahniah diucapkan kepada Azmin Ali kerana berjaya menggugurkan Abdul Khalid sebagai calon Ijok. Ini bermakna cita-cita Azmin Ali untuk menjadi Menteri Besar Selangor akan tercapai... Tapi itupun kalau Pakatan Haram berjaya mempertahankan pemerentahannya di Selangor la....

Gambar kontroversi blow job Azmin Ali... 
khabarnya perangkap dari pihak dalaman PKR sendiri.

Menurut laporan laman portal pembangkang The Malaysian Insider - Ketidakstabilan berhubung masa depan politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Selangor, dengan sumber dalam Pakatan Rakyat (PR) mengatakan menteri besar penggal pertama itu mungkin kehilangan jawatannya jika pakatan tersebut berjaya mempertahankan negeri dalam Pilihan Raya 2013.

Kepimpinan PKR setakat ini tidak mahu mengesahkan sama ada Abdul Khalid akan terpilih untuk mempertahankan kerusi dewan undangan negeri (Dun) itu, dengan kemarahan yang semakin meningkat di kalangan penduduk tempatan yang dikatakan melihat ahli politik itu sebagai wakil rakyat “tidak hadir”.

The Malaysian Insider difahamkan kepimpinan PKR pada satu masa, memikirkan untuk menggugurkan Abdul Khalid sebagai calon Ijok kerana kebimbangan menteri besar itu akan kalah di kerusi Dun tersebut.

“Penduduk tempatan melihat beliau sebagai wakil rakyat tidak hadir, beliau tidak pernah turun padang jadi timbul persepsi. Kadangkala kami faham kedudukan beliau sebagai MB tetapi orang-orang beliau juga tiada di kawasan, jadi sukar untuk bekerja di bawah,” kata seorang pemimpin tertinggi PR kepada The Malaysian Insider.

Isu pengguguran Abdul Khalid bermula selepas ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pada Oktober tahun lepas Abdul Khalid akan mempertahankan kerusi parlimen Bandar Tun Razak, tetapi tidak menyatakan tentang kerusi Ijok.

Pengumuman menyemarakkan syak wasangka bahawa parti itu merancang untuk menggantikan Abdul Khalid dengan timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali, yang kononnya bersaing untuk jawatan tersebut.

Timbul juga cakap-cakap tentang untuk menenangkan Abdul Khalid, Anwar menjanjikannya jawatan persekutuan sekiranya PR berjaya merampas Putrajaya.

“Adakah beliau menyatakan Abdul Khalid akan bertanding di Ijok? Tidak. Anda boleh membuat kesimpulan sendiri,” kata seorang pemimpin PKR dengan syarat namanya tidak disiarkan.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang merupakan salah seorang yang berada dalam jawatankuasa senarai calon menafikan khabar angin tersebut sebagai tidak berasas tetapi tidak mengesahkan sama ada rancangan parti untuk merombak semula barisan kepimpinan negeri Selangor termasuk menggugurkan Abdul Khalid.

“Saya sangat sedar dengan setiap butiran dan tiada tentang itu. Jawatankuasa calon parti yang dipengerusikan oleh Anwar masih lagi melibatkan pemimpin diperingkat negeri tentang perkara ini,” katanya kepada The Malaysian Insider apabila diminta pengesahan tentang rancangan PKR untuk menggugurkan Abdul Khalid daripada Ijok.

Khabar angin yang merangsang tentang penyingkiran Abdul Khalid adalah masalah yang melanda jentera PKR tempatan.

Sumber memberitahu Abdul Khalid tidak mampu untuk berkempen dengan berkesan berikutan permusuhan berterusan antara beliau dan kakitangan utama kempen, yang kononnya telah meninggalkan jentera sehingga hampir lumpuh.

Terdapat cakap-cakap pemimpin tempatan enggan bekerjasama selepas Abdul Khalid menolak permintaan untuk “bayaran” sebagai balasan terhadap kesetiaan mereka, serta dakwaan kelemahan Abdul Khalid dalam berkomunikasi serta “keangkuhan” menyebabkan tercetusnya perselisihan.

Ketua jentera PKR Ijok Abdul Rahman Umar menafikan dakwaan tersebut tetapi mengakui kepimpinan pusat parti masih lagi belum mengesahkan sama ada Abdul Khalid akan bertanding di kerusi itu.

“Masih belum ada pengesahan…. tetapi kami mencadangkan Tan Sri Khalid untuk Ijok,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Abdul Rahman, yang dikenali penduduk tempatan sebagai Cikgu Rahman menerangkan persepsi jentera tidak bersama Abdul Khalid mungkin datang dari penurunan dalam kadar kempen sejak April tahun lepas selepas tidak ada petunjuk bahawa pilihan raya akan diadakan tahun lepas.

“Sekarang kita tahu pilihan raya semakin hampir kita telah mula bekerja. Ijok adalah komuniti kecil kampung. Mereka akan bantu. Apabila tiba masanya mereka akan bantu,” kata Abdul Rahman.

Azmin, orang kedua dalam menjaga tapisan calon PKR bagi Pilihan Raya 2013 selepas Anwar, bagaimanapun, mengakui baru-baru ini terdapat isu-isu yang melanda persediaan untuk Ijok tetapi melahirkan keyakinan bahawa ia akan berjaya diatasi.

“Saya tidak menyalahkannya. Sudah tentu saya bersetuju terdapat isu di cabang tersebut, tetapi ianya boleh diselesaikan,” kata Azmin dalam temuramah baru-baru ini bersama The Malaysian Insider.

Akan tetapi timbalan presiden PKR itu tidak mahu mengesahkan sama ada Abdul Khalid akan kekal di Ijok tetapi mengatakan spekulasi tentang masa depannya sebagai menteri besar tidak semestinya benar.

“Kita masih belum muktamadkan,” kata beliau ketika ditanya apakah Ijok akan menyaksikan muka baru bertanding di atas tiket PKR.

“Tetapi tiada sebab mengapa kita perlu singkirkan Khalid daripada Ijok kerana beliau adalah anak tempatan.. dari tinjauan beliau sangat popular dikalangan rakyat,” tambah Azmin.

Ijok, kerusi semi luar bandar negeri yang terletak di utara-barat bandar perindustrian negara, merupakan salah satu daripada tiga kerusi negeri dalam kerusi Parlimen Kuala Selangor. Dalam Pilihan Raya 2008, terdapat 15,467 pengundi berdaftar dengan Melayu membentuk 51 peratus diikuti Cina pada 75 peratus dan India pada 28 peratus.

Abdul Khalid telah memenangi kerusi itu dengan majoriti besar 1,920 undi mengalahkan seorang lagi anak tempatan, Datuk Mohamed Sayuti Said, sebahagian besarnya disebabkan oleh sokongan daripada masyarakat Cina dan India.

Pemerhati parti berkata hubungan rapat Abdul Khalid dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan reputasi beliau sebagai tokoh korporat semasa beliau beliau berkhidmat sebagai ketua eksekutif salah satu syarikat perladangan terbesar di negara ini mendorong Anwar untuk menjadikannya sebagai menteri besar.

Pelantikannya didakwa mencetuskan persaingan mendalam dengan Azmin dan memecahkan parti di Selangor. Walaupun Abdul Khalid dikatakan menikmati sokongan pengundi, beliau tidak popular dikalangan ahli parti.

Kegawatan memaksa Anwar untuk campur tangan. Ini membawa kepada penyingkiran Abdul Khalid sebagai ketua PKR Selangor dan digantikan oleh Azmin. Pemerhati berkata ini adalah permulaan kepada penyingkiran Abdul Khalid sebagai menteri besar.

Faekah Husin, setiausaha politik kepada ketua pentadbiran Selangor itu telah berada di barisan hadapan dalam pertembungan antara Abdul Khalid dan Azmin walau bagaimanapun, percaya kepimpinan parti akan membuat keputusan untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai menteri besar jika PR berjaya mempertahankan Selangor.

Faekah yang dilihat sebagai sekutu rapat Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui Abdul Khalid mungkin mempunyai masalah untuk menyatukan pasukannya di Ijok dahulu tetapi tidak sekarang.

“Beliau mungkin mempunyai masalah tetapi itu dahulu. Selepas beliau baru sahaja menang. Beliau kuat disana sekarang, Saya rasa Khalid akan bertanding di Ijok,” katanya.

Anwar Gagal Sebagai Ketua Pakatan Pembangkang


Pakatan pembangkang sebenarnya adalah satu pakatan yang rapuh yang hanya berpaksi kepada kepentingan parti masing-masing untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan kerana itu hingga sekarang mereka tidak mampu mendaftarkan pakatan mereka secara rasmi di bawah satu nama seperti BN, demikian pandangan Professor Datuk Seri Dr. Mohammad Fairus Khairuddin.

Beliau yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang berkata pakatan yang ditonjolkan pembangkang pada hakikatnya adalah sandiwara semata-mata kerana ia jelas boleh dilihat dalam pentadbiran mereka di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.

Malah di dalam parti pembangkang iaitu PKR, Pas dan DAP jelas beliau masing-masing ketika ini sedang bergelut dalam kemelut dalaman mereka.

Dalam sebuah parti politik sekiranya mahu bertahan lama dan diterima rakyat katanya lagi ianya harus mempunyai struktur yang kukuh namun dalam PKR ianya menjadi longgar apabila apa yang digariskan semasa penubuhannya kononnya mahu memperjuangkan keadilan untuk rakyat tidak ditepati.

“Apabila pakatan pembangkang berjaya merampas beberapa buah negeri, saya mula melihat Anwar tidak lagi peduli dan komited dalam memperjuangkan apa yang dikatakan semasa awal penubuhan parti. Hari demi hari terutama selepas peristiwa janji 16 September yang tidak menjadi kenyataan,

“Janji kosong Anwar menggunakan kaedah yang begitu hina dengan cuba mencuri ahli perlimen BN, ini bukan cara politik yang baik dan Anwar lakukan juga”, katanya kepada UMNO-Online.

Pada masa yang sama dedah beliau, Anwar pula semakin lama semakin mengutamakan kroni yang tertentu sehingga sifat Anwar yang mengutamakan kroni menyebabkan ramai yang keluar parti.

“Azmin juga sebenarnya tidak diterima dan ini terbukti dengan satu kejadian di Sabah. Azmin pernah ditolak oleh ahli PKR Sabah. Ini menunjukkan anak emas Anwar ini ditolak oleh orang bawahan parti. Anwar pula mengutamakan Azmin sehingga sanggup membelakangkan perjuangan parti,” ujarnya.

Manakala DAP pula kata beliau hanya mempergunakan Anwar untuk memecahbelahkan orang Melayu di samping mengikat Pas agar tidak bertindak esktrim yang boleh menghalang DAP meluaskan pengaruhnya.

“Sebenarnya DAP memegang kunci kelemahan Anwar dan ia digunakan bagi memastikan Anwar sentiasa patuh dengan segala arahan. Sebab itu kalau kita tengok dalam apa jua isu termasuk yang membabitkan masalah di kalangan pakatan pembangkang Anwar akan menyebelahi DAP.

“Perkara ini juga sebenarnya tidak menyenangkan di kalangan pemimpin, ahli PKR dan Pas”, katanya.

Beliau seterusnya menambah perkara yang sama juga berlaku dalam Pas di mana di dalam parti Pas sendiri telah terbahagi kepada dua kumpulan iaitu mereka yang menyokong dan yang mula mempertikaikan kewibawaan Anwar.

“Mereka inilah yang menolak Anwar dek kerana satu demi satu terbongkar kisah Anwar.

“Ini semua berlaku kerana dalaman parti itu sendiri tidak mempunyai struktur yang kuat untuk mengikat satu sama lain. Sampai saat ini masih belum diwujudkan secara rasmi di antara mereka. Mereka tidak pernah bergabung secara rasmi. Tidak seperti BN yang mengikat komponan mereka dan bertanding dalam PRU atas satu tiket iaitu BN.

“Sehingga kini pakatan pembangkang belum selesai masalah dalaman mereka. Mereka tidak mampu sesama mereka untuk mempunyai satu bendera yang sama untuk menandingi BN. Inilah bukti betapa gagalnya Anwar sebagai ketua pakatan pembangkang. Mereka gagal tidur satu bantal dengan mimpi yang sama,” ujarnya lagi.

Video Gong Xi Fa Cai Dari Ah Jib Gor Bikin Puak Pakatan Haram Meroyan Sakan


"Ah Jib Gor" yang bermaksud "Abang Najib" dalam bahasa Cina... Satu lagi iklan membabitkan Najib Abdul Razak dan sambutan Tahun Baru Cina, yang telah bikin panas kepada puak Pakatan Rakyat.

Tak senang duduk puak-puak cybertrooper Pakatan Haram, mereka diarahkan oleh DAP untuk klik DISLIKE pada setiap klip video yang melibatkan Datuk Seri Najib Abdul Razak di YOUTUBE.

Begitu juga pada masa yang sama, mana-mana klip video membabitkan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, mereka memilih menggunakan sistem LIKE berbayar cara menimbulkan persepsi kononnya rakyat Malaysia memilih Pakatan Rakyat berbanding Najib Abdul Razak. Ini semua poyo!



Marilah kita rakyat 1 Malaysia bersama Datuk Seri najib Razak menyambut Tahun Baru Cina!

Persetankan puak Pakatan Haram... sesuangguhnya mereka iri hati dengan pencapaian Datuk Seri najib yang telah berjaya membawa tranformasi baru didalam kepimpinan beliau... Gong Xi Fa Cai!


DS Najib Teruja Untuk Menikmati Makan Enak Sambil Tonton Persembahan PSY Gangnam


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melahirkan rasa teruja beliau untuk menikmati pelbagai makanan enak di Pulau Pinang.

Najib juga melahirkan keterujaan untuk bersama-sama dengan penduduk Pulau Pinang menyaksikan persembahan penyanyi popular Korea Selatan, Park Jae-sang atau Psy yang popular dengan lagu Gangnam Style dan penyanyi tempatan Shila Amzah pada Isnin.

Psy akan menjadi penyeri pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia anjuran Barisan Nasional di Kolej Han Chiang.

Anggaran 80,000 orang dijangka menghadiri rumah terbuka itu yang akan berlangsung dari 9 pagi hingga 1 tengah hari.

"Rasanya tidak sabar untuk menikmati makanan enak di Pulau Pinang yang indah esok dan juga untuk bersama-sama dengan penduduk Pulau Pinang menyaksikan persembahan Psy Oppa dan Shila Amzah," kata Najib dalam Twitter beliau hari ini.

Esok, Najib akan menghadiri beberapa acara seperti Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA dan Majlis Minum Petang bersama pemimpin masyarakat Cina.

Ayah kita bersama menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Razak... Jumpa di Penang bro.....

Pemecatan Versi Pos Laju Ternyata PAS Zalim



Jangkakan ramai ada sesuatu yang tidak kena di sebalik pemecatan Ustaz Nasharudin Mat Isa dari Majlis Syura PAS ternyata benar apabila surat pemberitahuan hanya diposkan kepada bekas Timbalan Presiden PAS itu pada 30 Januari 2013 dan diterimanya pada 6 Februari 2013.

PAS mengumumkan pemecatan itu pada 26 Januari 2013 melalui kenyataan media oleh Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Nik Zawawi Nik Salleh yang menyatakan Ustaz Nasharudin telah dipecat sebagai ahli Majlis Syura semasa badan tertinggi PAS itu bermesyuarat pada 13 Januari 2013.

Jika kenyataan Nik Zawawi betul bermakna perjalanan parti itu ternyata agak bercelaru dan tidak terurus kerana mengambil masa yang agak lama untuk menyampaikan keputusan parti kepada ahlinya.

Entah apa jenis kelayakan yang diambil kira sebelum Nik Zawawi dilantik sebagai Setiausaha, langsung tidak efisien kerja buatnya. Bukannya beribu keping surat yang perlu dihantar, hanya sekeping sahaja itu pun berminggu-minggu mengambil masa.

Sehari dua sebelum pemecatan itu diumumkan, kelibat Ustaz Nasharudin dilihat menyertai rombongan bersama Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak di Gaza, Palestin telah menimbulkan kecurigaan dan rasa tidak senang di kalangan pemimpin PAS.

Dilihat kronologi yang berlaku dalam tempoh itu, memang jelas kelihatan ada sesuatu yang tidak kena. Bak kata pepatah ada udang di sebalik batu.

Pemecatan itu dilakukan memang disebabkan adanya agenda tersembunyi dan alasan kononnya Ustaz Nasharudin 'kerap tidak datang mesyuarat' hanyalah bertujuan untuk mengabui mata khalayak sahaja.

Tambahan pula Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat selaku Pengerusi Majlis Syura Ulama PAS yang sering kali ponteng mesyuarat dan kalau datang pun kerap pulang awal, tidak pula dipecat walau sepatutnya sudah lama diambil tindakan berikutan ketidakberkesanan pimpinannya.

Tak mustahil hakikat sebenarnya pemecatan itu dilakukan secara tergesa-gesa dan tidak pun dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Syura PAS pada 13 Januari 2013, sebaliknya ia hanya diputuskan melalui perbincangan tidak rasmi antara pimpinan PAS selepas gambar Ustaz Nasharudin dan PM di Palestin disiarkan media perdana.

Walau apa senario sekalipun, tatacara pemecatan keanggotaan Ustaz Nasharudin dalam Majlis Syura Ulama PAS itu sendiri tidak menepati prosedurnya apabila Ahli Parlimen PAS Bachok itu tidak dipanggil untuk membela diri atau setidak-tidaknya diberi surat tunjuk sebab.

Jelas sekali ia satu bentuk kezaliman dan amat tidak Islamik, amat bertentangan sekali dengan seruan keadilan yang sering diwar-warkan parti itu di pentas-pentas ceramah politik.

Lebih sedekad lalu apabila Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO disebabkan masalah moral, ramai pemimpin dan penyokong PAS tampil mempersoalkan pemecatan tersebut yang dikatakan zalim dan tidak Islamik.

Walhal tindakan pemecatan itu tidak pun dilakukan secara semberono tanpa usul periksa sebaliknya Anwar telah diberi peluang untuk membela diri dalam Majlis Tertinggi UMNO malah tidak dihalang melantik pasukan guaman sendiri bagi menghadapi perbicaraan di Mahkamah.

Sekarang terbukti PAS adalah sebenar-benarnya parti yang zalim dan tidak Islamik serta telah bertindak secara kuku besi. Memang jelas PAS telah menzalimi Ustaz Nasharudin dan ianya berlaku hanya selang setahun selepas bekas Naib Presiden PAS, Dr Hasan Ali dipecat tanpa bicara dari parti itu.

Belum memerintah negara sudah terbiasa dengan kelakuan buruk dan asyik menzalimi orang lain, andai diberi peluang memerintah negara tidak sukar dibayangkan kezaliman yang bakal PAS laksanakan terhadap pihak lain yang tidak sealiran dengannya.

Saturday, February 9, 2013

Skandal Abby Abadi Dengan Dato’ Raja Kamarul Bahrin Didedahkan


Tertarik dengan pendedahan oleh laman portal Terengganu Today yang mendakwa Abby Abady bakal menjadi Isteri ketiga kepada bakal Menteri Besar?

Harap Abby Abady dapat memberi penjelasan berhubung skandal ini...

Terengganu Today - Bukan sahaja laris di pentas ceramah PAS, Abby Abadi sekali lagi menjadi perhatian ekoran dakwaan hubungannya dengan arkitek terkenal, Dato’ Raja Kamarul Bahrin.

Pertengahan tahun lalu, Abby turut dikaitkan dengan nama Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Takiyuddin Hassan.

Namun, hubungan itu dikatakan tidak betahan lama apabila Dato’ Takiyuddin mendapat maklumat Abby mempunyai hubungan lain yang lebih ‘istimewa’.

Lebih menimbulkan persoalan, Abby Abadi dilihat bersama Raja Bahrin di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Kunjungan pelakon Gerak Khas itu dalam siri program politiknya bersama PAS ke Terengganu turut disambut Raja Bahrin.

Secara kebetulannya, Raja Bahrin yang juga suami kepada artis, Noryn Aziz turut dikaitkan sebagai calon Menteri Besar menggantikan Abdul Wahid Endut sekiranya PAS bejaya menawan Terenganu.

Menurut sumber dalaman PAS, Abdul Wahid tidak dicalonkan untuk jawatan itu berikutan hubungan dinginnya dengan Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang serta kegagalan Wahid Endut sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu dan Pesuruhjaya PAS Terengganu.

Raja Bahrin yang disebut-sebut sebagai calon PAS di DUN Ladang turut mendapat sokongan pemimpin kanan PAS dari Kuala Nerus dan Dungun serta sokongan ‘belakang tabir’ dari ADUN Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Sebab itulah, Abby begitu kerap turun ke Terengganu dalam program politiknya bersama PAS. Menjelang pilihan raya, Abby menjadi pilihan Raja Bahrin untuk program politiknya di Terengganu.

Perkara itu turut dicemburi jentera PAS yang lain kerana Abby dikatakan mendapat bayaran lebih daripada Raja Bahrin serta PAS sendiri. Raja Bahrin dilihat begitu aktif bersama program-program PAS, ceramah, makan di warung-warung kopi bersama rakyat biasa dan turun padang bersama jentera pilihan raya PAS.

Terkena Lukah DAP, PAS Hilang Adrenalin

Hebatnya Lim Guan Eng menahan lukah walaupun PAS terluka, PAS akan tetap bersama dalam pakatan pembangkang kerana dirinya rasa lebih selamat walaupun akhirnya meraba-raba cari bantuan oksijen.

Sepatutnya PAS lebih bijak daripada DAP memandangkan keahliannya adalah lebih besar dan dianggotai oleh bijak pandai agama yang tersohor ketika di menara gading ataupun professional yang mendapat latihan dalam pelbagai bidang. Rupa-rupanya kepengetahuan yang mereka ada masih belum memadai untuk mengenal lukah yang sentiasa ditadah oleh DAP.

“brain damage” kesan kehilangan adrenalin?

Lukah pertama ialah slogan kepimpinan Umar Abdul Aziz, yang juga merupakan generasi ketiga Khalifah Umar al-Khattab. Kononnya DAP yang memerintah Pulau Pinang akan meniru cara dua khalifah yang terkenal dengan keadilan dan keperihatinannya terhadap rakyat.

Lukah kedua ialah menulis semula sejarah negeri Pulau Pinang seolah-olah orang Melayu tidak mempunyai sebarang sumbangan pembentukan negeri itu walaupun semua orang tahu bukan keturunan Cina yang mula-mula menerokanya.

