Saturday, February 9, 2013

DS Najib Pertahan Muhyiddin... Pelik Dengan Latah Guan Eng



Bukan sesuatu yang luar biasa apabila parti politik mengadakan majlis sambutan meraikan perayaan utama di Malaysia. Perkara ini sudah jadi macam tradisi, bukan saja pihak kerajaan bahkan pembangkang.

Sebab itu Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri pelik dengan latah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang cuba cetus isu-isu yang tak sepatutnya berhubung majlis sambutan Tahun Baru Cina Barisan Nasional di padang sekolah Hang Chiang ,Pulau Pinang Isnin ini.

Perdana Menteri dalam masa yang sama menafikan bahawa timbalannya bersikap perkauman sebaliknya melahirkan rasa pelik dengan reaksi keterlaluan Guan Eng, sedangkan sebelum ini BN pernah membuat banyak majlis di negeri itu.

Najib berkata majlis itu diadakan semata-mata untuk meraikan perayaan yang sangat bermakna kepada kaum Cina di negara ini.

"Mengapa majlis yang bertujuan baik hendak dicemar dengan unsur-unsur politik yang tidak ada kena-mengena dengan majlis berkenaan, kalau dia (pembangkang) hendak buat majlis, buatlah, kita tidak halang,"kata beliau.

Najib berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di ibu negara petang ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa mengatakan tindakan Guan Eng menyeru orang ramai ke majlis tersebut dengan memakai baju Bersih sebagai satu kerja bodoh.

Hari ini, Guan Eng cuba menarik simpati dengan mengeluarkan satu kenyataan media berkata beliau kesal dipanggil "bodoh" dan menyifatkan panggilan itu sebagai sikap "perkauman" Muhyiddin.

Najib turut mempersoalkan tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang menurunkan kain rentang dan poster BN di negeri itu baru-baru ini.

“Kenapa dia nak cuba halang kita dengan turunkan banner poster?” ujarnya yang pelik dengan latah-latah Guan Eng sedangkan sebelum ini BN pernah membuat banyak majlis di negeri itu.

Baru-baru ini Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menurunkan poster dan kain rentang BN yang menunjukkan gambar Najib di sekitar George Town.

Sementara itu, Najib turut 'buka cerita' mengenai sebab sebenar pakatan pembangkang mempersoalkan itu ini dengan kehadiran penyanyi sensasi Korea Psy.

Katanya, menjawab soalan pemberita, mungkinkah takut kehadiran penyanyi sensasi Korea Psy menarik sokongan kepada BN, menyebabkan Guan Eng mengelabah.

Kata PM, pembangkang hendak jemput Psy untuk satu majlis atas nama Pakatan Rakyat sebalinya penyanyi yang terkenal dengan lagu Oppa Gangnam Style" itu pilih BN.

" Tapi bila kita buat, dia tuduh kita macam-macam. Walhal dia nak jemput Psy untuk satu majlis atas nama pakatan rakyat tetapi apabila Psy hadir majlis kita, rosak program dia lah, itu cerita sebenarnya, dia tak dapat, dia kutuk," jelasnya.

DAP sebelum ini menciplak lagu Psy untuk buat video klip burukkan pemimpin negara dan melancarkannya dalam Kongres Nasional parti itu Disember lalu.

-Helmi Hanafi

No comments: