Thursday, May 9, 2013

Azmin Terus Menghentam Anwar di Twitter!


Timbalan Presiden PKR Azmin Ali semalam memulau perhimpunan Pakatan Rakyat untuk menolak keputusan PRU 13 dan sebaliknya mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengamalkan “politik melampau.”

Dalam mesej twitnya, Azmin menggesa Anwar supaya bermuhasabah dalam menilai kegagalan Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

“Rakyat letih dengan asakan politik melampau. Terima hukuman. Muhasabah diri. Akui kelemahan. Maju kehadapan. Tumpu rakyat bukan kerabat,” kata Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor.

Azmin menggesa Anwar untuk menerima keputusan yang sudah dibuat oleh rakyat demi kepentingan dan masa depan negara.

“Terima keputusan rakyat. Maju ke hadapan dengan dasar peduli rakyat bukan membuli rakyat demi kesejahteraan dan kemakmuran negara,” tambah Azmin.

“ 

Laungan reformasi harus bermula dengan bisikan dalam hati sendiri. Jangan heret rakyat kalau kita sendiri gagal,” katanya

“ Gagal ke Putrajaya. Salah siapa ? Ikuti penjelasan dalam masa terdekat,” kata Azmin dalam tweetnya

Azmin dijadual mengadakan sidang akhbar pada Jumaat ini.

Kecaman terbuka Azmin terhadap Anwar berikutan desas-desus beliau dilaporkan bersedia untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PKR Selangor.

Turut bersetuju berbuat demikian adalah timbalan Azmin, Zuraida Kamarudiin yang juga Ketua Wanita PKR.

Mereka dilapor melahirkan hasrat itu selepas Anwar menolak usul PKR Selangor supaya calon lain dan bukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipilih sebagai Menteri Besar Selangor.

Setakat ini Anwar belum mengumumkan keputusan siapa akan menerajui Selangor.

Zuraida memberitahu antarapos, beliau menolak sebarang campurtangan DAP dan PAS dalam memberi sokongan kepada Khalid untuk terus memegang jawatan itu.

Panas! Azmin, Zuraida Letak Jawatan Jika Khalid Gagap Kekal Sebagai MB


Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali dan timbalannya, Zuraida Kamaruddin akan melepaskan jawatan masing-masing jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik semula sebagai Menteri Besar Selangor.

Menurut sumber PKR, Azmin memberi kata dua itu dalam mesyuarat bersama Ketua Umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini setelah Anwar melahirkan kecenderungan melantik semula Khalid mengisi jawatan berkenaan.

“Jika ini berlaku (Khalid dipilih), Azmin sedia meletakkan jawatannya sebagai pengerusi dan akan diikuti timbalannya Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR pusat,” kata sumber itu.

Difahamkan, Anwar sebelum ini merancang meletakkan Azmin menggantikan Khalid selepas didesak penyokong akar umbi sebelum PRU 13 tetapi mengubah fikiran selepas Ahad lalu.

Khalid yang menerajui pentadbiran Selangor sejak 2008 mengecewakan rakyat Selangor kerana mungkir melaksanakan manifesto PRU12 membabitkan ibu tunggal, suri rumah dan warga emas yang bangkit memfailkan saman terhadap Khalid dan kerajaan negeri.

Sumber itu berkata, Khalid mendesak Anwar agar beliau dilantik semula sebagai menteri besar dan dipercayai mendapat sokongan PAS dan DAP Selangor.

Pakatan Rakyat mengekalkan Selangor walaupun pencapaian PKR sendiri merosot apabila hanya memenangi 14 kerusi DUN berbanding 15 masing-masing oleh PAS dan DAP.

Difahamkan, PAS dan PKR sudah mengemukakan senarai nama mereka yang difikirkan layak untuk menjawat jawatan menteri besar. Antaranya Azmin Ali dan Khalid Ibrahim dari PKR serta Dr Abdul Rani Othman dan Saari Sungib dari PAS.

Pemilihan bagaimanapun akan ditetapkan oleh pucuk pimpinan pakatan pembangkang.-AntaraPos

Kah Kah Kah! Buruknya rupa... Azmin Ali merajuk tak dapat jadi MB!!!!

Untuk pengetahuan U oalls... DAP tak nak Azmin jadi MB manakala sumber Istana dikatakan lebih berpihak kepada calon PAS sebagai MB Selangor. Sehingga kini Anwar masih belum berani menyelesaikan masalah di Selangor dan hanya menumpukan usaha untuk melumpuhkan kerajaan Persekutuan....

Sepatutnya rakyat didahulukan bukan pangkat yang diutamakan! Inilah dasar perangai orang yang tamakkan kuasa!!

Wednesday, May 8, 2013

Apa Yang kecoh Sangat Kat Stadium Kelana Jaya Tu?


Kalau dah kalah tu... Kalah jugak la..... Aku pun dah malas nak layan dengan puak-puak yang tak reti nak terima hakikat ni!

Ni dengar apa kata SPR.. Bantahan Terbuka, Perhimpunan Tidak Bantu Pilihan Raya Diadakan Semula.

Sebarang bantahan terbuka atau perhimpunan tidak mampu mengubah keputusan pilihan raya umum atau mengakibatkan ia diadakan semula, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata sebaliknya calon atau mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) boleh memohon semakan supaya pilihan raya diadakan semula dengan mengemukakan petisyen selepas pewartaan keputusan oleh SPR, mengikut undang-undang.

"Selepas diwartakan dalam tempoh 21, mereka boleh buat petisyen, itu yang betul dan kalau bukti-bukti itu jelas serta lengkap dan pihak hakim mengakui wujudnya perlakuan rasuah, penipuan atau menyalahi undang-undang, maka mungkin Hakim Mahkamah Tinggi berkenaan akan memutuskan bahawa keputusan pilihan rayaitu tidak sah.

"Dengan itu barulah boleh diadakan pilihan raya semula, tetapi jika dibuat perjumpaan atau perhimpunan seperti Rabu malam, yang saya pun tak tahu apa maksud dia, sebenarnya tidak akan mengubah apa-apa yang boleh mengakibatkan pilihan raya diadakan semula," katanya selepas ditemu ramah Radio24 di Wisma Bernama pada Rabu.

Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas perhimpunan haram pembangkang di Stadium Kelana Jaya, yang kononnya diadakan bagi menyatakan rasa tidak puas hati berhubung keputusan PRU13 Ahad lepas.

Di sebalik pelbagai tuduhan seperti isu dakwat kekal, pengundi hantu, orangasing diguna sebagai pengundi dan bekalan elektrik terputus, Abdul Aziz berkatabeliau yakin PRU13 berlangsung secara bersih serta teratur, dan SPR sama sekalitidak terbabit membantu mana-mana pihak memenangi pengundian.

"Saya ingin nyatakan bahawa pilihan raya yang diadakan adalah begitu saksama, yang menang bukan sebab ditolong SPR, dan yang kalah bukan kerana tidak dibantu SPR, yang menentukan kalah menang di Malaysia ialah pengundi berdaftar yang mengundi," katanya.

Berdasarkan rekod, jumlah tertinggi petisyen berhubung keputusan PRU yang diterima SPR ialah pada 1999 iaitu 40 diikuti lebih 30 petisyen pada 2004.

Jumlah petisyen menurun kepada 26 pada 2008, walaupun ketika itu berlaku tsunami politik yang tidak berpihak kepada Barisan Nasional.

MB Selangor: PAS Ugut Keluar PR Jika Wakilnya Tidak Dilantik


Siapa yang akan mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor sehingga kini terus menjadi tanda tanya lebih-lebih lagi selepas Pengerusi PR Selangor, Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan keputusan muktamad mengenai perkara itu hanya akan diketahui dalam tempoh seminggu.

Kenyataan bekas MB Selangor itu memberi satu makna jelas mengenai ketidaksepakatan yang sedang dihadapi PR tika ini dalam menentukan calon yang sesuai untuk jawatan MB selain mengesahkan berlakunya perebutan jawatan itu sesama rakan sepakatan.

Tika ini perebutan jawatan itu berkisar antara PKR sesama PKR melibatkan Khalid dan Azmin Ali, di masa yang sama PAS pula menuntut hak ke atas jawatan MB berasaskan kelebihan yang mereka miliki berbanding PKR.

Dari segi kedudukan, Khalid kelihatan mempunyai peluang untuk mengekalkan jawatan tersebut sekiranya mendapat sokongan Azmin, bagaimana pun realiti yang berlaku tidak semudah itu kerana Azmin juga agak kemaruk untuk merasai keempukan kerusi MB Selangor.

Dalam PRU-13 yang baru berlalu, PR berjaya meraih kemenangan di 44 kerusi DUN dari 56 yang dipertandingkan di mana 15 dimenangi oleh PAS, diikuti DAP 15 sementara PKR pula hanya berjaya mempertahankan 14 kerusi DUN. Manakala BN pula hanya menang di 12 kerusi DUN.

Dari konteks ini jelas sekali, jawatan MB lebih layak disandang oleh pemimpin PAS. Tambahan pula PAS mempunyai kelebihan tersendiri kerana semua 15 wakilnya adalah Melayu Islam berbanding PKR yang hanya 9 orang sahaja terdiri dari pemimpin Melayu Islam.

Pun begitu, DAP selaku regu utama PKR tentu sahaja tidak akan membiarkan jawatan MB jatuh ke tangan PAS kecualilah terdapat seorang calon dari PAS yang mudah dicucuk hidungnya sama seperti bekas MB Perak, Nizar Jalamaluddin barulah mereka akan menerimanya dan memberi sokongan padu.

Berikutan polemik yang berlaku, sudah ada ura-ura di kalangan pemimpin PAS Selangor mengugut untuk menarik diri dari PR seandainya wakilnya tidak dilantik sebagai MB. Jika itu menjadi kenyataan, maka baik Khalid mahu pun Azmin Ali akan gigit jari sendiri.

Menyedari keributan yang berlaku mungkin memudaratkan PR maka Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali segera memberi jaminan PAS tidak akan menuntut jawatan tersebut dari PKR meskipun di masa yang sama gerakan sulit untuk memastikan jawatan MB dimiliki wakil PAS terus berjalan.

Apa yang pasti, keributan yang berlaku di Selangor sekarang ini tidak hanya akan menguji sejauh mana kesepakatan PR, ia juga akan menjadi tanda aras untuk PAS Selangor dalam menonjolkan kepentingan mereka dalam menentukan percaturan politik negeri terkaya di Malaysia ini.

Ustaz Azizan Razak Yang Tenat Kini Stabil


Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak kini berada dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Setiausaha Akhbar kepada Azizan, Mohamad Helmi Khalid dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) berkata sejak 5.30 pagi tadi, keadaan Azizan agak tenat dan kini ditempatkan di Unit Penjagaan Koronari (CCU) hospital tersebut.

Difahamkan Azizan dibawa ke Hospital Pulau Pinang dari Kedah Medical Centre (KMC) Alor Setar malam tadi.

Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah menerima rawatan di KMC sejak pagi Isnin lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Azizan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau dengan mengalahkan sepupunya Fazillah Mohd Ali yang mewakili Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 2,774 undi.

Bagaimanapun, Pas kehilangan kuasa pentadbiran kerajaan negeri apabila BN memenangi 21 dari 36 kerusi DUN untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Tuesday, May 7, 2013

Barrack Obama Iktiraf Keputusan Pilihan Raya Umum di Malaysia #PRU13


US recognizes Malaysia election result despite opposition claims of irregularities
BY THE ASSOCIATED PRESS MAY 6, 2013

WASHINGTON - The United States has recognized Malaysia's election result, calling it the "most competitive" in the Southeast Asian nation's history, despite opposition claims of irregularities in the vote.

State Department spokesman Patrick Ventrell said the U.S. looked forward to working with the government to be formed by Prime Minister Najib Razak after his coalition returned to power after winning Sunday's parliamentary elections with a diminished majority and despite losing the popular vote.

Ventrell told reporters in Washington on Monday that the U.S. was aware of concerns about voting irregularities and noted the opposition parties faced significant restrictions on access to the media.

He said addressing these issues is important for strengthening confidence in the electoral process, and called on all parties "to peacefully respect the will of the voters."

#PRU13 KJ Terharu Ghazali Menang


REMBAU – “Saya sebak apabila mendapat berita, Barisan Nasional (BN) menang di Paroi,” kata Khairy Jamaluddin yang menang bagi kerusi Parlimen Rembau, sekali gus mengekalkan kerusi disandang beliau sejak sepenggal lalu.

Menurut Khairy, beliau masih boleh mengawal perasaan ketika diumumkan menang di kerusi yang dipertandingkan walaupun peroleh majoriti tiga kali ganda berbanding Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) lalu.


Bagaimanapun, kemenangan calon BN di Dun Paroi, Mohd Ghazali Abd Wahid ternyata menyentuh perasaannya.

“Apabila mendapat berita saya menang di Parlimen Rembau, saya ok lagi. Tetapi bila dapat tahu abang Ghazali menang, saya tiba-tiba sebak,” katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan usaha keras dilaksanakan kerajaan dan kempen di Dun Paroi telah membuka mata pengundi kawasan berkenaan menolak pembangkang.

“Masa mula-mula pengiraan undi, saya dapat maklumat awal, undi BN bagi Dun Paroi sedikit ketinggalan dan saya amat risau. Bagaimanapun, akhirnya BN dapat merampas Dun Paroi dari Pas.

“Majoriti yang diperolehi juga baik dan BN telah dapat menebus semula kerusi berkenaan dengan majoriti yang selesa,” katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai pengumuman keputusan di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Seri Rembau, awal pagi semalam.

Khairy berkata, setiap calon BN tidak meletakkan apa-apa sasaran, sebaliknya amat pentingkan gerak kerja berterusan sepanjang tempoh berkempen.

“Saya amat terharu malam ini, kerana majoriti Dun meningkat. Parlimen pun meningkat tiga kali ganda dan yang paling penting, BN menang di Dun Paroi.

“Dengan mandat yang diberi rakyat ini, saya harap kita dapat perbaiki lagi prestasi BN di Parlimen Rembau. Insya ALLAH, penggal ini kita akan selesaikan perkara yang tertangguh, antaranya Hospital Rembau,” katanya.

Keputusan PRU13 malam kelmarin menyaksikan Khairy menang di Parlimen Rembau dengan majoriti 18,357 berbanding PRU12 sebanyak 5,746.

-Sinar Online

Pemuda BN Mahu Kaji Trend Pengundian PRU13 - Khairy


Pemuda Barisan Nasional (BN) akan mengadakan mesyuarat tidak lama lagi bagi mengkaji trend pengundian pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), kata Pengerusinya Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata mesyuarat itu juga akan membincangkan strategi bagi menyatukan kembali rakyat dan meningkatkan keyakinan mereka kepada BN.

"Melalui post mortem ini, kita berharap dapat merangka langkah-langkah yang perlu bagi mengembalikan undi kepada BN pada masa hadapan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Khairy berkata Pemuda BN memperoleh keputusan yang baik pada pilihan raya semalam apabila memenangi sembilan kerusi Parlimen dan 33 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Daripada 42 calon Pemuda BN yang menang, 26 merupakan wakil Pemuda Umno yang menang di 21 kerusi DUN dan lima kerusi Parlimen," katanya. Khairy, yang mengekalkan kerusi Parlimen Rembau, berkata walaupun ada calon Pemuda BN yang tewas, namun sebagai muka baharu, mereka sudah berjaya mendapat pengalaman, latihan dan pendedahan melalui PRU kali ini.

"Jadi, pada PRU akan datang mereka merupakan muka-muka yang sudah dikenali masyarakat tempatan," katanya.

Khairy juga meminta calon Pemuda BN yang menang kali ini supaya memikul amanah yang diberikan rakyat dengan sebaik mungkin dan tidak mensia-siakan peluang yang diberikan.

Monday, May 6, 2013

DS Najib Angkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri


Datuk Seri Najib Tun Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada Isnin, selepas mendapat mandat melalui Barisan Nasional (BN) yang memenangi 133 kerusi Dewan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Ahad.

Pelantikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah itu merupakan detik baru bagi membolehkan beliau meneruskan agenda transformasi serta janji-janji pentadbiran beliau untuk mendahulukan rakyat.

Tetapi tugas besar bagi Najib, 59, seperti beliau sendiri mengakui sebaik sahaja BN memperoleh majoriti mudah 112 kerusi mengatasi parti-parti pakatan pembangkang, ialah untuk menyemarakkan penyatuan nasional di kalangan rakyat.

Ini kerana PRU-13 menyaksikan perubahan landskap politik apabila sebahagian pengundi terutama masyarakat Cina belum bersedia menerima sepenuhnya konsep 1Malaysia.

Selain menguasai parlimen, BN juga berjaya menguasai semula Kedah daripada PAS serta menghalang parti-parti pakatan di negeri-negeri yang menjadi kubu BN sejak sekian lama.

Bagaimanapun, DAP, PAS dan PKR mengekalkan penguasaan masing-masing di Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor.

Tugas berat, bukan sahaja bagi Najib tetapi juga Kabinet yang bakal dibentuk, ialah terus memenangi 'hati dan minda' rakyat supaya bersama BN untuk mengangkat Malaysia sebagai sebuah ekonomi berpendapatan tinggi terutama ketika negara-negara serantau turut ghairah untuk muncul sebagai negara ekonomi baru.

Lantas, transformasi politik yang beliau hasratkan perlu direncana dengan baik, terutama bagi Umno yang akan mengadakan pemilihan parti pada Oktober, serta parti-parti komponen BN yang lain.

Langkah itu penting untuk meraih 'kebolehpercayaan' rakyat secara total jika BN mahu terus unggul sebagai pentadbir berwibawa sehingga hujung dekad.

Najib yang mengambil alih jawatan perdana menteri pada 2 April 2009 menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pekan di Pahang dengan majoriti lebih besar iaitu 35,613 undi menewaskan calon PKR Mohd Fariz Abd Talib, berbanding 26,464 undi pada 2008.

Senario politik yang mencabar kali ini pastinya menjadikan Najib dan Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin lebih kental untuk berdepan dengan pencabar parti gabungan itu.

Tetapi sesudah ini, mereka perlu terus 'turun padang' bertemu rakyat.

Najib berpengalaman luas dalam arena politik negara dan kerajaan sejak menyertai politik pada 1976 apabila ditawarkan bertanding kerusi Parlimen Pekan berikutan kematian bapanya Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

Beliau juga mencatat sejarah sebagai anggota termuda dalam Majlis Tertinggi Umno ketika berusia 28 tahun pada 1981, dipilih sebagai Ketua Umno Bahagian Pekan setahun kemudian dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang, dan selepas itu, pengerusinya.

Penglibatan Najib dalam kerajaan bermula pada tahun 1978 apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos ketika berusia 25 tahun dan ditukarkan sebagai Timbalan Menteri Pelajaran, dua tahun kemudian.

Pada pilihan raya umum 1982, beliau bertanding pula kerusi Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Bandar Pekan dan dilantik Menteri Besar Pahang ke-11 pada usia 29 tahun.

Selepas empat tahun, Najib kembali menyertai kerajaan Persekutuan apabila dilantik sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan setelah memenangi kerusi Parlimen Pekan.

Beliau dilantik sebagai Menteri Pertahanan pada 1990, Menteri Pelajaran pada 1994 sebelum kembali ke Kementerian Pertahanan pada 1999 dan Menteri Kewangan pada September 2008.

Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad diganti oleh Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Ahmad Badawi pada 2003, Najib dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Setelah mengambil alih kepimpinan negara pada 2009, Najib memperkenalkan falsafah pentadbiran 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan disusuli pelbagai program transformasi nasional untuk menjadikan Malaysia negara moden dan progresif. - BERNAMA

Perbandingan Keputusan PRU13 / PRU12

Perbandingan keputusan PRU13 / PRU12


#PRU13 BN Menang 133 Kerusi Parlimen, PR 87 Sehingga Jam 3 Pagi


Barisan Nasional (BN) memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen setakat jam 3 pagi Isnin pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu kenyataan menyebut, BN menang 25 kerusi di Sarawak, 22 di Sabah, 21 di Johor, 12 di Perak, masing-masing 10 di Pahang dan Kedah, masing-masing lima di Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan, serta masing-masing empat di Melaka dan Terengganu.

BN juga memenangi masing-masing tiga kerusi Parlimen di Perlis dan Pulau Pinang, dua di Kuala Lumpur, serta masing-masing satu di Putrajaya dan Labuan.

DAP pula memenangi 38 kerusi Parlimen, masing-masing tujuh di Pulau Pinang dan Perak, masing-masing lima di Kuala Lumpur dan Sarawak, masing-masing empat di Johor dan Selangor, masing-masing dua di Negeri Sembilan dan Sabah serta masing-masing satu di Melaka dan Pahang.

PKR memenangi 28 kerusi Parlimen, tujuh di Selangor, masing-masing empat di Kuala Lumpur dan Kedah, masing-masing tiga di Perak dan Pulau Pinang, dua di Pahang, serta masing-masing satu di Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak.

PAS memenangi 21 kerusi Parlimen, sembilan di Kelantan, masing-masing empat di Terengganu dan Selangor, dua di Perak serta masing-masing satu di Kedah dan Pahang.

#PRU13 BN Menang!!! Bentuk Kerajaan Pusat


Datuk Seri Najib Tun Razak menerima mandat pertamanya daripada rakyat untuk menerajui negara sebagai perdana menteri keenam selepas Barisan Nasional (BN) memperoleh majoriti mudah 112 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-13 awal pagi Isnin.

Keputusan muktamad pilihan raya umum bagi kesemua 222 kerusi Parlimen masihbelum diumumkan sepenuhnya.

Ini merupakan saat bersejarah bagi Najib dan negara kerana anak bekas seorang perdana menteri telah berjaya menerajui 13 parti gabungan untuk memenangi pilihan raya umum kali ini yang merekodkan 13.27 juta pemilihberdaftar.

Beliau telah berkempen tanpa mengenal penat lelah di seluruh negara untuk menyakinkan pengundi mengenai transformasi yang berlaku dalam BN dan aku janji dalam manifesto BN yang mendahulukan rakyat dan untuk membawa Malaysia ke tahap lebih tinggi.

Najib dan beberapa pemimpin parti komponen telah berkumpul di ibu pejabat BN di Menara Dato Onn di ibu negara untuk menunggu keputusan pilihan raya.

BN juga setakat ini mengekalkan kerajaan negeri di Pahang, Perlis, Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu dan Sabah.

Sunday, May 5, 2013

#PRU13 Keputusan Rasmi Tengku Adnan Pertahan Kerusi Parlimen Putrajaya


Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Putrajaya, Tengku Adnan Tengku Mansor meraikan kemenangannya mengekalkan kerusi yang disandangnya bersama ahli keluarga selepas keputusan rasmi diumumkan di Pusat Komuniti Presint 9 Putrajaya pada malam Ahad. - FOTO THE STAR

PUTRAJAYA: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (BN) mempertahankan kerusi Parlimen Putrajaya setelah menewaskan Datuk Husam Musa (PAS) dalam pertandingan satu lawan satu dengan majoriti 5,541 undi.

-BERNAMA

#PRU13 Tak Rasmi Isa Samad Dahului Aishah di Jempol

P127 - Jempol

BN - Tan Sri Mohd Isa Samad 8,945
PAS - Aishah Wan Arifin 7,828