Lukah ketiga ialah mempamerkan dirinya sentiasa menggunakan kelas ekonomi dalam penerbangan berbanding pemimpin lain walhal ramai yang telah ditipu hidup-hidup, setiap kali ke Singapura bertemu dengan pemimpin PAP beliau menggunakan penerbangan kelas business.

Pada awal pentadbirannya, Lim Guan Eng hampir setiap minggu ke Singapura kerana ingin belajar bagaimana PAP berjaya “menghalau orang Melayu” sehingga ramai yang tidak berani cakap, “kalau mengomel kena jual” seperti ugutan P Ramli dalam sebuah filemnya.

Lukah keempat ialah mahu bina terowong pesisir laut kononnya sebagai projek pembangunan DAP yang terbaik buat rakyat Pulau Pinang. Akibatnya, Lim Guan Eng terpaksa pula bertelagah dengan seorang yang amat prihatin dengan kesedaran pengguna tapi direntap pula dengan kata-kata: tidak mahu gaduh dengan orang tua.

Lukah kelima ialah kerajaan yang telus, cekap dan adil. Tetapi yang berlaku ialah kerajaan yang penikus, songlap dan amat bersifat kecinaan. Betapapun, Lim Guan Eng takut kepada anai-anai, musang dan biawak maka tidak mendiami rumah kerajaan sebaliknya menyewa rumah bangle pemilik individu.

Menang cekap Lim Guan Eng dalam mempermainkan sentiment sehingga sanggup menghadirkan diri ketika pemberian kunci kepada penduduk Kg Buah Pala yang sudah lama bersetuju dengan pihak pemaju, yakni sebelum pakatan pembangkang menang pilihan raya.

Ketika segelintir penduduk Kg Buah Pala melepaskan lembu dan ramai-ramai bantah, bayang Lim Guan Eng tidak juga nampak sebaliknya menyatakan itu adalah kesalahan kerajaan terhadulu kerana sudah jual tanah kepada salah sebuah koperasi, yang terima duit ialah kerajaan DAP.

Lagi cekap ialah khabarkan ke seluruh penjuru alam bahawa dalam tempoh tahun, DAP telah berjaya mengurangkan hutang lebih RM 600 juta. Maka ramai yang percaya, tetapi bila buka buku tiga lima, bukan bayar hutang. Yang berlaku ialah pemindahan aset Pihak Berkuasa Air kepada kerajaan persekutuan menerusi penstrukturan semula.

Kerajaan persekutuan berikan pula kepada PBA untuk terus menguruskan perkhidmatan air bersih. Tetapi, itu tidak timbul kerana politik menyelit memang sesuatu yang amat handal digunakan oleh Lim Guan Eng, kerana kaedah itu sebenarnya pendidikan politik yang beliau belajar daripada ayahnya sendiri, Lim Kit Siang.

Lukah keenam ialah meletakkan tanggungjawab kepada pemaju swasta dalam pembinaan rumah murah dan mampu milik. Kerajaan negeri tidak mempunyai apa-apa peranan termasuk memberikan kelulusan kerana beliau sebenarnya sedar, jika diperbanyakkan rumah murah dan mampu milik, penduduk Cina tidak akan bertambah dengan cepat dan ini merugikan kedudukan politik DAP.

Akibatnya, menerusi dasar tersembunyi yang dilakukan, lebih banyak projek rumah mewah dibuat hingga sebahagian bukit semakin bermasalah termasuk di Sungai Ara, Sungai Batu dan Bayan Lepas. Tidak usah cakap dengan Batu Feringghi ataupun Paya Terubong, memang sudah lama digondolkan walhal sayang, semuanya sudah terlewat kerana masalah juga amat banyak.

Ada sebahagian bangunan tidak dihuni kerana terlalu dekat dengan bukit seperti di Paya Terubung. Sebahagian rumah di bukit di Sungai Ara sudah jadi masalah hingga terpaksa minta kepakaran Institut Kerjaya Raya Malaysia (IKRAM) untuk mengkaji dan memberikan cadangan agar tiada cerun yang runtuh seperti berlaku di Bukit Setiawangsa ataupun Highland Tower dan Bukit Antarabangsa, yang memangnya hampir jadi trauma.

Lukah ketujuh ialah ambil tanah penduduk kampong kemudian berikan kepada sebuah syarikat bagi menubuhkan sebuah university berpengantarkan bahasa Cina sedangkan penubuhannya adalah sebagai pusat “think tank” DAP kerana parti itu menanggap melalui pelajaran orang tidak tahu niat busuknya. Akhirnya, penduduk Pondok Upih marah kerana kenapa tanah mereka dan apa perlunya sebuah university bebahasa Cina?

Lukah kelapan ialah menstrukturkan semula peniaga di tingkat 3 KOMTAR dan kemudiannya peniaga asal terpinggir. Bagaimanapun, perniagaan di KOMTAR semakin sehari semakin sejuk dan tidak mampu untuk “cover sewa dan caj perkhidmatan” menyebabkan banyak yang kosong. Kedai-kedai yang dahulunya meriah dan ramai pelanggan, kini sepi.

Lukah kesembilan ialah jual tanah kerajaan negeri walaupun tanah itu sebenarnya sudah ada perancangan untuk membina sekolah, masjid dan perumahan awam. Kerana terdesak nak duit bagi menyiapkan SPICE atau modal buat Terowong Pesisir, maka caranya juallah apa yang ada termasuk tanah di Bayan Bay dan Kampung Manggis.

Lukah kesepuluh ialah menjual sebidang tanah di Kg Manggis untuk dibangunkan hospital swasta dan hotel. Setelah ia menjadi kontroversi, maka ditawarkan pula kepada BN yang sanggup bayar ikut harga pasaran. Bila deposit dibayar, enggan pula mengeluarkan tanda setuju dan dokumen, hanya memberikan tempoh bakinya ratusan juta perlu diselesaikan dalam tempoh tiga puluh hari.

Lukah kesebelas ialah nak jadikan bahagian utara Barat Daya sebagai destinasi pelancongan antarabangsa yang baharu kerana masih banyak tanah yang boleh diambil oleh kerajaan negeri berbanding Batu Feringghi dan Teluk Kumbar. Tanah-tanah itu kemudiannya dijual berlipat ganda kepada pelabur tertentu bagi membina lebih banyak pusat hiburan, hotel pelbagai bintang dan dalam jangka masa panjang, orang Melayu akan kehilangan tanah dan pusakanya.

Lukah kedua belas ialah menahannya di ngarai yang paling dalam sehingga menyebabkan PAS perlukan tabung oksijen dengan mendesak Presiden PAS dan Mursyidul Am menyatakan pendirian lebih awal. Kesannya, berlaku paradok yang ketelaluan dengan keputusan Majlis Syura Ulama dan akhirnya, paksakan pula Presiden PAS agar berusaha mendesak keputusan paradok itu dikaji semula. DAP hanya boleh terima keputusan 8 Januari 2013 dan bukannya 13 Januari 2013.

Luka ketiga belas ialah lukah yang boleh mematikan PAS sendiri apabila Nasharudin Mat Isa dipecat. Ia jelas ada “tangan-tangan ghaib” kerana Nasharudin adalah seorang pemimpin yang konsisten mempertahankan Islam, yang tentunya tidak disukai oleh DAP.

PAS benar-benar “bunuh diri” dengan pemecatan Nasharudin kerana sudah semakin nyaring kemarahan akar umbi agar parti itu keluar pakatan. Tentunya, Nasharudin mempunyai pengaruh yang besar dalam kalangan pengundi muda, berbanding Mohamad Sabu yang hanya layak diberikan anugerah “nasi tambah” dan “badut”.

Sudah muncul kumpulan yang apathy terhadap PAS tetapi mereka hanya menunggu masa dan ketika untuk melakukan “silent protest.” Sebab itulah apabila seorang pemimpin PAS yakin pakatan pembangkang boleh menang 145 kerusi Dewan Rakyat, ramai yang hanya menganggap bekas Menteri Besar itu sekadar tukang beli nombor empat digit kerana harapkan special draw selepas Chap Goh Mei, nombor bertuah dan boleh beli beberapa buah kereta Camry baharu.

Lukah terakhir itu sebenarnya boleh menyebabkan PAS “bunuh diri” kerana ramai simpatinya semakin hilang keyakinan terhadap Haji Hadi, Mursyidul Am PAS, Mustapha Ali dan Tuan Ibrahim Tuan Man. Kesemuanya tidak lagi boleh diharapkan, kerana kesemunya lebih mendengar kata-kata DAP dan hanya mahu selamatkan Anwar Ibrahim, bukannya Islam.

Kalau nak selamatkan Islam, kenapa tidak melakukan tarbiyah ke atas Lim Guan Eng yang melakukan provokasi Kalimah Allah dan Anwar pula dengan “keselamatan Israel”, LBGT dan biseksual sedangkan kesemuanya adalah bahaya kepada Islam. Bukankah PAS pernah meletakkan pendirian bahawa Israel bukan negara dan sebuah pemerintahan haram, tetapi kenapa tidak desak Anwar memohon maaf kerana telah melukakan emosi umat Islam bila mempertahankan “kedaulatan Israel”?

Bila Anwar bacakan “talkin kebebasan” kepada LBGT, PAS diam membisu. Bila Anwar tidak masukkan “negara Islam” dalam Buku Jingga, semuanya menipu “negara berkebijakan” adalah pemulanya. Maknanya, kalau begitu PAS selama ini hanyalah pegang ekor kerana kepalanya sudah rosak. Bak kata pepatah Cina, ikan akan busuk bermula dari kepala. Ertinya, memang ada sesuatu yang beres di kepala pemimpin PAS sehingga adrenalinnya kasih sayang dan cinta bertukar jadi ganas dan berdendam.

Muhamad Irfan Iskandar

DS Najib Pertahan Muhyiddin... Pelik Dengan Latah Guan Eng



Bukan sesuatu yang luar biasa apabila parti politik mengadakan majlis sambutan meraikan perayaan utama di Malaysia. Perkara ini sudah jadi macam tradisi, bukan saja pihak kerajaan bahkan pembangkang.

Sebab itu Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri pelik dengan latah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang cuba cetus isu-isu yang tak sepatutnya berhubung majlis sambutan Tahun Baru Cina Barisan Nasional di padang sekolah Hang Chiang ,Pulau Pinang Isnin ini.

Perdana Menteri dalam masa yang sama menafikan bahawa timbalannya bersikap perkauman sebaliknya melahirkan rasa pelik dengan reaksi keterlaluan Guan Eng, sedangkan sebelum ini BN pernah membuat banyak majlis di negeri itu.

Najib berkata majlis itu diadakan semata-mata untuk meraikan perayaan yang sangat bermakna kepada kaum Cina di negara ini.

"Mengapa majlis yang bertujuan baik hendak dicemar dengan unsur-unsur politik yang tidak ada kena-mengena dengan majlis berkenaan, kalau dia (pembangkang) hendak buat majlis, buatlah, kita tidak halang,"kata beliau.

Najib berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di ibu negara petang ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa mengatakan tindakan Guan Eng menyeru orang ramai ke majlis tersebut dengan memakai baju Bersih sebagai satu kerja bodoh.

