Saturday, March 9, 2013

Gambar Jeneral Berpengaruh Dalam Kumpulan Pengganas Sulu Mati


Berikut adalah foto Jeneral kumpulan pengganas Sulu yang mati di kampung Taduo, Lahad Datu namun bukanlah Azzimudie Kiram III sebagaimana yang disangkakan.

Pihak berkuasa masih menyiasat identiti lelaki yang terkorban ini dan tidak menolak kemungkinan beliau adalah salah seorang 'ketua' yang berpengaruh dalam kumpulan pengganas Sulu dan antara salah seorang dari 53(angka terkini) yang berjaya ditembak mati.

Nasib pemimpin kumpulan pengganas Sulu Azzimudie Kiram masih tidak diketahui ketika tentera Malaysia dan pasukan polis memasuki peringkat akhir operasi pencarian dan menggeledah di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu semalam.



Gambar ini menjadi bukti kepada mana-mana pihak seperti Chegu Bard (PKR) yang mempertikaikannya sebelum ini.

Chegu Bard memprovokasi pengikutnya supaya sangsi dengan bukti yang ditunjukkan oleh Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri.

Bodo punya Bard!



Jumlah Terkini 53 Pengganas Mati - Seorang Pengganas Ditembak Mati Pagi Tadi


Pasukan keselamatan menembak mati seorang lelaki bersenjata Sulu pada Sabtu yang cuba untuk meloloskan diri daripada kawalan keselamatan ketat di Kampung Tanjung Batu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, lelaki bersenjata itu mati ditembak kira-kira pukul 8.00 pagi.


Ini membawa kepada jumlah lelaki bersenjata Sulu yang terbunuh kepada 53, di dua perkampungan pantai di mana mereka berkurung dan dalam tembakan di Semporna.

Ismail berkata kawasan operasi di Kampung Tanjung Batu adalah 3 km persegi dan Kampung Tanduo 4 km persegi.

Beliau berkata baki kumpulan bersenjata dipercayai akan bergerak berpasangan atau dalam unit-unit kecil.

"Kami percaya mereka cuba mengelak daripada pasukan keselamatan dengan bergerak di antara kedua-dua kampung," katanya.

Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata lelaki bersenjata berjaya menyelinap dari Kampung Tanduo ke Kampung Tanjung Batu kerana kawasannya yang tidak sekata dan berpaya.

Zulkifeli berkata pasukan keselamatan telah menjalankan operasi pembersihan di Kampung Tanduo.

Ditanya sama ada masih terdapat lelaki bersenjata Sulu di Kampung Tanduo, beliau berkata operasi masih diteruskan untuk membawa mereka keluar dan mereka mungkin bersembunyi di dalam belukar dan hutan sekunder di sana.

Ismail berkata nasib Raja Muda Azzimudie Kiram, pemimpin kumpulan bersenjata, masih tidak diketahui.

"Masih terdapat mayat di kawasan itu yang kita tidak pasti," katanya. -Mstar

Tangkal Kalimah Celah Kangkang Pengganas Sulu


Dalam Ops Daulat yang memasuki hari kelima beberapa mayat lagi telah dijumpai oleh pihak keselamatan dan pada mayat terdapat tangkal bertulis kalimah al-Quran dan amat menyedihkan lagi kerana tangkal itu turut dipakai di celah kelangkang pengganas tersebut.

Menurut sumber pihak keselamatan, tangkal itu ditemui pada mayat pengganas yang ditembak ketika bertempur dengan pasukan keselamatan negara di Kampung Tanduo, dekat sini, jam 6.45 pagi

“Apabila pemeriksaan dilakukan, anggota pasukan keselamatan terkejut menemui tangkal dengan kalimah al-Quran yang dipakai di celah kelangkang serta di pinggang.

“Kemungkinan pemakaian tangkal itu bertujuan menjadikan mereka kebal, namun terbukti perbuatan itu sebenarnya sekadar amalan syirik kerana dia akhirnya terbunuh akibat terkena tembakan,” katanya.

Tangkal itu juga umpama untuk menaikkan semangat kepada pengganas Sulu yang mereka ibaratkan pasukan keselamatan adalah musuh yang halal darahnya.

Gambar di bawah menunjuk Penceroboh memakai tangkai berwarna hitam..


Tindakan pengganas Sulu yang memakai tangkal berkenaan adalah satu amalan sihir kelas pertama.

Dalam pengamalan sihir ini, semakin Allah murka, semakin ilmu itu menjadi. Mungkin itu pertimbangan pengganas terbabit menyebabkan dia tergamak meletakkan ayat al-Quran di tempat yang tidak bersih kerana hampir dengan kemaluan.

Ia dimurkai Allah selain sihir kelas pertama seperti dinyatakan Rasulullah.

Ada baiknya jika anggota keselamatan beragama Islam membaca surah al-Furqan ayat 23 bagi menghindari sihir diamalkan musuh.

Wanted! Polis Letak Azzimudie Dalam Senarai Paling Dikehendaki

Azzimudie (Agbimuddin)

Lahad Datu: Pemimpin kumpulan bersenjata Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram dipercayai menjadi orang yang paling dikehendaki dalam senarai polis.

Berusia sekitar 60-an, beliau melibatkan diri dalam perniagaan pengangkutan ikan dan kerap berulang-alik dari Lahad Datu ke Kunak, Semporna, Sandakan, Tawau dan Kota Kinabalu.

Menurut penduduk di sini, lelaki yang berpindah ke Semporna dari Lahad Datu baru-baru ini dipercayai telah menghilangkan diri.

Sumber percaya saudara kepada Sultan Sulu ini turut membantu dalam rundingan bagi menamatkan krisis di Tanduo yang melibatkan kumpulan lelaki bersenjata dan pasukan keselamatan Malaysia.

Mereka berkata polis mula mencari Azzimudie apabila dia tidak ditemui lagi selepas berpindah ke Semporna.

Selain Azzimudie, mereka yang lain yang dikaitkan dengannya juga sedang dicari oleh polis berikutan penangkapan beberapa orang termasuk beberapa saudara mara, anggota beruniform dan ahli politik tempatan.

Polis berkata, sehingga kini lebih daripada 50 orang telah ditahan kerana mempunyai hubungan dengan kumpulan bersenjata.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata mereka ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas).

Beliau berkata tangkapan dibuat di seluruh Sabah dan di luar kawasan operasi Op Daulat yang berpusat di sekitar Kampung Tanjung Batu dan Kampung Tanjung Labian.

"Soal siasat suspek akan dapat mengesahkan beberapa maklumat yang kami perolehi," Ismail berkata semasa sidang akhbar bersama dengan Ketua Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.. -Mstar

Lahad Datu: Keadaan Selamat Walau Letupan Kedengaran


Keadaan di Felda Sahabat adalah terkawal biarpun bunyi beberapa siri letupan bom dilepaskan di kawasan zon merah dalam Op Daulat selepas 24 jam tiada pertempuran berlaku antara pasukan keselamatan dan penceroboh militan Sulu yang menjadikan Kampung Tanduo dan Tanjung Batu, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu, sebagai kubu sejak 12 Februari lalu.

Malah di bandar Lahad Datu dan bandar Semporna, yang terletak 150 kilometer dari sini, adalah terkawal dan tenang dengan aktiviti masyarakat serta premis perniagaan berjalan seperti biasa.

Di Felda Sahabat 16, kedengaran beberapa bunyi dentuman bom yang datang dari kawasan zon merah Op Daulat pada 1 pagi dan 7.30 pagi.

Selain itu pada pagi ini turut kedengaran pesawat helikopter berlegaran di ruang udara Felda Sahabat.

Namun bagi penduduk Felda, Norashikin Sarbani, 33, berkata mendengar bunyi letupan itu membuatkan hatinya berdebar tetapi yakin ia bunyi letupan daripada pasukan keselamatan.

"Kami di sini rasa lebih selamat kerana kehadiran pasukan keselamatan yang ramai. Kami sudah tidak takut," katanya kepada Bernama.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meninjau markas Op Daulat di Felda Sahabat, Khamis lalu berkata Malaysia menolak sebarang tawaran gencatan senjata dan menegaskan satu-satunya pilihan bagi penceroboh itu ialah letak senjata dan serah diri tanpa bersyarat.

Gerakan Op Daulat yang memasuki hari kelima hari ini mengesahkan 52 penceroboh militan terbunuh.

Sejak pencerobohan itu juga seramai lapan anggota polis terkorban iaitu dua wira terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna pada 2 Mac.

Malahan bagi peneroka Mujhi Bakrun, 39, beliau kini tidak perlu risau kerana kesungguhan kerajaan untuk menghapuskan kumpulan penceroboh militan itu.

"Saya ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana bersungguh untuk jaga keselamatan rakyat di Sabah," katanya.

Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dijangka tiba di Felda Sahabat pada 10 pagi ini untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada 1,800 penduduk kampung yang berpindah dari zon merah serta ditempatkan di Dewan Cenderawasih, Dewan Embara Budi dan Dewan Fajar Harapan dekat sini.

-Bernama

Video Sidang Media Saiful Bukhari Azlan Menafikan Kenyataan Bapanya


Saiful Bukhari Azlan menyeru rakyat Malaysia agar tidak terpedaya dengan permainan jijik Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berhubung kenyataan yang dibuat oleh bapanya.

Ujarnya, beliau berasa amat sedih dan dukacita dengan apa yang dilakukan oleh bapanya yang menjadi mangsa kerakusan politik makhluk bernama Anwar Ibrahim.

Video URL: http://youtu.be/WvaxWQQeYCk



"Demi Allah, agama, bangsa dan negara tercinta saya tegaskan tidak sama sekali berganjak dengan dakwaan saya. Saya akan terus istiqamah dan berpegang teguh pada dakwaan saya dan segala keterangan saya di mahkamah juga sumpah laknat yang saya telah lafazkan sehingga akhir hayat," tegasnya dalam sidang media hari ini.

Beliau turut meminta agar Anwar bertaubat dan biarpun telah lima tahun berlalu tetapi beliau tetap bertahan dan berdiri teguh walau sukar.

"Saya pasti Allah akan balas apa yang saudara lakukan. Sungguh terdesak dan jijik sekali. Saya beri amaran pada Anwar jangan babitkan bapa saya untuk putar belit keadaan.

"Saya berdoa Allah bukakan hati bapa saya untuk kembali ke jalan Allah, pertahankan anak kandungnya yang jadi mangsa."

Tambahnya lagi, sebagai anak kasih sayang dan hormat kepada ayah akan kekal hingga akhir hayat.

Berita terdahulu:
Gambar Pertemuan Bapa Saiful Bersama Anwar Menjadi Keraguan?
Saiful Bukhari Bidas Permainan Jijik Anwar!
"Bapak Dipergunakan" - Saiful Bukhari