Hari ini, Guan Eng cuba menarik simpati dengan mengeluarkan satu kenyataan media berkata beliau kesal dipanggil "bodoh" dan menyifatkan panggilan itu sebagai sikap "perkauman" Muhyiddin.

Najib turut mempersoalkan tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang menurunkan kain rentang dan poster BN di negeri itu baru-baru ini.

“Kenapa dia nak cuba halang kita dengan turunkan banner poster?” ujarnya yang pelik dengan latah-latah Guan Eng sedangkan sebelum ini BN pernah membuat banyak majlis di negeri itu.

Baru-baru ini Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menurunkan poster dan kain rentang BN yang menunjukkan gambar Najib di sekitar George Town.

Sementara itu, Najib turut 'buka cerita' mengenai sebab sebenar pakatan pembangkang mempersoalkan itu ini dengan kehadiran penyanyi sensasi Korea Psy.

Katanya, menjawab soalan pemberita, mungkinkah takut kehadiran penyanyi sensasi Korea Psy menarik sokongan kepada BN, menyebabkan Guan Eng mengelabah.

Kata PM, pembangkang hendak jemput Psy untuk satu majlis atas nama Pakatan Rakyat sebalinya penyanyi yang terkenal dengan lagu Oppa Gangnam Style" itu pilih BN.

" Tapi bila kita buat, dia tuduh kita macam-macam. Walhal dia nak jemput Psy untuk satu majlis atas nama pakatan rakyat tetapi apabila Psy hadir majlis kita, rosak program dia lah, itu cerita sebenarnya, dia tak dapat, dia kutuk," jelasnya.

DAP sebelum ini menciplak lagu Psy untuk buat video klip burukkan pemimpin negara dan melancarkannya dalam Kongres Nasional parti itu Disember lalu.

-Helmi Hanafi

Gelagat Janice Lee Kemaruk Raih Undi Dalam Masjid! Nik Aziz Tak Suruh Tutup 'Her' Aurat Pun?


ADUN DAP Teratai, Janice Lee ghairah mengedarkan limau-limau mandarin di sebuah masjid di dalam DUNnya.


Macam dah tak ada tempat lain lagi nak bagi buah limau? Kalau nak masuk masjid sekali pun patuhilah peraturan ketika berada didalam masjid. Hairan betul dengan puak PAS ni...

Macam mana pak lebai PAS boleh membenarkan seseorang yang tidak menutup auratnya berada di dalam masjid? sedangkan Nik Aziz meminta PSY Gangnam menutup aurat jika mahu buat persembahan di Pulau Pinang.

PAS Hipokrit!

Hina Islam - Patrick Teoh Ditahan Polis


Si biadap Patrick bab* ditahan polis kira-kira jam 11 pagi semalam, Patrick bab* telah diambil keterangan oleh ASP Basiron berhubung kes dia menghina Islam di laman Facebook.

Wartawan Mazidul Akmal melaporkan, Patrick tiba pada jam 10.30 pagi ditemani peguamnya di Ibu Pejabat Polis Daerah, IPD Ampang, Selangor.




Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menghina Islam dan bakal dihantar untuk diteliti oleh Timbalan Pendakwa Raya.

Dilaporkan Patrick keluar dari IPD Ampang melalui pintu belakang.kerana enggan ditemu bual oleh pengamal media.

Sebelum ini, Patrick berulang kali 'menyalak' di blognya, Niamah.com dan tidak pula berasa segan melontarkan buah fikirannya, majoriti pro-pembangkang. Dia juga penyokong perhimpunan Bersih.

Tiba-tiba menjadi pemalu dengan wartawan dan juru gambar?

DS Najib - Ugutan 'Arab Spring' Anwar Tidak Demokrasi


Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak berkata ugutan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencetuskan demonstrasi ala 'Arab Spring' di negara ini adalah bukti yang menunjukkan Pakatan Rakyat tidak tulen mengamalkan demokrasi.

Menurutnya, semua pihak termasuk Umno mahu pilihan raya umum kali ini diadakan secara adil dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Justeru katanya, adalah tidak menjadi keperluan Ketua Pembangkang itu untuk cuba mewujudkan sentimen kemarahan rakyat kononnya kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) menggalakkan pilihan raya yang tidak sihat.

"Menghormati keputusan rakyat adalah satu prinsip yang penting dalam sistem demokrasi iaitu demokrasi berparlimen bererti kita mesti terima keputusan rakyat.

"Bila dia (Anwar) kata dia percaya demokrasi dia tidak boleh mempertikaikan keputusan, kita harus menyanjung prinsip demokrasi.

"Kita harap pembangkang terima keputusan akan datang," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, semalam.

Terdahulu, mantan Perdana Menteri Keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa pelbagai pihak mengambil serius ugutan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menjadikan Kuala Lumpur seperti Dataran Tahrir di Kaherah dan Mesir sekiranya hasrat beliau menjadi perdana menteri tidak kesampaian pada pilihan raya umum nanti.

Mahathir berkata beliau tahu akan kapasiti Anwar untuk melakukan huru-hara ekoran bekas timbalan perdana menteri itu telah membuktikan dirinya sebagai "juara" demonstrasi di masa lalu.

Skandal Panas: RM200 Ribu, Jawatan MB - ‘Ayat’ ADUN PAS Pikat Isteri Orang


Pendedahan bagaimana ADUN PAS Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar menjalin hubungan ‘istimewa’ dengan isteri orang, Aida Tengah.

Sejak terjalin hubungan itu, isteri Mohd Apandi Abdullah pun bercakap macam orang politik, berbelit-belit dan selalu mencipta alasan pelik. Bila ditanya alasan untuk keluar, “keluar jumpa kawan” - itulah jawapan Aida kepada suaminya.

Alasan keluar jumpa kawan itu pernah kantoi apabila Apandi melihat kereta isterinya (Honda Stream) berada di kawasan rumah Tengku Hassan di Padang Negara, Kuala Terengganu.

Ketika ditemui krew Terengganu Today (TT), Apandi menceritakan, “Suatu hari, kalau tak silap hari Selasa, aku lalu dihadapan rumah YB, aku terkejut melihat kereta Aida berada di situ, masa tu pukul 11.00 pagi”

Ditanya TT adakah ketika itu rumah YB berkenaan ada orang lain, dia menggeleng kepala dan kemudian memberitahu pagar dan pintu rumah tersebut tertutup rapat dan tidak ada kenderaan lain di perkarangan rumah pemimpin PAS berkenaan, selain kereta milik YB tersebut.

Bagi mendapatkan kepastian, Apandi bertanya kepada isterinya, kenapa keretanya berada di rumah wakil rakyat PAS itu.

Aida menjawab, dia meminta YB berkenaan menandatangani satu borang pinjaman. Aida menjelaskan kepada suaminya bahawa YB suruh dia datang ke rumah YB sebab cop YB tertinggal di rumah.

Kata Apandi “belum bercerai pun mereka dah berkasih (bercinta) dah….”

Aida juga memberitahu suaminya, ADUN PAS Ladang menawarkan wang tunai RM200 ribu dan jawatan sebagai Setiausaha kepada Aida sekiranya Tengku Hassan menjadi Menteri Besar Terengganu kerana pemimpin PAS itu sedang ‘gila’ dengan jawatan itu.

Apandi bertanya, untuk apa RM200 ribu. Isterinya menjawab sebagai modal perniagaan. Gembira atau curiga? Apandi bertanyakan perkara berkenaan kepada Tengku Hassan sendiri tentang RM200 ribu.

ADUN Ladang itu memberitahu, beliau tiada duit sebanyak itu dan kelihatan cuba melarikan diri dengan alasan terpaksa pergi solat jenazah.

Adakah tawaran RM200 ribu itu modal perniagaan atau duit untuk memikat hati Aida, atau ada ‘upah’ lain?

ADUN Pas Ladang Mengurut Dengan Isteri Orang

DUN Pas Ladang, Kuala Terengganu, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar menjadi punca perceraian antara Mohd Apandi Abdullah dengan isterinya, Aida Tengah.

Apandi mula curiga dengan kelakuan isterinya apabila dia kerap kali berkunjung ke rumah wakil rakyat Pas itu di Padang Negara, Kuala Terengganu walaupun selepas kematian isteri wakil rakyat Pas itu.

Tujuannya untuk mengurut! Rakaman suara bersama Apandi menceritakan, pernah satu ketika dia tertidur kerana menunggu isterinya yang mengurut Dato’ Tengku Hassan.

Mengurut apa lama sangat? Sampai si suami yang tunggu si isteri tertidur… Itulah titik-titik hitam yang menjadi punca perceraian antara Apandi dan Aida.

ADUN PAS tersebut perlu menjawab setiap pendedahan yang di bongkarkan oleh laman Portal  -Terengganu Today ini.

DS Najib Beri Ucapan Khas Tahun Baru Cina


Perayaan Tahun Baru Cina yang bakal disambut esok dimeriahkan lagi dengan ucapan khas oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Kaum Tionghoa di Malaysia menerima ucapan sambutan Tahun Baru oleh Najib menerusi klip video yang di muat naik di Youtube dan laman rasmi Facebook beliau.

Klip video berdurasi satu minit itu memaparkan Najib memakai pakaian tradisional Cina sambil bermain gendang.

Pada laman Facebook beliau, Najib turut menambah satu komen: “I enjoyed recording this Chinese New Year message... Gong Xi Fa Cai!” (Saya seronok membuat rakaman ucapan Tahun Baru Cina ini... Gong Xi Fa Cai!”).

Najib dan anak lelakinya, Nor Ashman turut memberi ucapan Selamat Tahun Baru Cina dalam bahasa Mandarin menerusi sebuah stesen radio tempatan.

video URL: http://youtu.be/TsXBrO-MAz0

Friday, February 8, 2013

5 Soalan Cepu Emas Untuk YB Dr Nasir Hashim (ADUN Kota Damansara)


Berikut antara soalan mungkin boleh dijawab oleh Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN Kota Damansara, YB Dr. Nasir Hashim.

1. Siapakah pemilik terkini Kompleks Muhibbah Petaling Jaya di Kota Damansara?


Klik di sini.

2. Apakah tindakan susulan YB untuk membantu peniaga Pasar Tani setiap Ahad agar berpeluang menggunakan surau dan tandas di kompleks terbabit?


Klik di sini.


3. Adakah benar desas-desus mengatakan YB mempunyai kepentingan dalam syarikat swasta dilaporkan membeli kompleks itu?

4. Mengapakah selepas lebih setahun kompleks terbabit dijual oleh Perbadanan Kemajuan Negeri SELANGOR, masih tidak kelihatan papan tanda memaparkan nama syarikat pemilik?

5. Mengapakah surat rasmi dihantar oleh FAMA kepada pengurus Kompleks untuk mengelakkan peniaga bersembahyang di pinggir jalan masih tidak menerima jawaban secara bertulis?



Mohon YB jawab.

Selaku orang biasa, saya tidak mampu memberikan penjelasan berhubung soalan dipaparkan sebab itu saya memohon WAKIL RAKYAT saya mengambil alih tugas terbabit.

Ops! Hasil tinjauan sekitar jam 6.30 petang semalam, dua bendera koyak rabak masih terus berkibar layu ...



Jika sesiapa sudi untuk menggantikan bendera terbabit, sila maklumkan melalui emel mazidulakmal@yahoo.com.

Beliau berhasrat benar untuk merekodkan detik bersejarah itu.


-Mazidul Akmal